KL-Busan-Jeju -1st Day

Ok,  sudah lebih daripada seminggu saya kembali dari Kimchi Land trip. Ada baiknya saya mulakan kembara blog ke Kimchi Land secepat mungkin. Takut segala deria ku hilang ditelan masa. Maklumlah umur makin lama makin meningkat.

Pada 30/11/2014 (Khamis), saya dan 2 orang teman (My twins sister Damia & my geng karas Konong) memulakan hari seawal mungkin untuk menyahut cabaran jelajah South Korea. Flight KL-PUS kami adalah  8.30am. Dan kami bergerak daripada rumah seawal 5.45am. Nasib baiklah suami ambik cuti hari tu dan hantar kami ke KLIA2. Tapi ada kejadian yang tidak di ingini berlaku pada subuh hari tersebut. Pada malam 29/10/2014, saya telah set alarm clock pada 3.30am (tidur lambat 2am). Saya terdengar alarm berbunyi dan dengan tangkas bangun. Saya ke sebelah bilik untuk mengejutkan kakak ku yang memang masih diulit mimpi. Kelam kabut……dia pun tidak sedar alarm berbunyi. Kami bergegas mandi dan menyiapkan diri secepat mungkin. Suami pun sudah bising2 sebab kitaorang lambat. Saya siap cakap siapa yang off alarm?! Hahaha….rupanya alarm membangunkan saya tadi adalah alarm yang suami set malam tu. Nasib baik tepat 5.45am kitaorang keluar dari rumah. Saya dan Damia hairan kenapa alarm saya tidak berbunyi sedangkan saya memang sudah set 3.30am (rupanya aku set alarm memanglah 3.30am tapi hanya akan berbunyi pada Sabtu-1/11/2014. Haha…banyak cantikkk. Pengajaran!). Dalam setengah perjalanan kami ke airport, Konong pula sudah sampai di di sana. Kitaorang pulak sampai dalam lebih >< 6.50am. Nasib baiklah sampai dengan cepat dan selamat. Di KLIA2 kita orang cari breakfast untuk mengalas sikit perut sebelum terbang. Order nasi lemak di balai berlepas. Harga lebih kurang RM17, haduyai….order 1 set sahaja, share 3 orang. Mahal tapi memang sedap.

kg1

Kami menaiki AA X (airbus)….dengan harapan selamat sepanjang perjalanan. Tempat duduk kitaorang buk awal2 di area quite zone memandangkan tidak mampu untuk ambik flat bad. Bertahan hanya untuk 6 jam penerbangan…ok lah tu. Dalam kapal ada banyak tempat duduk kosong, sebelah Kanan dan depan tempat duduk kami. Apalagi….Konong ke depan dan saya ke Kanan. Maka jadilah setiap orang dengan tempat duduk sambil siap baring. Tapi memang sukar melelapkan mata. Nasib baiklah kawasan tempat duduk agak selesa.

Flight selamat mendarat di Gimhae Airport pada jam 3.30pm (waktu tempatan)

kg2Gimhae International Airport (Busan)

kg3kg4
C
anggih…siap ada operator lagi untuk sambung ke pintu pesawat.

….sampai balai ketibaan kitaorang cuba untuk menyewa LG pocket wifi. Tapi tidak menjadi memandangkan kena start guna wifi pada hari kita ambik router dia (plan-start guna pocket wifi pada 2/11-9/11/2014). Dengan sewa KRW8000/day. Jadi kalau 11 hari aduyai…mahal lah bah, lebih kurang RM281.60. Terpaksa batalkan niat.

Selepas itu kami ke Domestic Terminal untuk penerbangan seterusnya Busan-Jeju. Bangunan untuk penerbangan domestic tidak sama dengan International yaa.

kg5 kg6 kg7

Direction : Daripada balai ketibaan Gimhae airport/Tourist Info Counter pergi ke Kanan, Jalan terus dan keluar gate sebelah kiri. Anda akan nampak Domestic Terminal di arah Kanan. Keluar sahaja, muka sepertinya ditampar dengan cuaca sejuk. Nampak daun pokok berwarna merah. Woahh!!……kejakunan mula melanda. Tapi still boleh control. Dengan luggage atas troly saya tolak dengan sekuat hati, tidak sabar untuk sampai di domestik terminal. Sesampainya di sana….kita terus mencari kaunter checkin untuk JEJU AIR.

leganya hati, checkin proses berjalan dengan lancar. Sekarang tinggal saja menunggu penerbangan pada pukul 7.20pm.

