Paris, France Sept’17

2F08FE67-1083-4B7B-B073-F34C819CEE59

Selepas menghabiskan masa 3D2N di Kota London. Group 4S meneruskan langkah ke destinasi terakhir ke Pancras Station untuk ke Kota Paris. Tiket Eurostar/Train telah saya booked secara online dengan harga lebih kurang RM260/psn. Kalau saya sorang saya akan ambik flight terus dari London-Paris. Tapi memandangkan nak bagi pengalaman naik eurotrain kepada genk2 lain yang 1st time ni, maka redah lah guna train lagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Tapi kebanyakan perjalanan adalah dalam torowong bawah laut dan juga dalam tanah. Untuk menikmati pemandangan still ok berbanding menggunakan kapal terbang laaa. Train dari London berlepas dalam pukul 1pm dan sampai Paris (Gare Du Nord) dalam 3pm lebih.

Sampai di Station Train tu saya dilanda kebluran yang amat sangat. Nak ke hotel harus guna ke train line yang betul. Tapi dengan kadar banyak manusia dalam station tersebut yang macam semut… macam terhenti langkah seketika. Memikirkan macamana nak cari line ke hostel yang kami tempah iaitu Generation Hostel. Saya ke sana sini bertanya…ada yang nak tak bak jak layan. Ada juga yang cuba menolong tapi tidak berapa ber’BI cakapannya. Saya cuba membawa genk yang lain setenang yang mungkin. Memasing dengan muka penat. Tapi apapun harus tenang menghadapi permasalahan di tempat asing. Setelah beberapa kali try n error, syukur kami sampai di train line yang betul. Dannnn aduhi…. kami sekali lagi diuji dengan train station memerlukan kami naik tangga seribu dan harus mengangkat bagasi dan backpack yang berat di bahu. Lift takda ya kawan2….

Kami masuk dalam train dengan suhu yang agak warm… aduhai! Kami turun d station yang saya bagitau. Setelah turun rupanya…. kami salah turun ikut info blogger. Sebab dalam trip advisor, kami akan berjalan tidak sampai 8 minit ke Hostel daripada Train Station tersebut. Tapi nampaknya kami turun sebelum station terdekat dengan Hostel tempat kami menginap. Bila genk sorang ni buka google Map… maka pi la kami mengikut arahan Mr.G… jalan punya jalan, seberang jambatan, deretan kedai berblok-blok, dengan curahan peluh yang sederas-derasnya… tidak juga sampai2. Rasanya mau putus asa saja… tapi genk kata deeekat sudah. Jadi bertahan la juga kaki dan bahu untuk gagah berjalan. Lebih 30m kami berjalan… kami akhirnya sampai dengan penat yang tidak dapat diungkapkan. Huh! Masa tu keadaan dah semakin gelap… dan suhu agak sejuk. Banyak juga orang tengah checkin. Kebanyakan omputeh. Nampak keadaan hotel agak modern. Kami mengambil dorm untuk 6 orang, untuk kami berlima menginap dalam 4D3N. Selesai operasi checkin kami ke bilik yang ditentukan. Wow! Selesa sangat dengan saiz dan tilam yang empuk. Ada kamar mandi dan toilet sendiri. Bestnyaaa….

Malam tu, lepas kitaorang berkemas dan rehatkan diri kejap. Saya dan cousin keluar untuk tengok keadaan di luar Hostel. Tujuan utama saya nak cari di mana kedudukan Train Station yang terdekat dan juga cari makanan. Keluar jak… ke kanan jalan terus, cross satu junction, di depan ada Train Station…. haduilah bah… memang amat dekat dengan Hostel. Keluar jak dari Station terus nampak Hostel nunnn dalam 400 meter jalan kaki. Huh! Besok tak lah pening kepala nak cari. Kita ke kedai runcit membeli sedikit snack sebagai bekalan kudap2an. Dan terus balik hostel, sebelum baik ke bilik kami ke ruang restaurant. Hmmm….perut lapar, maka kami terus mengoder makanan mat saleh. Salad n Creamy Pasta serta free warm water untuk 2 orang. 3 genk yang lain tidak lah dinner di restaurant ni sebab bab kehalalannya. Sedap juga makanan yang kami order. Kenyanggggg….hehe.

