Jeju – 2nd Day

Aku bangkit dari tidur yang tidak lena sekitar 6am. Harapan hujan tidak turun untuk jelajah Jeju hari ini nampaknya tinggal harapan. Bangun ku di sertai dengan bunyi rintik hujan yang nampaknya tidak henti-henti sejak awal subuh lagi. Weather Forcast nampaknya memang betul. Hujan terus turun dengan lebatnya…. tempat apalah yang akan kami pergi nanti.

Selepas bersiap2, kami turun ke lobby hotel bila jam menunjukkan 8.45am. Sampai saja di lobby ada beberapa orang lelaki berada di depan pintu masuk hotel. Lalu kami ke arah itu dan pandang setiap orang daripada mereka. Tiba2 seorang dari mereka menyapa kami, tapi tidak berapa dengar apa yang dia cakap. Hanya terdengar Mr. Kim….dan aku pun membuat kesimpulan dia adalah Mr. Lee (saya tidak pernah melihat gambarnya dalam mana2 blog). “Mr. Lee?” terus dia menjawab “Yeh! Yeh!” Ok….rupanya dia sudah sampai lebih awal dari yang dijangkakan. Betul2 menepati masa, malah lebih awal dari yang dijanjikan. Nampak muka Mr. Lee… ok lah, sepertinya dia seorang yang friendly dengan umur mungkin dalam lingkungan 40-an. Membawa Taxi Hyundai Sonata….bila saja masuk ke dalam taxi..”Woah!!” canggihnya.. Taxi memang selesa lengkap dengan tech terkini. Malangnya taxi Mr. Lee ni hanya boleh duduk 2 orang di belakang. Jadi akulah yang akan menjadi ketua tidak bertauliah kepada group kami. Mr. Lee bertanya lokasi2 yang hendak dilawati pagi ini. Maka saya keluarkan location list yang saya sudah sediakan sejak awal2 lagi dari Malaysia. Hari ini Mr. Lee kata akan membawa kami ke East area. So…. kami pun hanya menurut perintah, kerana mereka lebih arif tentang lokasi.
 Mr. Lee

Ohh…ya, start sahaja komunikasi ingatkan Mr. Lee boleh berbahasa English basic dengan baik, punah harapan ku. Bila saja dia mula berbicara keluarlah segala bahasa alien yang sepatah pun kami tidak faham. Dalam hati “haduiii…..matilah aku ni kali. Kuoyon ku nono iti”. Dia boleh ber “BI” sepatah dua tapi terus disambung dengan bahasa Korean. Mungkin dia tidak faham kami2 ini adalah orang Malaysia yang hanya boleh faham BM,BI & Bahasa Ibunda. Makin lama berkomunikasi..makin dalam bahasa Koreanya.

Sampai timbullah bunyi2 dari belakang “aik obo…..mamajul nopo Kor di Ahjus diti”…saya terus mengigit hujung lidah ku kuat2 supaya tidak terlepas ketawa ku bila saja geng ku Konong mengeluarkan kata2 tersebut (terasa lucu). Namun bagi menenangkan keadaan dalam taxi (terutamanya keadaan hati dan otak ku) yang kelam kabut dengan Bahasa English, Korea dan Dusun… Maka aku memutuskan untuk memberikan 200% tumpuan kepada setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh Mr. Lee.

Syukur….rupanya ada banyak juga komunikasi/percakapan dalam bahasa Korea yang saya boleh faham (tidak sia2 demam kdrama ku). Walaupun kepala kadang2 rasa tersalah tafsir…tapi bila ditolak tambah menjadi jugalah pemahaman saya tu. Dalam taxi, Mr. Lee siap menyediakan Jeju Mineral water kepada kami bertiga.

1. Jeju Green Tea Farm.

-Lokasi pertama kami pada hari ini adalah jeju Green Tea Farm. Sampai di kawasan ini sebelum 10am. Walaupun hujan masa itu, tapi nampak sekali kawasan Tea Farm begitu cantik dengan susunan ladangnya yang begitu kemas tersusun. Mr. Lee memberikan kami masa selama 30 minit untuk meninjau dan berphoto di kawasan tersebut. Kawasan ladangnya amat tenang, sejuk segarnya masuk sampai ke dalam dada. Walaupun hujan…kami tetap bersemangat untuk berphoto dan menikmati alam yang menghijau dengan ladang tea yang membuatkan kami rasa fresh yang tidak terhingga.

