Month: December 2014

~Saranghae in The Sky~

Pada hari keesokan selepas balik dari Kimchi Land, saya cuba upload semua pic dalam camera ke laptop. Cuba view 1/1 gambar tersebut..dan nampaklah kejadian ni…sebenarnya gambar ini memang saya perasan awal2 lagi semasa berada di Taejongdae tapi tak peduli sangat.
Gambar ini diambil semasa keadaan camera dimatikan dan saya simpan dalam beg. Dan persoalannya siapa yang ambik gambar ni? Itu yang menjadi tanda soalnya….mungkin anda di luar sana susah untuk mempercayainya tapi itulah kejadian pelik dan magic berlaku di hari terakhir jelajah Korea kami. Bagi pandangan mata kasar, saya nampak pembentukan tompok cahaya itu lama kelamaan mnjadi bentuk LOVE / Saranghae di awan. Cuba amati betul2 dari mula hingga akhir. Mungkin mata saya dikaburi dengan aksi2 SARANGHAE selama trip ini…tapi…..kamu lihatlah sendiri. Lain orang lain lah pendapatnya kann. (Cuaca pada masa ini langsung tidak kelihatan matahari sebab awan tebal menutupi langit. Tapi dari mana agaknya cahaya ini muncul? Dan siapakah yang mengambilnya. Semua gambar diambil serentak iaitu 11.01am)
P1020835P1020827P1020828 P1020829P1020830 P1020832P1020834  P1020836
-sila perhatikan cara pembentukan dari mula sampai akhir. Speehless…(gambar ada lebih dari 15 tapi saya upload sikit saja. Gambar terakhir adalah yang bawah sekali kiri)

Advertisements

Busan-KL (Goodbye Kimchi Land)

Pagi ini kami bersiap awal dan keluar untuk cari breakfast, dan pastinya beli fish cake di Busan Station. Kami minta ajumma hotel tu untuk call taxi untuk kami ke Gimhae International Airport. Kami siap requested taxi MPV sebab kalau taxi biasa memang tak muatlah barang kami.

Last day ni memang sedih jak rasanya…..sempat lagi berphoto untuk kali terakhirnya di depan Busan Station.
IMG_20141109_095242  IMG_20141109_095453

Selepas selesai membeli makanan kami kembali ke Motel dan tunggu taxi datang. Dalam pukul 12.00pm taxi sampai, kami pun dengan berat hatinya mengangkut barang2 masuk taxi dengan bantuan ajussi taxi driver. Sepanjang perjalanan ke Airport…semua melayan perasaan masing2.

P1020969-dalam kereta to Airport.


IMG_20141109_142632–di balai berlepas Gimhae International Airport to KLIA2.

Bye2 Kimchi Land……see u again in future. Terima kasih to my geng.. kerana saya berpeluang sekali lagi menapak di bumi kimchi di musim luruh yang sangat2 lah indah.

TAEJONGDAE

Pagi ini kami breakfast dengan Grape Juice dengan fish cake yang kami tapau daripada Busan Station semalam. Lebih kurang 10am kami keluar daripada Motel. Sebelum tu singgah GS25 untuk topup T-Money.
IMG_20141108_095935-GS25 tempat kami membeli instant rice hampir setiap hari-

Kitaorang plan ambik Busan Tour Bus tapi Q amat panjang. Lagi pula kami tidak membuat apa2 tempahan sebelum ini. Jadi kemungkinan untuk mendapat tempat duduk adalah amat kurang. So..kami putuskan untuk ambik Public Bus, tapi masalahnya kami tidak tahu mana 1 bustop untuk menunggu bus ke Taejongdae. Untuk tidak membuang masa kami terlebih dahulu ke Busan Station bertanya kepada staff di sana tentang bustop tersebut. Kami kearah yang diberikan. Iaitu menyeberang jalanraya yang berada di depan Busan Station dan cari bus #88.
Bertanya kepada seorang Oppa dan akhirnya berjaya jumpa bustop yang dimaksudkan. Di Korea…setiap bustop akan ada list nombor bus yang akan berhenti di situ. Jadi ini agak menyenangkan pelancong terutamanya kepada mereka yang 1st time menggunakan perkhidmatan bus. Kekerapan bus adalah agak tinggi…jadi tidak payah risau untuk menunggu lama. Tidak sampai 10 minit bus yang kami tunggu sampai. Perjalanan ke Taejongdae lebih kurang 40minit, sepanjang perjalanan agak risau juga sebab saya dah lupa2 ingat lokasi untuk turun ke taejongdae. Tapi nasib baiklah ada road signage jadi ini memudahkan untuk kami mengetahui kami berada di kawasan mana. Rupanya hentian terakhir bus #88 yang kami naik adalah Taejongdae, semua orang turun dan
saya sempat mengambil persekitaran station bus tersebut.
P1020825 P1020826

Sebelum sampai ke main entrance Taejongdae, kami menyusuri jalan yang kiri kanannya dengan blok kedai dan restoran.
P1020839 P1020841 P1020843IMG_20141108_110924
Panorama di sini masih menghijau, Cuma cuacanya saja yang agak sejuk dan angina sepoi2 gituuu. Trip lalu dengan suami tempat ini juga menghijau tapi dengan cuaca yang sangat panas dan angin yang amat kuat (late summer).
Agak ramai juga pengunjung pada masa itu walaupun weekday.

