Memori yang Tercicir

…Masa sudah berlalu agak lama, lebih dari setahun… nampaknya aku meninggalkan laman ini begitu lama. Nasib baik ada juga aku simpan ‘kekunci’ masuk blog ni di phone keramat, kalau tidak memang nyah la laman ini dari memori. Mohon maaf wahai laman ku yang sepi….begitu lama tuan mu menyepi. Tidak sengaja untuk di anak tiri…ehemmmm.

Setahun lebih….emmm…. sungguh banyak ‘memori yang tercicir‘…  memang tidak mampu untuk mengingatnya dan mencoretkannya satu persatu di laman ni…. Namun….apa yang betul2 menarik perhatian ku dalam N3 setahun lepas adalah pasal hubungan kekeluargaan. Ia adalah coretan terakhir ku sebelum jari jemari berhenti dari laman ini. Membacanya dari awal sampai akhir…perasaan bercampur baur… sedih sayu, amarah yang membara, terkilan yang tidak terkata… dannnn banyak lagi yang tidak mampu diungkapkan dengan kata. Apapun…. jauh di sudut hati, rasa bersyukur yang tidak terkata… nampaknya Dia menunjukkan sebuah kehidupan yang ternyata lebih baik dari sebelumnya. Walau ia menyeksa tapi… yang pasti, hari-hari yang berlalu pasti akan bertambah baik nanti. Harapan ku…. kepada setiap insan yang dihujani masalah..bertabahlah menghadapi setiap langkah.

…Setiap yang Pahit itu pasti ada Manis, yang penting kita harus sentiasa ingat..Dia tidak akan memberikan ujian diluar batas kemampuan setiap dari kita. Jadi hadapi dengan hati terbuka.. langit tidak akan sentiasa mendung dan tidak juga sentiasa cerah. Setiap perbuatan manusia itu akan ada timbal baliknya juga… tiada salah mengalah untuk kebaikan. Bak kata lagu Shamsul dan Mawi ‘Kalah dalam Menang’…emmm tetiba aku teringat dengan lagi berunsur kerohanian ni. Ya….kalau lihat dari tajuk lagu tanpa melihat lirik… aku setuju sangat, bagi ku setiap perkara yang kita ‘mengalah’ itu sebenarnya ada ‘kemenangan’. Kalau bukan sekarang pun.. nanti-nanti (ohhh bahasa jemari ku…)         Dalam tempoh setahun ni….banyak perkara2 kemanusiaan yang begitu mengamit hati dan ruang minda ku sebagai insan yang belum pernah cukup untuk memahami kehidupan. Begitu banyak rencah…. tidak pasti mana satu rencah yang sesuai untuk dicampur gaul agar peroleh hasil yang sesuai untuk diguna pakai. Bila berfikir panjang… selagi kita masih bernafas…proses belajar erti sebuah kehidupan itu adalah setiap saat. Tiada siapa yang sempurna…tapi…. selagi boleh janganlah gunakan ketidaksempurnaan itu sebagai alasan untuk menindas yang lain. Berfikir sebelum betindak adalah sebaik-baiknya (walaupun kadang aku sentiasa terbabas dari landasan..tapi yang penting pandai untuk berpatah balik).

Apapun…. bila kita rasa susah ingat, lagi banyak insan lain di luar sana yang lebih susah..

bila kita senang, ingat untuk bersyukur…masih banyak di luar sana yang                                   memerlukan..

Rezeki….                                                                                                                                                               Aku seringkali berfikir tentang hal ni… banyak hal yang aku fikirkan, hal2 yang membuat aku rasa gembira dan tidak kurang juga yang buat hati ku sayu seketika. Namun… rezeki berbeza setiap insan. Mungkin rezeki kau KAYA tapi tidak bahagia… aku MISKIN tapi bahagia. Kau diberikan HARTA ANAK2 tapi… Aku diberikan KEBEBASAN begitulah kehidupan… tidak semua yang kita mahu itu kita akan dapat. Jadi BERSYUKURLAH walauapapun keadaan hidup yang kita ada.Kerana setiap yang kita ada itu bukan untuk selamanya.

Makaaaaa…..NIKMATILAH HIDUP SEADANYA, DAN JANGAN PERNAH LUPA PADA YANG TIADA…

sebenarnya…MEMORI YANG TERCICIR itu…. adalah kemudi terbaik penentu arah kita.

Maka fikir2kan lah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s