Lotte World (LW)

Hari ini adalah hari terakhir kami untuk jelajah Seoul. Besok kami akan bertolak awal pagi ke Busan. Oleh kerana hari terakhir….kami bangun agak lewat sikit sekitar 7.30am memandangkan kemampuan badan semakin berkurangan. Letih yang tidak terkata, kaki hampir2 tidak dapat memijak lantai, sakitnya tapak kaki tapi nasib baiklah masih boleh dipaksa berjalan perlahan2. Selepas menyiapkan diri, kami sarapan dengan left over KFC semalam dan minum Grape Juice sahaja sebelum ke lokasi hari ini iaitu Lotte World. Perjalanan kami ke LW makan masa yang lama kerana lokasi ini berada agak jauh dari Seoul Station, >< 1 jam kami di dalam train sebab kena ganti banyak line. Direction: Dari Seoul Station (L4) ambik train menghala ke Sadang (transfer ke L2) dan ambik train menghala ke Bangbae. Dari sini kena turun di Jamsil Station. LW bersambung dengan dengan Lotte World (tapi kena juga jalan sikit untuk sampai di lokasi sebenar). Kami masuk ke Lotte World dengan membeli ticket khas hanya untuk cuci meninjau keadaan dalam LW sahaja (tidak main semua permainan yang ada di dalam). Harga ticket adalah KRW31000. Hampir RM100/person, mahalnya….tapi tak nak kata apa sebab sebagai tourist memang kena bajet bab2 tiket tempat dituju. Sebelum masuk ke dalam ….kami mencari locker untuk meninggalkan hasil pancingan kami semasa perjalanan ke LW. Nasib baiklah ada locker…tapi masalahnya kami terpaksa berpening2 untuk memahami segala arahan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Dan akhirnya Berjaya…. Berlenggang lengok lah kami berjalan2 di dalam LW. Sampai saja kami di dalam…acara seterusnya adalah persembahan perarakan watak2 dalam LW  sudah bermula. Timing memang cun2 kami masuk. Rupanya mood LW sekarang adalah Christmas, tahun lepas ke sini masa itu LW dengan mood Hallowen. lw8IMG_20141105_130426 lw4
Snow…hehe Walaupun Snow Season tinggal beberapa minggu lagi akan datang….tapi di dalam LW sekurang2 kami dapat merasai turunnya salji buatan. Bestnyaaa……suka sangat dengan musim Salji tapi bila difikirkan balik dengan daya tahan badan pada Autumn Season memang kena fikir berkali2 sebelum betul2 meredah musim itu. Bagi saya musim luruh pun…daya tahan badan untuk melawan sejuk pun sangatlah tidak memberangsangkan ni kan pulak musim salji. Mungkin sekarang tidak tapi mana tahu di lain masa kannn.

lw9
Di LW ada 2 bahagian Indoor dan Outdoor, dan kedua2nya amat menarik.  Kami tidak meluangkan masa yang banyak di dalam LW. Hanya memperuntukan >< 1 jam 30 minit sahaja. Kami keluar dan terus mencari tempat untuk lunch iaitu BB(BrothersBulgogi).
P1020594

kena menapak sikit untuk ke tempat makan. Makanan tidaklah sedap sangat….tapi specialnya sup yang dihidangkan… kalau tidak silap saya sup almond. Selepas lunch kami cuba menjejaki Hard Rock Café yang memang saya idam2kan selama ini untuk memasukinya. Tahun lepas memang tempat ini sudah ditutup (pada masa itu berada di Insadong) dan berpindah di Lotte Mall. Hampir setiap minggu saya akan cek website mereka untuk mengetahui perkembangan semasa Café ini (sudah buka or still under construction). Lebih setahun saya menanti dan akhirnya dalam 2 minggu sebelum penerbangan kami ke Busan…akhirnya hamper tidak percaya bila dalam website mereka terpampang “NOW OPEN”. Woahhhh!!! Memang teruja! Tapi sekarang masalah untuk menjejak lokasinya agak memeningkan. Selepas sana sini bertanya akhirnya kami berjaya menjumpainya. Ia betul2 berada di Lotte Mall….sebelum ini kami keluar masuk dekat Lotte Avenue pulak..patutlah tidak jumpa2. Nasib baiklah ada satu staff/promoter yang kami Tanya memberitahu lokasi yang kami cari tersebut berada di Lotte Mall (sebelah Avenue Mall saja).   Excitednya masuk tempat ni….adalah sikit hasil pancingan. Hehehe…. Note : Hard Rock Café ni terletak di tingkat 2 Lotte Mall dan berada di sudut paling hujung Mall tersebut. Jadi kena pasang mata betul2….pasti tidak akan terlepas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s