Dalam proses menunggu…suami tiba2 whatsapp bertanyakan hotel tempat kitaorang menginap di Jeju nanti. Takut mereka lepaskan bilik yang kami booked. Nahhh…..hati mulai risau. Kelam kabut lah mencari phone number dan cuba menelepon untuk inform kitaorang akan lambat checkin. Nasib baiklah saya ada beberapa won syiling yang tinggal semasa trip lepas. Maka kami cuba menelepon menggunakan Public Phone. Segala arahan dalam hangul words dan sepatah pun kami tidak faham. Nasib ada jumpa PP yang ada sedikit arahan dlm BI. Tapi malangnya sudah beberapa kali mendail tapi still tidak dapat connect, last2 pergi ke kaunter informasi dan memberitahu masalah kami. Nasib kena dengan unnyi yang cantik molek tu dengan baik hati memberitahu.. kami kena tambah beberapa nombor di depan (lupa save #) no hotel semasa mendail. Hehe…..tu kan….main dail jak. Namun……beberapa kali dail pun tiada orang yang pickup phone. Lantak jak la…..kalau sampai hotel dan bilik kitaorang sudah tiada….mintak hantar dengan Mr. Kim dekat mana2 Jimjilbang untuk penginapan 2 hari. Hehe… (otak mulai berjalan kepada kemungkinan2 yang akan berlaku dan cara untuk mengatasinya…)

Kami masuk ke dalam balai berlepas dengan lebih awal. Dalam syok2 saya dan Damia checkin di imegresen. Nampak Konong ditahan dan backpacknya dibuka. Maka saya pun bergegas ke tempat itu. Staff tersebut tercari2 sesuatu dalam beg. Aku bertanya kepada Konong…dia pun blur..lalu aku nampak staff itu memegang-megang bajunya sambil kata (ntah…aku pun dah tak ingat). Terus dengan pantas saya kata….ohhhh…IRON?!, tapi staff tu tiada reaksi memahami bahasa alien yang aku cakap tadi. Lalu Konong cepat2 keluarkan iron tersebut…”ahhhhh”….maka fahamlah mereka apa yang mereka nampak itu adalah small/cute2 alien (traveller Iron) daripada Malaysia. Huh! Hai! macam tlepas beban  di bahu. Ish….suspennya laaa….Iron pun tidak faham.

Tepat 7.15pm kitaorang sudah berada di dalam kapal…pantas sungguh perkhidmatan orang2 Kimchi ni. Kapal berlepas on time….kapal Jeju seperti juga AA domestic. Sepanjang penerbangan kita dihidangkan dengan Jeju Pure Orange Juice. Tidak sangka ada diberikan minuman tersebut. Pahit manis rasanya, mungkin sebab Orange Juice itu diblend bersama dengan kulit. Not bad…..sesedap rasa. Ohh ya….diingatkan kepada sesiapa yang tidak pernah mengambil penerbangan Jeju Air, setiap penumpang diberikan 15kg free checkin luggage dan 10kg hand carry. Dan setiap extra kg akan di charge KRW1700/kg (kalau tidak silap, sila refer Jeju Air Website). Penerbangan lebik kurang 1 jam, kami pun selamat mendarat.

Selepas mengambil semua luggage….saya terus meluru keluar ke bahagian gate balai ketibaan. Setibanya d sana saya melilau memasang mata mencari raut wajah (macam dalam gambar tourist blog) Mr. Kim. Dalam hati mengharap sangat Mr. Kim tidak lupa dengan janjinya. Tidak sampai 5 minit melilau sana sini….saya terpandang raut wajah seakan2 Mr Kim sambil di tangannya ada A4 paper putih. Saya mendekatinya dan tanpa melihat kepada apa yang tertulis dekat A4 Paper tersebut dan terus menyapanya…. “Mr. Kim?!”…terus dia membalas “Yeh!..Yeh!”…saya pun berjabat tangan dengannya…”Hi..i am Bonika from Malaysia” heeee……….selamat dan gembiranya dalam hati. Kedua geng ku pun menyapa Mr. Kim.

