London,UK. Sept’17

 

Helooo…. bertemu kembali di ruangan ini. Kena sambung trip ke UK…. pagi2 22/9 kitaorang seawal 9am keluar dari Hotel, memandangkan kami hanya ada sehari untuk jelajah London City. Kerana keesokannya akan meneruskan jejak ke Kota Cinta Paris (hmmm…kota cinta? Kotttt….). Breakfast pagi ni saya dan cousin beli roti 2 biji sorang dengan harga setiap satu £1.5-£2.5 ( ><RM9-16), hmmm…pepagi mcm ni hanya roti jak la yang boleh masuk tekak. Makan roti dengan air suam siap2 isi botol dari hotel. Hahaha….siannyalah. Genk yang 3 orang best sebab diaorang ada multicooker, jadi dapatlah mereka alas perut dengan maggi. Tapi yang penting perut tidak kosong.

Kita lepak sekejap depan King’s Cross Station untuk ambik mood jelajah hari tersebut. Sambil2 tu memerhati gelagat orang2 London turun ke tempat kerja. Secawan kopi di tangan sambil berjalan pantas, sambil meneguk sekali sekala… dengan penampilan agak segak dengan rata2 kot hitam bagi lelaki dan Skirt dan Jacket bagi wanita, penampilan yang menurut pandangan mata ku, agak anggun dan mempersona (ingatan ku ligat menerawang di masa itu…cehhh!). Bila agak bosan duduk memerhati orang lalu lalang saya dan cousin main katik2 pula hehe…HARUS! Sila layan bawah..😘

BF4F3AB9-D317-4BC1-AAB4-6D8C5703A53F

Ni depan King’s Cross Station (Underground Train aka Tube Station)

59A89247-80B7-494E-9D0F-CD3BE9511AE5

Hati tertarik dengan pokok togel tu..haha

F6A6B4A0-2628-430F-821D-6CDCA166F0E7

Belakang tu St.Pancras Station (Tower). Train station ke Paris masuk bangunan tu. Manakala khemah belakang tu pula tpt orang jual roti/bun. Sini la kitaorang beli breakfast tu..

42D15BD1-37AF-4E4F-B85B-C0B6D60C6186

Underground (sign bulat merah biru) tiang saya bersandar tu merupakan landmark Train station ada d bawah.

Lepas genk kita yang tiga orang lagi sampai, kita meneruskan perjalanan ke Trafalgal Square dengan mengambil Tube ke Charing Cross Station iaitu station terus ke Trafalgal Square. Keadaan dalam train agak sesak sebab masa peak ke tempat kerja. Tapi tidaklah lama sangat dalam train. Lebih kurang 20m begitu sampai lah ke destinasi di tuju.

3A099214-C447-44F0-8BCA-76B380831FED

Keluar jak dari train akan ada sign arah ke T.Square. Jadi tidak la susah sangat nak cari arah mana nak keluar. Tempat saya bgambar ni depan dia terbentang TS.. hehe

Kitaorang sekejap jak berjimba di sini… awal pagi datang sini memang tidak banyak orang. Apatah lagi weekday.. jadi puashati nak amik gambar mana posisi pun. Tapi kita tidak lah spend masa lama di sini.. sebab mau kejar masa ke Eye of London.

EE321449-919A-4C45-8A79-5D4813488D3A

Lion statue

D72C9861-C0A9-48D0-9593-E17788E03317

TS Tower

21FB1F83-9F9C-4126-AC28-5FC8D5771361

My twins…😘

Memandangkan ini 2nd time saya di Kota London… saya tidak la se excited mana mau ambik gambar.

Lepas seketika kitaorang meneruskan langkah ke London Eye. Saya membawa grup 4S mengikut laluan berjalan kaki di tempat yang kawan FB bawa dulu. Dia seorang yang baik hati, sudi menemani saya dan SIL berjalan2 masa tu. Dia sudah bermastautin di London agak lama (asal german – Mr. Christoph aka Superman). Nasib baik walau sudah hampir setahun tapi saya masih ingat laluan tersebut meskipun ada beberapa tempat sedang dalam construction.

Sebenarnya kitaorang nak kejar masa untuk menaiki London Eye. Nasib baik saya sudah beli tiket (Fast Lane) siap2 dari Malaysia, melalui online di web nya. Jdi tidaklah begitu terkejar2 n buang masa untuk beratur membeli tiket. Kali ni excited naik London Eye sebab pada trip yang pertama pada 2016 saya tidak berpeluang mencubanya.

B1DC19C2-107B-4526-B20D-EFAC987A9BCB

Sebelum naik LE ambik kesempatan berjimba di sini..hehe cuaca nampak panas tapi sebenarny sejuk.

81AFB917-89A1-4940-8B53-E942009C2690

Siap ada track jual Yogurt Ice cream….tapi tidak berpeluang mencuba..

B9E3086D-EFD8-4CD9-A73E-38BB7E99146F

Haaa…ni dia capsule tempat pengunjung masuk menikmati view London City dari pandangan atas. Best sangat dalam tu… Dengan Coca Cola sebagai penaja hehe

C161BAE1-D9AD-4EB5-8C22-41D926245802

Sentiasa akan ber wefie dengan my twin sister klau melancong bersama 😍

C7B3B3DB-8591-411D-A45C-6E83B370BC6B

Lepas turun dari LE tu sempat bermanja dengan burung ni. Tidak ingat namanya..tapi sangat sporting depan camera, macam tau jak orang nak katik dengan dia. Nampak jinak kan….tapi tidak lah sampai boleh pegang.

34016F77-AA5C-4690-ABA4-DF58DCE833AC

Dia macam dah ready nak serang hendap kita. Neves juga la ambik gambar dengan burung ni… siap suh kakak cepat2 katik cmera haha.

