My Uk & France Terjah punya trip😎

Setelah 6 bulan berlalu…
Baru berkesempatan menulis sedikit tentang percutian UK n Europe bersama SIL. Masa ni memang sangat teruja dan tidak kurang juga rasa sedikit risau. Mana tidaknya…1st time menjejakkan kaki dan perlu menyediakan Itinerary sendiri kurang dari 2 bulan… OMG masa tu memang tidak tau mau start dari mana. Lepas tiket penerbangan return dari KL ke UK (London). Rasa macam mimpi… sakai!😁. Ni kerja SIL laini… ngam2 masa tu ada promo 1986/return. Memang berbaloi. Apalagi…. hentam jak tanpa memberitahu MR Husband😅. Sudah beli baru bagitau… marah pun nda buli buat apa. Heh heh heh….
Jadi…. bermula la sesi membuat persediaan. Pening sepening2nya. Tidak tau mau fikir apa… jalan terussss.
UK kita orang pie Jelajah London, York City, Scotland. Manakala di Europe pula kita orang p Paris, France.  Hati memang mau jak terjah 5 buah negara dalam 14 hari tapi memandangkan tiada sokongan dari sebelah pihak… kuburkan jak. Nanti len masa (kalau ada rezeki) baru menapak lagi.

Pada 16/10 kami selamat mendarat di Heathrow Airport (London) pada waktu tempatan 6.30pm. Memang rasa sangat neves masa ni. 1st tym menapak d benua Omputeh, UK plak tu. Aduyaii…nasib bek aku ni jenis yg ok laaa…utk sediakan ITI. Boleh la ITI tu jadi bekalan hidup ber Backpack di rantau orang.

Dari Heathrow airpot kita ambik Subway ke London City Centre. Masuk train jak aduii….suamnya😅… opsss lupa pula. Autumn seasons memang sejuk d luar…so berpanas la kita d mana2 bangunan atau train station. “No idea” macamana mengadap pencarian hostel dengan keadaan semakin gelap… mau tengok landmark pun tidak dapat hmmmm… Train station terdekat dengan Hostel adalah Elephant & Castle Station. Lebih kurang 1 jam sampai City Centre… Banyaknya orang… baju ber kot2… lajunya jalan… Keluar dari train perlu cari jalan keluar ke atas bumi😝. Memandangkan train line ni semuanya Underground. SiL punya luggage memang besar 28inch kalau tidak silap atau lebih dari tu. Aku pulak yang rasa risau tengok luggage tu. Kata backpack tapi macam balik kampung gayanya😅. Dannnnn….paling siokkkkk no lift or eskalator di kebanyakan train station ok. Friendly user? Nope….peringatan sekalian alam. Bahawasanya kebanyakan tempat train stop tidak mempunyai kemudahan bagi orang “kurang upaya” hahaha…maksud ku bagi mereka yang bawa barang berkarung2😄. Jadi makesure kalau backpack style tu…pack light la ya…

Akhirnya dengan pertolongan lelaki2 macho d train station…berjaya juga kami keluar ke bumi nyata. Dalam keadaan hujan, gelap alam..hanya diterangi lampu jalan dengan terhadnya keterangan mata memandang. Maka otak jadi kalut sekalutnya. Nasib baik SiL ada simkad dari group blog traveling dia dapat dari KL. Jadi hanya tinggal beli topup. Tu punnnn…payahnya la berurusan d kedai. Tapi syukur selesai. Tibanya masa untuk menghubungi Hostel… minta landmark. Ok…dia bilang “Blue Building” jalan terus… Mana blue buildingnya?! Memang hancur luluh hati..dengan 🎼🎤Bergetar jiwa….meredah hujan dalam kelam.🎼🎼🎼🎤.   Memang sadis gila…macam Pelarian pula gamaknya. Dengan hujan turun dan keadaan gelap macamana mau cari hostel. Bertanya.. tapi kebanyakannya jawaban agak tidak memberangsangkan. Dalam keadaan sejuk menusuk tulang, berketar2 seluruh badan, jari tangan, kaki,muka sudah kebas rasanya. Tidak terasa…ku redah hujan ke train station bertanya pada pak gad. Ok dia suh p ikut jalan nunnnnn….di kegelapan malam. Nak tak nak…kami berdua memberanikan diri… redah gerimis malam yang malap. Mengheret bagasi dengan jalan berlopak dan lumpur…otak tidak mampu berfikir, terus menyusur jalan besar. Entah kemana juga kaki tu melangkah… airmata hampir menitis tapi ku kuatkan perasaan. Inilah cabaran sebenar…backpack bukan semudah yang disangka yaaa… “ketawa dan airmata..🎤 Kau mampu?! Hmmm…. langkah dan terus melangkah..luggage dengan 4 roda ku heret tanpa hati perut. Persetan la kalau rosak pun…kaki ku semakin sakit, skru2 badan semakin longgar. Tapi terus bertahan… tidak lama sorang gentleman yang berbasikal berhenti dan menyapa kami. “Hei! Are u lost?” Kami pun tidak pasti mau jawab apa. Apakah kami memang di arah yang betul atau tidak. Tapi jawab jak…orang dah bertanya kan. We are going to find our Hostel name (lupa pula). Neves juga sebab Negro pula yang tegur dan cuba menolong. Kalau di KL kita memang takut dengan durang ni. Dalam kepala otak yang tidak berapa nak berfungsi tu secara otomatik macam kena renjatan elektrik. Berfikir langkah apa nak digunakan kalau2 orang tu buat jahat pada kami. Nak tau apa langkah? Hahaha…mau arah mana mau lari langkah seribu untuk menyelamatkan diri. Aduilah… malangnya jawabannya pun tidak pasti. Tapi dia berusaha menolong kami… siap call hostel tu. Akhirnya dia menyarankan kami untuk meneruskan langkah. Mungkin hostel tu ada di hadapan lagi. Akhirnya dia pun berlalu pergi dalam kelam malam dengan basikalnya. Renyai gerimis tidak henti2. Akhirnya SiL cal hostel lagi..dan saya pula yang bercakap. Payah juga bercakap dengan omputeh yang slang BI mereka yang berbelit2. Dengan slang BI MY ni durang pun agak kurang memahaminya. Staff hotel pun satu…bagi landmark pun kelaut… “main road” katanya… further UP aduiii la. Sekarang kita dah tau Hostel tu ada d sepanjang main road. Jadi kita meneruskan langkah..kurang 15m akhirnya nampak seakan2 bangunan yang agak dikenali.. dannnnn horayyyyyy akhirnya menapak di situ. Sampai jak depan kaunter…nasib baik staff yang entertain kitaorang tu gentleman yang hensem.Hehehe…dengan rasa syukur dan selamat yang tidak terkira malas la mau komplen depan2 pasal cara staff bagi panduan cari jalan. Kira selamat sampai tu dah la… urusan checkin settle..naik bilik.. OMG ok double bunk with private bathroom k. Muat2 satu katil dengan ruang berjalan kalau tidak silap kurang 10″. Memang kecil sangat, tanpa window but with heater.Emmm tiapa la… 2 malam jak. Hari ke3 akan ke York City. Ok dipendekkan cerita… daripada Train Station kita menapak sampai ke Hostel lebih kurang 1km (agak2 dalam 45m). Letih nda payah ckp…mandi terus tido…

Syukur…hari pertama di benua tu selamat😆✌🏻️

Note: Peringatan Penting!

– Jalan sendiri (Backpack), pack barang seminima yang mungkin. Seboleh2 no luggage. Kalau ada pun saiz 24inch maximum dan sebiji backpack. Ini memudahkan pergerakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s