Secret Garden & Cheongdokgung Palace

Tragedi Chungmuro berakhir….kami tiba di lokasi istana/ticket counter dalam 1.50pm. Saya menghulurkan printed booking ticket untuk tour 1.30pm. Tapi malangnya staff tersebut memberitahu kami sudah lambat. English Tour kami sudah lama bertolak. Mungkin kerana staff itu nampak muka saya yang sedikit hampa…maka dia menyarankan untuk join korean tour group pada 2.00pm (if you don’t mind). Ada 10minit lagi, tanpa berfikir panjang saya terus setuju dan membayar harga ticket KRW9000 seorang. Sebab alang2 sampai, apa pun… tujuan utama kami ke Secret Garden adalah untuk menikmati autumn mood yang dikatakan sangat cantik. Memasuki Secret Garden ni bukan sukahati kita ya…kena ambik tour guide dahulu (buk on9). Kami masuk Istana Cheongdukgung terlebih dahulu. Kami nampak beberapa group yang kesemuanya berbahasa Korea. Kami memang langsung tiada petunjuk mana satu group kami sebenarnya.

Apalagi…..main terjah saja la…kami pilih group yang kami nampak lebih banyak ahli. Ingatkan kami sahaja foreigner yang menyamar sebagai Korean..nampaknya ramai lagi. Rata2nya daripada China/Hongkong/Taiwan. Pertama sekali kami mengikut mereka memasuki Cheongdukgung Palace.

IMG_20141104_125512IMG_20141104_125837

IMG_20141104_125928IMG_20141104_131432

P1020565P1020567
-senibina yang sangat kreatif.

Lepas keluar masuk beberapa kali…tiba2 tour guide tersebut mengucapkan “kamsamida” dan terus beredar. Huh! Jam menunjukkan 2.45pm….aku hairan mana Secret Garden yang aku nampak dalam blog2 di internet? Mana pond? Masa meneroka SG & Palace dalam website kata lebih kurang 2 jam 30 minit, tapi ini baru 45 minit berlalu. Eeee……….kena tipu or apa ahjuma2 ni?! Ke hulu ke hilir pun tidak nampak apa2 lagi. Dalam keadaan sedih kami pun bersetuju keluar dari tempat itu…sebelum melepasi pintu keluar istana…tiba2 aku nampak ada group nun di kanan sana sedang berkumpul seakan menunggu arahan masuk. Lalu geng ku yang 2 orang ni nampak sign “to Secret Garden”.

Aku cepat2 belari ke arah itu…disusuli oleh ahjuma2 dari belakang. Aku mengeluarkan ticket dan menunjukkan kepada pengawal. Pengawal menunjukkan masa dalam ticket kami iaitu 2.00pm (sudah lambat)…saya hanya menjawab “please…we are lost” hahaha…ntah apa2 la yang lost nya hahaha… Lost sebab Anak Ayam ikut Ibu Itik yang di sangka ibu ayam????…hehehe…(ada2 jak la). Pengawal tersebut macam tidak mahu membenarkan kami masuk…tiba2 “ting!” muncul di otak ku…cara orang korea merayu dalam Kdrama. Aku mengangkat kedua2 tangan dan terus mengesel2kan kedua tapak tangan (bayangkan seperti orang buddhist sembahyang depan tuhan mereka) dan dengan muka 10 sen sambil cakap “chu sae yo”. Akhirnya pengawal tersebut sambil senyum dan cakap “ok!” membenarkan kami menyertai rombongan itu (hehe….berjaya ahjuma berdrama. Yeay!!!). Kami apalagi dengan gembiranya menerjah, orang sebelah memandang kami kehairanan. hehe….ahjuma2 yang tidak faham sepatah pun korea tapi cuba masuk dalam kelompok yang sangat asing bagi mereka. Tapi kami peduli apa…yang penting kami boleh menikmati keindahan di dalam garden ini.

Masuk saja dalam Secret Garden tersebut..hati sudah terpukau dengan Panoramanya. Biarlah gambar2 di bawah ini menunjukkan keindahan alamnya. Sangat tenang dan terasa segala energy negative sepertinya keluar dari jasad.

IMG_20141104_141611-memulakan langkah menikmati Secret Garden.

 

IMG-20141127-WA0017
-mata ku tidak lepas daripada pasangan suami-isteri tua ini. Umur bukan alasan untuk menikmati sisa hidup yang ada. Walaupun dengan memakai tongkat dan cara jalan yang tidak begitu stabil semangat mereka sangat kental untuk mendaki dan turun tempat ini. Sangat terharu dengan mereka (hampir jatuh airmata…tapi mood ku masih terkawal). Melihat mereka memberi impak yang besar dalam diri.


-andai ada peluang sekali lagi….tempat ini pasti akan ku jejaki kembali-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
-sesiapa pun akan senyap menikmati setiap keindahan dalam taman ini. Diam bermakna mereka betul2 sudah sebati dengan alam sekeliling.

IMG-20141104-WA0010IMG-20141127-WA0010

IMG_20141104_141924IMG_20141104_142201

Kepada anda semua yang belum pernah ke sini…silalah pertimbangkan lokasi ini dalam Iti anda. Memang speechless dibuatnya.
Sebagai peringatan juga…dalam Garden ini tidak dibenarkan makan ya, minum air ok (pengalaman di tegur oleh guide) hehe… Di setiap lokasi yang tour guide masuk anda masuk dan keluar bila tour guide keluar. Jangan bermimpi untuk tinggal di sana lebih lama kerana pengawal akan datang kepada anda dan menyuruh anda cepat2 keluar.

Ticket tour group boleh ditempah sebelum anda ke Korea, di laman web Cheongdokgung.
Direction: Anguk Station (L3), Exit 3. Go straight >< 5 minit. Dan anda akan melihat entrance gate di sebelah Kiri anda.

Semoga terhibur dengan N3 ini…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s