Udo Island – Jeju Island (3rd Day)

Lokasi paling penting dalam trip Jeju kami adalah Udo Island. Ia adalah lokasi paling cantik yang saya jumpa semasa mencari maklumat tentang Jeju Island dalam internet. Rata2 agensi pelancongan masih tidak memasukkan lokasi ini dalam ITI mereka. Dan kami pun cuba untuk menapak di tempat ini menggunakan Taxi Guide. Pagi seawal 10am kami tiba di Ferry Terminal untuk ke UDO.

u1 u2
dalam bangunan Ferry Terminal-beli ticket ke UDO.
u3 u4
-Ferry:bahagian bawah adalah untuk kereta.

u5 u7
-Open air atas ferry….menikmati segarnya laut.

u8
-Terminal Ferry Jeju

u12 u13
-Red Lighthouse
u14
-area open air, setiap pengunjung sibuk menikmati alam.

Ticket untuk ke UDO adalah KRW5500/person. Oleh kerana kami tidak mahu membuang masa turun naik bas semasa di UDO island nanti. Maka kami memutuskan untuk membawa masuk kereta Mr Kim munggunakan Ferry. Entrance fee untuk kereta ke UDO adalah KRW29000=RM92.80 (Return).

Kitaorang masuk saja ke dalam Ferry terus naik tingkat atas (open air). Seronok sangat….dengan cuaca sejuk dan hujan pun sudah berhenti. Sepertinya memahami perasaan semua pengunjung, memberi peluang kepada kami untuk menikmati trip sehari dalam keadaan selesa dan relax tanpa payung. Di atas Ferry….kebanyakan pelancong adalah daripada China dan juga penduduk tempatan dan hanya kami bertiga yang terselit dusun2 from Malaysia, yang berpura2 menjadi Ahjuma2 Korea..hehe. Di atas Ferry akan dapat menikmati keindahan laut dan memberi makan burung Seagull. Burung2 tersebut akan terbang mengejar Ferry kerana makanan mereka (kurupuk udang).
u10u11
Perjalanan ferry makan masa >< 15 minit, sekejap saja. Jarak Ferry Terminal dari Jeju Mainland ke Ferry Terminal Udo mainland tidak berapa jauh.

u15Memang cantik.

Keluar saja dari Ferry dengan menaiki Taxi Mr Kim…keindahan panorama pantai dan laut betul2 menggamit rasa. Sepertinya jatuh cinta pandang pertama gitu……

u16 u17
k
ereta keluar dari Ferry.                                 -dari dalam taxi nampak black beach luas terbentang.

i.Seobin Baeksa Beach.

-Lokasi pertama di UDO…Mr Kim bawa kami ke sini. Cantik….pantainya putih seluas mata memandang. Seperti biasa Mr. Kim memberikan khidmat mengphotonya. Part mengharukan adalah apabila Mr. Kim dengan sendirinya menulis sesuatu di atas pantai putih ni. Nak tahu apa?….lihat dibawah….

b3

b1
luas terbentang

Memang kelassss…mr kim ni. Di sini juga Mr. Kim siap merakam video untuk kami (walau tidak seberapa tapi nilainya tidak terkira).Woahhhh!!!! Macam artis kau Ahjuma2 kampung! Tapi yang penting we had a lot of fun here. Paling menarik lagi..Mr Kim menyuruh kami untuk buat aksi jump (kena dera oleh director). Balik2 kena suruh ulang scene Jump tu, rupanya kaki ku lurus ke bawah, bukan seperti kedua2 ahjuma hehe. Penatnya bukan main…terasa sendi2 tulang lari dari kedudukan asal.


(pic pinjaman-Konong)
-kami ke udara…heee.


(pic pinjaman-Konong)
-bergambar dengan naked unnyi.

Sportingnya lah Taxi Guide kami ni…walaupun seorang yang pendiam tapi bila masuk bab kerja dia memang no. 1, seperti Mr Lee….dia juga cuba buat yang terbaik.

ii.UDO Lighthouse.

