Month: November 2014

Insadong-Goguan 2

Lepas saja SG selesai dalam >< 4.40pm, kami menuju ke Anguk Station dan pergi ke Exit 9. Iaitu Exit yang menuju ke Insadong Street. Pada hari ini kami harus mengambil Gambar Studio kami. Kualiti gambar dari segi cahaya agak memuaskan tapi hasil editan…..ermmmm biasalah dah namanya Studio mestilah mereka akan edit kualiti gambar. Tidak payah hairan kalaupun ia agak melampau anda rasa.

Kulit para ahjuma ni tiba2 jadi halus mulus dan putih seperti telur. Kelasss gitu!!
Inilah salah satu kegilaan besar kami dengan trip bujangan Korea ni. Mengabadikan kenangan sebaik mungkin. Kerana mungkin yang terakhir bagi kami semua, tapi kita merancang tuhan menentukan (cehhh….macam ada hati lagi nak ke sana).

Kepada yang berminat untuk bergambar hanbok (pakaian tradisional Korea) dengan profesional photographer anda boleh ke sini. Tanya lah Mr. Google dengan menulis “goguan studio” mesti banyak info. Semasa mengambil gambar staff goguan akan tanya mana satu gambar yang hendak diprint besar 11’x 8” (kalau tidak silap). Pilih dari semua yang telah mereka edit, mana satu yang anda rasa terbaik. Pakej yang kami ambik adalah Princess Package dan anda boleh melihatnya di laman Goguan. Pakej mana yang anda ambik itu bergantung kepada diri sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Selepas Goguan settle….kami ke train station dan menghantar Damia sampai ke Seoul Station untuk balik ke GH terlebih dahulu, kerana dia memang sudah weak sangat. Saya dan Konong meneruskan perjuangan kaki ke Myeongdong Shopping street.

Secret Garden & Cheongdokgung Palace

Tragedi Chungmuro berakhir….kami tiba di lokasi istana/ticket counter dalam 1.50pm. Saya menghulurkan printed booking ticket untuk tour 1.30pm. Tapi malangnya staff tersebut memberitahu kami sudah lambat. English Tour kami sudah lama bertolak. Mungkin kerana staff itu nampak muka saya yang sedikit hampa…maka dia menyarankan untuk join korean tour group pada 2.00pm (if you don’t mind). Ada 10minit lagi, tanpa berfikir panjang saya terus setuju dan membayar harga ticket KRW9000 seorang. Sebab alang2 sampai, apa pun… tujuan utama kami ke Secret Garden adalah untuk menikmati autumn mood yang dikatakan sangat cantik. Memasuki Secret Garden ni bukan sukahati kita ya…kena ambik tour guide dahulu (buk on9). Kami masuk Istana Cheongdukgung terlebih dahulu. Kami nampak beberapa group yang kesemuanya berbahasa Korea. Kami memang langsung tiada petunjuk mana satu group kami sebenarnya.

Apalagi…..main terjah saja la…kami pilih group yang kami nampak lebih banyak ahli. Ingatkan kami sahaja foreigner yang menyamar sebagai Korean..nampaknya ramai lagi. Rata2nya daripada China/Hongkong/Taiwan. Pertama sekali kami mengikut mereka memasuki Cheongdukgung Palace.

IMG_20141104_125512IMG_20141104_125837

IMG_20141104_125928IMG_20141104_131432

P1020565P1020567
-senibina yang sangat kreatif.

Lepas keluar masuk beberapa kali…tiba2 tour guide tersebut mengucapkan “kamsamida” dan terus beredar. Huh! Jam menunjukkan 2.45pm….aku hairan mana Secret Garden yang aku nampak dalam blog2 di internet? Mana pond? Masa meneroka SG & Palace dalam website kata lebih kurang 2 jam 30 minit, tapi ini baru 45 minit berlalu. Eeee……….kena tipu or apa ahjuma2 ni?! Ke hulu ke hilir pun tidak nampak apa2 lagi. Dalam keadaan sedih kami pun bersetuju keluar dari tempat itu…sebelum melepasi pintu keluar istana…tiba2 aku nampak ada group nun di kanan sana sedang berkumpul seakan menunggu arahan masuk. Lalu geng ku yang 2 orang ni nampak sign “to Secret Garden”.

Aku cepat2 belari ke arah itu…disusuli oleh ahjuma2 dari belakang. Aku mengeluarkan ticket dan menunjukkan kepada pengawal. Pengawal menunjukkan masa dalam ticket kami iaitu 2.00pm (sudah lambat)…saya hanya menjawab “please…we are lost” hahaha…ntah apa2 la yang lost nya hahaha… Lost sebab Anak Ayam ikut Ibu Itik yang di sangka ibu ayam????…hehehe…(ada2 jak la). Pengawal tersebut macam tidak mahu membenarkan kami masuk…tiba2 “ting!” muncul di otak ku…cara orang korea merayu dalam Kdrama. Aku mengangkat kedua2 tangan dan terus mengesel2kan kedua tapak tangan (bayangkan seperti orang buddhist sembahyang depan tuhan mereka) dan dengan muka 10 sen sambil cakap “chu sae yo”. Akhirnya pengawal tersebut sambil senyum dan cakap “ok!” membenarkan kami menyertai rombongan itu (hehe….berjaya ahjuma berdrama. Yeay!!!). Kami apalagi dengan gembiranya menerjah, orang sebelah memandang kami kehairanan. hehe….ahjuma2 yang tidak faham sepatah pun korea tapi cuba masuk dalam kelompok yang sangat asing bagi mereka. Tapi kami peduli apa…yang penting kami boleh menikmati keindahan di dalam garden ini.

Masuk saja dalam Secret Garden tersebut..hati sudah terpukau dengan Panoramanya. Biarlah gambar2 di bawah ini menunjukkan keindahan alamnya. Sangat tenang dan terasa segala energy negative sepertinya keluar dari jasad.

IMG_20141104_141611-memulakan langkah menikmati Secret Garden.

 

IMG-20141127-WA0017
-mata ku tidak lepas daripada pasangan suami-isteri tua ini. Umur bukan alasan untuk menikmati sisa hidup yang ada. Walaupun dengan memakai tongkat dan cara jalan yang tidak begitu stabil semangat mereka sangat kental untuk mendaki dan turun tempat ini. Sangat terharu dengan mereka (hampir jatuh airmata…tapi mood ku masih terkawal). Melihat mereka memberi impak yang besar dalam diri.


-andai ada peluang sekali lagi….tempat ini pasti akan ku jejaki kembali-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
-sesiapa pun akan senyap menikmati setiap keindahan dalam taman ini. Diam bermakna mereka betul2 sudah sebati dengan alam sekeliling.

IMG-20141104-WA0010IMG-20141127-WA0010

IMG_20141104_141924IMG_20141104_142201

Kepada anda semua yang belum pernah ke sini…silalah pertimbangkan lokasi ini dalam Iti anda. Memang speechless dibuatnya.
Sebagai peringatan juga…dalam Garden ini tidak dibenarkan makan ya, minum air ok (pengalaman di tegur oleh guide) hehe… Di setiap lokasi yang tour guide masuk anda masuk dan keluar bila tour guide keluar. Jangan bermimpi untuk tinggal di sana lebih lama kerana pengawal akan datang kepada anda dan menyuruh anda cepat2 keluar.

