Trip to London, United Kingdom 21-23/09/2017

Macam ikut Marathon pula saya buat N3 dalam blog ni. Nampak gayanya boleh dikatakan saya aktif mencoret semula. Bukannya apa….rugi rasanya tidak mengabadikan pengalaman detik perjalanan untuk semua travel yang saya pigi.

Ada masa bolehlah saya rewine semula apa yang berlaku di setiap tempat yang saya lawati bersama the genkkk. Ingatan manusia ni tidak menentu… semakin umur lanjut semakin tumpul daya ingatan. Nasib juga ID n Password laman ni saya sudah siap2 simpan di suatu “sudut” kalau tidak terbengkalai la laman ni sampai ke akhir hayat saya haha…

Ok…saya teruskan dengan gerakan backpacker ke United Kingdom daripada Switzerland melalui Basel Airport. Kami checkout seawal 8am waktu tempatan. Walaupun tuan hostel tiada di kaunter tapi proses checkout senang jak. Kemas bilik, buka cadar n selimut n bawa turun, masuk bakul loundry yang disediakan di luar kaunter. Style hostel ni lebih kepada macam rumah sendiri. Pasang, kemas dan buka cadar tilam sendiri. Tapi ia sebenarnya cara mereka untuk menjimatkan kos untuk mengupah lebih pekerja dan juga menggalakan tourist lebih berdikari kali (bagi yang memang mengandal dengan ibubapa or maid) hehe…. ada kebaikan dan keburukannya jua.

Apapun perjalanan train ke SBB Basel station  lancar. Dan bas daripada Train Station ke Basel Airport pun senang dapat. Hanya keluar dari pintu besar station dan jalan ke arah kanan ada bus stand untuk bus #55. Bas ni akan terus berhenti di hadapan airport. Sangat mudah….

Masuk jak dalam airport terus susun barang sekali lagi. Makesure dalam cabin beg tidak terdapat sebarang liquid. Kalau tidak mesti akan dirampas oleh pihak airport masa melalui Kastam nanti. Selepas tu sempat breakfast pasta carbonara. Portion agak besar tapi saya dan Uku jak makan sebab kehalalan tidak terjamin. Nasib baik ada bekal nasi dan lauk makanan tin yg tertinggal dari Hostel tadi. The genkk tang lain menjamu selera sambil berdiri (koktel style) di stand table di suatu sudut ruang lapang dalam airport tersebut. Selesai semuanya kami masuk ke balai berlepas, sempat lagi singgah kedai svnier, sempat grab 1 red tshirt swiss tapi agak kecil. Tapi tidak kisah lah asal boleh pakai masa kurus2 ni hehe. Selamba hulur wang CHF tapi punah. Basel airport ni hanya menggunakan €. Terlupa pula dia adalah sempadan German-Swiss dan mereka menjalankan operasi perniagaan di situ menggunakan matawang Euro. Hmmmm….terkurang lagi la Euro haha. Pa boleh buat hulur jak la… lebih kurang €23. Mahal weiiiii!…… Pejam mata😅

Sampai di balai berlepas…masa masuk ke dalam kapal. Ada pula kaunter tapisan, polis pun ada sekali. Heran pulak kita, macam ada hal jak. Bila tengok betul2 hati jadi tidak keruan. Rupanya mereka memastikan setiap penumpang hanya membawa 1 luggage/backpack. Jadi….. kejadiannya sesiapa yang punya lebih 1 beg harus memasukkan beg lagi satu tu kedalam beg yang lebih besar. Kalau tiada muatan maknanya baibai gaman. Hak milik airport la. Haduiii….memang kami macam blackout sekejap.. sebab mana tidak nya setiap orang dari kmi ada 1 luggage/backpack, 1 handbeg dan 1 totbeg. Kami berkumpul dan menyusun strategi. Sampai jak di kaunter tapisan, staff menyuruh kami pergi ke tepi dan mengarahkan setiap dari kami repack semula barang menjadi 1 beg sorang. Jadi dengan sedihnya kami ketepi macam pesta bundle membentang barang. Semua orang kena… repack punya repack, nasib baik backpack husban c Damia ni ada lebih ruang kosong. Maka handbeg ku boleh masuk ke backpacknya. Semua barang totbeg pula masuk dalam backpack. Wow! Sampai mengalir deras peluh di semua celah…😂😂. Keadaan di ruang yang kecil menjadi sempit macam sardin dek penumpang yang repack barang. Banyak antara mereka yang terpaksa ber Sayonara dengan barang2 yang tidak dapat dimasukkan dalam beg. Hmmm….simpati tapi apakan daya. Selama saya menjadi penumpang EasyJet ni… ini kali pertama berhadapan dengan kes macam ni. Aduhai la nasib… mungkin sebab mereka hendak memastikan keselamatan dalam kapal terbang. Tidak mahu penumpang memegang walau satu tas tangan pun semasa duduk. Kemungkinan disebabkan oleh peristiwa pengeboman yang berlaku tahun lepas di salah satu station metro underground di London City area Oxford street. Membuatkan kemasukan setiap pengunjung ke London diperketatkan.