Mr. Kim menyuruh kami duduk terlebih dahulu kerana dia masih ada guest untuk ditunggu. Selepas 10 minit Mr. Kim pun memanggil kami. Dan membawa kami menuju ke keretanya…..hadui! Kami terpaksa berlari2 anak mengejar Mr. Kim yang sedang berjalan. Sedar pada masa itu…..orang Korea berjalan biasa tapi kitaorang kena berlari2 anak untuk mengejarnya. Pantasnya…..dengan luggage atas troli menyeberang beberapa jalan raya, lucu pulak terbayang2 jika semuanya jatuh atas jalan, macam buah tembikai lah bergolekan.

Sesampai di kereta Mr. Kim, kita naik dengan selesa dan terus dihantar ke EJ hotel….nasib baiklah bilik yang kami booked still available. Kami akan menginap di hotel ini selama 3H2M. Dalam lebih kurang 10 minit kami sampai di Hotel, jarak dekat sahaja dari Jeju International Airport. Harga untuk tempoh kami menginap di sini lebih kurang RM900.Ok lah….boleh diterima juga harganya memandangan jarak ke airport dekat.

ej1 ej2 ej3
Free Hot Drink di lobby ada 10 jenis kesemuanya. Pilih jak mana korang suka.

Selepas menletakkan semua barang, kita turun untuk mencari makanan…memandangkan sang perut tak henti2 bising sebab telah diabaikan sejak beberapa jam yang lalu. Pada masa itu sudah masuk 10.30pm. Kami bertanya kepada hotel staff untuk lokasi tempat makan. Maka kami pun menuju ke arah yang diberitahu. Keluar dari EJ Hotel….belok Kanan dan jalan terus sahaja..nampak GS25 convenience store…area tu lah berderet restaurant untuk dipilih. Kami ke hulu ke hilir beberapa kali dan last2 masuk di sebuah seafood restaurant. Masuk saja disambut oleh seorang staff perempuan…nasib baiklah dalam menu ada tulisan BI. Sebab staff di situ memang hanya tahu seketul 2 BI. Nasib juga kami agak pro dengan signal language maka proses mengoder tidak lah bermasalah sangat. Meja makan dan kerusi special menyambut kami pada hari pertama dinner di Jeju Island. Agak tidak selesa kerana terpaksa duduk bersila dalam jangka masa lebih sejam, tapi boleh bertahan, sesekali kaki terpaksa dilunjurkan untuk mengambil stamina. Hehe….
ej.1 ej.2
K
awasan tempat makan berdekatan EJ Hotel.

Antara menu yang kami order pada malam pertama dinner adalah, Mackerel Grill Fish, Ommelete dan Mix Vege serta bersama beberapa side dish kemestian yang wajib dihidangkan oleh setiap kedai makan di Korea. Sesampainya semua makanan yang kami order. Woahh!!!….memang luar jangkaan size portion …banyaknya…maka melahap lah kami dengan perlahan2. Dengan jiran sebelah menyebelah kami yang sedang asyik berbual (kami tak paham sepatah pun hokey) sambil menikmati Soju. Nasib baiklah orang2 Korea ni kalau dah pening pun tidak lah dia buat kacau jiran2 sebelahnya. Mereka dengan hal mereka…kadang2 tu menoleh juga ke arah kami, tapi saya rasa dengan pandangan kosong.

Harga Makan Dinner kami pada malam pertama adalah: 1.Mackerel Grill Fish : KRW18000 / 2.Ommelete:KRW10000 dan 3.Mix Vege KRW20000. Jumlah dalam RM adalah lebih kurang 153.60. Mahal gila kan……Kos makanan paling kaw2 di hari pertama.
 Paling sedap..Mackerel Fish

Lepas makan..kami balik ke hotel….keluar saja tidak sangka hujan turun. Kami pun gila2 meredah hujan ke hotel. Dengan baju nipis tanpa jaket…orang2 yang kami jumpa pun hairan dan ada yang hampir berhenti melihat kami yang sedang berlari2 menyelamatkan diri dari hujan dalam cuaca sejuk yang amat sangat. Mungkin mereka hendak memberi pertolongan tapi kami buat tidak peduli dan meneruskan larian pecut kami ke EJ Hotel.  Hehe…..kami mempersiapkan diri dengan tidur awal sebab keesokan hari adalah trip jelajah Jeju Island bersama Mr. Lee seawal 9.00am.

…sweet dream….tanpa tidur nyenyak kerana c Damia siap dengan siulan merdunya dan bunyi2 rintik hujan yang menganggu emosi. Huhai….harapan hujan tidak turun pada keesokan sepertinya punah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s