VENICE, Italy memories…

IMG_3215

Bermanja dengan sang merpati yang super gumuk😅

IMG_3223

Wajib berselfi dengan gondola…. in love💖

IMG_3339

Ok…. rahsia di sebalik Mask. Oleh kerana Venice antara pengeluar Mask di Eropah…maka tidak mau ketinggalan mau buy 1 of dem. Memang niat dah… tapi sebenarnya nda la sampai pakai time jalan2 d city of venice. Namun keadaan memaksa ekoran daripada keadaan kulit muka yang SuperDuper Dry.. n maka dengan itu dengan keadaan makeup yang sangat teruk dengan pondeson yang OMG grup kami jak tau. Jadi untuk mengelakkan jelingan “manja” orang sekeliling maka harus memakai perlindungan ini. Tapi banyak juga orang memandang😂. Dalam hati…. biarlah asal muka ku sedikit terlindung dan kompiden level tu melonjak naik sedikit hahahaha…. wajah di sebalik Mask❤️😝

IMG_3451

View from One of the famous Bridge among tourist… awwww

IMG_3580

Enjoying my Gondola Ride with 4S grup. Tapi dengan hasil tangkapan selfi😂😂

IMG_3671

Sekali lagi….aku dan burung2an😅❤️

IMG_3544IMG_2965IMG_3618

IMG_3527

Beautiful Church, klasik europe

IMG_3480

MyGelato and Gondola….missed tis moment very much!

IMG_3421

Gelato nyam2❤️

IMG_3399

Gondola everywhere… even di celah2 bangunan. Amazing…

IMG_3253

Piazza San Marco with the Clock Tower💗

IMG_3188

My Night photo….omg cant explained how the feeling time tu. Terlajak romantik walaupun tanpa husband d sisi. Huhu… workholic katakan..

IMG_3189

Gondola station nite view….😍😍😍

IMG_3194

The view time… di celah2 bangunan yang cahaya samar..❤️❤️❤️

IMG_2959

Inside Water Taxi….nampak tak mcmana mewahnya dalam taxi ni…haduiii harganya pun jatuh jantung!

IMG_2980

View from Water Taxi

IMG_2992

Small Bridge…beautiful!

IMG_2830

Ohhh ya… snack dalam kapal, pretzel… sa makan sambil minum dengan my fvt Mango and Apple Juice❤️

IMG_2828

Small pack of Pretzel snack…huhu

IMG_2798

Dubai International Airport waiting for departure

IMG_2865

Novotel Hotel CDG Airport, Paris

IMG_2875

Breakfast with my tuwin @ Novotel Hotel

IMG_2876

Hehe…. mata panda sebab X dapat tidur semalaman. Dilanda Jatlag 😅

Alohaaaa….. kembali lagi di laman ini mencoret tentang kisah yang telah berlaku dan berlalu… heheeee. Ingin mengabadikan perjalanan percutian Ke Eropah, Switzerland dan United Kingdom. Happy sangat saya berjaya membawa grup sendiri untuk bercuti. Syukur…..dengan minat yang sangat mendalam  dengan perkataan MELANCONG segala persediaan dan perjalanan itinerary saya boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Cabaran semasa di tempat orang tu memang tidak lepas, lumrah percutian style backpacker. Tapi segala masalah akan selesai kalau kita berfikir tenang dan berbincang dengan ahli grup cara untuk mengatasinya.

Dengan minat melancong luarbiasa yang saya ada ni… maka saya tubuhkan trip melancong saya “SusahSenangSamaSama” or “4S” hehe…. dengan slogan yang mudah difahami maka pemahaman dan kerjasama semua ahli adalah sangat2 diutamakan. Kalau tengah jalan buat hal…. berkeras dengan mood sendiri “sila patah balik ke hotel sendiri atau jalan sendiri. Dengan segala akibat atas perilaku anda itu haruslah ditanggung oleh anda sendiri” Hahahaha…..tegas tak grup leader?

Ok….tak mau celoteh panjang… Direct to the point la. Yeahhhh! Pada 16/09/2017 maka saya dan ahli grup 4S berangkat dari KLIA ke PARIS dengan penerbangan antarabangsa EMIRATES. Wow! Walaupun setakat economic class tapi keselesaan tiptop. Dengan transit d Dubai kejap bolehlah cuci mata jap d balai berlepas DUBAI airport.  KL-Dubai makan masa penerbangan 7 jam dengan menaiki kapal jenis Boeing dan DUBAI-PARIS lagi 7 jam dengan menaiki penerbangan AIRBUS. 14jam di udara dengan aktiviti makan dan tidur2 ayam. Lenguh segala badan tidak payah cakap… buntut punya rasa memang macam pancake jadi nasi himpit😆.

Selepas 7 jam di ruang udara….maka sampailah ke CDG Paris Airport dalam pukul 8.40pm local time. Memang rasa neves tidak tau arah mana mo p NOVOTEL HOTEL. Tapi dengan kunci utama backpacker adalah  “bertanya dan bertanya” sampai dapat jawaban dan sampai destinasi dituju. Maka semuanya settled. Kami sampai di Terminal 3 C dan NOVOTEL berada di Terminal 2 maka kami kena ambik Shuttle Train (free ya encik2 dan puan2). Senang jak ke hotel ni, just follow the Shuttle Train sign and you will be ok. Train station ada di bawah. Kalau tidak silap Terminal 2 adalah selepas 2/3 station kita lalui. Dan keluar jak dari Train Station (main entrance station) NOVOTEL HOTEL berada di sebelah Kanan dan jalan kaki beberapa minit jak. Cuaca sangat sejuk time tu….huh! Bergegar jua seluruh tubuh.