Tiba2 Mr. Lee datang dan mengofferkan dirinya untuk mengambil gambar kami bertiga. Bestnya…..kalau bukan Mr. Lee… mesti gambar kami itu jenis “bila kau ada, aku tiada & bila aku ada, kau tiada” Huhu… Apalagi kami pun menjadi kanak2 riang… belarian seperti dalam filem bollywood mencari spot terbaik untuk berphoto. Tapi sebenarnya kami hendak mengejar masa, takut hujan turun dengan lebih lebat, maka harus dipercepatkan langkah.

Di sini saya sertakan beberapa gambar untuk dikongsi bersama:
tg1Dalam Tea Shop
tg2 tg3
Shower, tapi masih boleh untuk berjalan2 di luar.
Panorama yang tidak mungkin dilupakan.

Masa untuk menikmati ladang tea tidak sampai 30 minit pun. Kami terus masuk ke dalam taxi yang berada di tepi jalan. Mr. Lee membawa kami ke lokasi seterusnya iaitu Horse Riding Farm.

Dalam perjalanan ke Horse Farm, hujan turun dengan lebatnya….Mr. Lee tidak henti2 mengeluh (termasuklah aku2 sekali). Sambil itu dia menghulurkan sesuatu kepada kami. Saya mengambilnya…..dannnnn….”ice Cream?!” Aduhai…sejuk2 begini makan ice cream?!! Perut jadi kecut nampak ice cream di musim2 sejuk dan hujan ni. Walaupun dalam hati amat berat untuk mengambil pemberian Mr. Lee tersebut…tapi demi menghormati pemberian orang..terpaksa juga tangan ditadah. Takut nanti tuannya berkecil hati. Rupanya mr. Lee membeli green tea ice cream semasa kami masuk dalam tea shop tadi. Tapi walaupun dalam cuaca sejuk…saya dapat menikmati texture green tea ice cream itu sangat lembut dan tidak terlalu manis serta rasa green teanya yang tidak terlalu kuat. Selepas itu Mr. Lee menghulurkan green tea water kepada kami. Bagi yang meminati green tea, memang sesuai sekali kepada mereka. Makan ice cream dalam musim sejuk dan hujan bukanlah pilihan yang baik. Tapi demi menjaga hati Mr. Lee…terpaksa juga membaham. Nasib baiklah hanya 1 cup share 3 orang. Kalau tidak…sengsaranya lah bah nak menghabiskan. 1 cup pun saya paksa2 Damia menghabiskan apa yang tinggal sebab Konong memang tak sentuh langsung.

Pic from: Mr. G

Lepas makan ice cream kepala semakin menjadi-jadi. Dari rasa pening kepada rasa migrain. Dengan telatah Mr. Lee yang terlampau “friendly” dan tekanan untuk memahami Korean Languagenya amatlah sukar.

Tiba2 terasa tempat duduk ku panas. “hairan!” Aku cuba memegang tempat duduk…mr.lee ketawa. Ingatkan air panas atau apa yang keluar dari mana2 bahagian tempat duduk. Rupa2nya…tempat duduk taxi tersebut mempunyai heater. Sekali lagi kejakunan ku datang.

 

2. Horse Riding Farm

-Lokasi kedua kami adalah Horse Riding Farm. Entrance Ticket adalah : KRW 18000 tapi oleh kerana Mr. Lee yang membelinya maka dia diberikan special discount. Jadi kami hanya membayar KRW16000=RM51.20. Boleh tahan harganya kan. Tapi persembahan Horse Riding memang mengagumkan, berbaloi dengan harga yang kami bayar.

Semua peserta/pelakon dalam persembahan itu adalah orang2 Mongolia. Kami difahamkan mereka adalah golongan yang memang profesional dalam hal menunggang kuda tidak kiralah lelaki ataupun perempuan.

Sound system yang memenuhi ruang pentas tempat duduk penonton membuatkan kami terasa berada di kawasan/lokasi sebenar. Dengan costume mereka yang sangat gah memang menghidupkan lagi suasana tersebut.

h4 h5
Gate Belakang dan Depan.
h8
Hujan-acara memanah semasa kuda berlari pantas.
h2h1
Kuda2 yang faham dengan peranan masing2.
h6 h7
Sedih dengan kematian tuannya.