Ada juga kebaikannya untuk memberikan space yang cukup untuk letak barang dalam cabin. Tapi yang hairannya….. bila kami sampai dalam kapal dan semua penumpang sudah duduk ditempat masing2. Timbul pula masalah tidak cukup tempat simpan luggage/beg. Huh!!!! Hampir tidak percaya….REALLY?!!! Kan sudah kasih mampat 1 penumpang 1 beg?! Apa pula tiba2 timbul kes lebihan luggage?! Penerbangan di tempat lain yang membawa lebih dari 1 beg (i mean 1 luggage,1 handbag,1 totbeg) pun tidak pernah timbul hal tidak cukup tempat penyimpanan beg dalam cabin. Hairan yang teramat sangat…. terpaksalah juga crew2 kapal meletakkan luggage di depan, tempat mereka menyimpan makanan n minuman. Ok itulah cerita paling win untuk flight ke London…. ngalir air peluh dalam cuaca sejuk k. Jan main2 kalau terbang dari Basel Airport.

Ohhh yaaa…ada satu lagi kejadian semasa drop luggage. Sudahlah Q panjang mengalahkan ular. Proses nya pun macam siput berjalan… huhai! Tiba di kaunter boleh pula staff kaunter tu tanya pasal visa/penduduk semantara/permit masuk UK?! Huh….saya bgtau kita hanya ada pasaport. Jadi dia tidak puashati…dia nak pastikan kitaorang bolah masuk UK. Jadi dibawanya passport kitaorang nun jauh di satu sudut. Sambil bertanya kepada rakan sekerjanya. Nampak mereka berbincang dengan serius sambil melihat kepada handphone. Mungkin mereka cuba merujuk kepada MR.G tentang status kemasukan pelancong Malaysia ke UK. Lebih kurang 10m menunggu…akhirnya mereka bagi green light. Fuh! Berkecamuk sekejap rasa di jiwa. Nasib lah tiada apa2 halangan. Haduiii…. staff tu sebenarnya hanya memastikan supaya kami tiada masalah di UK nanti. Tq ms staff….lupa namanya. Haaa….banyak cobaaan kami di Airpot Basel ni. Apapun semua pengalaman memberi pengajaran yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Ia mengajar kami bagaimana kita deal dengan setiap keadaan atau permasalahan. Satu yang pasti… walau apapun keadaan, jiwa kena HARUS TANANG😅