Ticket tour group boleh ditempah sebelum anda ke Korea, di laman web Cheongdokgung.
Direction: Anguk Station (L3), Exit 3. Go straight >< 5 minit. Dan anda akan melihat entrance gate di sebelah Kiri anda.

Semoga terhibur dengan N3 ini…

Chungmuro Station (Tragedi of the Day)

Memandangkan kami dalam keadaan mengejar masa, kami mengubah arah train ke Angok Station. Daripada L4 kami mengambil ke arah Chungmuro dan d sini kami transfer ke L3 menghala ke Anguk Station.
Semasa dalam train daripada Myeongdong, Konong bertanyakan/mengingatkan bahawa “station kita turun Chungmuro kan?” Saya menjawab…”ya! station lepas ni” (1st stop after myeongdong). Dia menjawab balik “Ok!” (dengan seriusnya or apatong dalam dusun). Pada masa itu kami bertiga di tempat duduk bersebelahan. Train berhenti, tiba2 aku tersentak dan cepat2 berdiri dan memberi arahan “eh! Chungmuro! Jom keluar!” Sambil mengarahkan Damia yang berada di belakang saya “Cepat! Cepat!” Sampai saja di luar saya toleh ke belakang dan terkejut bila saya hanya nampak my twins sister Damia.  Aku seperti sedar dari mimpi dan secepat kilat “Konong mana?!!”Mata terus melilau ke dalam train yang sudah hendak bergerak dengan pintu tertutup. Malangnya…..aku hanya sempat menangkap wajah/kepala Konong di sebalik pintu sebelah tempat kami keluar tadi. Aku hanya mampu mengangkat tangan tanda aku nampak dia dan dia terus di bawa pergi oleh train (sedihnya…..)

P1020222

Saya dan Damia seperti hilang pertimbangan seketika. tapi cuba bertenang untuk memikirkan cara penyelesaian untuk menjejaki si Konong di dalam perut train…haha. Dalam kepala sudah terbayang2 Konong dengan kerisauannya sorang2 mencari jalan kembali ke pangkal jalan (sambil aku menulis n3 ini aku ketawa dalam perut…haha sandi).

Akhirnya…hasil perbincangan dengan Damia:
A. Kami akan ke Dongdaemun History & Culture Park (station selepas Chungmuro) dengan harapan Konong akan berhenti di sana dan menunggu kami.

B.Kalau sekiranya Konong tiada di station Dongdaemun tersebut….Kami akan berpatah balik ke Chungmuro Station dengan harapan Konong telah ke sana dan menunggu kami.

Kami menggunakan Plan A dan malangnya Konong tiada di Sana. So kami meneruskan pencarian menggunakan plan B pulak. Hati ku berkata…Konong mesti di Chungmuro Station. Damia pula berkata…Kembali ke tempat sama di mana kami turun di Chungmuro tadi. Tapi ia adalah mustahil kerana arah dari Dongdaemun Station dan daripada Myeongdong Station ke Chungmuro adalah 2 aliran train yang berbeza. Tapi saya mengharap sangat dia berada di Chungmuro selepas Dongdaemun.

Dalam train ke Chungmuro..aku tidak putus2 memohon kepada-Nya agar kami akan menjumpai Konong di sana (dengan Konong dapat rasa yang kami akan mencarinya di sana). Keluar saja dari train…aku terus meluru keluar sambil “cepat!” kepada Damia…takut2 dia pula yang tertinggal dalam train (mati aku mencari 2 orang dalam 1 masa). Aku berjalan pantas dan melilau sana sini dengah harapan akan terjumpa dengan kalibat si Konong di antara banyak2 manusia dalam station tersebut.

Dari jauh aku macam kenal seseorang….aku betul2 gembira. Doa ku dijawab oleh-Nya. Syukur…
Aku belari meluruh ke arahnya sambil “Konong!!!” Dengan c Damia mengejar aku dari belakang (drama sangat). Konong melompat2 kegembiraan dan kami juga terkinja2 keriangan. Orang sekitar melihat kami dengan kehairanan (orang dari mana sajalah mereka ni terlompat2 dan terkinja seperti monyet keriangan dapat pisang). Hahaha…..

Terus aku bertanya kepada Konong “Konong apa jadi dengan kau?!” Rupa2nya dia tidak mengikut kami keluar di pintu yang sama. Dia menggunakan pintu sebelah lagi tapi malangnya tidak sempat keluar pintu train sudah tertutup rapat. Nasib baiklah operasi menjejaki Konong tidak memerlukan masa yang lama (nanti jadi long lost friend pulak..), tapi perasaan masa itu memang tidak dapat digambarkan. Seperti seorang ibu kehilangan anaknya (walau tidak pernah mengalami tapi mungkin begitulah rasanya). Walaupun kami sudah bergelar ahjuma2, tapi kalau sudah seorang geng hilang semasa di negara orang mesti perasaan itu sukar.

Opsssss!!!!! Dah! Dah!…Kdrama layan sampai di sini. Berjaya menjumpai Konong seperti berjumpa dengan Saudara/adik beradik yang terpisah lama, yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa. Cehwah! Kdrama terus ahjuma2 ni dengan tragedi Chungmuro. Hahaha…

Namsan/Seoul Tower

Selepas selesai dengan brakefast di Myeongdong, kami meneruskan langkah mencari landmark pertama ke lokasi kami iaitu Pacific Hotel. Sampai saja di hotel ini, kami ke Kiri dan jalan terus ke hadapan melalui blok2 kedai kiri dan kanan.
Tiba di hujung jalan, rasanya tiba di jalan mati, kami ke kiri sekali lagi…tapi rasanya kami hilang arah. Kami sampai di jalan besar dengan di depannya sekolah/kolej. Kami menyeberangi jalan dan cuba bertanya dengan beberapa student tapi mereka juga tidak tahu lokasi cable car dan sukar untuk berkomunikasi dalam BI. Kami pun beredar dengan hampanya dan berpatah balik ke seberang. Kami nampak sebuah kedai menjual bermacam2 padlock yang comel. Tanpa berfikir panjang kami masuk untuk membeli padlock dan terus bertanyakan arah ke cable car. Nasib baiklah tuan kedai tersebut tahu dan memberikan direction dengan confidentnya. Maka kami keluar menuju arah yang di maksudkan. Dari kedai tersebut kami mengambil jalan tepi bawah jejentas dan  berjalan terus ke hadapan. Tidak lama kami nampak banyak bus pelancong dan nampaklah bangunan station cable car ke Tower tersebut  yang berada di hadapan. Yeah!!! Berjaya!!! Sampai station dengan berpeluh2.
nt1nt4

