Part 1: Italy to Switzerland – Top of Europe 19-21/09/2017

Helloooo…. satu jangka masa yang panjang jemari ku menghilang dari laman ini. Huhaiiii…. terperuk sekian lama. Apakan daya bizi dengan hal2 kehidupan. Bila teringin nak menulis terus kecoh tangan mencari maklumat blog untuk login. Habisssss…..semua sudah hilang dari radar ingatan. Hmmm….sana sini menyelongkar note book, handphone mana tau terselit, tertulis, tersimpan email n password. Sedihnyaaaaaa kalau tidak dijumpai.. banyak coretan kenangan dalam blog “coretancperantau” tu. Dan bila sampai minda dan hati macam mau berputus asa mencari. Tiba2 dalam selakan jari jemari di HP lama… jengjengjeng….nampak la pula maklumat blog untuk login. Yeayyyyyy…. selamat dunia ku. Walaupun seringkali diabaikan…laman ni tetap terpahat jauh nun d lubuk hati. Ceh! Ok sudah2 la melaram kata…

Hari ni 8/4/18… tak nak celoteh panjang jom la kita direct to the point. Hari ni pagi2 dengan kesihatan tidak berapa baik maka terdetik nak sambung N3 Yurup Trip tahun lepas. Dah lebih kurang 6 bulan berlalu. Memori pun kenalah perah untuk mengingat apa2 kejadian. Huh harap2 masih boleh asah otak ni. Haha

Ok….. Sekarang Mau sambung cerita trip…

Switzerland-Lauterbrunen-Jungfraujoch

Selepas trip Venice…. selama 3H2M, kami meneruskan perjalanan ke Switzerland dengan menggunakan penerbangan JetAir ke EuroAirport Basel Mulhouse Freiburg. Kami checkout dari Hotel San Marco seawal 8am, pagi itu kami dihidangkan dengan cuaca hujan renyai2, masih gelap. Sepertinya Venice berat hati melepaskan kami pergi. Haha….emo! Selepas check out terus bergegas ke station Water Taxi untuk cuba nasib ada tak perkhidmatan Taxi seawal pagi tu. Jalan yang dipenuhi dengan burung merpati kini lengang…seakan burung2 pun tidak sanggup melihat kami pergi (lagi….emo😅). Yang sebenarnya burung2 sedang berteduh nunnnn di suatu tempat yang selamat dari hujan dan kesejukan. Sampai saja di pier…terus ada water taxi sedang menunggu pelanggan. Tanya harga ke Marco Polo Airport €120 agak murah berbanding 1st Trip dari Airport-Venice City. Penerbangan ke Swiss adalah pada 1.45am dengan jangka masa lebih kurang 2 jam. Sampai saja d Marco Polo Airport terus bergegas ke tempat penyimpanan bagasi di tingkat atas. Hmmm…..3D2N sorang kena charge dalam €17. Ok la…. banyak masa lagi kena habiskan di airport ni. Duduk bersila sambil memerhati gelagat manusia sekeliling la jawabnya. Kemudahan tempat duduk di sini agak terhad jadi agak sukar untuk golongan veteran. Yang masih kuat fungsi badan ni senang la duduk bersila sambil bersandar dengan tiang dengan selamba. Hehe… janji boleh rehat walaupun macam peminta sedekah. Masa berlalu…..tiba la masa untuk masuk ke balai berlepas….keadaan agak kelam kabut dengan keadaan sesak. Di sini…. jangan cuba2 nak bawa beg lebih saiz untuk ke cabin ya… staff akan memasang mata tajam mereka memerhati setiap beg yang dibawa oleh penumpang. Kalau tertangkap nahhh….matilah kena suruh checkin beg… kalau KG yang sedia ada masih ada ruang ok la. Kalau tiada…pasrahlah untuk membayar setiap KG keberatan yang ada. Sebenarnya….untuk setiap penumpang hanya dibenarkan untuk checkin 1 luggage. Tidak kira lah berapa besar sekalipun saiznya asal tidak melebihi KG yang anda beli. Jadi sekian la…harap maklum haha.

