Garden Of Morning Calm (GOMC)

Kami sampai saja di Nami Wharf…..banyaknya manusia! Ni la baiknya jalan awal keluar awal. Kami akan ke lokasi kedua kami pada hari ini iaitu…GOMC. Harap2 dapat menjamah panorama indah sekali lagi. Tempat ni saya jumpa dalam kebanyakan Blogger. Sekali tengok dalam gambar terus jatuh cinta dengan tempat ini maka aku masukkan lah dalam iti antara lokasi terpenting yang harus dijejaki.

Untuk ke GOMC, terlebih dahulu kami ke office info counter berdekatan Nami Wharf, untuk bertanyakan lokasi untuk menunggu bus dan juga bus schedule ke sana. Jadi untuk ke GOMC kena melalui lokasi taxi/bus parking di belakang benda ini.

ni13

Bustop untuk menunggu bus berada di tepi (depan pintu) 7E (bukan bustop depan/seberang 7E ya). Daripada Nami Wharf..kena jalan kaki menuju arah deretan kedai dan carilah 7E pasti jumpa.

Kurang 30 minit bus sampai. Jika anda menaiki taxi daripada Gapyeong Station semasa ke Nami Wharf pada mulanya anda kena beli ticket daripada driver/conductor, ia berharga KRW5000 seorang. Bus yang kami naik adalah Gapyeong Circle Tour Bus (hop on,hop off), yang mana ia akan berhenti2 di beberapa lokasi tarikan pelancong seperti Nami Island, Petit France dan tempat yang kami pergi ni adalah GOMC. Ticket bus tersebut anda harus menyimpannya untuk ditunjukkan kepada bus driver setiap kali anda menaiki bus. Bagi kami yang daripada Nami Island, harus merujuk kepada bus schedule untuk Nami Island (jangan pening2 ya). kalau tak faham juga pergilah rujuk ke info counter.


-beginilah rupa Circle tour bus tersebut (Google).

Perjalanan bus daripada Nami Wharf ke GOMC mengambil masa lebih kurang 1 jam dan ia akan melalui Cheongpyeong Station terlebih dahulu. Bagi yang ingin ke GOMC/Petite France sebagai lokasi pertama…adalah lebih baik anda mengambil tour bus daripada Cheongpyeong Station ke GOMC/Petite France kerana ia adalah lebih dekat dan jimatkan masa anda. Pemandangan sepanjang perjalanan ke GOMC tersangatlah mesra alam. Kadang melihat bendang padi yang sudah dituai dan juga pokok2 persimmon/kam. Untuk menapak GOMC bus akan melalui jalan lereng bukit dan perjalanan adalah selamat kerana driver bus memandu dengan berhati2. Mula2 tu takut juga, teringatkan cara driver bus memandu bus ke Genting Highland yang buat saya pening dan kecut perut, kerana driver membawa bus dengan lajunya. Tapi syukur driver tour bus ni amatlah berhemah. Hehe…..

go1 go2 go3

Sampai di GOMC…kami terus ke ticket counter dan membeli ticket yang berharga KRW8000. Masuk saja ke Garden disambut dengan board ini.

go4

Bermula lah jelajah ke dalam taman. Betul2 jatuh cinta dengan taman ini. Tidak akan hurai panjang berjela part ini. Cukuplah gambar2 di bawah membawa cerita.
go5 go6

go7 go8

go9 go10

~Pokok yang seperti payung….buat mata tidak jemu memandang lama~

go12 go13 go14 go15
~sekali lagi kami dihidangan dengan mood autumn yang buat kami tidak terkata2~

go20 go21 go22 go23

~ahjuma2 pun pakai HP yg advance…masing2 melayan untuk berphoto~

go24 go25
si suami sporting melayan isteri ……..&……………..gadis cantik di bawah rimbunan pokok.

go29 go30
baju ahjuma2 ni senada seirama dengan alam….hehe

go34 go35
pancaran matahari menambahkan mood alam yang indah.

go38 go40 go41 go42

go46 go47
~bahagianya rasa kalau dapat tinggal seharian di sini untuk menikmati Am & Pm~

go49 go50go48~aku dengan bonzai tree~

Selepas lebih kurang 2 jam menjelajah…Jam menunjukkan 4.30pm. Kami mengambil keputusan untuk keluar dari Garden. Dalam bus schedule kena refer jadual bus daripada GOMC. Tempat menunggu bus adalah di tempat mana bus tersebut menurunkan anda mula2 tadi.
Untuk kembali ke Seoul, kami telah membeli secara on9 ticket ITX train daripada Cheongpyeong Station yang mana train ITX ini menghubungkan terus ke Yongsan Station. Train kami adalah pada pukul 8.30pm. Sengaja mengambil train yang lewat sebab takut nanti ada apa2 hal berlaku dengan masalah bus daripada GOMC, nanti satu hal lagi terlepas train. Kan susah….