~gambar di depan Pacific Hotel-ke kiri dan jalan ikut gambar kanan~

nt2 nt3
~sepanjang jalan ada kedai kiri kanan (nampak kedai fried chic ni..tidak sempat cuba)~

nt6 nt5
~jalan naik ke atas…hehe geng2 ku sudah letih..head mereka harus mendahului tengok lokasi~

nt7nt8
~
ikut jalan bawah jejentas ni..dan keep straight sampai lah sampai lokasi bus dan di situlah cable car station terletak.

nt9

Kami membeli ticket Cable Car yang berharga KRW6000 (return). Semasa berbaris untuk menunggu cable car sampai…perasan ada beberapa orang lelaki melayu di belakang dan semestinya dari Malaysia. Mereka juga seperti kami, jelajah korea sendiri tanpa guide tapi mereka dari SEOUL-JEJU-BUSAN-SEOUL. Sama seperti kami tapi kami di arah yang berlainan-BUSAN-JEJU-SEOUL-BUSAN. Dan kami adalah 3 Angels yang gagah berani. Hehe….

nt12
-belakang tu group lelaki Malaysia yang jelajah korea sendiri.

nt11Q ke CC.

nt16 nt14
-dlm CC
nt15nt21

nt20nt23

nt22

Sampai di Namsan Tower Cable Car, naik tangga sikit sahaja sudah sampai lokasi tower tersebut. Berbeza sangat keadaannya selepas setahun aku menapak di sini. Nasib kali ini, kami menaiki CC untuk ke tower, bukan macam last year saya dengan hubby mendaki tangga hampir 1 jam ke atas. Hilang oksigen jadinya. Sebab tidak sanggup berbaris dalam panas matahari untuk membeli ticket. Dengan kami menggunakan CC return, kami banyak menjimatkan masa untuk ke tempat lain.

Sampai tower saja kami terus pasang padlock dan bergambar sekejap. Semangat ahjuma2 ni mengantung padlock masing2.
nt26 nt25
-menambahkan lagi koleksi padlock untuk christmas tree di Namsan Tower.
Unik Christmas Tree ni : pic by Konong)

nt27nt29
~pengunjung yang tidak dijangka pada hari tersebut! Grrrr…tidak sempat bgbr dgn dogie2 ni 😦

Tragedi di Namsan….saya menukar battery camera. Tukar saja dengan battery baru yang saya charge semalam….terkejut bila nampak juga warning signal merah bermaksud no batt. Maknanya semalam adapter dekat dinding tu bermasalah. Gerammmmnyaaaa…..la sangat2. Lepas ni nak ke Secret Garden….hadui!!! Ish!! Moody betul time ni tapi tenangkan diri….tak baik moody2 masa melancong di tempat orang….rugi besar la namanya. Hehe…..so plan baru adalah keluar awal dari Namsan Tower untuk ke Seoul Station dan singgah sekejap di GH untuk ambik DSLR pulak.

Tapi tidak tahu kenapa….setibanya di Myeongdong..kita mengalami kesesatan yang luar biasa. Balik2 kami akan sampai di lokasi yang sama. Berapa banyak kali pun berpusing2 kami akan menapak di tempat sama iaitu dekat Heoyeon underground shopping centre. Lebih kurang sejam jugalah kitaorang ni melilau di tempat yang sama. Last2 kami mengambil keputusan menyeberang jalan besar (mengingati cara saya dan suami tahun lepas mencari exit ke subway L4). Geramnya tidak terkira….tapi harapan untuk menjumpai mana2 Subway Exit tu sangat2 lah tinggi. Jalan punya jalan, akhirnya dari jauh aku nampak Exit 9 Myeongdong Station. Berlarian lah kami ke bawah. Thanks god..

Melihat kepada waktu….nampaknya niat singgah ke GH harus dilupakan…nanti tidak sempat untukEnglish tour group di Secret Garden pada 1.30pm. Dan pada masa kami menjumpai Exit 9 tersebut sudah lebih daripada 12pm. Biarlah camera HP yang tidak seberapa ini saja dijadikan bekal untuk ke Secret Garden. Walhal..HP power pun sudah nyawa2 ikan. Tapi nasib baiklah camera HP si Damia dan Konong still ok.

Myeongdong Shopping Street

Daripada City Hall kami kembali ke Seoul Station dan transfer ke L4 untuk menuju ke Myeongdong Station dan sampai d station myeongdong kena ikut Exit 4. Keluar saja dari Exit tersebut nampak board besar produk penjagaan kulit Korea.
P1020512
Sebelum ke Namsan Tower kami mencari makan dulu di sini untuk bekal mendaki. Brakefast kami order fried rice dan juga Japchae Noodle yang sedap.
Keadaan Myeongdong Street agak lengang pada masa itu (sekitar 9am). Mungkin kerana rata2 kedai di kawasan ini beroperasi sekitar jam 10am.

P1020514 P1020513

Deoksugung Stone Wall Street

Kami tiba di sini dengan daun2 pokok kebanyakan sudah gugur, daun2 gugur pun sudah dibersihkan dan dimasukkan ke dalam karung plastik. Sebenarnya bila sampai peak foliage pihak pengurusan Deoksugung palace akan membiarkan daun2 gugur menyelimuti tanah untuk satu tempoh bagi memberikan landscape autumn yang cantik di kawasan itu, tapi nampaknya kami lewat seminggu. Terlepas peluang menikmatinya…tapi tidak apa. Walauapapun musim…tempat ini pasti menarik untuk dikunjungi.

Untuk ke lokasi ini kami mengambil L1 dari Seoul Station ke City hall. Sampai di City hall keluar ke mana2 Exit 1,2 or 12. Stone Wall street ini panjang dan ada boleh keluar di mana2 exit pun. Di bawah sedikit photo sebagai panduan.

cd1 cd0

~Stone Wall yang cantik~

cd3 cd2

~awalnya kami menjadi kutu di sini~

cd5 cd4
~Bersih tempat ini~

cd7 cd8

~daun2 gugur sudah tidak kelihatan….hanya tinggal karung plastik tempat staff landscape memasukkan daun2 pokok setelah beberapa hari dibiarkan~

Garden Of Morning Calm (GOMC)

Kami sampai saja di Nami Wharf…..banyaknya manusia! Ni la baiknya jalan awal keluar awal. Kami akan ke lokasi kedua kami pada hari ini iaitu…GOMC. Harap2 dapat menjamah panorama indah sekali lagi. Tempat ni saya jumpa dalam kebanyakan Blogger. Sekali tengok dalam gambar terus jatuh cinta dengan tempat ini maka aku masukkan lah dalam iti antara lokasi terpenting yang harus dijejaki.

Untuk ke GOMC, terlebih dahulu kami ke office info counter berdekatan Nami Wharf, untuk bertanyakan lokasi untuk menunggu bus dan juga bus schedule ke sana. Jadi untuk ke GOMC kena melalui lokasi taxi/bus parking di belakang benda ini.

ni13

Bustop untuk menunggu bus berada di tepi (depan pintu) 7E (bukan bustop depan/seberang 7E ya). Daripada Nami Wharf..kena jalan kaki menuju arah deretan kedai dan carilah 7E pasti jumpa.

