Jeju 3rd Day (1)

Hari ini…taxi tour guide kami adalah Mr. Kim (orang yang pickup kami dari Jeju airport on 30/10/2014). Harap hari ini berjalan lancar. Cuaca tidak memberangsangkan……shower mood lagi. Turun ke lobby hotel seperti biasa 8.45am dan memang Mr. Kim dah sedia menunggu kami di bawah. Memang tabik dengan disiplin masa orang2 Korea ni. Mr. Kim nampaknya betul berbeza dengan Mr. Lee, lebih nampak pendiam. Sebenarnya saya jumpa Mr. Kim dalam Tourist Blog dan juga Trip Advisor, rata2 mereka menyarankan kalau hendak ke Jeju dan ingin mengambil Taxi Tour Guide Mr. Kim lah orangnya. Kerana dia seorang yang baik. Maka saya pun menghantar email kepadanya dan dia memang membalas dengan cepat.

Kereta yang dipandu adalah MPV yang cute. Lebih besar daripada Hyundai Sonata…maka ada harapan untuk duduk bertiga di belakang. Hehe….. tenang rasanya. Dengan personaliti Mr. Kim yang agak pendiam dan malu2 segan. Tak nak lah aku duduk depan. Kami yang gila2 ni pun kalau kena dengan orang pendiam maka diam juga jadinya. Aku tanya sepatah…Mr. Kim jawab sepatah. Mungkin disebabkan terhadnya penguasaan BI nya, dan kami amat faham itu….sebab kami pun Ahjuma2 yang masih dalam proses belajar. Jadi tidak kisahlah dalam bahasa Korea/BI kami sedia dan bertungkus lumus untuk cuba memahami.

b7

Aku mengeluarkan list lokasi yang saya sediakan sejak dari Malaysia lagi. Hari ini hari terakhir kami untuk exploer Jeju..Mr. Kim bawa kami ke West Area pulak. Dan lokasi2 yang kami pergi adalah:

1.Jeju Windmills & Silver Grass.

-Dalam perjalanan untuk ke Lokasi penting kami pada hari ini (UDO ISLAND). Mr Kim memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk melihat2 tempat ini dan apalagi kalau bukan berphoto. Tanpa di minta…Mr. Kim meminta camera kami untuk mengambil gambar. Ohh….ya..lupa pula, dalam rata2 blog mereka menyatakan Mr. Kim adalah photographer profesional sebelum ini. Dan dia memang pandai untuk menggunakan camera (DSLR)..tapi compact camera tidak pasti. Jadi bermula lah “cut! Action! Cut!”. Sesi berphoto bermula dan kami sudah mula merasa Mr. Kim memang the best photographer, dia pandai memilih lokasi dan tidak akan puashati dengan 1/2 kali snap sahaja. Dia akan buat berulang2 sampai dia rasa gambar yang dia ambil itu “cantik”. Tapi Model2 Mr. Kim ni…..tak tahu lah boleh memberikan aksi2 yang memuaskan hati atau tidak. Maklumlah kami adalah orang2 kampung yang kaku untuk memberi reaksi kepada camera.

k1  k3 k4 k6

 

Semasa sesi berphoto…rambut terbang tak ketentuan dengan cuaca sejuk membuatkan kami menggigil kesejukan. Kelakar pun ada…kami berphoto seperti dalam filem bollywood pulak. Tapi tidak berikan tumpuan sebab baru saja dapat pe’el pose yang rasa2nya cantik tiba2 tangan pula sibuk menangkap rambut yang serabai ditiup angin. Tu sebab dinasihatkan bila berada di Jeju (certain place-outdoor) sebaik2nya pakailah topi untuk mengelak rambut mengerbang tak ketentuan semasa berphoto.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s