P1020859
-penghibur pengunjung semasa berbaris menunggu danubi-

P1020860 P1020861
-Banyak juga orang pada hari2 biasa-
P1020869-Danubi train yang comel-

Kami terlebih dahulu membeli tiket untuk menaiki Danubi ke lighthouse. Harganya lebih kurang KRW2500 seorang.
P1020862
Walaupun Q sangat panjang tapi oleh kerana kekerapan Danubi yang agak tinggi maka kami tak lah menunggu dengan lama. Sampai di lokasi hill dan lighthouse keadaan agak redup..tidak kelihatan matahari yang dihalang awan. Angin yang sepoi2 memudahkan semua pengunjungnya menikmati alam dan selesa untuk bergambar. Maka bermulalah aksi2 kami di sini.
P1020877P1020947
-lautan terbentang-

P1020879P1020895
P1020887P1020884
-beraninya mereka p tebing tu…nampak pun gayat. Paling best orang memancing tu. Huh!
P1020904P1020900
-hasil paparazi-

IMG_20141108_123738-bestnya…
IMG_20141108_124753IMG_20141108_124718
-sweet couple-

IMG_20141108_122811IMG_20141108_125854
-sungguh tenang di sini-

Dalam 2.30pm kami keluar dari tempat itu dan Q untuk Danubi untuk kembali ke bus station. Beban mendaki rasanya sangat berat, banyak kali juga kami berhenti sepanjang pendakian kerana kekurangan oksigen (hehe).

Sampai di kawasan bus station, kami sempat membeli potato sweet caramel dan Potato Jelly, siap ajumma tu beri 1 pack free seorang sebab beli lebih daripada 3 bungkus. Harganya tidaklah mahal…KRW10000 untuk 3 paket, sedap pulak tu. Selepas itu kami cari makan terlebih dahulu. Lunch kami order ikan dan soup sahaja. Paling best kedai makan ni suruh customernya layan diri untuk ambik side dish. Paling sedap ikan bilis, bean sprout dan kimchi.

-sedap sangat side dish-
Selesai saja makan kami terus ke lokasi bus untuk ke Busan Station. Tapi kami memutuskan untuk singgah di Lotte Mall yang berada di pusat Bandar Busan yang berdekatan dengan Jungang Train Station (Exit station betul2 berada depan mall tersebut). Kami cuba mencari apa2 yang mampu dicapai oleh KRW kami yang tinggal sesiput.
Kami kembali ke Motel lebih kurang 9.00pm, dinner malam terakhir kami tapau thai fried rice dan fried chicken dekat satu restoran di Busan Station. Malam ini kami dengan aktiviti packing barang masing2. Seperti kebiasaan sebagai tourist…beg pasti akan bertambah. Hehe…

DAEREUNGWON TUMULI PARK

Kami memutuskan untuk terus saja ke lokasi “Busut Besar” (tombs) tadi. Tempat ini memang terdapat dalam dalam list lokasi trip Gyeongju kami. Sampai di main entrance…kami beli tiket yang berharga kalau tidak silap saya KRW2600/person. Dapat saja tiket terus mempercepatkan langkah kearah park. Huh! Memang sangat menarik.

P1020764 P1020765


-Main entrance-


-bermula jelajah di dalam-

Kawasan ini adalah tempat persemadian Raja2 di Zaman Silla, terdapat tombs yang bersambung merupakan “joint burial” suami isteri.

Saiz tombs adalah berbeza2 (kecil dan besar)….difahamkan ia adalah kedudukan status seseorang (besar mungkin Raja dan kecil adalah orang2 besar di bawah mereka). Semasa menjelajah park ini….music tradisional perlahan dimainkan dan di setiap pelusuk mereka letakkan loudspeaker. Bagi saya….terasa satu perasaan sayu dan tenang yang tidak dapat digambarkan semasa di dalam park.


-saiz kecik dan besar-


-the 3 of us yang gagah berani..hehe-


-pokok yang hanya tinggal ranting pun nampak cantik-

-sejuk sangat mata memandang-
P1020773-sayu rasa hati masa menapak di sini-
IMG_20141107_104413IMG_20141107_104834

Kawasan dijaga rapi ini berjaya menarik hati para pelancong di serata dunia. Pada musim luruh…sepertinya kawasan ini diselimuti oleh permaidani kuning yang sangat cantik. Kami meluangkan masa hampar 1 jam 30 minit di dalam.

P1020785 P1020786
-lonely tree yang berada di bawah pokok2 hijau-

Memang sangat puas hati, kami keluar dari Park tersebut dan bertanya kepada staff dekat ticket counter tentang arah ke Gyeongju Bus Terminal.
Selepas agak2 kami faham dengan arah itu kami pun berlalu dan sebelum itu kami membeli Gyeongju Red Bean Bread (famous di kawasan ini). Harga agak mahal, untuk 9 biji (size kecil) harganya lebih kurang KRW16000. Woahhh!

-Kedai bread yang famous di sini-

-bread tu yang sebelah kanan-
Kami cuba makan bread tersebut yang masih dalam keadaan panas. Tiada apa yang menarik sangat, hanya rasa tepung dan red bean paste yang agak kuat. Belum cuba belum tahu kann…
Selepas itu kami berpatah balik menghala ke Terminal Bas untuk ke Singyeongju Station. Lama juga kitaorang menapak, melalui deretan blok kedai, tapi tidak juga kelihatan. Terasa ingin mematahkan langkah dan ingin mengambil taxi tapi diteruskan juga.

P1020791 P1020792
-Kami jalan menyusuri tempat ni-

Akhirnya….nampak bangunan yang sepertinya agak dikenali. Sah! Itulah bangunan Terminal Bus yang terdapat dalam list saya.
P1020793 P1020794
-akhirnya jumpa juga-

Kami menyeberangi jalan dan terus masuk ke dalam untuk bertanya bus ke KTX Station. Kami kearah yang diberikan. Tidak sampai 10 minit bus pun sampai (tidak ingat # bus). Bus melalui bendang2 padi, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
P1020801 -dalam bus to Singyeongju Station..hehe-
Syukur kami sampai di Singyeongju Station akhirnya. Rupanya bus yang kami naik tadi akan terus masuk ke Station tersebut dan berhenti betul2 di tepi Station di mana taxi stand dan bus stand ada di area yang sama. Jadi next time…kepada sesiapa yang ingin ke Gyeongju Terminal daripada Singyeongju Station, kena tunggu bus di bustop sebelah kanan selepas keluar dari pintu bangunan KTX Station.