Kurang 30 minit bus sampai. Jika anda menaiki taxi daripada Gapyeong Station semasa ke Nami Wharf pada mulanya anda kena beli ticket daripada driver/conductor, ia berharga KRW5000 seorang. Bus yang kami naik adalah Gapyeong Circle Tour Bus (hop on,hop off), yang mana ia akan berhenti2 di beberapa lokasi tarikan pelancong seperti Nami Island, Petit France dan tempat yang kami pergi ni adalah GOMC. Ticket bus tersebut anda harus menyimpannya untuk ditunjukkan kepada bus driver setiap kali anda menaiki bus. Bagi kami yang daripada Nami Island, harus merujuk kepada bus schedule untuk Nami Island (jangan pening2 ya). kalau tak faham juga pergilah rujuk ke info counter.


-beginilah rupa Circle tour bus tersebut (Google).

Perjalanan bus daripada Nami Wharf ke GOMC mengambil masa lebih kurang 1 jam dan ia akan melalui Cheongpyeong Station terlebih dahulu. Bagi yang ingin ke GOMC/Petite France sebagai lokasi pertama…adalah lebih baik anda mengambil tour bus daripada Cheongpyeong Station ke GOMC/Petite France kerana ia adalah lebih dekat dan jimatkan masa anda. Pemandangan sepanjang perjalanan ke GOMC tersangatlah mesra alam. Kadang melihat bendang padi yang sudah dituai dan juga pokok2 persimmon/kam. Untuk menapak GOMC bus akan melalui jalan lereng bukit dan perjalanan adalah selamat kerana driver bus memandu dengan berhati2. Mula2 tu takut juga, teringatkan cara driver bus memandu bus ke Genting Highland yang buat saya pening dan kecut perut, kerana driver membawa bus dengan lajunya. Tapi syukur driver tour bus ni amatlah berhemah. Hehe…..

go1 go2 go3

Sampai di GOMC…kami terus ke ticket counter dan membeli ticket yang berharga KRW8000. Masuk saja ke Garden disambut dengan board ini.

go4

Bermula lah jelajah ke dalam taman. Betul2 jatuh cinta dengan taman ini. Tidak akan hurai panjang berjela part ini. Cukuplah gambar2 di bawah membawa cerita.
go5 go6

go7 go8

go9 go10

~Pokok yang seperti payung….buat mata tidak jemu memandang lama~

go12 go13 go14 go15
~sekali lagi kami dihidangan dengan mood autumn yang buat kami tidak terkata2~

go20 go21 go22 go23

~ahjuma2 pun pakai HP yg advance…masing2 melayan untuk berphoto~

go24 go25
si suami sporting melayan isteri ……..&……………..gadis cantik di bawah rimbunan pokok.

go29 go30
baju ahjuma2 ni senada seirama dengan alam….hehe

go34 go35
pancaran matahari menambahkan mood alam yang indah.

go38 go40 go41 go42

go46 go47
~bahagianya rasa kalau dapat tinggal seharian di sini untuk menikmati Am & Pm~

go49 go50go48~aku dengan bonzai tree~

Selepas lebih kurang 2 jam menjelajah…Jam menunjukkan 4.30pm. Kami mengambil keputusan untuk keluar dari Garden. Dalam bus schedule kena refer jadual bus daripada GOMC. Tempat menunggu bus adalah di tempat mana bus tersebut menurunkan anda mula2 tadi.
Untuk kembali ke Seoul, kami telah membeli secara on9 ticket ITX train daripada Cheongpyeong Station yang mana train ITX ini menghubungkan terus ke Yongsan Station. Train kami adalah pada pukul 8.30pm. Sengaja mengambil train yang lewat sebab takut nanti ada apa2 hal berlaku dengan masalah bus daripada GOMC, nanti satu hal lagi terlepas train. Kan susah….

Pengalaman di GOMC memang indah. Sepertinya berada di Taman Larangan yang hanya puteri2 kayangan boleh memasukinya (mood teringat buku2 cerita/wayang P.Ramlee zaman kanak2). Taman ini direka oleh seorang yang profesional dan anda boleh merujuknya di laman web GOMC. Mahu saja duduk di tempat ini seharian, tapi apakan daya. Kepada mereka yang ada plan hendak menjelajah South Korea…pastikan anda ke sini. Ia amat berbaloi dengan penat lelah…
go57 go58
-Semasa meninggalkan garden sempat mengambil pic jalan masuk dan ticket counter GOMC.
Bus yang kami naik meninggalkan Garden lebih kurang dalam 4.50pm. Sepanjang perjalanan terasa ada sesuatu yang tertinggal. Bila saja fikir berkali2..rupanya hati ku masih berada di taman itu. Begitu besarnya kuasa taman itu menghantui diri (seperti Nami). Sampai Cheongpyeong dalam 5.50pm…Woah!!! Panjangnya masa menunggu train ke Seoul.

Duduk tanpa penyandar terasa amat sukar, dengan sakit seluruh badan dan sejuk yang teramat membuatkan kami ingin keluar dan menjelajah apa yang ada di luar area Cheongpyeong. Walau sejuk sampai ke tulang tapi harus d’gagahkan diri. Tujuan utama adalah mencari benda panas untuk mengalas perut. Ke hulu ke hilir tidak jumpa apapun. Lalu nampak 1 terowong dan ada juga beberapa manusia keluar dan masuk melalui lorong tersebut. Kami memberanikan diri ke arah itu, selepas saja melewati lorong itu kami nampak ada blok bangunan nun di sana. Dan kami bergegas ke arah itu…kami nampak Cheongpyeong Station dari situ. Rupanya….bila kami amati betul2 bangunan tersebut adalah deretan kedai yang boleh dijejaki menerusi bahagian belakang Station dengan melalui bendang padi (shortcut).

Sampai di deretan kedai tersebut…apalagi kami pun mencari2 restoran yang berkenan di hati. Akhirnya kami memasuki satu restoran kerana nampak gambar ayam. Masuk sahaja..kami disambut oleh seorang ahjusi, mungkin umur dalam lingkungan awal 50-an. Mempersilakan kami duduk dalam bahasa Korea. Kami cuba berkomunikasi dalam BI tapi langsung tidak dijawabnya walau sepatah. Malah terus menerus dengan Koreanya.