Hujan masih tidak berhenti….rupanya hari tersebut memang hari yang suram. Cuaca sangat sejuk. JetAir ni macam juga AA di Malaysia, Penerbangan tambang murah. Nasib baik ada kalau tiada…menangis nak bayar € untuk bergerak ke tiap negara. Setelah lebih kurang 2 jam di langit suram… mendaratlah kami di bumi swiss, dan Basel Airport ni merupakan Airport yang bersempadan dengan German… jadi di sini mereka/kita masih boleh menggunakan matawang €. Sampai saja kami di bahagian Luggage claim….keadaan lengang. Ingatkan kami yang pertama sampai. Rupanya kami yang terakhir sampai. Begitu cepatnya proses di airport ni. Sampai 1 kejadian bila tunggu punya tunggu saya tidak nampak pun kalibat baggasi saya. Hati sudah cuak… “bagasi hilang!” Hati sudah tidak ketentuan…belari sana sini mencari staff sebagai rujukan tapi tidak kelihatan. Last2 nunnnnn jauh di satu sudut macam nampak kalibat bagasi berdiri sorang2😂. Aku pun berlari ke arahnya…. dannnn yeayyyyyyyyy it’s mine. Syukur…🙏🏻🙏🏻🙏🏻. Kita keluar dari pintu ketibaan dan bastop untuk menunggu bas ada di depan sebelah kanan. Kitaorang tunggu bas bernombor 50 untuk ke SBB Basel Train Station…..walau penat tapi mata tidak mau tertutup. Asyik terlopong menikmati keindahan alam.. daun2 pokok kuning kemerahan. Wahhhh! Rupanya area ni sudah mula autumn season. Patutlah sejuk mendakap badan d luar tadi. Lebih kurang 25 minit sampai la kami d train station. Sekali lagi agak tergamam sebab melihat station yang begitu besar. Huh…..aku masuk dan membiarkan geng yang lain tunggu di pintu masuk. Sementara aku mendapatkan maklumat untuk train ke Lauterbrunnen. Melancong style backpacker ni kena rajin bertanya. Dilayan atau tidak itu belakang kira… cuba n cuba lagi. Sebab akan ada saja local @ tourist lain yang akan begitu murah hati dan sedaya upaya menolong kita. Malu bertanya sesat jalan. Kannnn….Rupanya train track untuk kami ke Lauterbrunnen kena naik tingkat atas dan dan akan turun ke bawah lagi untuk ke track. Sementara menunggu train kami sempat juga kami bersoping di kedai baju sejuk. Uku, yong n asmi dapat habuan juga sehelai sorang baju sejuk. Akuuuu….hmmm bekalan cukup😅..jimat CHF.

setelah lama menunggu dalam kebosanan train pun sampai. Bila sampai kami agak kelam kabut sikit sebab mula2 tersalah pintu masuk di bahagian 1st class. Haha….perasan! Nasib baik ada cukup masa untuk berlarian menuju ke nunnnn di hujung sana untuk 2nd class. Macam2 benda kena hadap bila jalan sendiri ni..😅. Kemudahan ruang untuk meletakkan bagasi agak memuaskan juga. Jadi andai korang ada luggage bersaiz besar tidak payah risau. Tp masalah nya masa nak bawa turun dan naik tu. Kena keluarkan kuasa “hulk” kalau tidak mesti jatuh tergolek ke bawah. Kalau ada lelaki muda perkasa yang sekali dalam trip boleh la minta tolong. Kalau tidak kena keluarkan tenaga lebih😝.  Walaupun kami duduk di bahagian 2nd class tapi dalamnya memang memuaskan. Window pun luas, sangatlah memuaskan untuk melihat keindahan alam di luar. Sepanjang jalan memang mata susah nak berkelip… indahnyalah sangat2. Semakin dekat dengan Lauterbrunen semakin indah…melalui tasik2 yang airnya seperti warna Jed berkilauan. Gunung2 yang semakin kelihatan….OMG susah nak ungkapkan dengan kata2. Perjalanan sudah berlalu lebih kurang 3 jam, kami pun sampai di station …………….? Di sini kami kena tunggu satu lagi train bertentangan untuk ke Lauterbrunnen. Keluar saja dari train…haduiiiki! Muka macam kena sapa dengan tamparan kuat. Sangat sejuk…rasa muka kebas dan pedih dengan tiupan angin kuat dan ditambah renyai hujan. Kesejukan tu makin menguji Ketahanan badan.