Semasa persembahan tersebut, timbul pula satu hal “camera” yang tiba2 tiada dalam beg. Saya cuba mencari perlahan2 setiap bahagian dalam beg tapi tidak jumpa. Kami memaklumkan kepada Mr. Lee, dia bergegas ke taxinya walau hujan tengah lebat. Hati ku dah  Dag! Dig! Dug!. Kalaulah betul2 hilang… habislah aku kena marah dengan Mr. Chin. Damia pula siap memberitahu camera tu mr.lee yang pegang dan dia rasa ada dalam poket jaket mr. lee. Tidak lama, Mr. Lee kembali, dan memberitahu camera tiada dalam taxi. Aku dah layu seperti sawi dicelur dengan air panas. Mr. Lee suruh cek beg sekali lagi. Saya kata.”opso”(ejaan salah,tapi abaikan, asal ada bunyi sudah)…memang sudah berapa kali saya check setiap penjuru dalam beg tapi tiada. Namun untuk memuaskan hatinya…saya cuba sekali lagi. Sekali buka saja terus jumpa camera tu….betul2 di bahagian depan beg. Dada ku seperti ditikam benda tajam…terhenti bernafas seketika. Rasa hairan yang amat sangat. Tadi memang saya dah cek berulang kali tapi hampa. Bukannya beg saya besar mana pun. Camera sebesar tapak tangan mana boleh tidak jumpa?! Eeeee….tapi malaslah nak panjangkan cerita, baik aku melayan Horse Show. Yang penting camera aku dah jumpa. Hurmmmm….

Persembahan berjalan selama 1 jam dalam keadaan hujan lebat. Tapi tidak menghalang mereka membuat persembahan yang betul2 bertenaga. Sesi yang paling saya terharu adalah semasa adegan bila tuannya mati….kuda tersebut tunduk dengan muka sedih dan beredar untuk mengambil lokasi sebaris dengan kuda2 lain. Tersentuh sangat….. selepas itu adegan di mana kuda membuat tunduk hormat kepada hadirin dengan melipat sebelah kaki depannya. Bijak sungguh kuda2 tersebut. Satu lagi perkara comel berlaku bila para keldai pun ikut sama membuat persembahan, aku ketawa terbahak2 bila melihat keldai2 yang ditunggang oleh wira2 Mongolia itu berlari pecut. Pindik2.. bulat tagap mereka belari, cute sangat2. Mr Lee kata “Poney2..many2” bahasa versi BI cute hehe. Persembahan berakhir…saya terasa seperti belum puas untuk melihat show tersebut. Lepas itu ada pula sesi memberi makan kepada kuda2 yang ditunggang oleh para wira Mongolia. Apalagi…kami pun mengambil peluang membeli carrot dengan harga KRW1000=RM3.20 dan memberi makan kepada kuda2 comel itu. Ngap! sekali saja……Woah!!!! Siokkk sangat. Ada pulak wira2 Mongolia tu tanya kami asal dari “China?” “Philipine?”….Nooo….”we are from Malaysia” heeee…

3. Geumneung Beach

-Lokasi ke-3 kami pada hari pertama jelajah Jeju ini adalah dekat Geumneung Beach. Mr. Lee membawa kami di sini untuk mengambil gambar semata2. Sebab hujan turun tidak berhenti. Tapi bila kami keluar dan sampai di spot terbaik untuk berphoto…tiba2 hujan turun dengan lagi lebat, tapi Mr. Lee tetap cuba untuk mengambil gambar kami walau dalam kedudukan camera di tangan yang inbalance, sebab terpaksa memastikan payung tidak terlepas dari tangan.. Pantai yang cantik tapi….tidak dapat menikmatinya dalam keadaan hujan yang kuat.

Kami yang kena paksa oleh director Mr. Lee untuk bergambar. Redah hujan kitaorang.

4.Glass Castle

-Selepas beach tadi, kami dibawa oleh Mr. Lee ke Glass Castle. Tempat ini memang terdapat dalam list ITI yang saya buat. Hujan semakin redah but still dalam mood shower.  Tapi ok lahh…daripada turun dengan lebatnya.

Entrance ticket : KRW9000 tapi discounted jadi tinggal KRW3500=RM11.00.

