Seoul Busan-Bullet Train

Akhirnya hari ditunggu2 sampai juga, kami keluar dari GH seawall 8.30am, train kami pula adalah pada 10.30am.
Masa mengangkat backpack….beratnyaaa….macam nak tercabut bahu dibuatnya. Tapi digagahkan juga (dulu2 ok lah setengah guni padi pun boleh angkat) hehe… Sekarang ada payah sikit kerana umur sudah agak meningkat.

IMG_20141106_075640Luar SS Guesthouse-bye..Seoul!

Kami sampai di Seoul Station, huh! Tingginya escalator nak mengangkut beg. Terpaksalah saya tunggu di bawah untuk menjaga beg yang tidak dapat diangkat melalui escalator tersebut. Boleh saja paksa diri sekali harung…tapi nanti kalau jatuh tergolek ke bawah kan nahas.
Sampai di atas….kami bertanya di info counter pasal gate number untuk train KTX ke Busan. Lepas tu pergilah kami kea rah yang diberikan….boleh2 pulak kami tersalah track. Pening sungguh dengan system train mereka ni. Train station macam Airport besarnya, bila saja sedar kami di jalan yang salah…secepat kilat kembali ke pangkal jalan. Dan bergegas ke sebelah hujung untuk pergi ke track #5. Hahaha…dengan beg kiri kanan belakang…macam mau saja aku bergolek ke bawah.

Nasib baiklah ada Elevator….tapi ada sign untuk “OKU” sahaja. Sangsi juga pada mulanya sebab di Korea ni kalau dah ada sign untuk pengguna tertentu sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan tersebut…kena mematuhi ya. Kalau tidak….mereka akan pandang anda semacam (manusia dari mana juga mereka ni…tidak pandai faham Bahasa). Masuk saja kami ke dalam….pintu elevator tak nak tutup. Tekan2 button close tapi still tak boleh. So….kami pun keluar (tanpa toleh kiri kanan depan belakang..nanti bertentang mata dengan pandangan “semacam” dari orang sekitar..hehe). Dan sekali lagi salah seorang dari kami cuba masuk…nak akhirnya berjaya pintu itu tertutup…dan fahamlah kami..eskalator itu hanya untuk seorang OKU saja ya…jangan nak mengada2 masuk berduyun. Mereka memang memberikan privasi kepada OKU di Negara mereka. Tabik!..
Tapi masalahnya….ahjuma2 ni yang tak OKU pun mengada2 nak masuk benda tu. Kami sebenarnya betul2 dalam keadaan tidak larat untuk menapak turun tangga yang tinggi. Dah lah turun tangga macam cari ketam berjalan….ditambah dengan beg2 (kiri kanan depan belakang) yang berat ni lagi lah tak larat. Maka ter ‘OKU’ lah kami buat seketika.

Selepas 1/1 kami turun…akhirnya berjaya menapak di track yang ditentukan. Dan….tak lepas acara berphoto2.

P1020613P1020611KTX track

P1020615P1020617Bullet Train

Semasa menunggu KTX…anda harus berdiri di tempat yang betul. Maksudnya….berdiri di Car # yang betul. Terutamanya kepada mereka yang mempunyai banyak barang. Kalau tidak…problem nak berlari pecut, takut ditinggal train. Sampai saja train…kami cepat2 naik dan menyimpan luggage di di tempat disediakan. 2, 3 beg tangan ku masih bertenaga mengangkat sampai atas kepala…bila sampai beg yang ke4 tangan yang mengangkat mulai mengeletar kekurangan tenaga. Nasib baik ada seorang Oppa ni simpati dengan ahjuma2 ni…dan tanpa sepatah menolong kami menyimpan beg2 tersebut. Kamsamida!