Penerbangan lebih kurang 2 jam. Sampailah kami di Luton Airport, London. Seperti biasa kalau cakap pasal claim bagasi di Europe Country ni memang cepat sangat. Sampai jak di belt luggage claim, bagasi kitaorang sedang menunggu tuannya hehe… terbaikkkkk! Urusan imigresen pun tidak lama. Keluar dari balai berlepas bincang2 terus mau naik apa ke London City… akhirnya kami memutuskan mengambil bas dari Airport ke Victoria Station. Dengan harga ticket £16 sorang. Menurut staff tempat beli ticket tu…kami kena keluar dari airport ni untuk ke bus stand. Maka ke sana lah kami. Sampai jak pintu besar kami disajikan dengan hujan renyai2 tapi boleh membasahkan badan dan bagasi. Bus stand tidak nampak macam bus stand sebab tiada pondok pun. Banyaknya manusia. Herannya….selamba jak manusia ni meredah hujan tanpa payung sepertinya tiada apa yang berlaku (hujan).  Kami ber5 macam kambing takut hujan mencari perlindungan. Payung pula dalam beg. Mau bongkar mau letak beg d mana? Sana sini basah. Makin lama makin lebat hujan. Makin banyak manusia berbaris menunggu bas datang di tempat yang disediakan. Semua pun pasrah ditimpa hujan yang semakin lebat. Dan kami pun ikut sama, sudahlah keadaan sejuk, berangin pulak tu…jadi ngam la sangat dengan badan kami yang makin menggigil😅. Apalah nasib…tapi kami semua enjoy pulak dengan keadaan. Semua ketawa…nasib ada dua payung yang boleh digunakan. Bolehlah kepala tumpang berteduh. Beg dan badan memang basah kuyup. Sejuknyaaaaa….. lebih kurang 30m bas datang. Kami naik bas dengan basah kuyup, nasib driver bas jenis sporting. Dalam bas dengan aircond pulak nahhh….paling manang. Perjalanan bas ke Victoria Station memakan masa lebih kurang 1h30m. Saya sempat terlelap dalam bas. Sampai di Victoria station kami berjalan mencari Underground Metro dari Victoria Metro Station menuju ke King’s Cross Metro station. Sebab hotel kami berada di area ni, genk2 semua rasa macam terpaku seketika melihat manusia di bawah tanah ni seperti semut. Mana tidaknya masa tu masa paling banyak manusia sebab masing2 balik dari kerja. Jalan semuanya laju, kalau kita lenggang kangkung mesti dengar orang sound “execuse me!” Or “ish!” Menandakan mereka tidak suka langkah mereka lambat disebabkan orang2 yang langkah slow. Jadi pastikan kalau jalan lambat kena tepi2 haha. Ohh ya…d London kalau ikut eskalator kena berdiri di sebelah kanan kalau tidak memotong ya. Laluan berjalan naik or turun mereka di sebelah kiri. Bukan macam di Malaysia kita kena berdiri di sebelah kiri untuk bagi laluan pada orang lain di sebelah kanan. Sampai di King’s Cross station kami relax kejap. Buka google map untuk pejalan kaki. Dari depan train station yang banyak2 bastop kami menyeberang ke depan melalui traffic light sebelah kiri. Di seberang kena ikut kanan…jalan tepi melalui restaurant chinese dan beberapa blok kedai. Belok kiri masuk sikit sampailah hotel yang kami tempah melalui Booking.com iaitu King’s Cross Hotel. Proses checkin sekejap jak dengan staff kaunter yang peramah. Saya n Uku di bilik bawah dan 3 orang genk lagi beradai di bilik atas. Untuk pengetahuan… bilik hotel di UK ni memang rata2 agak kecil saiznya. Untuk bilik double sz yang kami tempah hanya ngam2 katil, sebuah meja dan kamar mandi. Harga untuk 1 double n 1 triple rooms adalah lebih kurang £590 jadi ribu riban jua ahhh. Nangis hidung… tapi lokasi sangat dekat dengan train station. Tu la pasal sangat mahal. Kami punya main untuk penginapan d London ni memang sudah aim betul2 dekat train station untuk kami ke Paris nanti iaitu Pancras Station, bersebelahn dengan King’s Cross station. Nak ke mana2 pun senang sbb train station di seberang jalan jak.

Malam tu kami dinner di satu restaurant indian halal. Order ala carte nasi dengan lauk. Boleh tahan rasanya, nasi dia pun guna beras berkualiti dan mahal. Nyummmm rindunya makan makanan asia. Sodapppp nyaaa sebab lapar dan sejuk. Semua habis licin…. sorang bayar lebih kurang RM70. Tu baru sekali duduk ya…kalau sehari punya untuk bajet bfast, lunch n dinner kenalah sediakan paling kurang RM150 untuk makan saja. Tu pun Bfast-Bread+air 0 dr hotel, Lunch-Pasta, Dinner-Nasi+lauk 1.

Selesai dinner kami masing2 balik n plan nak ke Oxford street tapi masalah Oyster card untuk tambang bas/train pula tertinggal dalam bilik. Jadi patah balik jak la…rehatkan diri untuk aktiviti keesokan harinya.

Zzzzzzz…..

to be continueeee😍

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s