Tempat ini rata2 structure diperbuat daripada kaca dan ia sangat menarik. Walaupun hujan kami teruskan juga penghayatan alam kaca sebaik mungkin. Bermula lah perjalanan kami yang menjadi Siti Payung di “Istana Kaca”.

let’s the pic tell the story:
gc1 Main antrance
gc2 gc3gc5gc6
Seni yang cantik
gc8 gc9 gc10 gc11 gc12 gc13
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
gc16 gc17 Unik

Lepas merayau lebih kurang 1 jam,  kami bergegas keluar bila teringat kitaorang belum lunch dan perut pun mulai menyanyi Kpop Song. Kami cepat2 ke pintu keluar tapi masih sempat melayan untuk berphoto bersama patung2 cute yang setia mengucapkan selamat Jalan kepada setiap pengunjungnya.

gc18 gc19

Setibanya di luar, kami tercari2 Mr. Lee. Mana agaknya dia menghilang….hanya nampak taxinya tapi tuannya entah ke mana. Kami melilau ke sana sini, akhirnya muncul juga dia dari sebalik bangunan main entrance tersebut. Nampak sugul jak muka tapi still boleh tersenyum. Sambil bertanya “Ok? good?!” Sorry lah Ahjusi…. kalau jalan dengan para Ahjuma ni memang sah mereka akan terus transform ke Kanak2 Riang yang lupa dunia seketika. Jadi payahlah orang lain menahan lapar dahaga kau! Tidak apa la Ajushi kita belanja ko makan sekali dengan kami. Hee.. hee…

(Note: Nama panggilan trip Korea kami ni adalah Ojum/Ahjuma. Hal ini asal usulnya disebabkan geng saya sorang ni Konong. Bila dia dapati saya boleh faham sikit2 bahasa Korea Mr. Lee (yang dah boleh digelar Ahjusi). Maka dia terus mengeluarkan kata2 seperti ini “aik…obuli ko bala dot Kor diti Ojum”. Maka dari situlah panggilan mesra Korea kami adalah “OJUM” sampai lah ke saat ini. Lucu pula saya. Lepas ni sesekali saya akan gunakan Ojum/Ahjuma (makcik/aunti) sepanjang perjalanan cerita dalam trip ini).

Kita orang order:- Mackerel grill fish, bibimbab and Braised Hairtail fish stew. Memang semuanya thumb up. Sampai saat ini saya teringat2 akan rasanya. 1st time makan makanan Korea paling sedap.

Mr Lee….pada mulanya menolak pelawaan makan lunch bersama kami, tapi kami paksa juga. Kami rasa tidak rugi mengajaknya makan bersama memandangkan dia belikan kami banyak benda untuk dicuba dan dia seorang yang baik hati. Adalah tidak patut kami biarkan dia menunggu di luar dan sementara kami sedap2 nyaaa….makan di dalam. Itu bukan sikap para Ahjuma2 Malaysia hokey! Kami adalah Ahjuma2 yang baik hati dan penyayang kepada segala mahkluk di atas bumi. Heee….

Nasib baik lah Mr. Lee akur dengan pelawaan kami. Sebenarnya bagus juga dia join dengan kami. Kami dilayan seperti anak2 dia pulak. Rasa macam budak kecil yang baru belajar makan. Huh! Hai! Siap mencedok makanan untuk kami. Para suami pun jarang ada layanan macam ini (hehe…..sorry ya para suami, sebenarnya kalau bukan kamu semua tak kan kami berada di bumi Korea. Thanks for everything..peace no war) hehe… Para Ahjuma ni pun macam naik minyak la pulak….malas ambik/menyedok makanan sendiri (no la…joking).

gc20 gc21
-Yummy2…sedappp sangat.

Makanan di Korea memang hampeh mahal gila. Apa yang kami makan tadi semuanya berharga lebih kurang RM200. Hampir terkeluar balik bibimbab dalam perut. Tapi oleh kerana tempat makan di Jeju (Korea) ratenya adalah lebih kurang sama. Pejam mata jak lah bayar. Nasib baiklah makanan tu sedap, kalau ada peluang dalam mimpi sekalipun mesti hendak makan di tempat itu semula.

5.Mount Sambang & Beach

-Selepas Lunch yang teramatlah sedap….lokasi seterusnya adalah area Mount Sambang.


~Beach di depan Mount Sambang.

Keindahan bendang berdekatan pantai..cantiknyaa.

Kabus tebal akibat hujan yang tak henti2 turun menyelimuti puncak Mount Sambang.

aftr gc1  aftr gc3
~
Temple di Mount Sambang.

 

5.Jeju Alive Musium.