Jangan sesekali mengambil taxi dari Station untuk ke lokasi tarikan pelancong terutamanya Bulguksa Temple kerana charge taxi tersangatlah mahal. Kalau group 4 orang boleh juga share2 tapi baik ambik bas saja (kecuali dalam keadaan terdesak/bajet memang ada). Ataupun dengan cara lain… Ambik taxi ke Gyeongju terminal dan dr sana ambik bus ke lokasi dituju.

Memang agak tidak puashati dengan trip Gyeongju sebab banyak tempat yang kami tidak sempat pergi. Tidak apa lah…kalau ada rezeki akan saya jejaki kembali tempat ni untuk menikmati panorama waktu siang dan malam. Kerana difahamkan..tempat2 seperti Anapji Pond, Cheomseongdae, Seokguram sangat cantik pada waktu malam.

Train kami ke Busan adalah pada 4.30pm. Kami sampai station >< 2.30pm ada banyak masa lagi. Sempat lagi untuk cari makan di station. Sakit badan memang tidak terkata…cara jalan pun tidak begitu stabil terutama sekali semasa menaiki tangga. Kami terpaksa naik menyerong untuk mengurangkan tekanan pada tapak kaki. Dengan cara mendaki yang berbeza daripada orang kebanyakan pastilah jadi perhatian orang di sekitar….tapi buat tidak peduli.

Dalam lebih kurang 4.00pm kami memasuki ruang track KTX. Pada masa itu, tidak seorang pun penumpang yang ada di situ. Nampaknya kami adalah penumpang yang paling awal menunggu.
P1020804P1020807
tp26tp27-siap ada tv lagi dalam ni-
Cuaca sejuk, nasib baiklah ada ruang khas menunggu untuk traveller. Bestnya Negara maju.
Lebih kurang 15 minit menunggu….sudah nampak orang bertambah ramai di kawasan track. Kami keluar dari ruang menunggu tadi dan cuba lihat sekeliling (takut train sudah sampai).
Tiba2 terkejut bila nampak si Konong dengan tanpa sepatah kata..berlari pecut ke arah kanan track. Saya dan Damia dilanda Blur yang teramat. Bertanya kepada Damia apa hal. Tapi nampaknya dia pun tidak tahu. Apalagi aku pun terus memecut lari diikuti Damia…lagaknya seperti mengejar pencuri (segala sakit hilang seperti angin). Sambil…”Ojum! Kenapa?!” Tapi tidak kedengaran satu pun apa yang si Konong jawab. Aku meneruskan larian….walau tercungap2 kepenatan. Si Konong ni pula langsung tak berhenti (seperti express train). Bila nampak saja dia memperlahankan larian…. Aku pun ikut sama….sambil….”Ojum! Nokuro tu obubulugu kono moginangkus?!” (dalam keadaan aku hampir2 tidak terkata2 sebab ketawa terbahak2, ekoran lucu sesangat dengan adegan larian pecut seperti “Poney2…Many2” dekat Jeju Island). Orang sekitar kehairanan melihat kami yang seakan dikejar hantu.
Selepas adegan lari dan ketawa kami berakhir…Konong pun memberitahu bahawa kami sebenarnya menunggu di Car # yang salah. Dan Track Car # yang betul berada agak jauh di sebelah kanan. Jadi…bila saja dia menyedarinya..dia terus saja memasang gear pecutnya kearah tersebut tanpa memberitahu kepada kami terlebih dahulu. Hahaha….Kelakar betul bila teringat tragedi tersebut.
Gagah perkasa sunguh ahjuma berlari….tidak terasa betapa sakitnya rasa di kaki.
Tidak lama train pun sampai. Kali ini saya sengaja booked KTX 1st Class. Sebab nak sangat tahu rupanya macamana. Nampak orang keluar rata2nya berpakaian kemas, seperti dari golongan Korporat. Masuk saja di ruangan dalam, tempat agak besar dan selesa seperti sofa. Kami duduk dengan relax dan selesanya. Kan best kalau daripada Seoul-Busan kami duduk dalam dalam 1st Class. Tapi memang tak lah…sebab tersangatlah mahal (mahal dari flight ticket). Nasib baiklah harga ticket daripada Singyeongju Station- Busan Station hanya beza lebih kurang RM15 sahaja daripada  Normal Price. Agak tidak puashati dengan trip Gyeongju, tapi dengan 2 lokasi yang kami sempat jejaki itu pun sudah lebih dari cukup untuk 1st timer menapak di sini (daripada langsung tidak berjaya menapak di mana2 kannnn…).

IMG_20141107_153806IMG_20141107_155457IMG_20141107_154007
-ruang 1st class bullet train-

Sampai saja di Busan Station dan ke balai ketibaan… nampak 1 kedai sesak dengan orang, beratur panjang untuk menunggu giliran membayar dan juga membuat order. Kami apa lagi…terus cuba menyibuk. Kami menjadi antara customer yang ingin membeli, rupanya kedai itu menjual pelbagai jenis fish cake.

