DAEREUNGWON TUMULI PARK

Kami memutuskan untuk terus saja ke lokasi “Busut Besar” (tombs) tadi. Tempat ini memang terdapat dalam dalam list lokasi trip Gyeongju kami. Sampai di main entrance…kami beli tiket yang berharga kalau tidak silap saya KRW2600/person. Dapat saja tiket terus mempercepatkan langkah kearah park. Huh! Memang sangat menarik.

P1020764 P1020765


-Main entrance-


-bermula jelajah di dalam-

Kawasan ini adalah tempat persemadian Raja2 di Zaman Silla, terdapat tombs yang bersambung merupakan “joint burial” suami isteri.

Saiz tombs adalah berbeza2 (kecil dan besar)….difahamkan ia adalah kedudukan status seseorang (besar mungkin Raja dan kecil adalah orang2 besar di bawah mereka). Semasa menjelajah park ini….music tradisional perlahan dimainkan dan di setiap pelusuk mereka letakkan loudspeaker. Bagi saya….terasa satu perasaan sayu dan tenang yang tidak dapat digambarkan semasa di dalam park.


-saiz kecik dan besar-


-the 3 of us yang gagah berani..hehe-


-pokok yang hanya tinggal ranting pun nampak cantik-

-sejuk sangat mata memandang-
P1020773-sayu rasa hati masa menapak di sini-
IMG_20141107_104413IMG_20141107_104834

Kawasan dijaga rapi ini berjaya menarik hati para pelancong di serata dunia. Pada musim luruh…sepertinya kawasan ini diselimuti oleh permaidani kuning yang sangat cantik. Kami meluangkan masa hampar 1 jam 30 minit di dalam.

P1020785 P1020786
-lonely tree yang berada di bawah pokok2 hijau-

Memang sangat puas hati, kami keluar dari Park tersebut dan bertanya kepada staff dekat ticket counter tentang arah ke Gyeongju Bus Terminal.
Selepas agak2 kami faham dengan arah itu kami pun berlalu dan sebelum itu kami membeli Gyeongju Red Bean Bread (famous di kawasan ini). Harga agak mahal, untuk 9 biji (size kecil) harganya lebih kurang KRW16000. Woahhh!

-Kedai bread yang famous di sini-

-bread tu yang sebelah kanan-
Kami cuba makan bread tersebut yang masih dalam keadaan panas. Tiada apa yang menarik sangat, hanya rasa tepung dan red bean paste yang agak kuat. Belum cuba belum tahu kann…
Selepas itu kami berpatah balik menghala ke Terminal Bas untuk ke Singyeongju Station. Lama juga kitaorang menapak, melalui deretan blok kedai, tapi tidak juga kelihatan. Terasa ingin mematahkan langkah dan ingin mengambil taxi tapi diteruskan juga.

P1020791 P1020792
-Kami jalan menyusuri tempat ni-

Akhirnya….nampak bangunan yang sepertinya agak dikenali. Sah! Itulah bangunan Terminal Bus yang terdapat dalam list saya.
P1020793 P1020794
-akhirnya jumpa juga-

Kami menyeberangi jalan dan terus masuk ke dalam untuk bertanya bus ke KTX Station. Kami kearah yang diberikan. Tidak sampai 10 minit bus pun sampai (tidak ingat # bus). Bus melalui bendang2 padi, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
P1020801 -dalam bus to Singyeongju Station..hehe-
Syukur kami sampai di Singyeongju Station akhirnya. Rupanya bus yang kami naik tadi akan terus masuk ke Station tersebut dan berhenti betul2 di tepi Station di mana taxi stand dan bus stand ada di area yang sama. Jadi next time…kepada sesiapa yang ingin ke Gyeongju Terminal daripada Singyeongju Station, kena tunggu bus di bustop sebelah kanan selepas keluar dari pintu bangunan KTX Station.