-Sangat unik tempat ini, dengan lighthouse yang berwarna putih di tepi pantai yang berbatu hitam. Memang terasa suasana yang amat berbeza daripada pantai biasa. Cantik! Hanya ungkapan ini yang boleh dikeluarkan.


~biarlah gambar berbicara~(pic pinjaman-Konong)

u18 u19 u20

iii.Geommeolle Beach & Dongangyeonggul Cave.

-Tempat ini adalah lokasi ke-3 kami di Udo Island. Mempunya pasir yang hitam di bawah Udo Olle Trail membuatkan pantai ini  begitu menarik di bawah pancaran matahari. Turun dan berjalan di pantai ini membuatkan kami berjalan seperti budak yang baru belajar macamana hendak berjalan. Mana tidaknya, sekali pijak kaki terus tenggelam dalam pasir. Kasut tidak payah cakaplah sudahlah pakai kasut ala2 valerina (x sesuai) maka pasir mestilah masuk terus ke dalam kasut. Ingatkan pantai dengan pasir yang padat seperti pantai biasa. Tapi sangkaan meleset bila saja kasut dimamah pasir hitam. Keindahan tempat ini pasti memukau kepada sesiapa saja yang suka bermesra dengan alam.

Aktiviti berphoto memang tidak dilepaskan.

cv1 cv2 cv3 sebelum menapak di bawah.
cv4 cv5 cv6 cv7
Cantiknya laut bila kena pancaran matahari

Selepas para Ahjuma ni puas bergurau senda di tepian pantai…kami dibawa oleh Mr Lee ke Donganggeonggul Cave. Perjalanan ke Gua tersebut memang mencabar. Dengan kami yang tidak pernah sekalipun buat latihan daki+turun memang payah. Saya ok sikitlah sebab ada juga latihan naik tutun tangga. hehe… boleh lah jadi bekal sikit. Tapi itupun masih terkial2. Ditambah pula dengan hal Kasut yang tidak sesuai (sepatutnya guna sport shoe) menyebabkan lutut menggigil sepanjang perjalanan ke gua. Dengan susah payah terlompat2 sana sini mencari spot terbaik untuk mendaratkan kaki, di celah2 batu besar akhirnya berjaya juga sampai lokasi di tuju. Nasib baiklah tidak jatuh gedebuk! Kalau tidak macam nangka busuk lah jadinya di celah batu2 besar.

Sesampainya di dalam gua….apa yang menarik?! Ahhhh……batu gua berwarna purple. 1st time nampak gua berwarna Purple ni.


~lain dari yang lain kan.(pic : Mr Google)~

-dalam gua ni kita luangkan masa hampir 15 minit. Huh! Maklumlah Mr. Kim jenis orang tidak puashati selagi tidak dapat gambar yang cantik baginya. Kami sampai berpeluh2 di dalam gua ni. Balik2 Mr. Kim kata “Flash! Flash! No….(dia nak camera setting kepada Flash on). Tapi camera kami lain sikit….susah nak tukar2 setting. Nasib baiklah camera si Konong berjaya memberikan photo yang dapat memuaskan director. Heee….orang pro ni susah sikit, selagi tidak puashati selagi itu tidak akan berganjak dari lokasi. Dan akhirnya……

cv8  cv10

ini sajalah photo terbaik kami dalam gua tersebut. Penatnyaaaa!!

(pic pinjaman-Konong)
Keluar dari Cave kitaorang mendaki naik tebing menggunakan tangga dan mengambil gambar di tepi hill berlatarkan Udo Olle Trail yang tidak sempat kami jejaki kerana kesuntukan masa (memerlukan lebih 1 jam untuk menghabiskan jejak di sini.Gambar di bawah adalah pinjaman dari Mr. Google. Pandangan atas untuk Olle Trail tersebut.


~Pic: Mr Google~Cantiknya…dpt menapak di sana~

Kami juga tidak melepaskan peluang mencuba Peanut Ice Cream yang disebut-sebut di kebanyakan blog. Walaupun cuaca sejuk tapi tidak seperti semalam, masih boleh tahan tanpa memakai jaket tebal. Oleh kerana penat letih berpeluh juga dari cave tadi… Kami tiada masalah untuk menikmati ice cream special ini.