Line dekat cashier memang panjang….tertanya2 juga macamana agaknya rasa fish cake sampai kedai ni penuh sesak. Siap membayar….terus ngap! Woahhh…..memang sedap sangat. Terutama sekali fish cake dengan cili hijau besar. Kalau sesiapa yang akan menapak di Busan Station jangan lupa singgah di kedai tersebut.
IMG_20141107_162107 IMG_20141107_162225

Balik ke Motel sekejap untuk menyimpan barang. Selepas itu kami keluar untuk ke Centum City untuk berjalan2 ke Lotte Mall. Untuk ke sana kami ambik train daripada Exit 2 ke Centum City Station. Tujuan utama ke sini adalah untuk membeli sikit product Laneige, tapi hampa..
hanya geng ku yang 2 orang tu yang dapat hasil pancingan daripada Etude House, ngam2 sale pula Busan masa ni. Produk ni adalah antara yang paling laris di kalangan pelancong termasuklah dari Malaysia.
IMG_20141108_164820

Hari ini juga sebenarnya sudah tertulis dalam ITI kitaorang untuk ke Jimjilbang (Spa/Sauna) untuk memanjakan diri daripada penat lelah jelajah Jeju & Seoul. Tapi terpaksa dilupakan kerana terhadnya masa. Sedihnya tapi tidak apa lah…Oleh kerana itu kami meneruskan langkah mencari benda makan untuk malam ini. Kami kembali ke Jagalchi Station dan mencari kedai makan yang berpatutan . Menapak sana sini tapi tidak berjaya, mahal. Last2 kami ke Jagalchi Market foodcourt. Masuk saja di area tempat makan, kami terus disambut oleh seorang ajumma yang memang setiap “mematai” lorong pintu masuk ke foodcourt tersebut. Ada saja  orang di depan pintu….terus disambar sepantas kilat, sambil menunjukkan menunya. Kami yang memang sudah tidak tahan dengan keletihan yang teramat tanpa berfikir panjang terus menurut arah telunjuk ajumma tersebut yang membawa kami ke meja kedainya. Awal2 tadi kami sudah menunjukkan gambar mackerel fish yang ingin kami order dan fish soup serta fish stew.
Kurang 20 minit makanan kami sampai. Huh! Terus serbu…tapi yak! Fish stew sukar diterima oleh deria rasa. Ikan yang mereka guna, texture isinya agak liat dan seperti belut. Mau paksa masuk mulut tapi nak termuntah. Sorry la…..ajumma2 ni angkat tangan mengalah kalau hal2 macam ni. Sia KRW melayang untuk dish tu.

Selesai dinner kami balik ke Motel dengan rasa loya pasal makanan tadi. Malam ni saya mula mengemas apa yang patut dan tidur seawal mungkin.

Busan-Gyeongju (Bulguksa Temple)

-Kami keluar dari Motel seawall 6.30am. Nasib baik semalam saya tukar sedia printed booking ticket kepada actual ticket ke Singyeongju Station (Tran station yang terdekat dengan Gyeongju).
Agak nebes juga sebab langsung tiada idea tentang gambaran tempat tersebut. Kami sudah terasa amat asing di Busan, ini kan pulak di Gyeongju yang berada di luar Busan. Cuaca agak mendung dan dalam shower mood. Ish! Nasib kami hari ini agak kurang baik….tapi harap2 tidak berterusan.
Kami pergi ke track dan Car Number yang tertera dalam ticket. Sampai saja…memang train KTX sudah siap sedia menunggu penumpang di landasan. Semasa menunggu train bertolak…sempat juga menikmati breakfast.
IMG_7083

Train bertolak tepat pada waktunya (7.30am). Sepanjang perjalanan tidak banyak panorama yang boleh dinikmati sebab train kebanyakannya melalui turnel dan di luar sana berkabus tebal. Dalam hati “harap2 kami akan lihat panorama cantik di Gyeongju”. Kurang 30 minit akhirnya kami sampai di Singyeongju Station, ia adalah train station yang terdekat dengan Gyeongju (gyeongju memang tidak mempunyai station sendiri). Atau boleh juga menaiki bus daripada Busan yang bertolak daripada Mopo Station. Tapi bus mengambil masa perjalanan yang lebih lama sedikit berbanding KTX. Jadi kena fikir mana satu pilihan hati.
P1020696dalam train

Dalam maklumat yang saya dapat di internet, bila sampai di Singyeongju Station kena ambik bus bernombor 11/10 tapi bila saja keluar dari station saya langsung tiada idea mana nak tunggu bus. Kira nak pergi Tanya info counter tapi…Nampak line taxi yang panjang tiba2 kami terus sepakat untuk mengambil taxi ke Bulguksa Temple.

P1020706sampai Singyeongju Station

P1020708P1020711
-dari depan Station ni-taxi stand dan Bus stand ada di sebelah kanan.

Kena pula dengan taxi warna hitam…haduiii! Taxi hitam adalah lebih mahal dari taxi biasa di Korea. Apa boleh buat…kita dah masuk dalam. Perjalanan ke Bulguksa Temple rupanya agak jauh. Sempat tidur kalau nak. Driver taxi cuba berkomunikasi…..aku faham maksudnya tapi tidak dapat menjawabnya dalam Bahasa mereka (sorrylah ahjusi). Kami semua berdiam diri sajalah sepanjang perjalanan. Sebenarnya ahjusi kata ada 1 lagi tempat menarik berdekatan dengan Bulguksa Temple iaitu Seokguram…dan dia sarankan kami ke tempat itu terlebih dahulu sebelum ke Bulguksa Temple. Tapi saya tak nak sebab takut masa tidak cukup untuk ke tempat lain. Lebih kurang 50 minit kami sampai di Bulguksa Temple..tambang taxi mencecah KRW38000. Nah! Meletupppp! Lebih RM100 fuh! So jangan nak berangan-angan pun nak ambik taxi dari Singyeongju Station untuk ke Bulguksa Temple ya…memang mahal gila. Kalau nak pun ambik taxi untuk ke Gyeongju bus Terminal dan dari sana ambik bas ke Bulguksa. Dan jalan terbaik adalah tunggu bas bernombor 10 or 11 di sebelah Kanan train Station tersebut.

Kami ke ticket counter untuk membeli ticket yang berharga KRW4000/person. Lepas sahaja gerbang temple terus terpaku dengan keindahan alam.