Maka bermulalah komunikasi tunjuk menunjuk di dinding (sebab menu tertampal di dinding). Kami cakap “chicken” ahjusi balas dalam korea juga. Aku mulai pening, cuba menyusun kata tapi tidak berjaya. Aku putuskan mengeluarkan senjata yang ku simpan rapi. Maka aku mulai angkat dan lebarkan sayap ku dan terus mengepak-ngepak seperti apa yang dilakukan oleh ayam jantan sebelum berkokok tapi tidak berbunyi. Huh! Aku menjadi ayam yang tidak berbulu seketika…aku rasa lucu yang teramat tapi bertahan. Di tempat orang kenalah jaga telatah2 yang tidak sopan kannnnn…… Aku mengepak2kan sayap ku sambil berbunyi “Chicken! Chicken!” Maka.. “ahhhh!” faham akhirnya ahjusi tu bahawasanya ahjuma2  ni nak order ayam saja. Dan rupanya restaurant ini hanya menghidangkan ayam sebagai main dish mereka.
Inilah makanan dinner kami pada hari itu:
go61  go63
-macam sekawah pula makanan kami ni.
No rice ok…makan ayam yang dicampur potato,sedikit seafood,mix vege dan rice cake. Pedas pulak tu…
Kenyang yang tidak puas hati. hehe…tidak biasa dengan makanan itu.
go62Ahjusi yang “selalu juga sisir2 rambut”..tq ahjusi…

Selepas selesai makan kami membayar bill yang berharga KRW30000. Mahal juga….tapi apa nak buat. Kelaparan melanda ahjuma2 dan tujuan utama sebenarnya adalah berlindung dari cuaca sejuk. Kami pun kembali ke train Station melalui jalan belakang kerana jaraknya adalah lebih dekat. Kami masuk ke ruang track dalam 8.15pm, tidak sangka track tersebut adalah open air dan tiada tempat berlindung dari suhu sejuk. Aku cuba duduk tapi sepantas kilat bangkit…..terasa duduk atas ketulan ice. Terasa seluruh badan sakit kerana sejuk yang melampau (belum lagi snow-tak terbayang aku kalau datang sini pada musim salji). Semua orang berlari2 setempat untuk memanaskan badan. Aku?….No…saya tiada tenaga untuk itu. Maka aku mengeluarkan plastik yang ada t.shirt di dalamnya dan membuatnya sebagai alas tempat duduk. Walau masih terasa amat sejuk tapi lebih baik dari sebelumnya. Kami langsung tidak bercakap2 untuk mengelakkan suhu sejuk memasuki mulut. (hahaha…lucu).

Nasib baik train sampai juga..kami bergegas masuk. Bestnya dalam train…terasa suam dengan heaternya. Suhu bertukar 100% dan kami duduk dengan selesanya dan sempat juga tidur2 ayam. Dalam 45 minit kami sampai Yongsan Station. Daripada Yongsan Station kami ambil L1 ke Seoul Station. Di sana kami sekali lagi menapau KFC dan makan bersama instant rice daripada GS25. Penat tidak terkata tapi amat2lah berpuas hati dengan hasil jelajahan.

Congratulation para Ahjuma kembara Seoul hari ini berakhir dengan jayanya!!

Nami Island

Seperti biasa…bangun awal sekitar 4.30am. Pagi ini kami akan ke lokasi yang paling penting di Seoul untuk diterjah dan merupakan 1st time bagi kami semua. Untuk ke Nami Island kita booked secara online ticket ITX daripada Yongsan Station (Sanbong Line) ke Gapyeong Station (Station terdekat dengan Nami). Adalah dinasihatkan untuk beli ticket secara on9 semasa di Malaysia untuk mengelakkan tiada tempat duduk (jika beli pada hari yang sama anda bertolak ke Nami).

Keluar dari GH dalam 5.30am….sejuknya tidak terkira, sepertinya sendi2 tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Dari Seoul Station kita mengambil subway L1 ke Yongsan Station. Di Yongsan Station kita pergi ke ticket counter (office) yang berada di dalam station tersebut untuk menukar resit booking ticket yang saya print untuk ditukar kepada actual ticket. Selepas itu kami menghala ke arah track Bundang Line, iaitu satu2nya line yang menghubungkan Seoul dengan Gapyeong secara direct. Menuju ke track agak memeningkan sedikit bagi 1st timer menggunakan line ini, tapi kenalah cari dan fahamkan arahan arah dengan sebaik-baiknya dan kena rajin bertanya. Bila sampai di track yang tertulis dalam ticket, anda harus memastikan anda menaiki train yang betul. Kerana track yang anda berdiri itu memang betul tetapi bukan hanya train ITX sahaja yang akan melalui track tersebut, terdapat jenis train lain juga. So.. beri tumpuan sebaiknya. Tidak lupa juga…anda kena cek car number yang betul seperti dalam ticket. Kalau tidak, nanti ada kes anda akan didatangi oleh seseorang dan mengatakan anda telah mengambil tempat duduknya. Hehe….bukan kah itu cari masalah namanya.

Perjalanan ke Gapyeong Station >< 40minit. Kalau guna train Subway agak leceh sedikit kerana melibatkan banyak tukar train dan ambik masa yang lama (lebih sejam) serta memeningkan. Walaupun ticket untuk ITX ada sedikit mahal tetapi ini adalah cara paling cepat dan mudah untuk ke Nami Island. Pemandangan sepanjang perjalanan dalam train amatlah indah. Melihat pokok2 yang sudah bertukar warna.

Sampai saja di Gapyeong Station…cuaca sejuk 2 darjah mengejutkan seluruh tubuh, muka sepertinya jadi kaku oleh cuaca tersebut (maklumlah seluruh jasad dalam mood kejakunan..hehe). Kesejukan masuk di bahagian kaki, tangan, leher. Seakan pakaian kami langsung tidak dapat menghalang keadaan tersebut. Mula lah menggigil dan terus menggigil. Menyesalnya tidak membeli sarung tangan. Bibir dengan kekeringan yang semakin menjadi-jadi walaupun sudah memakai lip balm. Namun sejuk2 macamana pun kami masih tidak melepaskan peluang mengambil photo kenang2an.


-inilah Gapyeong station. Pinjam dr Mr. Google.

ni1
-sebelah kiri saya adalah Gapyeong Station. Taxi stand utk ke Nami Island.

Di depan Gapyeong Station ini kami bergegas ke bus stand (bukan seberang jalan ya, ada 2 bustop) dan queue untuk taxi ke Nami Wharf. Masuk saja ke dalam taxi, anda harus memaklumkan kepada driver “nami” mereka akan faham. Tidak jauh sebenarnya daripada station ke Nami Wharf…tapi kalau jalan kaki agak membuang masa lah pula. Tambang hanya KRW3600 sehala.

ni2  ni4
taxi u turn-depan.

ni3
-Lepas U. Turn anda akan di bawah ke arah ini-Nami.

Sampai saja di Nami Wharf kami terus ke ticket counter untuk membeli ticket memasuki Nami yang berharga KRW8000 return (termasuk ferry + entrance to Nami Island). Sempat lagi bergambar depan Nami Imegresen.

ni7 ni8 ni9

Seawal pagi 8am ni tidak banyak orang sangat, sempat lagi berlenggang-lenggok memasuki Ferry dan berphoto2 sebelum Ferry tersebut bertolak.

ni10 ni11

Perjalanan tidak lama…pemandangan tasik yang luas sudah membuat hati gembira.

 

ni13ni14

Zipwire-cara paling extreem utk sampai cepat ke Nami Island. Beberapa minit akan sampai, nampak wire tu kannn….siapa berani boleh cuba. Kalau saya…belum kena tolak lagi sudah pengsan dalam tiang tu.

ni12Daripada ferry yang kami naiki….nampak sangat cantik.


ni15sampai…Nami Entrance.

