JEJU-GIMPO-SEOUL (SS Guesthouse)

Seawal 4.30am kitaorang sudah bangkit dari peraduan. Manakan tidak, kami kena gerak dari hotel ke Airport dalam 6.30am. Takut ada apa2 berlaku tengah jalan susah, flight Jeju – Gimpo kami adalah 8.30am. Pagi ini untuk ke Airport…..Mr Kim mengambil dan hantar ke Jeju International Airport secara percuma. Sayunya hati meninggalkan Jeju. Tapi apakan daya… setiap mereka yang dipanggil Tourist hanya menumpang untuk semantara. Suka atau tidak harus pergi meninggalkannya. Sebenarnya ada juga sedih dan excitednya sebab tidak sabar say hi again kepada Seoul.

Sesampainya di Jeju Airport, kitaorang terus ke kaunter checkin. Rasanya sedikit gentar, takut ticket yang saya booked secara on9 akan bermasalah (di luar jangkaan). Tapi nasib baiklah proses checkin berjalan dengan lancar. Kami ada banyak masa lagi untuk menikmati Jeju Airport. Maka menjelajah lah kami mencari apa2 yang mampu dibeli. Tiba2 saya nampak satu screen besar di dinding ruang checkin. Maka kejakunan melanda dan jadilah ahjuma seperti dalam pic di bawah.

jg1 jg2  jg5jg8   jg6P1020179
~
kejakunan melanda ahjuma2..hehe…yang penting happy and puas~

Lepas puas melayan sepak terajang chapter bab.1 maka kami pun mengajak diri masing2 untuk mencari benda untuk dimakan. Tapi hampa…..Bread store yang kami jumpa tidak berkenan dalam hati. Ke hulu ke hilir dan akhirnya terpaut pada deretan limau yang mengoda Jiwa. Hajat memang hendak membeli sebiji dua orange Halabung tapi tidak menjadi dek harga yang begitu mahal. Sekotak (9 biji kalau tidak silap) harganya lebih daripada RM100. Jadi abaikan saja next time la kalau ada rezeki dan ada bajet cukup dalam poket pasti akan dibeli.(Ada juga membeli buah tangan coklat Jeju Orange).

jg9 jg10

Hanya limau biasa (gambar kanan) yang mampu dibeli selepas setiap orang dari kami sepakat kongsi dengan harga KRW24000=RM76.80 (ada 14 biji kalau tidak silap). Ok laaa…

Kami masuk balai berlepas seawal mungkin, sampai dalam balai berlepas…nampak cuaca tidak berapa baik. Kepulan awan tebal berarak kencang, Takutnyaaa…kalau angin kuat di atas sana. Seketika menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat…kami merayau2 lah dalam Duty Free punya tempat shopping. Tapi tak mampu nak beli walau seketul pun. Untuk pengetahuan, semua tempat shopping Duty Free di Korea Airport urusniaganya adalah menggunakan USD. Ndaklah…. terima kasih jak la..lebih baik aku berhutang dalam KRW daripada berhutang USD. Hee…

Ohh… ya… ada satu kejadian yang agak kelam kabut semasa beratur masuk balai berlepas. Aku mengeluarkan Passport tapi boarding pass tiada pulak. Hadui!…Time ni lah pula hal2 camni berlaku. Aku tanyalah dengan Konong kalau2 boarding pass aku ada dengan dia. Dengan cepat dia jawab, “ada” sebab dia ada 2 boarding pass masa itu. Aku pun diam lah..aku tanya gate apa? Katanya gate 16. “aik…sama pula dengan gate masa flight kita Busan-Jeju?”…”ohh iya”. Perbualan berakhir di situ. Sesampainya depan staff yang check boarding pass….staff tu kata “This is not your boarding pass to Gimpo”. “Huh!” Apalagi….kelam-kabut lah ahjuma double check…rupanya boarding pass tu betul2 Busan-Jeju punya flight pada 30/10/2014 hari tu. Cehhh!….Makin kelam kabut lah para Ahjuma ni seluk sana sini dalam beg. Last2.. nasib baik lahh….nampak boarding pass saya yang sebenar nun jauh di dalam beg (hehe). Thanks God…akhirnya settle juga! Nasib baiklah staff depan kami tu sporting dan sabar melayan kami yang tak keruan. Kami berlalu…”kamsamida..” Dalam hati “buat lagi berkali2 Ahjuma!!”

Penerbangan ambik masa >< 1 jam 15 minit. Agak risau juga sebab awan tebal dan angin kuat serta memikir haluan dari Gimpo-Seoul nanti. Bermacam  benda dalam otak. Ni lah cabaran membawa diri sendiri tanpa tour guide.  Sepanjang penerbangan dapat melihat awan tebal di bawah seperti timbunan salji. Cantik dan mengagumkan.

jg11 jg12

Syukur kami selamat mendarat di Gimpo Airport lebih kurang 9.45am.

jg13

Dalam balai ketibaan…on HP, tiba2 nampak data on. Huh!!….Sejak bila pulak lah data saya ni onn….secepat kilat off kan. Tapi roaming memang saya tidak aktifkan..harap2 tidak charge dalam bill. Kalau tidak mesti kena marah dengan Mr. Chin.

Tiba di tempat luggage claim….kami nampak hanya 4 beg para ahjuma ni saja yang terdampar tak bertuan. Tiada seorang pun di sekitar kawasan. Tangkas dan pantas perkhidmatan mereka ni. Orang singgah wash room kejap pun beg dah terbiar macam tu. Tabik Kimchi Land……

Selepas menyusun luggage atas troli dan keluar dari pintu ketibaan. Saya mengeluarkan map dan note GIMPO-SEOUL. Maka secara rasminya cabaran sebenar bermula di sini. Meredah Seoul dan Busan dengan berbekalkan Map,Note dan juga kekuatan dalam diri masing2.