-gerimis mengundang

gy6
-Temple entrance


-Infront Bulguksa Temple

P1020715 P1020717

Walaupun dalam keadaan gerimis kami dan pengunjung lain tidak terhalang untuk menikmati keindahan dalam temple tersebut.

P1020721P1020720P1020726

Sekitar jam 11am, kami keluar dan bertanya kepada pengawal gate tentang arah untuk ke bus stop. Mendengar penjelasan dari pengawal tersebut kami memang agak blur. Namun kami cuba juga menghala kearah yang di maksudkan. Kami terasa jalan yang kami tuju itu salah kerana sepertinya ia adalah kawasan kebun persimmon/kam..…namun kami teruskan juga langkah. Terjumpa dengan ahjuma2 menjual barang di tepi jalan, rasa nak bertanya tapi terpaksa lupakan niat kerana harapan untuk mendapatkan jawaban adalah mustahil.

P1020746 P1020747

Jalan dan terus jalan…akhirnya Nampak jalanraya dan di seberang terdapat open car park dan terdapat bus di tempat tersebut. Kami terus menyeberangi jalan menuju ke tempat itu. Woah!! Nampak ada Tourist Info Counter.
P1020748P1020749

Tanpa berlengah kami masuk ke dalam dan bertanya bustop untuk ke Anapji Pond. Kami kearah yang diberitahu. Tidak jauh dari tempat itu..kena seberang jalan dan sampailah di bustop yang dimaksudkan. Dan menunggu bus yang bernombor 11.

P1020753P1020751P1020754ni lah tempat menunggu bus tu.

Bus sampai >< 10 minit kemudian, kami memaklumkan kepada bus driver bahawa kami hendak ke Anapji dan driver mengangguk.

P1020758P1020757
-View yang cantik dalam perjalanan bus ke Anapji Pond-

Dalam bus memang ada pengumuman info untuk next stop. Tapi bila Anapji disebut kami tunggu bus berhenti…tapi lama menunggu tapi tidak juga berhenti. Akhirnya seorang ahjuma menekan bell berhenti kami pun ikut turun sama. Kami tidak nampak apa2 pun panorama yang digambarkan dalam lokasi yang kami ingin tuju. Meneruskan langkah tanpa petujuk kami berada di kawasan apa. Selang 15 minit berjalan kami Nampak seperti busut besar yang tinggi. Kami kearah itu dan akhirnya nampak direction ini.

P1020766

Rupanya kami sudah jauh terlepas arah ke Anapji Pond dan memang tidak sempat lagi untuk berpatah balik.

Jagalchi Market

Selepas keletihan agak beransur redah…kami pun pergi ke Busan Station dan menghala ke Jagalchi Station.
Sampai saja di Jagalchi dan keluar dari train bau fresh seafood menyapa deria bau. Kepada sesiapa yang ke Jagalchi Market menggunakan train…pasti tidak akan sesat. Sebab kalau anda keluar dari train station yang tidak berbau laut/seafood yang fresh maka anda di tempat yang salah.
Di station Jagalchi….. kena ambik escalator ke atas.
P1020626P1020625
Sampai di atas saja….kami dihidangkan dengan kiri kanan jalan ada ahjuma dan ahjusi menjual hasil pertanian.

P1020627P1020631

P1020630P1020632P1020634jg13Garlic fresh

Terpaku pada buah2 apple, persimmon, pear etc yang besar2 dan fresh. Langkah diteruskan…dan akhirnya berjumpa dengan outdoor wet market. Segarnya…hasil laut…banyaknya ikan yang tidak pernah saya lihat di Malaysia. Dan pasar basah ini memang tiada bau busuk langsung ya…bersih pulak tu…sebiji lalat pun tidak Nampak. HuH!..sedapnya kalau boleh masak sendiri dan masak ikan2 tu.

jg12      jg15
-bersih dan segar sotong dan ikan yang disiang.

jg16  jg17
-perut ikan kena buka betul2 supaya cepat kering.
jg18 jg19
ketam hidup2                                                          -ikan apa? Saya pun tidak tau

jg20  jg22
-bangunan Jagalchi pun banyak jual hasil laut. Bersih!

Selepas itu kam masuk bangunan Jagalchi Market dan…di dalam pun sama banyaknya hasil laut di sini. Memang bersih….
Kami naik ke tingkat atas untuk mencari makan dan dry seafood. Woahhh! Cantik2nya ikan bilis, udang kering, ikan kering etc…


-cantik2 ikan bilis kecik2 ni.

Rasa nak borong semuanya……hidu baunya saja pun sudah macam nak makan mentah2.  Kami tinggalkan dulu bab dry seafood, kena melayan perut yang semakin bising kelaparan. Kejap lagi mesti gastrik dengan gembiranya datang. Kiri Kanan sibuknya ahjuma2 cuba menawan hati pelanggan. Oleh kerana tiada idea mana satu kedai yang sedap..makan kami sembarang masuk jak la.. Kitaorang siap menunjukkan mackerel fish yang kita makan di Jeju. “ok! Ok!” Kami duduk dan dihidangkan side dish yang agak menarik hati. Sambil menunggu makanan sampai…..inilah yang jadi pada kami.

Tidak lama makanan sampai…..mackerel fish order tidak seperti apa yang kami jangkakan. Tapi tidak apa lah…asal ikan fresh dan kami kenyang. Dalam cuaca sejuk2 memang order sup ikan terbaik….segarnya rasa.
 sup segar

-Grill Mackerel fish yang tidak menjadi..tapi fresh!

Harga makanan kami kali ini KRW30000…kepada sesiapa yang ingin ke Korea pastikan anda letak bajet makan (sekali duduk) lebih kurang KRW10000. Kos makan memang mahal (kalau makan di kedai). Street food murah sikit, tapi tak kan setiap kali pun street food kann.