Pengalaman menaiki London Eye memang best..kita di atas sana lebih kurang 30m. Nasib kami hari tu cuaca sangat baik. View London City nampak clear. Dalam satu capsule tu boleh muat lebih kurang dalam 12 orang. Dalam capsule pula ada tempat duduk di bahagian tengah. Tapi agak gayat juga atas tu…tapi still undercontrol. Hehe…

Lepas penat menahan gayat, berkatik2an, berselfi/wefie dan menghayati view. Kami pun turun….dan…. perut pun berkeroncong. Laparrrrrr….maka Mula la mencari2 tempat untuk mengalas perut. Paling saya tidak suka part cari makan. Macam buang masa….apalagi kalau dalam grup, sebab berbeza pendapat nak makan tu nak makan ni. Tapi nasib baik ahli 4S kali ni sehati sejiwa tak nak fikir panjang. Nampak kedai makan area LE tu terus masuk dan sepakat order fried chicken + fish & chips. Semua pun makanlah dengan gelojohnya sebab kelaparan yang amat sangat. Nasib baik tak tercekik…

D4933AB2-BC8D-4930-91E8-BBEC950173CA

Ni la set lunch kami order tu… portion dia besar. Saya memang tidak habis pun. Ada masin sikit ayamnya tapi kalau lapar baham jak la..

7BEEAE9D-9703-4BA7-A3F7-ADCD8A1F0879

Tempat ni ada dekat area LE, tapi tidak masuk pun

Selesai makan… teruskan langkah ke Big Ben (clock tower), London Parliment, Westminster… banyak juga manusia masa tu.

7E8DEA10-76FD-4889-83C1-9328ACD34FC6

Big Ben…. under renovation masa tu. Tiada nasib ambik gambar lawa. Nasib baik 1st trip ok jak. Dapatlah gambar lawa2

1EB53980-DD8F-4DB0-89B2-F78050E9FB50

Belakang tu bangunan london parliment. Hampeh view dengan rangka2 besi tu.

AB1F3280-94D1-4C2E-A700-5742C80BC84F

Abbey Westminster Church….unik arkiteknya

2899C039-2290-41B7-9CFA-E64015063A69

Bumbung bangunan di UK ni banyak berbentuk kubah.

Lelah di sini…kami terus mengambil Tube ke Oxford Street… mula2 rancang nak bawa genk2 4S ke London Bridge dan London Tower tapi masa tidak mengizinkan. Lagipun risau pasal keselamatan kalau lama2 di kawasan yang menjadi top attraction di London City ni. Tambah2 lagi menaiki Tube… sebab bulan August sebulan sebelum kami fly ke UK, terdapat letupan bom di salah satu Tube Station di area Oxford Street. Dan kejadian ni bukan lah yang pertama. Jadi kami berusaha untuk elak dari ke tempat2 yang punya pengunjung yang ramai. Tapi berani pula ke Oxford Street hehe….. sebenarnya mana2 pun kita sentiasa terdedah dengan bahaya, tapi yang penting beringat selalu. Bila ia sudah terjadi kita tidak akan dapat mengelaknya.

Ok…kami meneruskan langkah dengan Tube dari Westminster Station ke Oxford Station. Kami semua menggunakan Oyster Card untuk public transport. Kad tersebut boleh beli dekat mana2 Kedai seperti 7E. Harga card adalah £5 dan kita boleh topup sahaja. Sama juga dengan Rapid Card untuk train di Malaysia. Untuk 3D2N kami mengisi kad kami sebanyak £15. Jadi jumlah cost utk Oyster Card adalah £20            (><RM110). Mahal kan….tapi ni la cara paling murah bergerak di London City. Dan untuk pengetahuan juga, kita akan dapat balik duit dalam kad tu jika kita kembalikannya di mana2 kedai yang ada menjual OC tersebut (mcm ayat karangan spm😅).

Sekarang kita terus ke cerita Oxford street… kami ke sini untuk shopping sebenarnya. Genk2 1st time ke London City lah yang excited bersoping. Saya dah melaram pada trip yang lalu. Tapi melaram bajet la…takda la beli LV,Coach etc…haha tak mampu den. Tengok jak la gambar2 berbicara…😉

755F176D-A3ED-47BF-AA09-0D3CC4DFB5C5

Ni heaven rasa dia….sampai saat ini terbayang2…

8C716AE6-43DC-4644-9206-AC33615A18DF

Nyummm.. merahnya mak ngahh! strawberry tu memang manis dan besar. Disaluti dengan belgian chocolate….Juicy!

132820C6-9BBE-48B4-940B-D18DF512DE3D

Harga se cup tu £5 murah bagi UK, tapi kalau convert maka jadilah RM28 >< Tapi makan puashati, kenyanggg.

9100C2C3-F104-4218-92AA-838CB4AEA4D1

Twin saya memang kaki Coach….hehe

AB219433-966A-4C78-A59F-55B9F6B14542

Ni masa kita pergi coach boutiqe tu dekat James Street

Selepas shoping h.beg dekat James Street kitaorang kembali ke Oxford street shopping dekat Primark, jenama murah di UK (brand UK). Semua pakaian2 guna kain yang agak berkualiti. Kalau orang Malaysia ke UK mesti tidak lepaskan pelung ke Primark. Kami sampai malam area ni. Balik kitaorang ikut bas bernombor #10. Berhenti betul2 dekat King’s Cross Station. Best kan…keluar jak Hotel berada di seberang jalan… penat tidak terkata pada hari kedua. Sampai di bilik kita langsung berkemas untuk hari esok… dinner Maggi rendam air panas😅. Sekian N3… penat dah jari jemari ku…

To b Cont… City of Love♥️

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s