Harga Ice cream ni : KRW4500=RM14 / cup. Woahhh!!! Mahal leh..macam ice cream Haegan Daz pula saya rasa. Sedap juga tapi saya lebih tertarik kepada Orange Ice Cream yang saya beli untuk si Damia. Tapi sebagai tourist tidak rugi untuk mencuba. Belum cuba belum tahu. Heehe….

-Promo2…hehe(pic pinjaman-Konong)


(pic pinjaman-Konong)

iv.Scobin White Sands aka Popcorn Beach.

Sampai2 saja di pantai kami berlari2 sopan dan terus menjadi Ahjuma2 riang. Teruja sangat dengan birunya laut dengan ketulan batu2 kecil. Batu2 yang saya rasa sangat menarik dan saya teringat tentang Pawagam. Ya….it’s Popcorn (sinonim dengan pawagam).
pc1 pc2
~Macam Popcorn kannn~
pc3

Cuba lihat betul2 bentuk batu tersebut..seprtinya popcorn yang crunchy. Heee……unik sangat2. Tiada pun saya nampak pasir di tepi pantai ni kecuali butiran batu kecil. Biarlah photo2 di bawah memberikan gambaran seterusnya.
 aku yang menikmati alam…hehe. haduyai! Hilang kawalan haha…

Aku mendarat di Popcorn Beach. Bestnya lah masa landing tu menghirup udara segar laut sambil menutup mata. Sebenarnya aku jadi model 2 orang Ahjuma tu baring di atas crunchy popcorn >< 10 minit. Aku tak peduli dengan orang lalu lalang.

pc4 pc5 pc6 pc7
~Enjoy!

pc8Nyaman dan damai…

Memang sangat puas hati dengan tempat ini. Indah sungguh tidak terkira.

iv.Udo Seafood Restaurant (Lunch).
-Selepas shooting selesai dekat Popcorn Beach, director membawa kami untuk mengisi perut di salah satu seafood restaurant berdekatan dengan pantai. Jam sudah menunjukan lebih 1pm. Duduk saja perut sudah berdondang sayang. Tu lah….siapa suruh melayan sangat director tu (tapi dia memang director terbaik).

Dari awal pagi Mr. Kim memang sudah bertanya dengan kami nak makan apa untuk  lunch hari ini. Maka kami pun sepakat “seafood” (ini jak la yang boleh kami makan di sini). “Black Pork?”….ops we’re seafood lover…no pork please! haram itu bagi mu! hehe…”Ok! Ok!” Thank you Mr. Kim kerana memahami.

Lebih kurang 10 minit menunggu, maka sampailah pelayan kedai dengan sebelanga/se’pot/sekawah?(apa2 jak lah…aku pun tak tahu nak berikan nama). Diletakkan di tengah2 meja kami, pot dipenuhi pelbagai jenis makhluk asing dasar laut. Aku hampir2 tersedak melihat benda depan mata (ohh…noooo! Beginikah rupanya?!) hampir2 tidak percaya. Rasa geli pun ada sebab bayangkan dengan abalone2 bersama cengkerang masih bergerak2 kepanasan. Huh! Rasanya kami tidak berperike”seafood’an (hadui!! bahasa ku menjadi rojak).

sf2 sf3

Dari rasa perut yang lapar tadi sepertinya hilang sikit demi sedikit dek kerana melihat kejadian depan mata yang 1st time berlaku dalam sejarah hidup. Namun aku bertabah hati (saya yakin begitu juga dengan 2 org Ahjuma tu) melahap 1/1 benda laut tersebut. Aku hanya merasa freshnya air laut sahaja. Seperti Mr. Lee…Mr Kim juga telah menjadi Bapa semantara kepada 3 orang Ahjuma yang terkial2 mencedok seafood dari dalam pot itu. Eee…..tidak selesanya memakan makanan itu. Aku semangatkan hati memasukan nasi dengan side dish (kimchi, bean sprout etc) ke dalam mulut dan di selang seli dengan minum air.