Lepas makan…ahjuma2 ni layan dry seafood pulak, terutama sekali ikan bilis kecik2 yang pernah kami makan di Jeju Island. Memang ikan bilis tu sedap sangat cara mereka masak (kami paling2 pun masak cara sendiri..campur nasi goring or goring dengan kacang tanah hehe..). Harga tak payah cakap…memang mahal berbanding tempat kita. 500gram saja pun KRW10000=RM32.00(lebih kurang laa). Kalau tempat kita 1kg paling pun dalam RM20++ sahaja (gred bagus punya). Tapi apakan daya…otak ahjuma2 ni ada ikan bilis cute jak.

Selesai makan kami ke tingkat paling atas bangunan Jagalchi Market untuk meninjau panorama Busan.
jg25jg27

jg13. P1020662 P1020663 P1020664P1020674P1020676

BIFF (Busan International Filem Festival)
-Selepas puas dekat Jagalchi Market, kami menghala ke area BIFF. Tempat ini adalah pusat untuk Anugerah Filem tempatan di Korea yang mana diadakan setiap tahun di Busan.
P1020677 P1020678  P1020680 P1020681
Kawasan ini agak sibuk walaupun hari2 biasa (apatah lagi weekend). BIFF seperti juga Namdaemun di Seoul, terkenal sebagai shopping street (tapi lebih mahal).  Harga barang agak murah jika dibandingkan dengan Shopping Mall. Bermacam2 benda ada di sini.

Kami  sekejap sahaja di sini…memandangkan hari sudah mulai gelap. Walaupun tiada kerisauan dari segi keselamatan tapi cuaca sejuk dan penat yang teramat menyebabkan kami hendak cepat2 kembali ke Motel. Oleh kerana kami masih kenyang dengan lunch (late lunch) kami siang tadi kami hanya menikmati Instant Noodle yang dibawa oleh Konong dari Malaysia (lebih sedap dari Korea). Kami pernah makan instant noodle dengan berperisa cheese….hurmmm…ok la still boleh masuk tekak tapiiii…… kalau nak beli balik memang tak.

P1020692jg28
-Depan Busan Station waktu malam

Seoul Busan-Bullet Train

Akhirnya hari ditunggu2 sampai juga, kami keluar dari GH seawall 8.30am, train kami pula adalah pada 10.30am.
Masa mengangkat backpack….beratnyaaa….macam nak tercabut bahu dibuatnya. Tapi digagahkan juga (dulu2 ok lah setengah guni padi pun boleh angkat) hehe… Sekarang ada payah sikit kerana umur sudah agak meningkat.

IMG_20141106_075640Luar SS Guesthouse-bye..Seoul!

Kami sampai di Seoul Station, huh! Tingginya escalator nak mengangkut beg. Terpaksalah saya tunggu di bawah untuk menjaga beg yang tidak dapat diangkat melalui escalator tersebut. Boleh saja paksa diri sekali harung…tapi nanti kalau jatuh tergolek ke bawah kan nahas.
Sampai di atas….kami bertanya di info counter pasal gate number untuk train KTX ke Busan. Lepas tu pergilah kami kea rah yang diberikan….boleh2 pulak kami tersalah track. Pening sungguh dengan system train mereka ni. Train station macam Airport besarnya, bila saja sedar kami di jalan yang salah…secepat kilat kembali ke pangkal jalan. Dan bergegas ke sebelah hujung untuk pergi ke track #5. Hahaha…dengan beg kiri kanan belakang…macam mau saja aku bergolek ke bawah.

Nasib baiklah ada Elevator….tapi ada sign untuk “OKU” sahaja. Sangsi juga pada mulanya sebab di Korea ni kalau dah ada sign untuk pengguna tertentu sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan tersebut…kena mematuhi ya. Kalau tidak….mereka akan pandang anda semacam (manusia dari mana juga mereka ni…tidak pandai faham Bahasa). Masuk saja kami ke dalam….pintu elevator tak nak tutup. Tekan2 button close tapi still tak boleh. So….kami pun keluar (tanpa toleh kiri kanan depan belakang..nanti bertentang mata dengan pandangan “semacam” dari orang sekitar..hehe). Dan sekali lagi salah seorang dari kami cuba masuk…nak akhirnya berjaya pintu itu tertutup…dan fahamlah kami..eskalator itu hanya untuk seorang OKU saja ya…jangan nak mengada2 masuk berduyun. Mereka memang memberikan privasi kepada OKU di Negara mereka. Tabik!..
Tapi masalahnya….ahjuma2 ni yang tak OKU pun mengada2 nak masuk benda tu. Kami sebenarnya betul2 dalam keadaan tidak larat untuk menapak turun tangga yang tinggi. Dah lah turun tangga macam cari ketam berjalan….ditambah dengan beg2 (kiri kanan depan belakang) yang berat ni lagi lah tak larat. Maka ter ‘OKU’ lah kami buat seketika.

Selepas 1/1 kami turun…akhirnya berjaya menapak di track yang ditentukan. Dan….tak lepas acara berphoto2.

P1020613P1020611KTX track

P1020615P1020617Bullet Train

Semasa menunggu KTX…anda harus berdiri di tempat yang betul. Maksudnya….berdiri di Car # yang betul. Terutamanya kepada mereka yang mempunyai banyak barang. Kalau tidak…problem nak berlari pecut, takut ditinggal train. Sampai saja train…kami cepat2 naik dan menyimpan luggage di di tempat disediakan. 2, 3 beg tangan ku masih bertenaga mengangkat sampai atas kepala…bila sampai beg yang ke4 tangan yang mengangkat mulai mengeletar kekurangan tenaga. Nasib baik ada seorang Oppa ni simpati dengan ahjuma2 ni…dan tanpa sepatah menolong kami menyimpan beg2 tersebut. Kamsamida!

