Jagalchi Market

Selepas keletihan agak beransur redah…kami pun pergi ke Busan Station dan menghala ke Jagalchi Station.
Sampai saja di Jagalchi dan keluar dari train bau fresh seafood menyapa deria bau. Kepada sesiapa yang ke Jagalchi Market menggunakan train…pasti tidak akan sesat. Sebab kalau anda keluar dari train station yang tidak berbau laut/seafood yang fresh maka anda di tempat yang salah.
Di station Jagalchi….. kena ambik escalator ke atas.
P1020626P1020625
Sampai di atas saja….kami dihidangkan dengan kiri kanan jalan ada ahjuma dan ahjusi menjual hasil pertanian.

P1020627P1020631

P1020630P1020632P1020634jg13Garlic fresh

Terpaku pada buah2 apple, persimmon, pear etc yang besar2 dan fresh. Langkah diteruskan…dan akhirnya berjumpa dengan outdoor wet market. Segarnya…hasil laut…banyaknya ikan yang tidak pernah saya lihat di Malaysia. Dan pasar basah ini memang tiada bau busuk langsung ya…bersih pulak tu…sebiji lalat pun tidak Nampak. HuH!..sedapnya kalau boleh masak sendiri dan masak ikan2 tu.

jg12      jg15
-bersih dan segar sotong dan ikan yang disiang.

jg16  jg17
-perut ikan kena buka betul2 supaya cepat kering.
jg18 jg19
ketam hidup2                                                          -ikan apa? Saya pun tidak tau

jg20  jg22
-bangunan Jagalchi pun banyak jual hasil laut. Bersih!

Selepas itu kam masuk bangunan Jagalchi Market dan…di dalam pun sama banyaknya hasil laut di sini. Memang bersih….
Kami naik ke tingkat atas untuk mencari makan dan dry seafood. Woahhh! Cantik2nya ikan bilis, udang kering, ikan kering etc…


-cantik2 ikan bilis kecik2 ni.

Rasa nak borong semuanya……hidu baunya saja pun sudah macam nak makan mentah2.  Kami tinggalkan dulu bab dry seafood, kena melayan perut yang semakin bising kelaparan. Kejap lagi mesti gastrik dengan gembiranya datang. Kiri Kanan sibuknya ahjuma2 cuba menawan hati pelanggan. Oleh kerana tiada idea mana satu kedai yang sedap..makan kami sembarang masuk jak la.. Kitaorang siap menunjukkan mackerel fish yang kita makan di Jeju. “ok! Ok!” Kami duduk dan dihidangkan side dish yang agak menarik hati. Sambil menunggu makanan sampai…..inilah yang jadi pada kami.

Tidak lama makanan sampai…..mackerel fish order tidak seperti apa yang kami jangkakan. Tapi tidak apa lah…asal ikan fresh dan kami kenyang. Dalam cuaca sejuk2 memang order sup ikan terbaik….segarnya rasa.
 sup segar

-Grill Mackerel fish yang tidak menjadi..tapi fresh!

Harga makanan kami kali ini KRW30000…kepada sesiapa yang ingin ke Korea pastikan anda letak bajet makan (sekali duduk) lebih kurang KRW10000. Kos makan memang mahal (kalau makan di kedai). Street food murah sikit, tapi tak kan setiap kali pun street food kann.

Lepas makan…ahjuma2 ni layan dry seafood pulak, terutama sekali ikan bilis kecik2 yang pernah kami makan di Jeju Island. Memang ikan bilis tu sedap sangat cara mereka masak (kami paling2 pun masak cara sendiri..campur nasi goring or goring dengan kacang tanah hehe..). Harga tak payah cakap…memang mahal berbanding tempat kita. 500gram saja pun KRW10000=RM32.00(lebih kurang laa). Kalau tempat kita 1kg paling pun dalam RM20++ sahaja (gred bagus punya). Tapi apakan daya…otak ahjuma2 ni ada ikan bilis cute jak.

Selesai makan kami ke tingkat paling atas bangunan Jagalchi Market untuk meninjau panorama Busan.
jg25jg27

jg13. P1020662 P1020663 P1020664P1020674P1020676

BIFF (Busan International Filem Festival)
-Selepas puas dekat Jagalchi Market, kami menghala ke area BIFF. Tempat ini adalah pusat untuk Anugerah Filem tempatan di Korea yang mana diadakan setiap tahun di Busan.
P1020677 P1020678  P1020680 P1020681
Kawasan ini agak sibuk walaupun hari2 biasa (apatah lagi weekend). BIFF seperti juga Namdaemun di Seoul, terkenal sebagai shopping street (tapi lebih mahal).  Harga barang agak murah jika dibandingkan dengan Shopping Mall. Bermacam2 benda ada di sini.

Kami  sekejap sahaja di sini…memandangkan hari sudah mulai gelap. Walaupun tiada kerisauan dari segi keselamatan tapi cuaca sejuk dan penat yang teramat menyebabkan kami hendak cepat2 kembali ke Motel. Oleh kerana kami masih kenyang dengan lunch (late lunch) kami siang tadi kami hanya menikmati Instant Noodle yang dibawa oleh Konong dari Malaysia (lebih sedap dari Korea). Kami pernah makan instant noodle dengan berperisa cheese….hurmmm…ok la still boleh masuk tekak tapiiii…… kalau nak beli balik memang tak.

P1020692jg28
-Depan Busan Station waktu malam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s