Nami Island

Seperti biasa…bangun awal sekitar 4.30am. Pagi ini kami akan ke lokasi yang paling penting di Seoul untuk diterjah dan merupakan 1st time bagi kami semua. Untuk ke Nami Island kita booked secara online ticket ITX daripada Yongsan Station (Sanbong Line) ke Gapyeong Station (Station terdekat dengan Nami). Adalah dinasihatkan untuk beli ticket secara on9 semasa di Malaysia untuk mengelakkan tiada tempat duduk (jika beli pada hari yang sama anda bertolak ke Nami).

Keluar dari GH dalam 5.30am….sejuknya tidak terkira, sepertinya sendi2 tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Dari Seoul Station kita mengambil subway L1 ke Yongsan Station. Di Yongsan Station kita pergi ke ticket counter (office) yang berada di dalam station tersebut untuk menukar resit booking ticket yang saya print untuk ditukar kepada actual ticket. Selepas itu kami menghala ke arah track Bundang Line, iaitu satu2nya line yang menghubungkan Seoul dengan Gapyeong secara direct. Menuju ke track agak memeningkan sedikit bagi 1st timer menggunakan line ini, tapi kenalah cari dan fahamkan arahan arah dengan sebaik-baiknya dan kena rajin bertanya. Bila sampai di track yang tertulis dalam ticket, anda harus memastikan anda menaiki train yang betul. Kerana track yang anda berdiri itu memang betul tetapi bukan hanya train ITX sahaja yang akan melalui track tersebut, terdapat jenis train lain juga. So.. beri tumpuan sebaiknya. Tidak lupa juga…anda kena cek car number yang betul seperti dalam ticket. Kalau tidak, nanti ada kes anda akan didatangi oleh seseorang dan mengatakan anda telah mengambil tempat duduknya. Hehe….bukan kah itu cari masalah namanya.

Perjalanan ke Gapyeong Station >< 40minit. Kalau guna train Subway agak leceh sedikit kerana melibatkan banyak tukar train dan ambik masa yang lama (lebih sejam) serta memeningkan. Walaupun ticket untuk ITX ada sedikit mahal tetapi ini adalah cara paling cepat dan mudah untuk ke Nami Island. Pemandangan sepanjang perjalanan dalam train amatlah indah. Melihat pokok2 yang sudah bertukar warna.

Sampai saja di Gapyeong Station…cuaca sejuk 2 darjah mengejutkan seluruh tubuh, muka sepertinya jadi kaku oleh cuaca tersebut (maklumlah seluruh jasad dalam mood kejakunan..hehe). Kesejukan masuk di bahagian kaki, tangan, leher. Seakan pakaian kami langsung tidak dapat menghalang keadaan tersebut. Mula lah menggigil dan terus menggigil. Menyesalnya tidak membeli sarung tangan. Bibir dengan kekeringan yang semakin menjadi-jadi walaupun sudah memakai lip balm. Namun sejuk2 macamana pun kami masih tidak melepaskan peluang mengambil photo kenang2an.


-inilah Gapyeong station. Pinjam dr Mr. Google.

ni1
-sebelah kiri saya adalah Gapyeong Station. Taxi stand utk ke Nami Island.

Di depan Gapyeong Station ini kami bergegas ke bus stand (bukan seberang jalan ya, ada 2 bustop) dan queue untuk taxi ke Nami Wharf. Masuk saja ke dalam taxi, anda harus memaklumkan kepada driver “nami” mereka akan faham. Tidak jauh sebenarnya daripada station ke Nami Wharf…tapi kalau jalan kaki agak membuang masa lah pula. Tambang hanya KRW3600 sehala.

ni2  ni4
taxi u turn-depan.

ni3
-Lepas U. Turn anda akan di bawah ke arah ini-Nami.

