Insadong-GoGuan Studio

Daripada Seoul Station, kami ambil L1 heading to City Hall ke Jongno 3(sam)-ga (tfer to L3) to Anguk Station. Di Anguk Station ambik EXIT 6. Dari exit tersebut jalan sikit dan belok Kiri. Lepas itu teruskan perjalanan sepanjang Insadong Street. Kitaorang melilau kiri kanan depan belakang tapi tidak jumpa2 pun lokasi hendak dituju. Bertanya kepada Information Counter dekat Insadong Street tapi juga berikan lokasi yang salah. Jam sudah menunjukkan lebih dari 1pm (Appoinment adalah pada pukul 2.00pm). Sudah berkali-kali ke hulu dan ke hilir….rasa penat dan pening setiap dari kami. Landmark yang diberi adalah Starbuck tapi langsung tak kelihatan. Sakit pinggang ke kaki kesan daripada trip Jeju semalam semakin memakan diri sendiri. Tapi setiap kami masih boleh melawan rasa itu, dan nampak sangat tetap tabahkan diri untuk tidak berputus asa.
gg3 gg1
Insadong street.

gg2Fasih dua perempuan ni menyanyi Korean Song.

Dalam rasa yang hampir berputus-asa…aku terus bertanya kepada salah satu tuan kedai yang berada di sepanjang Insadong Street tersebut yang boleh berkomunikasi dalam BI. Kerana masa itu nampak dia tengah entertain seorang pelancong “Mat Salleh” yang bertanyakan harga barang. Maka tanpa berfikir panjang aku berjumpa dengannya. Tidak sia2 usaha ku…dengan ramah tuan kedai (oppa yang semart gituuu…hehe) itu memberitahu lokasi Studio tersebut berada di hujung insadong street. Bukan main happy kitaorang dapat pemberi maklumat direction dalam BI. Sebelum beredar “kamsamida”…orang korea ni baik2 belaka. Walau tidak berapa fasih dalam BI tapi mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk menolong bila seseorang itu memerlukan pertolongan (5 star untuk itu).

Kita menghala ke direction yang diberikan. Lama berjalan jauh nun di hujung sana….akhirnya nampak Starbuck…hati sudah mulai berbunga2 “pasti studio itu ada dekat2 sini!” Melilau lagi….kiri kanan depan belakang. “Konong! Sudah jumpa!” memang agak sukar untuk mencari signboard studio tersebut kerana kedai itu terletak betul2 di sudut lorong kecil. Bannernya agak tersembunyi…jadi kepada sesiapa yang berminat sila bersabar hati dan tenangkan diri menjejaki lokasi ini.
gg4  gg5 gg6inilah studio yang kami cari2 tu.

Kitaorang naik dan disambut oleh staff kecil molek dan senyum ramah. Penat letih mencari studio tersebut kurang sedikit demi sedikit. Saya memberitahu kami dari malaysia, buking melalui email. Tanpa cerita panjang staff itu memberikan kami pakej album untuk memilih baju dan style rambut. Sepatutnya hanya saya seorang yang memang tergila2kan hanbok studio ini sejak dari tahun lepas. Cuma tiada kesempatan dan bajet yang tidak mengizinkan. Namun…tanpa di paksa2 kedua geng ahjuma ku pun sepertinya kena pengaruh kualiti tangan mereka yang banyak terpapar di dinding studio. (kali ni dalam studio memang tiada istilah racun2…hehe). Akhirnya terjerumus juga lah kedua ahjuma ni berphoto bersama ku.

Selepas itu mereka menyuruh kami untuk memilih baju. Kami telah menguprade hanbok kami daripada basic kepada yang special. Jadi adalah tambahan KRW bagi setiap upgrading tersebut. Proses berjalan lebih kurang 2 jam. Hari itu GoGuan nampaknya banyak pelanggan. Agak sesak dan kebanyakan daripada pelanggannya daripada Hong Kong dan Japan, hanya kami bertiga saja lah yang menyamar sebagai ahjuma2 korea. Selain studio photo yang diambil oleh profesional photographer…kami juga boleh berselpie sampai puas di ruang khas disediakan. Ambik lah gambar anda sepuas hati, sebanyak manapun. Tapi pastikan anda membawa camera canggih anda selain camera phone.

Hari ini kami difahamkan kami tidak boleh membawa hasil photo kami (sepatutnya mereka akan bagi hasil photo   lebih kurang sejam selepas siap berphoto) kerana mereka agak sibuk dek kerana banyaknya customer yang menunggu giliran. Kami hanya boleh mengambilnya pada keesokan hari (tidak apa lah..kami ada beberapa hari di sini).

Disini…antara photo yang kami ambil menggunakan camera sendiri tanpa melibatkan editan. Kami tidak sempat mengambil selpie banyak2 memandangkan keadaan agak sesak dan kesihatan tidak berapa mengizinkan.

gg9
~isteri2 yang ada perasaan nak jadi princess walau seketika…hehe (ambik pic guna camera sendiri)~


-pic-by Konong-


Sebelum balik ke SS Guesthouse….kami cuba menikmati beberapa street food di sepanjang Insadong Street. Dalam sejuknya alam…semua benda panas amat sedap di kunyah.

gg11bersedia untuk menerjah makanan
gg12 gg13
……………………………………………………………………..read bean bun.

gg14Rice Cake….

Lepas puas mengunyah…kami terus bergegas ke Subway Station untuk ke GH (GuestHouse).Jam menunjukkan 5.30pm dan alam sudah gelap. Memandangkan pada musim luruh masa siang adalah lebih pendek dari malam, maka kami harus tahu menyesuaikan diri. Sampai Seoul Station kitaorang tapau Mcd untuk di makan bersama Instant Rice yang akan dibeli dari GS25 nanti. Asal boleh masuk dalam perut ok lah…janji kenyang dan boleh tidur. Sampai di GH…kami terpaksa mengangkut barang ke tingkat 3. Ok!…baiklah!…GH tiada lift ya, satu lagi kes mendera badan…so tabahkan hati untuk turun naik angkat barang. Nasib baiklah Cingu (kawan) handsome tu tolong ahjuma2 naik barang. Sampai bilik….memang puashati…bilik yang cukup besar untuk 3 orang dan amatlah bersih.

Mungkin ada yang beranggapan kami terlalu taksub dengan KOREA sebab pengaruh kdrama. Ya betul, amat tidak dapat dinafikan (kerana kami mulai tertarik dengan Korea dari situ)….tapi bila sampai di Korea itu sendiri…mereka2 yang terlibat akan sedar bahawa…bukan saja taksub dengan kdrama tapi lepas itu mereka akan lebih taksub kepada panorama alamnya pula. Kadang2 saya ada juga terfikir kenapa saya begitu suka dengan apa sahaja berkaitan dengan Korea. “mungkin sebab pada hayat lepas saya pernah dilahirkan di situ?!”. “Stopppppp!!! Sudah2 lah Ahjuma dengan mimpi di siang hari!!”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s