Pengalaman di GOMC memang indah. Sepertinya berada di Taman Larangan yang hanya puteri2 kayangan boleh memasukinya (mood teringat buku2 cerita/wayang P.Ramlee zaman kanak2). Taman ini direka oleh seorang yang profesional dan anda boleh merujuknya di laman web GOMC. Mahu saja duduk di tempat ini seharian, tapi apakan daya. Kepada mereka yang ada plan hendak menjelajah South Korea…pastikan anda ke sini. Ia amat berbaloi dengan penat lelah…
go57 go58
-Semasa meninggalkan garden sempat mengambil pic jalan masuk dan ticket counter GOMC.
Bus yang kami naik meninggalkan Garden lebih kurang dalam 4.50pm. Sepanjang perjalanan terasa ada sesuatu yang tertinggal. Bila saja fikir berkali2..rupanya hati ku masih berada di taman itu. Begitu besarnya kuasa taman itu menghantui diri (seperti Nami). Sampai Cheongpyeong dalam 5.50pm…Woah!!! Panjangnya masa menunggu train ke Seoul.

Duduk tanpa penyandar terasa amat sukar, dengan sakit seluruh badan dan sejuk yang teramat membuatkan kami ingin keluar dan menjelajah apa yang ada di luar area Cheongpyeong. Walau sejuk sampai ke tulang tapi harus d’gagahkan diri. Tujuan utama adalah mencari benda panas untuk mengalas perut. Ke hulu ke hilir tidak jumpa apapun. Lalu nampak 1 terowong dan ada juga beberapa manusia keluar dan masuk melalui lorong tersebut. Kami memberanikan diri ke arah itu, selepas saja melewati lorong itu kami nampak ada blok bangunan nun di sana. Dan kami bergegas ke arah itu…kami nampak Cheongpyeong Station dari situ. Rupanya….bila kami amati betul2 bangunan tersebut adalah deretan kedai yang boleh dijejaki menerusi bahagian belakang Station dengan melalui bendang padi (shortcut).

Sampai di deretan kedai tersebut…apalagi kami pun mencari2 restoran yang berkenan di hati. Akhirnya kami memasuki satu restoran kerana nampak gambar ayam. Masuk sahaja..kami disambut oleh seorang ahjusi, mungkin umur dalam lingkungan awal 50-an. Mempersilakan kami duduk dalam bahasa Korea. Kami cuba berkomunikasi dalam BI tapi langsung tidak dijawabnya walau sepatah. Malah terus menerus dengan Koreanya.

Maka bermulalah komunikasi tunjuk menunjuk di dinding (sebab menu tertampal di dinding). Kami cakap “chicken” ahjusi balas dalam korea juga. Aku mulai pening, cuba menyusun kata tapi tidak berjaya. Aku putuskan mengeluarkan senjata yang ku simpan rapi. Maka aku mulai angkat dan lebarkan sayap ku dan terus mengepak-ngepak seperti apa yang dilakukan oleh ayam jantan sebelum berkokok tapi tidak berbunyi. Huh! Aku menjadi ayam yang tidak berbulu seketika…aku rasa lucu yang teramat tapi bertahan. Di tempat orang kenalah jaga telatah2 yang tidak sopan kannnnn…… Aku mengepak2kan sayap ku sambil berbunyi “Chicken! Chicken!” Maka.. “ahhhh!” faham akhirnya ahjusi tu bahawasanya ahjuma2  ni nak order ayam saja. Dan rupanya restaurant ini hanya menghidangkan ayam sebagai main dish mereka.
Inilah makanan dinner kami pada hari itu:
go61  go63
-macam sekawah pula makanan kami ni.
No rice ok…makan ayam yang dicampur potato,sedikit seafood,mix vege dan rice cake. Pedas pulak tu…
Kenyang yang tidak puas hati. hehe…tidak biasa dengan makanan itu.
go62Ahjusi yang “selalu juga sisir2 rambut”..tq ahjusi…

Selepas selesai makan kami membayar bill yang berharga KRW30000. Mahal juga….tapi apa nak buat. Kelaparan melanda ahjuma2 dan tujuan utama sebenarnya adalah berlindung dari cuaca sejuk. Kami pun kembali ke train Station melalui jalan belakang kerana jaraknya adalah lebih dekat. Kami masuk ke ruang track dalam 8.15pm, tidak sangka track tersebut adalah open air dan tiada tempat berlindung dari suhu sejuk. Aku cuba duduk tapi sepantas kilat bangkit…..terasa duduk atas ketulan ice. Terasa seluruh badan sakit kerana sejuk yang melampau (belum lagi snow-tak terbayang aku kalau datang sini pada musim salji). Semua orang berlari2 setempat untuk memanaskan badan. Aku?….No…saya tiada tenaga untuk itu. Maka aku mengeluarkan plastik yang ada t.shirt di dalamnya dan membuatnya sebagai alas tempat duduk. Walau masih terasa amat sejuk tapi lebih baik dari sebelumnya. Kami langsung tidak bercakap2 untuk mengelakkan suhu sejuk memasuki mulut. (hahaha…lucu).

Nasib baik train sampai juga..kami bergegas masuk. Bestnya dalam train…terasa suam dengan heaternya. Suhu bertukar 100% dan kami duduk dengan selesanya dan sempat juga tidur2 ayam. Dalam 45 minit kami sampai Yongsan Station. Daripada Yongsan Station kami ambil L1 ke Seoul Station. Di sana kami sekali lagi menapau KFC dan makan bersama instant rice daripada GS25. Penat tidak terkata tapi amat2lah berpuas hati dengan hasil jelajahan.

Congratulation para Ahjuma kembara Seoul hari ini berakhir dengan jayanya!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s