Sampai saja di Nami Wharf kami terus ke ticket counter untuk membeli ticket memasuki Nami yang berharga KRW8000 return (termasuk ferry + entrance to Nami Island). Sempat lagi bergambar depan Nami Imegresen.

ni7 ni8 ni9

Seawal pagi 8am ni tidak banyak orang sangat, sempat lagi berlenggang-lenggok memasuki Ferry dan berphoto2 sebelum Ferry tersebut bertolak.

ni10 ni11

Perjalanan tidak lama…pemandangan tasik yang luas sudah membuat hati gembira.

 

ni13ni14

Zipwire-cara paling extreem utk sampai cepat ke Nami Island. Beberapa minit akan sampai, nampak wire tu kannn….siapa berani boleh cuba. Kalau saya…belum kena tolak lagi sudah pengsan dalam tiang tu.

ni12Daripada ferry yang kami naiki….nampak sangat cantik.


ni15sampai…Nami Entrance.

Bila sampai saja di Nami Island dan turun dari Ferry…mata disajikan dengan pemandangan daun2 pokok yang berwarna-warni (vivid colour). Sepertinya bermimpi, tidak percaya dengan benda yang dilihat di depan mata. Selama ini hanya melihat kejadian tersebut dalam gambar dan tv sahaja. Hampir2 airmata menitis….(huh! emo sangat yaa ahjuma!) Seketika rasa tidak tahu nak kearah mana dan hendak bermula di mana. Lalu aku cuba duduk atas permaidani kuning (daun2 ginko yang menyelimuti nami land), sambil mengeluarkan camera dan mulai beraksi. Tapi agak sukar dalam keadaan tangan menggigil dan tidak fokus pada sasaran. Blurrr la gambar…. Melihat tupai2 jinak, belarian menghampiri kami dengan tidak takutnya. membuatkan hati rasa bahagia seketika (mood emo lagiiiii). Meluangkan masa lebih kurang 30 minit d atas permaidani kuning dan dapat mengambil beberapa gambar yang tak seberapa.

 

Selepas itu kami bertiga memulakan langkah….tapi tak pasti ke arah mana. Namun jasad mengikut kata mata dann…menurut langkah si Kaki. Dan inilah yang terjadi kepada kami yang di kekilingi alam warna warni. keindahan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2.

ni18ni19
Mencari mood menjelajah dalam kesejukan…

ni23ni28
~dan akhirnya~
ni25ni29
~kami yang diselubungi warna2 alam yang mempersona~
ni39
~pre wedding photo-memang bertuah mereka yang ambik photo wed di sini..suasana romantic~

ni53ni55
~bawalah monopod setiap masa anda bercuti…amat berguna untuk melayan diri. Hehe~

ni32

ni21
…merah…

ni40

Tupai jinak berlarian…


ni46 ni45
~pokok yang ditanam secara teratur memberikan impak yang besar kepada alam.

ni47 ni48
~nasib baik ada tempat untuk memanaskan diri~

 

IMG_6898

-dah nampak orang tengah action..interframe la pulak! Ish!

IMG_6948cantik lorong ni….

Puashati berada di sini…..semakin lama bilangan manusia di Nami semakin bertambah. Hari sudah menunjukkan hampir tengahari. Lebih kurang pukul 11am…kami hendak mencari makanan “Nasi Goncang” tapi tidak menjadi sebab takut tidak cukup masa ke lokasi seterusnya. Hanya sempat membeli sarung tangan di kedai Souvenir dan membeli finger snack untuk alas perut.

P1020308P1020310 P1020311 P1020312

Berat kaki melangkah…tapi diharuskan juga. Kami ke Nami Ferry untuk kembali ke Nami Wharf. Terkejutnya manusia tersangatlah banyak memasuki Nami Island. Agaknya daripada China dan juga penduduk Korea sendiri. Nasib baiklah kami sampai awal. Kami meninggalkan Island lebih kurang 11am.

P1020324 P1020325

Bye Nami Island….c u again…

Advertisements

4 comments

  1. Tangan sentiasa bertapuk dalam poket baju…2°c…mampu kah menahan sejuk bg kita penghuni bumi yg bercuaca panas dan lembab sepanjang tahun…huhu…siapa mau boleh cuba…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s