Sambal versi kampung ku

Hari ni tersangatlah kuat perasaan mau makan “sambal” kampung ku…. diketahui ramai bahawa sambal tu sejenis juadah yang dimasak menggunakan bahan utamanya iaitu chili. Tanpa chili tidak akan menjadi sambal. Tapi kebiasaannya sambal ni sama ada untuk bahan cicah atau lauk, contohnya sambal ikan bilis, sambal petai udang dan banyak lagi.

Tapi bagi saya…. sambal merujuk kepada campuran beberapa bahan sayuran kampung dengan beehoon lalu dibubuh dengan sambal kacang. Sambal kacang dibuat menggunakan bahan yang sangat mudah diperoleh dan ringkas.

Bahan2nya: Beehon, pucuk ubi, betik muda, kangkung, timun mentah, kacang panjang, jantung pisang etc pilih jak mana2 gabungan yang rasa mau makan. Dan semuanya di celur dengan air mendidih. Angkat dan toskan dan sedia untuk dihidangkan. Hehe…

Ramuan untuk dikisar:Bawang merah,putih,kunyit hidup,halia (lebih). Semua blend kasar. Perasa: Garam,gula,maggi secukup rasa,pak aji 😍

Memang mudah membuatnya…. maka hari ni selepas lebih kurang 2 bulan tidak makan sambal, maka kerajinan datang pula… puashati menikmatinya sorang diri…bahagia amat hehe… tengok jak la gambar di bawah. Kali ni… saya masak – jantung pisang, buah betik, timun, kcg panjang dan beehoon… yummyyyy😍😍💗

IMG_1541

Terbaik dari dapur ku…hehehe💖💖

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s