-Selepas itu…kami ke lokasi seterusnya  iaitu Jeju Alive Museum. Tempat ini amat menarik kerana teramatlah tricky.


Pinjam dari Mr. Google-pandangan depan masuk museum.


~hidangan sup kami tidak menjadi kerana diselamatkan oleh Ms. Konong.

 

 

 

 

 

 

 

 
~mana pergi seluruh badan? Tricky kannn…

~hidangan sup tidak menjadi~


~aku yang yang perasan menjadi angle~


~takut jadi bbq..hehe~


-Luar museum-hujan baru berhenti tapi keindahan kawasan masih terserlah.

 

6. Altitude Wetland (Tragedi October)

-Selepas Alive Museum…Mr. Lee membawa kami ke lokasi seterusnya. Tapi sebenarnya lokasi tempat dituju seterusnya saya pun kurang pasti. Sebab dengan bahasa alien mr. lee yang sukar difahami….saya hanya ingat dia ada mentioned pasal Mysterious Road. Dan saya memang tahu macamana rupanya tempat ini.
Sepanjang perjalanan… Mr. Lee dengan Koreanya dan Saya/Kami dengan BI nya dan kadang2 terselit juga Korea yang walaupun sejemput2. Sakit kepala ku semakin menjadi-jadi melayan Ajushi sebelah ni, migrain ku pun tiba2 datang. Yang 2 orang Ahjuma duduk belakang tu…..hamboi!…..bukan main rilex lagi berselpie sana berselpie sini.


Mentang2 lah aku menjadi head korang…akulah jadi sasaran. Tapi aku layan jak lah Mr. Lee dengan BI nya yang sepatah dua dan Aku dengan Korea ku yang sepatah dua juga. Ngam benar la tu….membuat kepala ku macam nak meletup, tapi aku buat tak layan.
Tiba2 Mr. Lee on sound system taxinya dengan kuat. Terasa macam dalam Pub pula, lepas tu bawa keta bengkang-bengkok (sengaja..menghibur para Ahjuma). Ingat keretanya ni boleh menari! Aduiii…Please..lah!!! Nak termuntah terkeluar rasanya jantung ku. Mungkin Mr. Lee tidak tahu macamana nak berkomunikasi dengan kami secara lebih dalam lagi, jadi… terpaksalah dia buat cara dia sendiri untuk menghibur kami. Tapi Ahjusi!……kau tau tak…aku hampir2 termuntah lunch yang aku makan tadi. Jeles gila aku dengan 2 orang Ahjuma dekat belakang tu bah! Perjalanan terasa agak lama, terasa macam dah agak jauh kami mendaki dan dibawa pergi ke atas. Perjalanan mendaki dengan kabus tebal, kiri kanan pokok yang cantik peak dengan vivid colour. Memang cantik…Mr Lee memberikan HP samsungnya kepada saya yang sudah dia setkan untuk mengukur ketinggian kami berada pada setiap masa kereta bergerak naik. Dan kami memerhatikan makin lama.. kami berada di tempat yang semakin tinggi. Dengan pemandangan kiri kanan yang amat cantik….hanya perkataan..Woah!! Woah!! Woah!! Terpacul dari mulut kami (tidak sempat ambik gambar kerana kereta laju mendaki).

Sebenarnya hati ku mulai risau pada masa itu.. Kenapalah tiada penghujungnya perjalanan kami ini. Makin lama makin tinggi kedudukan kami dari paras laut, ditambah dengan jalan yang berliku-liku sepertinya saya semakin pening. Kedudukan kami pada masa itu lebih kurang 1000 meter dari paras laut. Tiba2 Ahjuma Konong bertanya kepada ku “kita sekarang p mana?” Hati ku tersentap, lidah jadi kelu, tidak tahu nak cakap apa, fikiran bercelaru. Tapi aku tetap tenang. Konong sekali lagi bertanya, tapi kali ini dengan Mr. Lee, “where are we going now?, are we going back to the Hotel?” Mr. Lee hanya diam dan selang beberapa saat menjawab sepatah saja “No!” Kali ini aku pula bertanya kepada Mr. Lee…”Mr. Lee….where are we now? Going to where?!” Mr. Lee tidak menjawab pertanyaan ku. Malah saya nampak dia agak gemuruh sambil mencapai HP nya dan menekan-nekannya. Pada saat itulah aku merasakan sepertinya sebilah pistol diacukan ke kepala ku. Sepertinya tidak boleh berbuat apa2. Maka muncul lah segala benda di kepala ku.

