Bila Rasa Itu Sudah Pudar

…..BILA RASA ITU SUDAH PUDAR tiba2 perkataan ini terlintas dalam ruang minda. Ahhh….aku mungkin hanyut sedikit di alam sentimental ku. Hari-hari berlalu dengan banyak benda di ruang minda.

RASA – merangkumi banyak perkara… dua suku kata yang menarik hati untuk aku ungkai di laman ini. Jauh di sudut hati terdetik rasa sayu….Sayu yang teramat (Ni yang membuat aku agak emo sedikit).
RASA HORMAT….. rasa inilah yang mengganggu aku akhir2 ini. Melihat bagaimana tingkah manusia bila hilang rasa hormat di antara mereka….maka bermulalah episod cerita baru dalam hidup mereka. Kekejaman dan tidak berperikemanusiaan ada di mana2.
Rasa hormat juga merangkumi banyak aspek, tapi apa yang akan aku perkatakan di sini lebih kepada institusi kekeluargaan. Aku bukanlah siapa2, bukan kaunselor rumahtangga yang bertauliah, juga bukan penceramah ber PHD kepada siapa2…aku hanya orang kebanyakan yang hanya ada sekeping hati yang mudah tersentuh dan terasa. Jadi mohon aku kongsikan sedikit RASA HATI kepada mereka yang sudi dan peduli.

RASA masa bercinta adalah satu saat yang tidak akan pernah saya pertikaikan antara perasaan indah dalam hubungan manusia secara zahir. Namun……banyak antara kita tidak sedar masa bercinta itu tidak menjanjikan apa2 pada kita. Kita tidak akan kenal siapa suami/isteri kita yang sebenarnya (dalam kes percintaan berakhir ke jinjang pelamin). Mungkin segelintir manusia sanggup berlakon/menipu untuk memenangi hati si kekasih, supaya semuanya berjalan seperti yang diharapkan. Bila mata dan hati dikaburi dengan indahnya saat bercinta….maka siapa dia dan siapa kita pun sudah tidak diambilkira (pasangan kentut pun rasa wangi….sampai begitu sekali. Ohhh….dunia!).
Bagi percintaan yang berakhir ke alam perkahwinan…..pasti bersyukur dan gembira tidak terkira kerana hubungan berjaya memasuki ke fasa seterusnya. Fasa baru alam berumahtangga. Ya….alam yang akan mengajar manusia bagaimana hidup berumahtangga yang sebenar. Apa yang kita tahu masa bercinta mungkin tidak sama selepas bergelar suami isteri. Alam rumahtangga….antara proses belajar untuk hidup, hidup dalam dunia baru. Usia awal perkahwinan (3 tahun pertama) mungkin semuanya baik2 belaka…dan kita sudah mengenali siapa dia di sisi kita dan sudah bertambah ahli keluarga (bagi yang tiada masalah reproduksi). Setiap pasangan berharap rumahtangga bahagia dan berkekalan sampai ke anak cucu dan itulah yang sebaik2nya. Banyak contoh persekitaran yang menarik perhatian akal ku yang tidak seberapa. Memerhati pasangan bahagia bersama anak-anak buat aku senyum dan sedikit sendu di jiwa…. (aku….ahhh emo lagi). Tapi aku bersyukur siapa aku seadanya… walau banyak kekurangan…. (wahhh!)

Semakin lama tempoh perkahwinan….apa yang kita harapkan? Semua pasti mengharapkan yang terbaik, dan saya rasa orang belum kahwin pun akan berkata…”mau ikatan perkahwinan bertambah erat dan bahagia” (bagi mereka yang berjaya….tahniah!) Tapi bagi sesetengah pasangan yang semakin lama ikatan suami isteri semakin berantakan, bagaimana pula…

KENAPA?…..
◆Adakah kerana selepas kau sudah sangat kenal dengan pasangan
membuatkan kau rasa hidup tidak seindah dulu?
◆Sudah bosan dengan perangai sebenarnya yang tidak pernah berubah?
◆Kecewa dengan sikapnya yang tidak ambil peduli dengan apa kau mau?
◆Tidak mampu memberikan $ sepenuh guni?
◆Tidak sekepala dengan pak/mak mertua?
◆Sibuk bekerja sampai tiada masa untuk keluarga? Dan terus kau rasa
diabaikan?
◆Bosan dengan sikapnya yang kau rasa melebihkan keluarganya?

