Haizjaahhh!!!

Masa berlalu….aku kembali lagi dengan N3 title yang ntah apa2. Itu maksudnya….say Hi! Sambil melepaskan rasa bersalah sebab lama sudah tidak berkunjung d laman coret2 ni. Haha… ok seperti biasa alasan lebih kurang sama la ahhh…bizi dengan aktiviti kehidupan. Kadang tiada idea dan masa jari ni mengadap keypad (padahal tiap hari bersama hp). Tapi masalahnya kalau masuk laman ni…kena ada mood (biasalah…perempuan ni ada mood sikit pelik. Opsss! Banyak pelik rasanya๐Ÿ˜†). Manakan tidak PELIKNYA… perangai bermacam2. Terutamanya masa special day… dengan kehadiran “MS.RED”, kalau yang sudah bersuami tu dia la jadi sasaran…kalau tak pun anak2 (kalau saya ni yang tak dak rezeki anak…maka sorang2 la en.suami mengadap kepelikan). Tapi….. perempuan ni ada juga kepelikan perangainya walau di luar lingkungan kehadiran “Ms.Red” mereka, Sensitif dan mudah terasa, kadang cemburu melihat orang lain lebih. Cemburu, Sensitif…. kalau membawa kepada tindakan +ve takpa la jua… baik untuk hang! Diam2 sudah….. tapi bila sampai PERANGAI PELIK kaw tu menjadikan orang lain jadi PELIK ย itu namanya….sesuatu tindakannya membuat kau menjadi Pelik.

Hmmmm…. cuba untuk menyelami perangai PELIK perempuan. Last2 mungkin faktor HORMON TIDAK SEIMBANG macam aku ni (kena mengaku laaa…) penyebabnya. Tu la aku ada cakap awal2 sensitif sangat… Nak salahkan siapa? Salahkan HORMON?! Hahaha…. kesian hormon jadi mangsa. Tapi tak pa la….sekurang2 ada juga objek untuk disalahkan sebagai alasan. Teringat pula masa aku kerja ber’ boskan perempuan… memang level perangainya macam “Tsunami” melanda. Sampai mengalir airmata jua la aku…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Kelakar pula bila ingat saat tu. Bila difikirkan… kadang perempuan ni selalu tersasar dari pemikiran sudut “logik”. Selalu ikutkan emosi yang macam air laut, pasang surut๐Ÿ˜„.

Menyentuh pasal hormon…. part ni la yang buat aku malas mau fikir. Pasal benda ni la sejak akhir2 ni tahap kesihatan aku merundum jatuh. Tapi syukur en.suami tidak putus2 mencari ikhtiar untuk merawat masalah dalaman si isteri. 11 tahun…. tanpa rezeki anak. Hidup berdua… sampai tahap melepaskan. Tapi masih bertahan… kadang melepaskan kerana ketidaksempurnaan tu sangat sukar untuk diterima andai kedua2 dalam keterpaksaan demi mencari kesempurnaan. Ya ka tidak?! Masing2 ada pendapat tersendiri…. tapi kalau kita PASRAH dengan ketentuan-Nya maka kita akan boleh melaluinya walaupun ia memakan sedikit masa. Dan saya percaya itu…

Berpatah balik pada kesihatan… (madah berhelah pula atas tu.. emosi la tuuu๐Ÿ˜…). ย Sekarang ni… saya menggunakan rawatan alternative Traditional Medication daripada China. Setiap minggu kena jumpa… aktiviti wajib setiap weekend. Drip herbal dalam badan paling saya tidak suka… sebab kena cucuk jarum. So si Tangan take turn tiap minggu – kiri & kanan, adil kann๐Ÿ˜˜. Kos… sebulan mencecah ribuan… tak mau komen panjang2. Malas…. hanya satu harapan agar rawatan kali ni berjaya menghalau ion2 hormon -ve dalam badan๐Ÿ˜….

Kenapa ambil keputusan menggunakan perubatan berunsurkan herb? Emmm…. sebab saya sudah serik dengan kesakitan dari kesan pengambilan “pil hormon”. Sudah muakkk mengadapnya setelah hampir 8 tahun. Bukan pandang rendah pada perubatan moden. Tapi sekadar mempelbagaikan pilihan dan cubaan. Tiada salah mencuba kann….

Dengan mengadap keadaan kesihatan, kerja, perangai pelik manusia ni… baik aku mengadap persediaan Adventure Trip aku yang tinggal lagi 2 bulan 15 hari untuk dikotakan. Iti aku masih dalam status menjeruk. Peram sikit masa lagi…. nanti agak2 sudah cukup takat peramnya aku selongkar. Sorang2 menyediakan iti dari A-Z memang sandi. Urus accomodation,flight,transportation etc…. buat HORMON aku ni betul2 makin INBALANCE… ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Pa pun thumb up ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป mr.husband kerana sentiasa supportive dalam aktiviti “Terbang2” bininya. Kurengnya….. en.somi ni bz melampau sampai tiada masa mau join adventures trip kelolaan bininya๐Ÿ˜น. Satu sebab dia sorang “workholic” dan kedua dia tidak mampu mengikut tahap penggunaan tenaga belari,berjalan, dan long distance punya flight. Tidak sanggup mengadap katanya…. well c bini ni asal namanya TRAVELING apa pun sanggup diredah. Asal dengan syarat follow my itinerary yang saya sediakan dengan menggunakan perahan otak luarbiasa๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž.

Okayyy…. sekian potpet kali ni. Mau buat house cleaning sebelum berjumpa doctor petang ni.

Hmmmm…. biarkan saja PERANGAI PELIK manusia. Mereka atau kita puncanya itu terpulang masing2. BUT Y??! (Yang tersangatttt….)

….c u again my world…โœ๐Ÿผ๏ธโœ๐Ÿผ๏ธโœ๐Ÿผ๏ธโœ๐Ÿผ๏ธ๐Ÿ’—…

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s