Keadaan pada masa itu sepertinya..kami akan dibawa ke hujung dunia tanpa manusia. Dengan Mr. Lee menekan2 HP nya, sepertinya dia sedang menghantar pesanan SMS kepada kawan2nya. “Bersedia! Habuan sudah hampir tiba!” OMG…tuhan saja yang tahu perasaan ku pada masa itu. Otak ku menterjemah lagi……“adakah kami akan menjadi mangsa penculikan dan seterusnya dirogol oleh sekumpulan Ahjusi2 miang dan seterusnya dibuang ke gaung seperti daun2 maple yang gugur ke bumi dan mereput di situ tanpa siapa tahu dan peduli?! (Touch wood). Atau…..”patutkah aku ajak Ahjuma 2 orang kat belakang tu untuk sama2 pukul Mr. Lee atau terus terjun dari kereta sebelum kami menjadi mangsa rakus kumpulan Ahjusi miang!!?? Sampai ke situ plot kdrama ciptaan sendiri dalam kepala ku. Selepas >< 5 minit perjalanan mendaki, dari jauh aku nampak banyak bas pelancong. Airmata ku hampir gugur kerana plot  drama dalam kepala ku tidak menjadi kenyataan. Syukur pada Tuhan.

Aku turun dengan badan menggigil kesejukan dan ketakutan atas peristiwa tadi. Pertama sekali aku mengaku, dalam taxi tadi aku berusaha menahan badan ku dari menggigil ketakutan  dan bila saja keluar dari taxi tersebut, dengan kabus tebal dan sejuk yang teramat, mulut terketar2 aku lepaskan semuanya. Seperti Roh terpisah dari jasad ku, seketika aku rasa badan terapung2 di udara. Tapi tidak mahu rasa itu menguasai diri. Aku berusaha focus kepada scenery yang sangat mengagumkan itu.

Rupanya tempat lokasi yang Mr. Lee bawa kami itu adalah Altitude Wetland yang berada lebih 1000 meter dari paras laut. Mr. Lee memberikan kami masa 10 minit untuk menikmati alam sambil berphoto.

ketinggian 1100 meter dari paras laut.
 

Siap saja sesi bersaranghae….para Ahjuma mendapatkan Mr. Lee.  Maka Mr Lee pun memberitahu kami masa untuk turun dan kembali ke Hotel tapi akan singgah di beberapa lokasi terlebih dahulu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7. Cheongyeon Waterfall & Seonimgyo Bridge.

-Sepanjang perjalanan turun, aku tidak henti2 mengucap syukur pada Tuhan atas kejadian tadi. Juga agak rasa bersalah terhadap Mr. Lee kerana otak ku (dan 2 orang Ahjuma d belakang) banyak membuat Plot Kdrama sendiri. Tapi dengan keadaan kami pada masa itu…pasti sesiapa pun akan rasa takut dan bermacam benda dalam kepala akan timbul, terutama sekali jika semua adalah perempuan. Kami bertiga membuat kesimpulan terhadap kejadian mendaki tadi, mungkin Mr Lee tidak menjawab panjang apa yang kami tanya sebab dia memang tidak tahu untuk menjawabnya dalam BI dan dia mencapai HP nya mungkin sebab dia hendak bertanya kepada on9 translator (Mr. Google barangkali?) OMG…ampunkan dosa2 otak ku. Nasib baiklah Mr. Lee tidak perasan dengan segala rencana di kepala kami. Perjalanan turun…Mr Lee membuat lawak sekali lagi dengan membawa taxinya turun meluncur ke bawah dengan laju seperti roller coaster. Tapi secepat kilat kami sebulat suara “Mr. Lee..stop it! Anya! Anya!”

Sampai di lokasi air terjun kami cuba untuk mengexplore sendiri tapi terhenti di tengah jalan (tangga) yang curam ke bawah.

berhenti di pertengahan jalan licin.

Kerana hujan turun dan jalan agak licin…kami pun mengalah sampai di situ. Kawasan pun agak semak dengan pokok2 tebal.

-gambar pinjam dar Mr. G

Kami hanya singgah di Seonimgyo Bridge

-pinjam dari Mr. G

-Terpaksa meminjam gambar2 daripada Mr. Google sebab kami tidak sempat mengambil gambar lokasi ini memandangkan hujan dan bridge tu pulak under constraction. View untuk mengambil gambar pun tidak sesuai.