Jangan sesekali mengambil taxi dari Station untuk ke lokasi tarikan pelancong terutamanya Bulguksa Temple kerana charge taxi tersangatlah mahal. Kalau group 4 orang boleh juga share2 tapi baik ambik bas saja (kecuali dalam keadaan terdesak/bajet memang ada). Ataupun dengan cara lain… Ambik taxi ke Gyeongju terminal dan dr sana ambik bus ke lokasi dituju.

Memang agak tidak puashati dengan trip Gyeongju sebab banyak tempat yang kami tidak sempat pergi. Tidak apa lah…kalau ada rezeki akan saya jejaki kembali tempat ni untuk menikmati panorama waktu siang dan malam. Kerana difahamkan..tempat2 seperti Anapji Pond, Cheomseongdae, Seokguram sangat cantik pada waktu malam.

Train kami ke Busan adalah pada 4.30pm. Kami sampai station >< 2.30pm ada banyak masa lagi. Sempat lagi untuk cari makan di station. Sakit badan memang tidak terkata…cara jalan pun tidak begitu stabil terutama sekali semasa menaiki tangga. Kami terpaksa naik menyerong untuk mengurangkan tekanan pada tapak kaki. Dengan cara mendaki yang berbeza daripada orang kebanyakan pastilah jadi perhatian orang di sekitar….tapi buat tidak peduli.

Dalam lebih kurang 4.00pm kami memasuki ruang track KTX. Pada masa itu, tidak seorang pun penumpang yang ada di situ. Nampaknya kami adalah penumpang yang paling awal menunggu.
P1020804P1020807
tp26tp27-siap ada tv lagi dalam ni-
Cuaca sejuk, nasib baiklah ada ruang khas menunggu untuk traveller. Bestnya Negara maju.
Lebih kurang 15 minit menunggu….sudah nampak orang bertambah ramai di kawasan track. Kami keluar dari ruang menunggu tadi dan cuba lihat sekeliling (takut train sudah sampai).
Tiba2 terkejut bila nampak si Konong dengan tanpa sepatah kata..berlari pecut ke arah kanan track. Saya dan Damia dilanda Blur yang teramat. Bertanya kepada Damia apa hal. Tapi nampaknya dia pun tidak tahu. Apalagi aku pun terus memecut lari diikuti Damia…lagaknya seperti mengejar pencuri (segala sakit hilang seperti angin). Sambil…”Ojum! Kenapa?!” Tapi tidak kedengaran satu pun apa yang si Konong jawab. Aku meneruskan larian….walau tercungap2 kepenatan. Si Konong ni pula langsung tak berhenti (seperti express train). Bila nampak saja dia memperlahankan larian…. Aku pun ikut sama….sambil….”Ojum! Nokuro tu obubulugu kono moginangkus?!” (dalam keadaan aku hampir2 tidak terkata2 sebab ketawa terbahak2, ekoran lucu sesangat dengan adegan larian pecut seperti “Poney2…Many2” dekat Jeju Island). Orang sekitar kehairanan melihat kami yang seakan dikejar hantu.
Selepas adegan lari dan ketawa kami berakhir…Konong pun memberitahu bahawa kami sebenarnya menunggu di Car # yang salah. Dan Track Car # yang betul berada agak jauh di sebelah kanan. Jadi…bila saja dia menyedarinya..dia terus saja memasang gear pecutnya kearah tersebut tanpa memberitahu kepada kami terlebih dahulu. Hahaha….Kelakar betul bila teringat tragedi tersebut.
Gagah perkasa sunguh ahjuma berlari….tidak terasa betapa sakitnya rasa di kaki.
Tidak lama train pun sampai. Kali ini saya sengaja booked KTX 1st Class. Sebab nak sangat tahu rupanya macamana. Nampak orang keluar rata2nya berpakaian kemas, seperti dari golongan Korporat. Masuk saja di ruangan dalam, tempat agak besar dan selesa seperti sofa. Kami duduk dengan relax dan selesanya. Kan best kalau daripada Seoul-Busan kami duduk dalam dalam 1st Class. Tapi memang tak lah…sebab tersangatlah mahal (mahal dari flight ticket). Nasib baiklah harga ticket daripada Singyeongju Station- Busan Station hanya beza lebih kurang RM15 sahaja daripada  Normal Price. Agak tidak puashati dengan trip Gyeongju, tapi dengan 2 lokasi yang kami sempat jejaki itu pun sudah lebih dari cukup untuk 1st timer menapak di sini (daripada langsung tidak berjaya menapak di mana2 kannnn…).