Sepanjang perjalanan…..kami bertiga tertidur. Tapi rasa perjalanan 2 jam 30 minit sekejap saja. Mungkin kepenatan yang melanda diri masing2 duduk saja dalam train terus fikiran jadi kosong. Tapi keadaan sementara saja….risau pulak bila sampai di Busan nanti. Sebab tahun lepas saya dengan suami menginap di tempat yang jauh dari Busan Station (Hotel tepi Haeundae Beach). Kali ini kami menginap dekat dengan Busan Station.

Lebih kurang 1pm…kami sampai di Busan.


-Landasan Train di Busan-
Sampai saja rasa sangat asing (bukan macam di Seoul). Tidak tahu nak kearah mana. Kami hanya menuju kearah pintu keluar dan Nampak keadaan yang amat berbeza dari Seoul. Banyaknya golongan tua ahjuma + ahjusi….mana perginya muda mudi?!

Perasaan sepi menyelubungi seketika….tapi menyedarkan diri sejurus kemudian. Sedar…Busan bukan seperti Seoul. Seoul tempat yang teramatlah happening dan golongan paling ramai adalah golongan muda. Mungkin kerana Busan lebih kepada kawasan pertanian maka hanya golongan ahjuma2 dan ahjusi2 yang banyak di merata tempat. Muda mudi mungkin sudah berhijrah di Seoul untuk bekerja? Mungkin laa…. Sayu pulak rasa hati mencari2 EXIT 2 ni.

Dalam keletihan dan kelaparan yang menghantui ahjuma2 ni… terpaksa juga digagahkan diri untuk memikirkan macamana nak menyelesaikan masalah kami. Ke hulu ke hilir beberapa kali dan akhirnnya putus asa. Dan jalan terakhir adalah mencari info counter. Kami tinggalkan si Damia di bawah menjaga semua barang2 kami. Dan melangkah lah kami berdua mencari info counter tersebut. Kami ke atas dah akhirnya…menjumpai. Saya menunjukkan note A4 paper yang saya ada kepada seorang staff dan dengan baik hati dia menjelaskan kami kena turun bawah dari Busan Station dan jalan terus, ke kiri dan akan Nampak EXIT 8, selepas itu teruskan perjalanan melewati EXIT itu dan anda akan jumpa EXIT2..
Dengan harapan supaya kami berjaya menjejaki lokasi EXIT2 merdasarkan petunjuk tadi. Kami pun turun mendapatkan Damia dan terus keluar. Kami pergi kea rah yang diberi. Nampak EXIT 8..dan walaupun terasa kami akan hilang arah tapi harus mencuba. Dan nampaknya percubaan kami tidak sia2..bila saja Nampak EXIT2 di depan mata. Happynyaa…ahjuma2…langkah semakin dipercepat untuk mencari landmark yang tertulis dalam note iaitu Elektric Shop, ke kiri dan jalan terus…Nampak GS25 dan ke arah kanan, jalan terus dan akhirnya kami jumpa Hansung Motel tersebut. Horray!!….
Lokasi sangat2 lah bagus sebab keluar saja dari pintu Motel…kiri kana nada kedai makan.
Masuk saja dalam di Lobby…seorang ahjuma berada di counter, saya memaklumkan kami dari Malaysia booked melalui Booking.Com. Lepas tu Nampak ahjuma tu selak2 file, dan terus cakap “Okay! Okay! Casher! Casher!” Mula2 dengar tu memang blurr gila…”apalah ahjuma ni cakap”…nasib baiklah ahjuma2 yang 3 ekor ni pantas juga rupanya mengalihkan/mengtranslatekan Bahasa. Rupanya ahjuma tu nak kitaorang bayar cash dulu sebelum dia bagi kunci. Kami mengeluarkan cash masing2 dan diberikan kunci bilik. Sampai dalam bilik terus mencampakkan segala beban di bahu. Huh! Terus mengampai atas katil…berehat seketika sebelum meneruskan deraan kepada si kaki.
Bilik ok lahh….dengan harga yang kami bayar berbaloi…takkan harga murah harap dapat bilik 3 bintang kannn…. Bukannya pergi tempat orang duduk bilik sepanjang hari.

Namdaemun Market

Selesai saja dengan Hard Rock….kami menghala ke Jamsil Station untuk ke Namdaemun (tujuan untuk last minit shopping). Tapi kali ini saya membawa geng2 ku kearah train lain pulak. Kami ambik (L2) menghala ke Konkuk Universiti Station dan berhenti di Dongdaemun History & Culture Park (transfer ke L4) menghala ke Chungmuro dan berhenti di Hoehyeon Station di mana Namdaemun Market berada.  Sampai saja di Hoehyeon Station kami mengikut signage direction untuk Namdaemun Market. Sampai saja kami di atas….cuaca sangat sejuk tapi tidak menghalang kami untuk melilau mencari benda yang berkenan di hati.

P1020599  P1020602 P1020605P1020600

Sempat membeli beberapa produk penjagaan kulit sekali lagi seperti Face Shop. Tiada benda yang  betul2 berkenan di hati…

Sebelum balik ke GH kami mencari kedai untuk mengalas perut. Saya cuba mengesyorkan untuk menapau KFC lagi, tapi huh! Minta maaflah……ahjuma2 dua orang tu macam sudah mo termuntah pandang KFC. Jadi teruskan pencarian.