Kenapa menginap di Hotel Airport ni? Sebab keesokan kami akan terus terbang ke Venice, Italy. Jimat masa dan mengelakkan kelamkabut mau cari jalan ke airport. 1 nite stay d airport area CDG memang tindakan paling tepat saya ambik kali ni. Sebab 17/10/2012 flight kami terbang 1.20pm. Harga satu malam untuk 2 bilik (Suite Room + Double Room) lebih kurang RM980. Memang berbaloi dengan hotel 4*.

Keesokan hari 17/09…. awal pagi ambik buffet breakfast E19/ person. Dengan Continental Bfast…. ngalir airmata dengan harga. Tapi sekadar ambik pengalaman first & last di hotel ni tidak salah hehehe. Kitaorang checked out around 10am. Awal kan…. maklumlah memasing excited nak ke Venice. Penerbangan agak delayed dalam 2.20pm baru terbang. Tapi tiapa sebab masa penerbangan hanya lebih kurang 2 jam, dengan EASYJET iaitu penerbangan tambang murah dari Great Britian kalau tidak silap.

Sesampai saja di Marco Polo Airport… maka sampai la part pencarian cara untuk ke CITY of WATER. Kami mengambil keputusn ambik water taxi ke City Of Water VENICE. RM660 (€130). Private taxi…. cara paling bagus ke city. Tapi agak mahal kalau sorang. Kongsi2 ok sikit. Cara lain yang lagi murah ialah ambik Water Bus tapi perjalanan ambik masa dalam 1.30jam kerana berhenti2. Jadi oleh kerana kami mau jimat masa and 1st time di sini maka Water Taxi aka Limosin la jawabnya. Dan perjalanan hanya ambik masa kurang 40m. Dengan pengalaman yang sangat berharga dalam water taxi, mewah dengan leather seat… suka hati ambik berdozen gambar selfi dan boleh berdiri belakang doc boat… wow amazing sangat pengalaman. Kami diturunkan di station terdekat ROYAL SAN MARCO HOTEL iaitu San Marco. Keluar jak dari boat… kami dihidangkan dengan pemandangan yang sangat INDAH dengan perjalanan water yang sangat luarbiasa….OMG tidak menyesal ikut Water Taxi walaupun mahal. Dan paling best kami hanya berbekalkan backpack… berjalan sangat mudah. Segala bagasi kami tinggalkan di Marco Polo Airport dengan sewa €7/1st 24hrs and every 1hr lepas tu kira €0.30. Berbaloi kannn….daripada ada kejadian “terpelaeot” kaki masa melonjak naik ke tebing station… sebab gap dari boat dan tebing station tu agak boleh tahan jua untuk memerlukan anda melonjak. Silap lonjakan ke dalam air lah jawabnya menyelam sambil minum air hahaha…. jadi fikir dengan bijak ok…

Keluar jak dari station Mata dan Minda seakan tidak percaya apa di depan… INDAH dan ROMANTIK. Maka lupa la tujuan utama adalah checkin dulu di Hotel. Nampaknya aktiviti berphoto dan berselfi menguasai keadaan😅. Lepas seketika….bahu sudah terasa nak tercabut dari badan dek kerana impak beban backpack yang sudah lama berada di bahu… maka berjalan la kami terus ke arah Hotel. Dengan bantuan MR GOOGLE maka kami berjaya menjejaki tempat berehat kami selama 3D2N. ROYAL SUN MARCO HOTEL dengan Family Suite yang saya tempah dengan Hotel.Com, receptionist counter yang sangat peramah, boleh buat lelah saya berkurang… tidak sabar sampai bilik. Otw ke bilik ditemani receptionist perempuan… dengan selekoh sana sini, turun naik tangga… perjalanan yang agak serabut, tidak sesuai untuk orang tua. Sebab memerlukan tenaga lebih untuk naik tangga. Maka sampailah kami di bilik kami…. jeng2 punya terkejut dengan Hiasan, katil, rekabentuk, kitchen, bathroom serba serbinya MEWAH…. kalah Sutera Harbour. Klasik dengan rekabentuk dan hiasan klasik, Venezian sangat2…. seperti tempat penginapan raja2 Eropah dulu2. Dan….apa yang saya tidak pernah terikir rekabentuk family suite di hotel ni seperti sebuah rumah yang punya 2 bilik dan besar dengan katil King Size 1, Queen Sz 1 dan Single Sz 2, dengan kos 5k ++ (berdarah hidung) dan semuanya TERBAIKK!

Jari jemari rasa letih… overall…  Building,Gondola, Water Taxi, Pigeon, Sunset, Gelato, Street, Bridge….everything here punya nilai komersial yang sangat tinggi. Tidak heranlah kos melancong disini sangat mahal.

Apapun…. seperti gambar yang saya upload di atas… memang puashati dengan masa percutian di Venice. Walaupun Singkat… tapi dengan usaha sendiri menapak ditempat itu bukan perkara yang mudah. Banyak masa dan RM dikorbankan…. orang kata pengalaman dalam melalui kehidupan itu walau pahit atau manis adalah tunggak utama untuk kita meneruskan kehidupan seterusnya. Kerana ia menjadi panduan atau ikhtibar bagi setiap dari kita. Bukan tunjuan menunjuk….jauh sekali, cuma mengabadikan segalanya untuk rujukan di hari tua…. andai ingatan pada laman ini masih kukuh bertaut di ruang minda. Hopefully….❤️❤️🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s