Tidak lama kemudian, datang lagi seorang pelayan. Membawa mangkuk besar, dikeluarkannya benda dari mangkuk itu….dan memasukkan ke dalam kawah di depan kami. Ops! Woahhh!…OMG! Sotong besar! Aku hampir bangkit dari tempat duduk. Sotong hidup2 dimasukkan ke dalam pot kami. Maka meronta2 la sotong itu kepanasan. Aku rasa nak berhenti makan saja saat itu. Tapi cuba kuatkan hati melawan perasaan. Aku betul2 simpati dengan nasib para abalone/sotong/kupang yang dimasukkan hidup2 dalam air mendidih. Huh! bertabah hati lah aku memasukkan  benda2 itu 1/1 dalam mulut, mengunyah sekejap dan terus menelannya. Dalam hati…”makanan ini pasti tidak akan hadam dalam perut ku”.

sf4
-Nampak kan sotong tu (aksi mengeliat kepanasan)….

Mr. Kim cuba menghabiskan makanan tersebut dengan memberikan kepada kami tapi kami bertiga mengangkat tangan tanda menyerah. Tidak mampu untuk meneruskan kunyahan. Sebenarnya aku bukan kenyang dengan makanan depan mata. Aku kenyang dengan air yang balik2 aku minum untuk melawan rasa seafood tersebut. Damia menghulurkan KRW50000 kepada Mr. Kim. “this is ok!” kami pun hairan sebab dalam menu harga paling rendah adalah lebih kurang KRW70000/KRW60000. Tapi Mr. Kim hanya mengambil KRW50000 dari kami, selebihnya dia tambah. Baiknya hati…

Seafood lunch cost : KRW70000=RM224 (hampir pengsan dengan harga)

Kelassss!…Ahjuma2 ni makan kan…..sekali lagi alasan untuk ikat perut di Seoul. Tidak apalah last day makan benda mahal. Rindu sangat dengan makanan lunch bersama mr. lee.

Settle semuanya…kami pun bergerak ke UDO Ferry Terminal untuk kembali ke JEJU Mainland, nasib baik kereta tidak banyak beratur untuk masuk Ferry. Perjalanan balik, kami sekali lagi memilih tempat open air di bahagian atas.
P1010846P1010852
~Seagull sedang terbang mengejar kami yang sedang dalam perjalanan ferry ke Jeju Maindland. Seakan berat hati melepaskan kami pergi (gitewwwww……hehe).

P1010817 P1010855
Bye2 UDO………………………………………………….kereta keluar dari Ferry, sampai di Jeju Ferry Terminal.

3.Carnola Flower Garden.

-Sampai saja di JEJU MAINLAND….Mr Kim bawa kami ke tempat ini. Bunga2 ini memang terkenal sebagai salah satu tarikan di Jeju. Sekali pandang memang macam pokok sayur bunga yang sudah tua. Ahjuma2 riang terus menerjah kawasan tersebut dan bermulalah aktiviti bollywood di taman bunga bersama Mr. Kim.

fg2 fg1fg3fg5 fg4fg6
~
menghayati alam~

-keindahan yang menambat hati…..tidak akan dilupakan sampai bila2 pun.


-kami di taman bunga “sawi?” hehe…Carnola Flower.

4. Sungsan Mountain/Seongsan Ilchulbong.

-Selepas saja dari Flower Garden tadi, kami terus dibawa oleh director bergambar berlatarkan Sungsan Mountain terlebih sebelum mendaki. Sesi bergambar memakan masa >< 15 minit dan ia amatlah memenatkan. Skru2 badan jadi longgar. Dan inilah hasilnya..


-ke udara lagi(pic pinjaman-Konong)

Rasanya/kesannya pasti akan diketahui di cerita seterusnya…aktiviti mendera badan sendiri (cari penyakit).

Selepas selesai aktiviti lompat2 katak….kami terus ke main entrance mendaki. Ticket masuk kawasan ini adalah KRW2000=RM6.40/psn (kalau tidak silap saya). Sepatutnya datang ke sini paling bagus adalah melihat Sunrise tapi apakan daya kami terikat dengan masa. So terpaksa lah datang sini untuk mendaki dan menikmati Sunset sahaja. Kawasan ini sebenarnya dikenali juga sebagai “Sunrise Peak” atau Volcanic Tuff Cone” (saya tak kan menghuraikannya si sini, lebih baik sesiapa yang berminat cuba masuk ke dalam websitenya).