P1020606
Sepanjang jalan pencarian Nampak sign ni…ada juga rupanya kedai HALAL area Namdaemun. Tapi ia tidak dimiliki oleh Korean, sebaliknya dimiliki oleh orang muslim dari Timur Tengah.
Kami sudah berputus asa untuk mencari kedai makan yang berkenan di hati. Sebelum sampai ke Subway Station tiba2 nampak kedai makan kecik dan terus masuk bila seorang ahjuma mempelawa kami masuk ke dalam. Tanpa buang masa kami oder menu kegemaran kami iaitu Bibimbab dan Pancake. Sampai saja hidangan….Ngap!…nnnn..Yakkk! Tidak sedapnya…..bibimbab kami nokogutan (kerak kering)…..kalau kerak nasi biasa ok sikit ni kerak sampai berketul2. Eeeee……tidak patut2 lah bah dihidang pada pelanggan. Tapi memandangkan KRW bukannya tebal sangat dalam poket, terpaksalah belasah sampai habis dengan kerak2nya. Daripada makan KFC dengan Instant Rice lagi kannnn….tak lalu. Hurmmmm…
Sampai GH kami mulai melayan diri masing2 untuk mengemas barang. Nampaknya……beg lipat ku terpaksa dikeluarkan. Beg si Konong nampaknya sudahpun beranak. Bila dikumpul semua beg kami…Nampak banyak dan padat pula. Merasa lah hendak mengangkat esok hari. Risau jadinya bila teringat tempat simpan luggage dalam KTX agak tinggi.

Lotte World (LW)

Hari ini adalah hari terakhir kami untuk jelajah Seoul. Besok kami akan bertolak awal pagi ke Busan. Oleh kerana hari terakhir….kami bangun agak lewat sikit sekitar 7.30am memandangkan kemampuan badan semakin berkurangan. Letih yang tidak terkata, kaki hampir2 tidak dapat memijak lantai, sakitnya tapak kaki tapi nasib baiklah masih boleh dipaksa berjalan perlahan2. Selepas menyiapkan diri, kami sarapan dengan left over KFC semalam dan minum Grape Juice sahaja sebelum ke lokasi hari ini iaitu Lotte World. Perjalanan kami ke LW makan masa yang lama kerana lokasi ini berada agak jauh dari Seoul Station, >< 1 jam kami di dalam train sebab kena ganti banyak line. Direction: Dari Seoul Station (L4) ambik train menghala ke Sadang (transfer ke L2) dan ambik train menghala ke Bangbae. Dari sini kena turun di Jamsil Station. LW bersambung dengan dengan Lotte World (tapi kena juga jalan sikit untuk sampai di lokasi sebenar). Kami masuk ke Lotte World dengan membeli ticket khas hanya untuk cuci meninjau keadaan dalam LW sahaja (tidak main semua permainan yang ada di dalam). Harga ticket adalah KRW31000. Hampir RM100/person, mahalnya….tapi tak nak kata apa sebab sebagai tourist memang kena bajet bab2 tiket tempat dituju. Sebelum masuk ke dalam ….kami mencari locker untuk meninggalkan hasil pancingan kami semasa perjalanan ke LW. Nasib baiklah ada locker…tapi masalahnya kami terpaksa berpening2 untuk memahami segala arahan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Dan akhirnya Berjaya…. Berlenggang lengok lah kami berjalan2 di dalam LW. Sampai saja kami di dalam…acara seterusnya adalah persembahan perarakan watak2 dalam LW  sudah bermula. Timing memang cun2 kami masuk. Rupanya mood LW sekarang adalah Christmas, tahun lepas ke sini masa itu LW dengan mood Hallowen. lw8IMG_20141105_130426 lw4
Snow…hehe Walaupun Snow Season tinggal beberapa minggu lagi akan datang….tapi di dalam LW sekurang2 kami dapat merasai turunnya salji buatan. Bestnyaaa……suka sangat dengan musim Salji tapi bila difikirkan balik dengan daya tahan badan pada Autumn Season memang kena fikir berkali2 sebelum betul2 meredah musim itu. Bagi saya musim luruh pun…daya tahan badan untuk melawan sejuk pun sangatlah tidak memberangsangkan ni kan pulak musim salji. Mungkin sekarang tidak tapi mana tahu di lain masa kannn.

lw9
Di LW ada 2 bahagian Indoor dan Outdoor, dan kedua2nya amat menarik.  Kami tidak meluangkan masa yang banyak di dalam LW. Hanya memperuntukan >< 1 jam 30 minit sahaja. Kami keluar dan terus mencari tempat untuk lunch iaitu BB(BrothersBulgogi).
P1020594

kena menapak sikit untuk ke tempat makan. Makanan tidaklah sedap sangat….tapi specialnya sup yang dihidangkan… kalau tidak silap saya sup almond. Selepas lunch kami cuba menjejaki Hard Rock Café yang memang saya idam2kan selama ini untuk memasukinya. Tahun lepas memang tempat ini sudah ditutup (pada masa itu berada di Insadong) dan berpindah di Lotte Mall. Hampir setiap minggu saya akan cek website mereka untuk mengetahui perkembangan semasa Café ini (sudah buka or still under construction). Lebih setahun saya menanti dan akhirnya dalam 2 minggu sebelum penerbangan kami ke Busan…akhirnya hamper tidak percaya bila dalam website mereka terpampang “NOW OPEN”. Woahhhh!!! Memang teruja! Tapi sekarang masalah untuk menjejak lokasinya agak memeningkan. Selepas sana sini bertanya akhirnya kami berjaya menjumpainya. Ia betul2 berada di Lotte Mall….sebelum ini kami keluar masuk dekat Lotte Avenue pulak..patutlah tidak jumpa2. Nasib baiklah ada satu staff/promoter yang kami Tanya memberitahu lokasi yang kami cari tersebut berada di Lotte Mall (sebelah Avenue Mall saja).   Excitednya masuk tempat ni….adalah sikit hasil pancingan. Hehehe…. Note : Hard Rock Café ni terletak di tingkat 2 Lotte Mall dan berada di sudut paling hujung Mall tersebut. Jadi kena pasang mata betul2….pasti tidak akan terlepas.