….bla…bla…bla..apa lagi?……

Bila semua masalah tersebut menguasai diri….maka RASA HORMAT pada pasangan akan mula PUDAR. Itu pasti….
Apa tandanya?
◆bila dia sudah tidak menjadi pendengar kau yang baik.
◆mendengar pun bagai angin lalu.
◆Langsung tidak peduli.

Bila sampai tahap “langsung tidak peduli” dengan apa yang kau kata.. maka rasa hormat dengan pasangan sudah dalam peringkat kritikal. Dan ini akan membawa pada keruntuhan rumahtangga kerana rasa cinta dan sayang pada pasangan sudah semakin hilang.
Tiba masanya merenung diri bersama….

…….Untuk membuatkan sebuah rumahtangga itu bahagia, terima siapa pasangan kita seadanya. Perkahwinan…adalah saling melengkapi yang kurang dan sama2 menghargai yang lebih. Tapi fitrah manusia sentiasa mahu yang terbaik. Sikap ego, tamak dan tidak bersyukur (aduii….pening kepala ku sebentar). Maaf….rasanya bebelan ku semakin ke laut. Tapi tidak apa….akan ada juga noktah terakhir nanti.
Bagaimana dan apapun alasan keretakan rumahtangga….harus ada sebab yang boleh diterima pakai oleh akal fikiran manusia.
Setiap alasan pasti ada saja jawaban.
Contohnya….
1. Dia sibuk dengan kerja luar sampai tidak pedulikan keluarga.
-Nak tau apa kata ku? Dia sibuk kerja luar? Dia kerja sebagai apa? Adakah dia seorang doktor yang sibuk dengan pesakit siang malam? Atau adakah dia seorang businessman berjaya yang tidak masa balik rumah kerana kesibukannya mengurus syarikat dan outstation luar negara? Atau….adakah dia seorang pilot yang sibuk berterbangan di udara? Atau seorang tentera yang meninggalkan keluarganya berbulan2 untuk memastikan keamanan negara?
….kalau dia adalah antara salah 1 di atas…..aku memahami.
Tapi kalau seandainya….dia hanya seorang petani yang menggunakan tulang 4 keratnya, berhempas pulas berbudi pada tanah demi keluarganya? Apa ertinya alasan seperti ini? Dia pergi pagi dia pulang tengahari, dia pergi petang dia pulang lewat petang. Pulang bukan ke mana…tapi kepangkuan keluarga. Masa2 yang ada digunakan bersama keluarga juga. Atau kau mengharapkan yang lebih? Mau dibawa berjalan2 ke tempat peranginan? Tidak salah…..sila utarakan pada pasangan. Jangan diam…diam tidak akan menyelesaikan apa2.
Kalau dia kata tidak boleh….mungkin dia tiada kemampuan pada masa itu. Maafkan dia….cuba berusaha bersama untuk mencapai apa yang diinginkan….kan bagus.

2.Bosan dengan sikap pasangan yang lebih mengutamakan keluarganya.
-Kata ku…..mengutamakan dari segi apa? Adakah setiap hari dengan keluarganya? Adakah dia jenis “Anak bapa/mama” yang jadi pak turut? Sampai lupa tanggungjawab pada keluarganya sendiri? Kalau ya….aku sokong alasan ini.
Tapi……kalau tidak…itu masalah jiwa kau sendiri.
-bagi ku….tiada salah ibubapa meminta pertolongan pada anak2. Sekecil dan sebesar manapun… itu tanggungjawab kita kepada ibubapa sampai ke nafas mereka yang terakhir. Asal kita mampu menunaikannya. Lainlah… kalau pasangan kita berhabis wang ringgit bantu ibubapanya sampai MAKAN MINUM isteri dan anak2 di rumah dilupakan,.. kannn… (Kes pada yang bergelar suami).
-tapi kalau setakat “once in a blue moon” apakah jadahnya? (Dalam kes…kerja yang memerlukan tenaga yang agak lama, sebulan dua barangkali. Ikut anak ada masa sendiri). Adakah itu juga salah? Pasangan harus ingat….bila kamu berkahwin…tidak bermakna si isteri atau si suami itu adalah HAK kamu secara MUTLAK. Yang kamu tidak boleh kongsi dengan ibubapanya (bukan kongsi dengan perempuan/lelaki lain yaa…). Kamu kahwin dengan pasangan kamu….maka kamu ambil dia dengan ibubapanya sekali. Kamu serasi atau tidak dengan mentua kamu….itu hal kamu sendiri. Jangan libatkan pasangan anda untuk menjauhi ibubapanya hanya kerana kamu tidak serasi dengan mereka!