Dannn….tanpa kami sedar kami salah turun station. Laaaa….nangis! Sudah la susahnya kepayahan angkat lugagge. Sekarang kena patah balik la pula. Huh apalag nasib. Tapi apakan daya…benda sudah jadi. Palan2 la menapak ke pangkal jalan😂. Nasib baik sampai saja di tempat kami sepatutnya ambik train ke Lauterbrunnen kami tidak ambik masa yang lama untuk menunggu train sudah sampai. Maka selamatlah badan kami dari menanggung sejuk yang melampau. Dalam train ke Lauterbrunnen hati tidak sabar lah pulak untuk sampai…untuk kesana perjalanan train mendaki. Hari semakin gelap….hujan pulak. Tidak lama kami sampai di station yang di tuju. Keluar jak memang sejuk gilakkkk. Cepat2 keluar belarian ke arah penginapan yang sudah kami booked dari booking.com iaitu Valley Hostel. Redah hujan dan sejuk melampau memang ngam betul, silap2 boleh demam. Mendaki sedikit dari Station Train tadi maka sampailah kami ke Hostel. Ia berada di sebelah kiri. Dan ia memang berada di Lauterbrunnen Town. Pekannya kecil jak. Bentuk kedai, hotel dan rumah di sini very the Swiss punya reka bentuk. Sebiji mcm dalam gambar Mr.G. Kami masuk dalam hostel, berurusan dengan empunya Hostel (Lelaki). Seorang yang peramah. Sebelum membawa kami ke bilik masing2 dia menerangkan beberapa peraturan hostel. Tidak boleh pakai selipar dalam hostel, kena guna selipar yang disediakan oleh pihak hostel. Cadar dan blanket kena guna (mesti). Kalau mereka dapati masa kita checkout kita tidak menggunakan cadar dan blanket yang mereka berikan, mereka akan charge kita (x tau berapa). Ohh ya…cadar tilam kita kena pasang sendiri ya… ini macam rumah sendiri. Ok la baik….kita guna dan ikut apa yang diarahkan. Saya dan Uku di tingkat 1 manakala Yong n family di bawah. Bestnyaaa….x payah turun naik..dekat pula dengan dapur. Heaven…😂. Lepas merehatkan diri sebentar…..saya memutuskan untuk keluar meninjau ninjau keadaan sekeliling. Walaupun keadaan luar agak suram tapi saya tidak peduli. Ada juga orang lalu lalang, tengah berjoging. Aku sebenarnya rancang untuk terus ke Mini Supermarket (CooP). Tapi makin jauh makin gelap makin blur2 pulak saya rasa. Fikiran tidak berapa berfungsi, nampak air terjun nu tinggi di atas, nampak lembu2 dengan bunyi lonceng lehernya, nampak puncak gunung diselimuti salji dengan hujan renyai2 aku meneruskan langkah ikut hati. Lama kelamaan rasa macam tiada apa yang boleh dilihat selain lampu2 ditepi jalan, bas dan kereta, rumah2… maka aku ajak diri untuk melangkah kembali ke tempat aku bermula tadi. Lama aku berjalan patah balik berulang kali terasa agak ganjil. Aku memang tidak nampak Hostel yang kami huni. Aku hanya nampak sebuah bangunan tinggi kuning di tepi jalan. Ketakutan menyelubungi diri. Aku cuba abaikan hotel dan teruskan langkah ke mini market untuk membeli kudap2an buat bekalan hari malam ini dan esok ke Puncak Gunung. Namun hampa ia sudah tutup…hmmm apalah nasib. Aku patah balik dengan tujuan mencari hostel tapi sekali lagi menemui kegagalan. Akhirnya….aku berhenti di tepi jalan dan cuba bertenang dan berfikir dengan waras apa yang harus aku lakukan. Akhirnya…. aku terfikir handphone dan cuba menghantar wasap kepada kakak ku. Minta tolong mereka ambik aku. Yang aku tau aku berada di pinggir jalan. Aku berdiri kaku dek kesejukan yang melampau dengan renyai hujan yang makin berkejaran menimpa alam. Hmmm….. beberapa ketika Kakak aku cuba untuk bertanya kedudukan aku yang sebenar dan cuba mengesan keberadaan aku yang sebenar bersama suami. Tidak lama kemudian….aku nampak nunn sayup2 bayang jauh di atas sana.  Yeayyyyyyy! Aku berjaya menjumpai mereka, gembiranya sampai aku berlari sambil melonjak-lonjak ibarat monyet diberi pisang. Bila aku beritahu dengan mereka keadaan aku…. mereka menunjukkan Hostel hanya berada ditepi jalan dengan terangnya suluhan cahaya lampu diluar memang sangat jelas. Tapi kenapa keadaan aku sepertinya mata dikaburi atau dihalang dari melihat Hostel tersebut? Atau aku memang tidak nampak….tapi sebelum itu memang aku amati setiap bangunan di tepi jalan. Dan tidak menemui Valley Hostel. Tapi syukurlah mereka berjaya menemui ku. Mungkin itu satu pengajaran bagi ku….setiap tempat itu ada saja kuasa luarbiasa yang menghuninya. Apalagi kawasan lembah Lauterbrunnen tempat kami menginap buat pertama kalinya. Masuk Hostel aku berkemas dan bersiap untuk mandi. Kakak dan family sudah sibuk memasak di ruangan dapur. Hmmm malam pertama aku hanya memasak maggi untuk dinner dan berehat awal untuk aktiviti keesokan harinya.