Bila sampai saja di Nami Island dan turun dari Ferry…mata disajikan dengan pemandangan daun2 pokok yang berwarna-warni (vivid colour). Sepertinya bermimpi, tidak percaya dengan benda yang dilihat di depan mata. Selama ini hanya melihat kejadian tersebut dalam gambar dan tv sahaja. Hampir2 airmata menitis….(huh! emo sangat yaa ahjuma!) Seketika rasa tidak tahu nak kearah mana dan hendak bermula di mana. Lalu aku cuba duduk atas permaidani kuning (daun2 ginko yang menyelimuti nami land), sambil mengeluarkan camera dan mulai beraksi. Tapi agak sukar dalam keadaan tangan menggigil dan tidak fokus pada sasaran. Blurrr la gambar…. Melihat tupai2 jinak, belarian menghampiri kami dengan tidak takutnya. membuatkan hati rasa bahagia seketika (mood emo lagiiiii). Meluangkan masa lebih kurang 30 minit d atas permaidani kuning dan dapat mengambil beberapa gambar yang tak seberapa.

 

Selepas itu kami bertiga memulakan langkah….tapi tak pasti ke arah mana. Namun jasad mengikut kata mata dann…menurut langkah si Kaki. Dan inilah yang terjadi kepada kami yang di kekilingi alam warna warni. keindahan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2.

ni18ni19
Mencari mood menjelajah dalam kesejukan…

ni23ni28
~dan akhirnya~
ni25ni29
~kami yang diselubungi warna2 alam yang mempersona~
ni39
~pre wedding photo-memang bertuah mereka yang ambik photo wed di sini..suasana romantic~

ni53ni55
~bawalah monopod setiap masa anda bercuti…amat berguna untuk melayan diri. Hehe~

ni32

ni21
…merah…

ni40

Tupai jinak berlarian…


ni46 ni45
~pokok yang ditanam secara teratur memberikan impak yang besar kepada alam.

ni47 ni48
~nasib baik ada tempat untuk memanaskan diri~

 

IMG_6898

-dah nampak orang tengah action..interframe la pulak! Ish!

IMG_6948cantik lorong ni….

Puashati berada di sini…..semakin lama bilangan manusia di Nami semakin bertambah. Hari sudah menunjukkan hampir tengahari. Lebih kurang pukul 11am…kami hendak mencari makanan “Nasi Goncang” tapi tidak menjadi sebab takut tidak cukup masa ke lokasi seterusnya. Hanya sempat membeli sarung tangan di kedai Souvenir dan membeli finger snack untuk alas perut.

P1020308P1020310 P1020311 P1020312

Berat kaki melangkah…tapi diharuskan juga. Kami ke Nami Ferry untuk kembali ke Nami Wharf. Terkejutnya manusia tersangatlah banyak memasuki Nami Island. Agaknya daripada China dan juga penduduk Korea sendiri. Nasib baiklah kami sampai awal. Kami meninggalkan Island lebih kurang 11am.

P1020324 P1020325

Bye Nami Island….c u again…

Insadong-GoGuan Studio

Daripada Seoul Station, kami ambil L1 heading to City Hall ke Jongno 3(sam)-ga (tfer to L3) to Anguk Station. Di Anguk Station ambik EXIT 6. Dari exit tersebut jalan sikit dan belok Kiri. Lepas itu teruskan perjalanan sepanjang Insadong Street. Kitaorang melilau kiri kanan depan belakang tapi tidak jumpa2 pun lokasi hendak dituju. Bertanya kepada Information Counter dekat Insadong Street tapi juga berikan lokasi yang salah. Jam sudah menunjukkan lebih dari 1pm (Appoinment adalah pada pukul 2.00pm). Sudah berkali-kali ke hulu dan ke hilir….rasa penat dan pening setiap dari kami. Landmark yang diberi adalah Starbuck tapi langsung tak kelihatan. Sakit pinggang ke kaki kesan daripada trip Jeju semalam semakin memakan diri sendiri. Tapi setiap kami masih boleh melawan rasa itu, dan nampak sangat tetap tabahkan diri untuk tidak berputus asa.
gg3 gg1
Insadong street.

gg2Fasih dua perempuan ni menyanyi Korean Song.

Dalam rasa yang hampir berputus-asa…aku terus bertanya kepada salah satu tuan kedai yang berada di sepanjang Insadong Street tersebut yang boleh berkomunikasi dalam BI. Kerana masa itu nampak dia tengah entertain seorang pelancong “Mat Salleh” yang bertanyakan harga barang. Maka tanpa berfikir panjang aku berjumpa dengannya. Tidak sia2 usaha ku…dengan ramah tuan kedai (oppa yang semart gituuu…hehe) itu memberitahu lokasi Studio tersebut berada di hujung insadong street. Bukan main happy kitaorang dapat pemberi maklumat direction dalam BI. Sebelum beredar “kamsamida”…orang korea ni baik2 belaka. Walau tidak berapa fasih dalam BI tapi mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk menolong bila seseorang itu memerlukan pertolongan (5 star untuk itu).

Kita menghala ke direction yang diberikan. Lama berjalan jauh nun di hujung sana….akhirnya nampak Starbuck…hati sudah mulai berbunga2 “pasti studio itu ada dekat2 sini!” Melilau lagi….kiri kanan depan belakang. “Konong! Sudah jumpa!” memang agak sukar untuk mencari signboard studio tersebut kerana kedai itu terletak betul2 di sudut lorong kecil. Bannernya agak tersembunyi…jadi kepada sesiapa yang berminat sila bersabar hati dan tenangkan diri menjejaki lokasi ini.
gg4  gg5 gg6inilah studio yang kami cari2 tu.

Kitaorang naik dan disambut oleh staff kecil molek dan senyum ramah. Penat letih mencari studio tersebut kurang sedikit demi sedikit. Saya memberitahu kami dari malaysia, buking melalui email. Tanpa cerita panjang staff itu memberikan kami pakej album untuk memilih baju dan style rambut. Sepatutnya hanya saya seorang yang memang tergila2kan hanbok studio ini sejak dari tahun lepas. Cuma tiada kesempatan dan bajet yang tidak mengizinkan. Namun…tanpa di paksa2 kedua geng ahjuma ku pun sepertinya kena pengaruh kualiti tangan mereka yang banyak terpapar di dinding studio. (kali ni dalam studio memang tiada istilah racun2…hehe). Akhirnya terjerumus juga lah kedua ahjuma ni berphoto bersama ku.

Selepas itu mereka menyuruh kami untuk memilih baju. Kami telah menguprade hanbok kami daripada basic kepada yang special. Jadi adalah tambahan KRW bagi setiap upgrading tersebut. Proses berjalan lebih kurang 2 jam. Hari itu GoGuan nampaknya banyak pelanggan. Agak sesak dan kebanyakan daripada pelanggannya daripada Hong Kong dan Japan, hanya kami bertiga saja lah yang menyamar sebagai ahjuma2 korea. Selain studio photo yang diambil oleh profesional photographer…kami juga boleh berselpie sampai puas di ruang khas disediakan. Ambik lah gambar anda sepuas hati, sebanyak manapun. Tapi pastikan anda membawa camera canggih anda selain camera phone.