Direction: jalan bermula daripada pintu balai ketibaan. Anda akan nampak signage untuk Metro L9/L5 adalah ke Kiri. Jalan terus anda akan nampak Eskalator turun ke bawah (underground).

jg14turun eskalator ni.

jg15Jalan terus jak.

Daripada sana jalan terus sambil2 tu tengok arah line metro. Lepas tu anda belok kanan dan nampak GS25 (seperti 7E). Saya mengajak 2 orang ahjuma tersebut singgah membeli T.Money (seperti Touch N Go) untuk kegunaan menaiki train dan juga bus (lebih murah). Harga T.Money lebih kurang KRW3000 dan kami topup kad tersebut sebanyak KRW15000 seorang. Daripada GS25 tadi kena jalan terus dan turun guna eskalator (tap t.money anda dekat ticket machine). Selepas saja sampai di bawah ada dua line track. Satu untuk L9 dan satu lagi line direct to Seoul Station. Huh! Para Ahjuma pun pening nak pilih mana satu..tapi dalam iti memang ada masuk L9 dan L5 sahaja (pilih L9). Tapi L9 kena transfer line lagi la sebelum sampai Seoul Station. Saya bertanya kepada mereka2 yang tengah queue dekat Track ke Seoul, mereka kata train tersebut ke Seoul. Maka dengan tenang dan tujuan untuk redah jak haluan yang tiada dalam iti maka para ahjuma ni pun masuklah dalam train dengan beg2nya yang banyak.

jg16Dalam train yang agak banyak penumpang.

Orang sekitar tengok jak ahjuma2 ni. Maklumlah para ahjuma yang gagah perkasa mengangkat beg2 mereka…Aku pandang mereka dan mereka pandang aku….lantaklah….aku dah masuk kenalah melilau mata tu mencari info ‘train jenis apakah ini?”…..Bila mata sudah letih melilau sana sini…tiba2 mata terpaku pada:

jg17

Ohhhh….ini rupanya train AREX…..memang pernah terbaca train jenis ini yang beroperasi khas untuk Gimpo & Incheon Airport ke Seoul. Atau lebih dikenali sebagai Express Train. Dari Gimpo Airport hanya akan berhenti di 5 buah station sebelum Seoul Railway Station. Lega rasanya…..nasib baiklah dapat Express Train (versi ERL di Malaysia) ni sampai Seoul lebih kurang 40 minit. Terjah kami ada hasilnya…syukur sangat2. Sakit badan dan bahu semakin terasa…..

jg18keluar saja dr AREX naik eskalator ini ke atas.

Kami menuju ke Exit 4 Seoul Station. Yeahhh!!! Keluar saja di pintu EXIT nampak landmark pertama ke SS Guesthouse iaitu Sohwa Children’s Hospital betul2 berada di depan.

jg19

Dengan cuaca sejuk menyapa pipi…terasa ahjuma2 yang sudah penat ini amatlah dialu-alukan oleh bumi Seoul.

Kita menyeberang ke sebelah menggunakan lorong pejalan kaki dekat traffic light depan hospital tersebut. Sampai di seberang kena ambil kiri dan jalan terus sahaja. Sampai anda akan nampak GS Gas Station. Jalan terus ke depan dan lepas saja kedai coffee kecil di sebelah kanan, anda akan jumpa ada simpang kecil ke Kanan (masuk simpang ini)..dan anda akan nampak SS Guesthouse di depan anda.

jg20jg21

Yeahh!!! Gembiranya dalam hati tidak terkira. Sampai di office SS GH tersebut…kami disambut oleh seorang ahjuma lingkungan umur pertengahan. Lepas kami memaklumkan kami dari malaysia, Ahjuma itu sepertinya memanggil seseorang dan masuklah seorang lelaki berumur lingkungan 20an dan fasih ber BI dan hansome pulak tu..hehe. Maka senanglah urusan checkin kami. Oleh kerana kami sampai awal….(checkin lepas jam 2). Maka kami membayar terlebih dahulu dan meninggalkan semua barang di satu sudut yang disediakan sebelum keluar meneruskan iti kami ke tempat seterusnya. Kami ke Seoul Station untuk tujuan mengisi perut yang betul2 lapar. Nasib baiklah saya pernah ke tempat ini semasa trip bersama suami Late Summer last year (2013). Jadi bab Subway ni senang sikit untuk mencari arah. Maka kami makanlah di Lotte Outlet Food Court yang berada di Seoul Station. Di tempat ini ada banyak makanan. Selesai saja makan, kami cuba pergi ke Lotte Mart untuk mencari battery untuk camera si Konong tapi tiada dijual. Malah staff di situ menyarankan untuk pergi ke Canon Service Center. Jadi tamatlah cerita camera itu di situ. Hehe..

jg22
-daripada GH kitaorang ke Seoul Station (KTX)-jalan kaki.

jg23
Lotte Mart-kalau nak beli barang runcit tempat ni paling murah. Terletak d Seoul Station sebelum underground ke L1 & L4.

Syukur pada Tuhan…Ahjuma bertiga selamat sampai Seoul dan selamat menjejaki SS Guesthouse, tempat untuk berlindung dari sejuk dan hujan selama 5 hari di sini.

Advertisements

2 comments

  1. Haha….sakit perut sia membaca kisah2 pelbagai tragedi…dari tragei iron smpi tragedi tiket jeju gimpo…dengan yakin ada kunu 2 tiket dlm beg.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s