IMG_20141107_153806IMG_20141107_155457IMG_20141107_154007
-ruang 1st class bullet train-

Sampai saja di Busan Station dan ke balai ketibaan… nampak 1 kedai sesak dengan orang, beratur panjang untuk menunggu giliran membayar dan juga membuat order. Kami apa lagi…terus cuba menyibuk. Kami menjadi antara customer yang ingin membeli, rupanya kedai itu menjual pelbagai jenis fish cake.

Line dekat cashier memang panjang….tertanya2 juga macamana agaknya rasa fish cake sampai kedai ni penuh sesak. Siap membayar….terus ngap! Woahhh…..memang sedap sangat. Terutama sekali fish cake dengan cili hijau besar. Kalau sesiapa yang akan menapak di Busan Station jangan lupa singgah di kedai tersebut.
IMG_20141107_162107 IMG_20141107_162225

Balik ke Motel sekejap untuk menyimpan barang. Selepas itu kami keluar untuk ke Centum City untuk berjalan2 ke Lotte Mall. Untuk ke sana kami ambik train daripada Exit 2 ke Centum City Station. Tujuan utama ke sini adalah untuk membeli sikit product Laneige, tapi hampa..
hanya geng ku yang 2 orang tu yang dapat hasil pancingan daripada Etude House, ngam2 sale pula Busan masa ni. Produk ni adalah antara yang paling laris di kalangan pelancong termasuklah dari Malaysia.
IMG_20141108_164820

Hari ini juga sebenarnya sudah tertulis dalam ITI kitaorang untuk ke Jimjilbang (Spa/Sauna) untuk memanjakan diri daripada penat lelah jelajah Jeju & Seoul. Tapi terpaksa dilupakan kerana terhadnya masa. Sedihnya tapi tidak apa lah…Oleh kerana itu kami meneruskan langkah mencari benda makan untuk malam ini. Kami kembali ke Jagalchi Station dan mencari kedai makan yang berpatutan . Menapak sana sini tapi tidak berjaya, mahal. Last2 kami ke Jagalchi Market foodcourt. Masuk saja di area tempat makan, kami terus disambut oleh seorang ajumma yang memang setiap “mematai” lorong pintu masuk ke foodcourt tersebut. Ada saja  orang di depan pintu….terus disambar sepantas kilat, sambil menunjukkan menunya. Kami yang memang sudah tidak tahan dengan keletihan yang teramat tanpa berfikir panjang terus menurut arah telunjuk ajumma tersebut yang membawa kami ke meja kedainya. Awal2 tadi kami sudah menunjukkan gambar mackerel fish yang ingin kami order dan fish soup serta fish stew.
Kurang 20 minit makanan kami sampai. Huh! Terus serbu…tapi yak! Fish stew sukar diterima oleh deria rasa. Ikan yang mereka guna, texture isinya agak liat dan seperti belut. Mau paksa masuk mulut tapi nak termuntah. Sorry la…..ajumma2 ni angkat tangan mengalah kalau hal2 macam ni. Sia KRW melayang untuk dish tu.

Selesai dinner kami balik ke Motel dengan rasa loya pasal makanan tadi. Malam ni saya mula mengemas apa yang patut dan tidur seawal mungkin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s