Hari ini kami difahamkan kami tidak boleh membawa hasil photo kami (sepatutnya mereka akan bagi hasil photo   lebih kurang sejam selepas siap berphoto) kerana mereka agak sibuk dek kerana banyaknya customer yang menunggu giliran. Kami hanya boleh mengambilnya pada keesokan hari (tidak apa lah..kami ada beberapa hari di sini).

Disini…antara photo yang kami ambil menggunakan camera sendiri tanpa melibatkan editan. Kami tidak sempat mengambil selpie banyak2 memandangkan keadaan agak sesak dan kesihatan tidak berapa mengizinkan.

gg9
~isteri2 yang ada perasaan nak jadi princess walau seketika…hehe (ambik pic guna camera sendiri)~


-pic-by Konong-


Sebelum balik ke SS Guesthouse….kami cuba menikmati beberapa street food di sepanjang Insadong Street. Dalam sejuknya alam…semua benda panas amat sedap di kunyah.

gg11bersedia untuk menerjah makanan
gg12 gg13
……………………………………………………………………..read bean bun.

gg14Rice Cake….

Lepas puas mengunyah…kami terus bergegas ke Subway Station untuk ke GH (GuestHouse).Jam menunjukkan 5.30pm dan alam sudah gelap. Memandangkan pada musim luruh masa siang adalah lebih pendek dari malam, maka kami harus tahu menyesuaikan diri. Sampai Seoul Station kitaorang tapau Mcd untuk di makan bersama Instant Rice yang akan dibeli dari GS25 nanti. Asal boleh masuk dalam perut ok lah…janji kenyang dan boleh tidur. Sampai di GH…kami terpaksa mengangkut barang ke tingkat 3. Ok!…baiklah!…GH tiada lift ya, satu lagi kes mendera badan…so tabahkan hati untuk turun naik angkat barang. Nasib baiklah Cingu (kawan) handsome tu tolong ahjuma2 naik barang. Sampai bilik….memang puashati…bilik yang cukup besar untuk 3 orang dan amatlah bersih.

Mungkin ada yang beranggapan kami terlalu taksub dengan KOREA sebab pengaruh kdrama. Ya betul, amat tidak dapat dinafikan (kerana kami mulai tertarik dengan Korea dari situ)….tapi bila sampai di Korea itu sendiri…mereka2 yang terlibat akan sedar bahawa…bukan saja taksub dengan kdrama tapi lepas itu mereka akan lebih taksub kepada panorama alamnya pula. Kadang2 saya ada juga terfikir kenapa saya begitu suka dengan apa sahaja berkaitan dengan Korea. “mungkin sebab pada hayat lepas saya pernah dilahirkan di situ?!”. “Stopppppp!!! Sudah2 lah Ahjuma dengan mimpi di siang hari!!”

JEJU-GIMPO-SEOUL (SS Guesthouse)

Seawal 4.30am kitaorang sudah bangkit dari peraduan. Manakan tidak, kami kena gerak dari hotel ke Airport dalam 6.30am. Takut ada apa2 berlaku tengah jalan susah, flight Jeju – Gimpo kami adalah 8.30am. Pagi ini untuk ke Airport…..Mr Kim mengambil dan hantar ke Jeju International Airport secara percuma. Sayunya hati meninggalkan Jeju. Tapi apakan daya… setiap mereka yang dipanggil Tourist hanya menumpang untuk semantara. Suka atau tidak harus pergi meninggalkannya. Sebenarnya ada juga sedih dan excitednya sebab tidak sabar say hi again kepada Seoul.

Sesampainya di Jeju Airport, kitaorang terus ke kaunter checkin. Rasanya sedikit gentar, takut ticket yang saya booked secara on9 akan bermasalah (di luar jangkaan). Tapi nasib baiklah proses checkin berjalan dengan lancar. Kami ada banyak masa lagi untuk menikmati Jeju Airport. Maka menjelajah lah kami mencari apa2 yang mampu dibeli. Tiba2 saya nampak satu screen besar di dinding ruang checkin. Maka kejakunan melanda dan jadilah ahjuma seperti dalam pic di bawah.

jg1 jg2  jg5jg8   jg6P1020179
~
kejakunan melanda ahjuma2..hehe…yang penting happy and puas~

Lepas puas melayan sepak terajang chapter bab.1 maka kami pun mengajak diri masing2 untuk mencari benda untuk dimakan. Tapi hampa…..Bread store yang kami jumpa tidak berkenan dalam hati. Ke hulu ke hilir dan akhirnya terpaut pada deretan limau yang mengoda Jiwa. Hajat memang hendak membeli sebiji dua orange Halabung tapi tidak menjadi dek harga yang begitu mahal. Sekotak (9 biji kalau tidak silap) harganya lebih daripada RM100. Jadi abaikan saja next time la kalau ada rezeki dan ada bajet cukup dalam poket pasti akan dibeli.(Ada juga membeli buah tangan coklat Jeju Orange).

jg9 jg10

Hanya limau biasa (gambar kanan) yang mampu dibeli selepas setiap orang dari kami sepakat kongsi dengan harga KRW24000=RM76.80 (ada 14 biji kalau tidak silap). Ok laaa…

Kami masuk balai berlepas seawal mungkin, sampai dalam balai berlepas…nampak cuaca tidak berapa baik. Kepulan awan tebal berarak kencang, Takutnyaaa…kalau angin kuat di atas sana. Seketika menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat…kami merayau2 lah dalam Duty Free punya tempat shopping. Tapi tak mampu nak beli walau seketul pun. Untuk pengetahuan, semua tempat shopping Duty Free di Korea Airport urusniaganya adalah menggunakan USD. Ndaklah…. terima kasih jak la..lebih baik aku berhutang dalam KRW daripada berhutang USD. Hee…

Ohh… ya… ada satu kejadian yang agak kelam kabut semasa beratur masuk balai berlepas. Aku mengeluarkan Passport tapi boarding pass tiada pulak. Hadui!…Time ni lah pula hal2 camni berlaku. Aku tanyalah dengan Konong kalau2 boarding pass aku ada dengan dia. Dengan cepat dia jawab, “ada” sebab dia ada 2 boarding pass masa itu. Aku pun diam lah..aku tanya gate apa? Katanya gate 16. “aik…sama pula dengan gate masa flight kita Busan-Jeju?”…”ohh iya”. Perbualan berakhir di situ. Sesampainya depan staff yang check boarding pass….staff tu kata “This is not your boarding pass to Gimpo”. “Huh!” Apalagi….kelam-kabut lah ahjuma double check…rupanya boarding pass tu betul2 Busan-Jeju punya flight pada 30/10/2014 hari tu. Cehhh!….Makin kelam kabut lah para Ahjuma ni seluk sana sini dalam beg. Last2.. nasib baik lahh….nampak boarding pass saya yang sebenar nun jauh di dalam beg (hehe). Thanks God…akhirnya settle juga! Nasib baiklah staff depan kami tu sporting dan sabar melayan kami yang tak keruan. Kami berlalu…”kamsamida..” Dalam hati “buat lagi berkali2 Ahjuma!!”