Kami putuskan untuk ke lokasi tempat Mr. Lee menunggu kami. Sampai di sana, ada kedai souvenir. Maka kami tidak melepaskan peluang untuk membeli 1/2 barang. Hasrat di hati ingin membeli Jeju Orange tapi dihalang oleh Mr. Lee kerana dia sudah pun beli limau untuk kami. Awww so nice…..terharu para Ahjuma. Dalam hati…”Sorry Ahjusi!” Dalam taxi.. kami cuba makan..tapi ermmmm….rasanya agak masam pulak. Bila Mr. Lee tanya “how?”…saya terus jawab “emmm…this is good, but a bit sour” Hehe…

8. Jeju Orange Farm

-Selepas dari lokasi waterfall tadi, kami pun dibawa singgah oleh mr. lee ke salah satu ladang mandarin Orange di kejiranan itu. Kejakunan melanda lagi melihat ladang tersebut. 1st time kau Ahjuma2 ni memegang dan membelai buah2 dan pokok2 Orange. Jadi harus melayan kejakunan itu dengan “Woahhhhh!!!” yang kesekian kalinya. Dan seperti biasa Mr. Lee sekali lagi menawarkan diri untuk menangkap photo dengan gaya Ahjuma2 Jeju Style. Haha….ada2 sajalah…

hehe…..wanita2 gagah berani.

mau saja memetik sebiji dua limau tersebut tapi apakan daya…”mencuri itu adalah dosa bagi mu”

9.Mysterious Road

-Selepas melayan Orange Farm, kita dibawa oleh Mr. Lee ke lokasi terakhir pada hari ini iaitu di Mysterious Road. Mula2 nampak macam tiada apa2 yang menarik di tempat itu, sebab ia hanya jalanraya lurus. Lepas tu Mr. Lee kata dia akan menukar taxi gear ke “N” dan melepaskan brek kaki serta on double signal. Kita semua dalam keadaan diam.

Seketika terasa taxi bergerak sendiri ke depan dan terus bergerak perlahan2. Woah!!!!! berkali-kali terpacul dari mulut para Ahjuma…memang kejakunan yang tidak terkira. Hampir tidak percaya kereta tersebut bergerak sendiri. Magic berlaku…mana tidaknya….Jalan yang dalam keadaan mendaki (bukan menurun atau rata ya) mana mungkin kereta boleh jalan sendiri tanpa pemandu?! Tapi memang itulah kejadiannya. Oleh kerana kami semua hanya duduk diam dalam taxi untuk merasai pengalaman itu. maka kami tidak sempat mengambil gambar. Jadi sekali lagi akan pinjam pic dari mr. Google.

nampak kan jalan mendaki. hehe..


-Taxi Hyundi Sonata
Bye2….lokasi terakhir. Am-Pm

Walaupun hari sudah gelap namun Mr. Lee masih membuat yang terbaik untuk kami. Selesai di tempat ini. Kami pun dibawa oleh Mr. Lee kembali ke Hotel. Rasa sayu pula berpisah dengan Mr. Lee….walaupun dia banyak songeh tapi dia Ahjusi yang baik hati. Sempat lagi dia berpesan….next time datang Jeju bawa handsome boyfriend sekali. Hehe…..pembetulan Ahjushi…bawa hansome husband. Heeee.

Tidak sedar…walaupun hujan sepanjang hari kami berjaya jelajah 9 lokasi pada hari pertama. Thank you Mr. Lee.

Selepas memberikan kos tour seharian kepada Mr Lee (KRW130000), dia pun pergi dan kami pun naik ke bilik hotel. Terasa hilang beban sekarung guni padi di atas bahu. begitulah leganya aku rasa. Tinggal rasa lapar mengganggu emosi. Selepas kami meletakkan barang dalam bilik..kita turun untuk mencari makan. Kali ini kami mengoder Jeju Fried Chicken menggunakan hotel svs dan membeli Instant Rice dari kedai GS25. Kurang 20 minit oder fried chicken kami sampai. Emmm…..sedap baunya dan memang sedap. Kami makan dengan bekal sambal ikan masin dengan bilis hasil tangan si Damia dan juga JJ Serunding Daging. Yummy2!
ej4ej6
ej5 Dinner hari ke2…sedap.

 

Advertisements

5 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s