6EF9F356-1626-4248-90C1-BC27130DBF8A

Menunggu penerbangan Ke Basel Swiss @ Marco Polo Airport (Italy)

324B48DF-08D7-44D1-8991-1EE5E615E0EC

Selamat sampai Basel Airport Swiss

A21980B8-E609-4134-BE69-94DFA1D91D6F

Basel Train Track to Lauterbrunnen

43114A9C-9F99-4529-A431-26C035D84F65

Kebosanan melanda…

C1746ECF-94AE-480F-BCA7-A7ED7E73E0A1

Yeayy…..time to board

CB042BBC-2D8B-477A-9082-E1B2780EF9AB

Keadaan dalam 2nd class train

85B822D9-222A-4038-9606-41CFFA461B9E

Anjing pun ada adab dalam train.. duduk diam sementara tuannya keluar ke toilet

677940A6-3744-4C3F-8EE3-E2663F2F6223

Sampai di station sebelum Lauterbrunnen, interchange.

09E884ED-7C73-41CD-8E27-271741F71620

Sampai… nampak mini market CooP hehe

7B4E0DC1-172F-4048-897C-1D73BF0D3CAB

Keadaan rumah di Lauterbrunnen Valley… unik dengan kabus tebal

35094D9A-0563-467F-9A36-3FAC13F395AE

Tempat penginapan di Swiss – Lauterbrunnen Valley Hostel💖

 

 

sampai disini untuk part ini… jumpa lagi untuk part Jungfraujoch nanti. C yaaaa…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s