Penerbangan ambik masa >< 1 jam 15 minit. Agak risau juga sebab awan tebal dan angin kuat serta memikir haluan dari Gimpo-Seoul nanti. Bermacam  benda dalam otak. Ni lah cabaran membawa diri sendiri tanpa tour guide.  Sepanjang penerbangan dapat melihat awan tebal di bawah seperti timbunan salji. Cantik dan mengagumkan.

jg11 jg12

Syukur kami selamat mendarat di Gimpo Airport lebih kurang 9.45am.

jg13

Dalam balai ketibaan…on HP, tiba2 nampak data on. Huh!!….Sejak bila pulak lah data saya ni onn….secepat kilat off kan. Tapi roaming memang saya tidak aktifkan..harap2 tidak charge dalam bill. Kalau tidak mesti kena marah dengan Mr. Chin.

Tiba di tempat luggage claim….kami nampak hanya 4 beg para ahjuma ni saja yang terdampar tak bertuan. Tiada seorang pun di sekitar kawasan. Tangkas dan pantas perkhidmatan mereka ni. Orang singgah wash room kejap pun beg dah terbiar macam tu. Tabik Kimchi Land……

Selepas menyusun luggage atas troli dan keluar dari pintu ketibaan. Saya mengeluarkan map dan note GIMPO-SEOUL. Maka secara rasminya cabaran sebenar bermula di sini. Meredah Seoul dan Busan dengan berbekalkan Map,Note dan juga kekuatan dalam diri masing2.

Direction: jalan bermula daripada pintu balai ketibaan. Anda akan nampak signage untuk Metro L9/L5 adalah ke Kiri. Jalan terus anda akan nampak Eskalator turun ke bawah (underground).

jg14turun eskalator ni.

jg15Jalan terus jak.

Daripada sana jalan terus sambil2 tu tengok arah line metro. Lepas tu anda belok kanan dan nampak GS25 (seperti 7E). Saya mengajak 2 orang ahjuma tersebut singgah membeli T.Money (seperti Touch N Go) untuk kegunaan menaiki train dan juga bus (lebih murah). Harga T.Money lebih kurang KRW3000 dan kami topup kad tersebut sebanyak KRW15000 seorang. Daripada GS25 tadi kena jalan terus dan turun guna eskalator (tap t.money anda dekat ticket machine). Selepas saja sampai di bawah ada dua line track. Satu untuk L9 dan satu lagi line direct to Seoul Station. Huh! Para Ahjuma pun pening nak pilih mana satu..tapi dalam iti memang ada masuk L9 dan L5 sahaja (pilih L9). Tapi L9 kena transfer line lagi la sebelum sampai Seoul Station. Saya bertanya kepada mereka2 yang tengah queue dekat Track ke Seoul, mereka kata train tersebut ke Seoul. Maka dengan tenang dan tujuan untuk redah jak haluan yang tiada dalam iti maka para ahjuma ni pun masuklah dalam train dengan beg2nya yang banyak.

jg16Dalam train yang agak banyak penumpang.

Orang sekitar tengok jak ahjuma2 ni. Maklumlah para ahjuma yang gagah perkasa mengangkat beg2 mereka…Aku pandang mereka dan mereka pandang aku….lantaklah….aku dah masuk kenalah melilau mata tu mencari info ‘train jenis apakah ini?”…..Bila mata sudah letih melilau sana sini…tiba2 mata terpaku pada:

jg17

Ohhhh….ini rupanya train AREX…..memang pernah terbaca train jenis ini yang beroperasi khas untuk Gimpo & Incheon Airport ke Seoul. Atau lebih dikenali sebagai Express Train. Dari Gimpo Airport hanya akan berhenti di 5 buah station sebelum Seoul Railway Station. Lega rasanya…..nasib baiklah dapat Express Train (versi ERL di Malaysia) ni sampai Seoul lebih kurang 40 minit. Terjah kami ada hasilnya…syukur sangat2. Sakit badan dan bahu semakin terasa…..

jg18keluar saja dr AREX naik eskalator ini ke atas.

Kami menuju ke Exit 4 Seoul Station. Yeahhh!!! Keluar saja di pintu EXIT nampak landmark pertama ke SS Guesthouse iaitu Sohwa Children’s Hospital betul2 berada di depan.

jg19

Dengan cuaca sejuk menyapa pipi…terasa ahjuma2 yang sudah penat ini amatlah dialu-alukan oleh bumi Seoul.

Kita menyeberang ke sebelah menggunakan lorong pejalan kaki dekat traffic light depan hospital tersebut. Sampai di seberang kena ambil kiri dan jalan terus sahaja. Sampai anda akan nampak GS Gas Station. Jalan terus ke depan dan lepas saja kedai coffee kecil di sebelah kanan, anda akan jumpa ada simpang kecil ke Kanan (masuk simpang ini)..dan anda akan nampak SS Guesthouse di depan anda.

jg20jg21

Yeahh!!! Gembiranya dalam hati tidak terkira. Sampai di office SS GH tersebut…kami disambut oleh seorang ahjuma lingkungan umur pertengahan. Lepas kami memaklumkan kami dari malaysia, Ahjuma itu sepertinya memanggil seseorang dan masuklah seorang lelaki berumur lingkungan 20an dan fasih ber BI dan hansome pulak tu..hehe. Maka senanglah urusan checkin kami. Oleh kerana kami sampai awal….(checkin lepas jam 2). Maka kami membayar terlebih dahulu dan meninggalkan semua barang di satu sudut yang disediakan sebelum keluar meneruskan iti kami ke tempat seterusnya. Kami ke Seoul Station untuk tujuan mengisi perut yang betul2 lapar. Nasib baiklah saya pernah ke tempat ini semasa trip bersama suami Late Summer last year (2013). Jadi bab Subway ni senang sikit untuk mencari arah. Maka kami makanlah di Lotte Outlet Food Court yang berada di Seoul Station. Di tempat ini ada banyak makanan. Selesai saja makan, kami cuba pergi ke Lotte Mart untuk mencari battery untuk camera si Konong tapi tiada dijual. Malah staff di situ menyarankan untuk pergi ke Canon Service Center. Jadi tamatlah cerita camera itu di situ. Hehe..

jg22
-daripada GH kitaorang ke Seoul Station (KTX)-jalan kaki.

jg23
Lotte Mart-kalau nak beli barang runcit tempat ni paling murah. Terletak d Seoul Station sebelum underground ke L1 & L4.

Syukur pada Tuhan…Ahjuma bertiga selamat sampai Seoul dan selamat menjejaki SS Guesthouse, tempat untuk berlindung dari sejuk dan hujan selama 5 hari di sini.