……dan bla..bla..bla kalau tak begitu mesti bebelan ku tiada penghujungnya. Tapi apapun…kedua2 pasangan ada saja kelemahan masing2. Jadi perlu perundingan secara baik dan jujur. Jangan dikuasai ego yang melampau….biar mengalah sedikit untuk mencapai hasil yang baik. Walau agak susah tapi jangan pernah berhenti untuk mencuba.

Janganlah sampai benda2 seperti ini membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Fikir…..ada lagi nasib pasangan suamisteri yang lebih parah di luar sana.
◆Si isteri bagai hidup dalam neraka, siang malam dihantui perasaan takut menunggu pulangnya suami yang sudah berhari2, malahan berminggu di luar menghabiskan $ yang ada untuk memuaskan nafsu araknya dan bila pulang….memukul isteri sampai puas.
◆Pasangan yang berjoli sana sini.
◆Anak2 yang kurang bernasib baik (berpenyakit kronik-kanser).
◆Hidup miskin tiada apa2…hanya hidup dengan meminta sana sini (tapi masih hidup
bersama).

◆…………

Jadi sentiasa bersyukur dan terima kekurangan pasangan adalah cara terbaik.

Tapi…..jika yang sebenarnya RASA CINTA ITU SUDAH PUDAR berikan alasan yang boleh diterima pakai oleh akal. Hilang kerana apa?
Andai ada insan lain…..sila berterus terang. Walau ia MENYAKITKAN tapi lebih sakit kalau disebalik alasan itu… sebenarnya ada PENIPUAN. Jika kamu rasa ada INSAN YANG LEBIH PRIHATIN DAN PEDULI itu…….hal yang hanya kamu sendiri boleh putuskan. Kau mementingkan diri sendiri? Kau buat untuk keluarga?…..itu hak kau untuk bersuara…kau betul atau tidak itu akan kau tahu di kemudian hari. Aku tidak akan sentuh lebih pasal ni, sebab aku ada katakan di awal tadi… tentang fitrah manusia kannn.

HANYA SATU PINTA KU…..
SEANDAINYA SUATU HARI NANTI…
KAU MULA SEDAR TINDAKAN MU ITU SALAH…
BERTAHANLAH PADA KEHIDUPAN YANG KAU PILIH..
KERANA BILA KAU PILIH YANG KEDUA…
BERMAKNA DIA LEBIH BAIK DARI YANG PERTAMA..
JANGAN PERNAH TINGGALKAN YANG KEDUA…
KERANA HIDUP MU TAK AKAN PERGI MANA JUA…

DANNN….
AKU BERHARAP…
KEPADA MEREKA2 YANG TERLIBAT…
TABAHKAN HATI…
HIDUP DI DUNIA HANYA SEMENTARA..
HARGAI MEREKA YANG MASIH ADA..
YANG PERGI TETAP PERGI..
USAH SEKSA DIRI…
KERANA ITU TIDAK BERBALOI SAMA SEKALI..

SEKARANG….
KAU DIBUANG SEPERTI SAMPAH..
DIBUANG SEPERTI ANJING HINA..
TAPI INGATLAH…
SUATU HARI NANTI…
PASTI ADA YANG PUNGUT KAU SEPERTI PERMATA..
PERMATA YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA…

ORANG KATA…
SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA..
BAIK ATAU BURUK ITU SEMUA KETENTUAN-NYA..
JADI JANGAN BERPATAH HATI…
LALUI HIDUP DENGAN SEMANGAT DI HATI..
BUKTIKAN PADA DIA NANTI..
KAU BOLEH TANPA DIA DI SISI..

LAGI SATU….
KARMA ITU TIDAK PERNAH LALAI…
DIA SENTIASA ADA UNTUK MENCARI CALON DALAM SENARAI..

MUNGKIN..

HARI INI DIA KETAWA DENGAN DUKA KITA..

TAPI…

NANTI DIA AKAN BERDUKA DENGAN TAWA KITA…

Pada masa itu…aku berharap….

“RASA KAMU JUGA SUDAH PUDAR”

PUDAR SAMA SEKALI….

Sekian perkongsian rasa ku yang tunggang langgang….

☆★ SALAM DAMAI DAN SELAMAT MALAM★☆

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s