Backpack Trip-Terjah

Setelah minggu2 berlalu…muncul jua aku melawat laman yang sunyi sepi ni. Tanpa pengunjung (sbb malas mau public). Tapi stilllll….mencoret walau sesekali (pabila ingat jak)…😅. Anak tiri? Emmm….mak tiri yang baik haha…

Ok….banyak hari2 berlalu, banyak juga la hal2 yang menarik juga yang kurang menariknya berlaku. Papun agak malas mencoretkan 1/1. Biar saja hal2 tersebut menjadi peringatan dan sempadan untuk meneruskan kehidupan seharian. Cewahhh! Sejak berkhidmat di bawah naungan AIA KL ni….kesibukan melanda 200% di siang hari. Walau penat melanda dengan kerja tanpa henti (ada jua la lunch time sejam) 8am-8am (OT melulu) sebab kerja yang tidak akan siap2. Apalagi kalau ada yang pending…memang nahaslah keesokan hari. Mau tidak mau kena settle semuanya pada hari yang sama. Biasalah kerja makan gaji ni harus “SYMP”.

Hal lain yang menambah kesibukan hujung minggu…. hmmm.. menyediakan ITI untuk trip cuti2 tis coming September…. so far segalanya berjalan lancar. Terima kasih dengan “My Tuwin” dan familynya serta “My Kazen” kerana memberi kepercayaan  membawa kalian untuk trip berkonsepkan “Backpack”. Dalam trip saya ni…saya tidak akan menjadi “Tour Guide” profesional. Saya lebih menekankan style ” Terjah, Susah, Sesat dan Senang” Sama2 di rantau orang. Setiap karenah yang tidak masuk dalam konsep percutian saya ni tidak akan dilayan. Tu sebab saya tekankan kepada sesiapa yang berminat menggunakan perkhidmatan saya untuk fikir sedalam2nya sebelum mengambil perkhidmatan saya yang tidak seberapa ni. Jadi disiplin mematuhi ITI tu sangat diutamakan. Kalau ko keras kepala mau ikut cara sendiri…im ok, silakan…follow your own way, n i’ll follow my plan. Tapi sengala masalah tanggung sorang diri… jangan libatkan rakan lain… ngerti? Hehe….leader tegas ni. Cehhhh!

Banyak cabaran yang akan dilalui semasa bertrip style saya.

Yaaa…..saya akan menyediakan.. ITI dari A to Z, Flight dan Penginapan.

Lepas tu saya akan bagi ITI kepada semua genk2 trip dan mau mereka memahaminya. Ini bagi mengelakkan mereka “buta” pengetahuan untuk lokasi yang akan dituju. Ini bagi mengelakkan peserta tidak hanya bergantung kepada saya sorang andai ada masalah yang berlaku (touch wood-palis2😅). Diingatkan…dalam trip saya ni… masalah perbezaan bahasa akan berlaku di tempat dituju. Di tambah lagi dengan penguasaan international language yang terhad di pihak kita atau di destinasi dituju akan lebih menyukarkan keadaan (mesti korang takut hal ni kann..). Tapi jangan risau… setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Tu sebab dalam trip saya ni…saya amat menekankan KERJASAMA yang tinggi. Sama2 susah, sama2 senang. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan…jadi harus saling menolong dan memahami. Contohnya… timbul masalah “tidak berjaya menemui lokasi dituju” jadi kita harus menanganinya bersama. Rajin bertanya dengan local tu amat penting. Walau kadang feedback mereka dengan pertanyaan kita tu tidak seperti yang kita harapkan. Tapi itu adalah cabaran….keep on trying hehe…

JANGAN PANIK bila berhadapan masalah. Harus TENANG baru idea untuk settlekan masalah tu akan ditemui.

JANGAN sesekali MENYALAHKAN sesiapa bila ITI tidak berjalan seperti yang tertulis. Kerana kita merancang Dia yang menentukan segalanya.

Susah atau Senang perjalanan trip kita sama2 nikmati. Pasti ada Manis dan Pahitnya nanti.

KOS per person bergantung dengan lokasi dituju.

Yang pasti trip style saya ni… HARUS ada STAMINA yang KUAT. Maklumlah style backpack kan…jadi faham2 la. Kena guna tenaga lebih untuk kesana kemari. Bukan macam ikut Agent Pelancongan semuanya sudah tersedia.

Setiap orang ada pendekatan masing2 untuk melancong. Relax tanpa memikirkan kepayahan angkat luggage, fikir pasal transport di sana nanti…etc… maka pilih la agent.

Tapi bagi saya….Backpack walaupun payah tapi kita lebih enjoy dengan masa kita tanpa terikat dengan jadual ketat dari agent pelancongan. Sejak lebih 10 tahun terjebak dalam hobi melancong ni…hanya sekali saya ambik perkhidmatan agent ke HongKong bersama suami. Memang menyesal tidak terkira…saya tidak akan menyatakan kenapa. Cukup saya nyatakan….walau payah menapak sendiri dengan persediaan dibuat sendiri seawal mungkin tapi saya lebih Enjoy trip “Backpack”.  Mungkin lebih mahal atau lebih murah berbanding mengambil pakej pelancongan dari agent bertauliah tapi “Kepuasan” dan “pengalaman” berjalan sendiri buat pertama kalinya di benua lain tu sangat2 tidak terkira nilainya.

Tepuk dada tanya Hati….  berani bersusah payah dengan Saya? Dialu2kan…. konsep saya ni senang jak…susah n senang sama2. Itu jak…

Can’t Wait my Next trip.. ke mana? wait n c..

Welcome to My World: “❤️Backpack Trip-Terjah❤️”

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s