Sepanjang perjalanan…..kami bertiga tertidur. Tapi rasa perjalanan 2 jam 30 minit sekejap saja. Mungkin kepenatan yang melanda diri masing2 duduk saja dalam train terus fikiran jadi kosong. Tapi keadaan sementara saja….risau pulak bila sampai di Busan nanti. Sebab tahun lepas saya dengan suami menginap di tempat yang jauh dari Busan Station (Hotel tepi Haeundae Beach). Kali ini kami menginap dekat dengan Busan Station.

Lebih kurang 1pm…kami sampai di Busan.


-Landasan Train di Busan-
Sampai saja rasa sangat asing (bukan macam di Seoul). Tidak tahu nak kearah mana. Kami hanya menuju kearah pintu keluar dan Nampak keadaan yang amat berbeza dari Seoul. Banyaknya golongan tua ahjuma + ahjusi….mana perginya muda mudi?!

Perasaan sepi menyelubungi seketika….tapi menyedarkan diri sejurus kemudian. Sedar…Busan bukan seperti Seoul. Seoul tempat yang teramatlah happening dan golongan paling ramai adalah golongan muda. Mungkin kerana Busan lebih kepada kawasan pertanian maka hanya golongan ahjuma2 dan ahjusi2 yang banyak di merata tempat. Muda mudi mungkin sudah berhijrah di Seoul untuk bekerja? Mungkin laa…. Sayu pulak rasa hati mencari2 EXIT 2 ni.

Dalam keletihan dan kelaparan yang menghantui ahjuma2 ni… terpaksa juga digagahkan diri untuk memikirkan macamana nak menyelesaikan masalah kami. Ke hulu ke hilir beberapa kali dan akhirnnya putus asa. Dan jalan terakhir adalah mencari info counter. Kami tinggalkan si Damia di bawah menjaga semua barang2 kami. Dan melangkah lah kami berdua mencari info counter tersebut. Kami ke atas dah akhirnya…menjumpai. Saya menunjukkan note A4 paper yang saya ada kepada seorang staff dan dengan baik hati dia menjelaskan kami kena turun bawah dari Busan Station dan jalan terus, ke kiri dan akan Nampak EXIT 8, selepas itu teruskan perjalanan melewati EXIT itu dan anda akan jumpa EXIT2..
Dengan harapan supaya kami berjaya menjejaki lokasi EXIT2 merdasarkan petunjuk tadi. Kami pun turun mendapatkan Damia dan terus keluar. Kami pergi kea rah yang diberi. Nampak EXIT 8..dan walaupun terasa kami akan hilang arah tapi harus mencuba. Dan nampaknya percubaan kami tidak sia2..bila saja Nampak EXIT2 di depan mata. Happynyaa…ahjuma2…langkah semakin dipercepat untuk mencari landmark yang tertulis dalam note iaitu Elektric Shop, ke kiri dan jalan terus…Nampak GS25 dan ke arah kanan, jalan terus dan akhirnya kami jumpa Hansung Motel tersebut. Horray!!….
Lokasi sangat2 lah bagus sebab keluar saja dari pintu Motel…kiri kana nada kedai makan.
Masuk saja dalam di Lobby…seorang ahjuma berada di counter, saya memaklumkan kami dari Malaysia booked melalui Booking.Com. Lepas tu Nampak ahjuma tu selak2 file, dan terus cakap “Okay! Okay! Casher! Casher!” Mula2 dengar tu memang blurr gila…”apalah ahjuma ni cakap”…nasib baiklah ahjuma2 yang 3 ekor ni pantas juga rupanya mengalihkan/mengtranslatekan Bahasa. Rupanya ahjuma tu nak kitaorang bayar cash dulu sebelum dia bagi kunci. Kami mengeluarkan cash masing2 dan diberikan kunci bilik. Sampai dalam bilik terus mencampakkan segala beban di bahu. Huh! Terus mengampai atas katil…berehat seketika sebelum meneruskan deraan kepada si kaki.
Bilik ok lahh….dengan harga yang kami bayar berbaloi…takkan harga murah harap dapat bilik 3 bintang kannn…. Bukannya pergi tempat orang duduk bilik sepanjang hari.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s