Sampainya saja di bawah lokasi parking, melihat kawasan bawah saja pun sudah cukup memukau hati para Ahjuma. Hati mulai berbunga2. Keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2…cewah! Patutlah Jeju terkenal sebagai Honeymoon Destination yang agak popular. Keindahan Jeju amat menakjubkan. Sebelum Mendaki Mr. Lee mengambil beberapa gambar untuk kami.

sp3 sp4 sp5 sp6 sp7 sp8

Kami memulakan pendakian, Mr. Lee menunggu kami di bawah. Kami nampak tempat mendaki curam dengan tangga. Aku mula tidak yakin dengan tenaga yang tinggal selepas sesi lompat2 sebelum ini. Namun harus  kuatkan semangat. Akhirnya dengan semangat wajah…ahjuma2 memulakan pendakian.

sp9 sp10
-mula mendaki-

sp13 sp14
-keletihan yang amat sangat-

Daki dan terus mendaki…sepertinya kami bertiga hampir kekurangan oksigen. Penat memang tidak payah cakap. Sepertinya mahu saja saya bergolek balik ke titik asal. Tapi malu pula dengan para harabuji dan juga omunyi..walaupun dengan menggunakan tongkat untuk mendaki tapi semangak kental memang terserlah biarpun harus berhenti-henti di setiap anak tangga. Kagumnya kami dengan semangat dan stamina orang2 tua di Kimchi Land ni. Kami yang terpaksa juga berhenti2 di setiap bahagian pendakian akhirnya sampai ke puncak. Gayatnyaaaa…..sempat juga ambik photo di atas.

sp15Yeayyy!!! Berjaya sampai atas.

sp16  sp18
-pemandangan dari atas memang tersangat2 lah cantik-

sp23sp20

Tanpa membuang masa teruskan sesi menurun (guna tangga ok)

sp19  sp21monopod dmna2.

….eeee….macam menyesal pulak mendaki tadi. Tapi tidak apa…kami dapat menikmati panorama yang begitu indah di atas dan sampai di bawah matahari mula terbenam dengan keindahan tidak terkata.

sp22gambar daripada atas semasa proses turun.
 sp24 sp25 sp26 sp27
-mau saja duduk bermalam di sini.

sp29 sp30

-Restaurant di tepi laut.

sp31 sp32

arah mana hendak dituju? Arah balik.          -cute baby….hehe.

 

sp33
-Speechless……sunset of the day!

Sakit badan sudah mula terasa…terutamanya bahagian pinggang ke tapak kaki. Sebelum bertemu Mr. Kim kami sempat singgah membeli 1/2 barang di Souvenir Shop.

 

5.Seopjikoji Beach.

Lokasi terakhir kami pada last day trip di Jeju adalah di Seopjikoji Beach. Lokasi ini terkenal dengan pengambaran drama korea bertajuk “All In”. Di mana Hero lelakinya sudah meninggal dunia kerana membunuh diri. Kesian juga….tapi itu sudah jalan hidupnya. Hari sudah beransur gelap tapi Mr. Kim masih mahu membawa kami ke lokasi ini.
sj1 sj2 sj3 sj4 sj5 Cottage seperti diperbuat daripada Candy. Memang unik….
sj6 sj7
-seperti faham2 saja hari ini hari terakhir kami….bye…..will miss this place.
sj8Keindahan terakhir di Jeju Land….

Kepada anda yang merancang ko South Korea…sila jangan lupa masukkan JEJU sebagai destinasi terpenting anda. Memang tidak rugi ke sini. Anda pasti akan tidak lupa pengalaman indah si sini. Hari terakhir menjelajah Jeju berjaya ke 9 lokasi sekali lagi.

 

Semoga mendapat inspirasi daripada N3 ini… c u next.

 

Advertisements

3 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s