Keesokan harinya kami keluar seawal pagi. Wahh! Sejuk yang amat sangat….terpaksa pakai jacket. Ada pulak weekend bazar pagi d luar berdekatan Hostel. Singgah jap…tiada yang ngam di hati. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Eiffel Tower menggunakan train, lepas tu ke Lurve dan terus ke Champs Elysées Avenue… dan sempat juga menyinggah di kawasan lain semasa berjalan kaki.

memandangkan ini adalah trip kedua saya… saya hanya membawa genk2 ke lokasi yang menjadi tarikan utama di Paris. Memandangkan memasing pun saya nampak tidak cukup tenaga untuk berjalan.

Untuk memendekkan cerita… saya apload sedikit gambar sebagai kenangan…

9049BACC-EE80-448C-86C0-568FC68E1D07

Morning Bazar

5973FB95-2B96-420F-9042-0CF7518B4419

47E0BB92-29D0-4FFE-A184-B629F73BD42E

View of E.Tower

513492EC-2CE6-410C-93B5-989AD307C6D31FF6320A-6D03-4AD3-BC18-2268CF5E2BE249ECA5EE-D423-4DA6-BD80-52AC2571D744DAB49221-F09F-485C-9720-D64E81081855F83E253F-9C63-45A0-8B52-A4CD26DB47B6

47CD230E-C4F5-4FDE-8776-2492A32EB208

The Lurve

423ABBF9-0CBC-48D9-BEFA-79E65069B9BE1448DC3C-1963-4D88-B75E-CBDC0B19D915

58B6CC89-B097-47D4-AFA6-D4ABD60936A7

The most expensive public toilet @ Champs Elysées Avenue – €3/entry

5F6C83D6-6DE8-4450-89A0-388A0F12BFD5

Must try- Macaron!

A5E6105E-5E1D-4489-A405-46C5BC8409ED

53E9571D-63B2-43D5-9500-2E40BBDFB2D0

The best & Fresh Choco

AAFC4730-4D88-4357-9F06-92465A6FF877

Next Olympic Game will be in France…😱

4E491419-D90A-4DE9-B064-C4050677B86A

I hate the “stick”

5320972F-B812-45D1-BD1E-80E8C149A8F6

Breakfast @ Trecedaro Station (outside)

Ohh ya… di Paris sempat grab tshirt n Beg Disneyland serta Perfume yang sangat2 la wangi di Champs Elysées Avenue.

CEA808B6-C995-4D01-9918-3B9230361911

Hahhh… ni la perfume tu. Saya memang addicted dengan Annick Goutal (Petite Cherie). Terbaikkk! Harga ermmm… nangesss lebih kurang €165.

Peringatan Penting❗️❗️

1. Bagi mereka yang 1st time nak merancang ke Paris. Hati2 dengan segala jenis penipuan. Terutamanya di tepi2 jalan.

Contohnya: Sekumpulan lelaki dan perempuan sedang dikerumuni orang ramai untuk satu permainan. Iaitu permainan meneka bola berada di mangkuk mana. Dan ia sangat happening! Banyak yang mencuba nasib dan kebanyakannya berjaya, tapi sesiapa yang berminat harus membida sekiranya si peneka mahu bermain. Tapi…. sebelum orang yang control permainan tersebut membuka mangkuk yang peneka pilih… mereka akan suruh peneka memberikan taruhan sebanyak €100 dan kalau bola itu betul2 berada di mangkuk yang c peneka pilih, Mereka akan gandakan wang €100 itu kepada €300 untuk diberikan kepada c peneka. Pada masa itu….kebanyakan mereka yang berada di situ akan bersorak dan memberi semangat dan ia tidak berakhir di situ…tuan punya permainan serta orang di sekeliling akan cuba menghasut dan membakar semangat c peneka untuk menggandakan taruhan € dengan jeritan semangat BRAVO‼️‼️. Sampailah si peneka seakan hilang kewarasan dan terus menambah wang taruhan sampailah €500. Ini kerana dia memang nampak bola tersebut berada di mangkuk yang dia pijak. Dan kami pun nampak benda yang sama. Siapa yang tidak mau wang digandakan 2 x kan (€1500) kalau betul. Atlasttttt….. apa yang terjadi, bila kaki c penaka diangkat dan mangkuk dibuka…. mangkuk itu kosong. Bolah entah ke mana…semua itu adalah ilusi semata2. Sebenarnya mereka2 yang berjaya dalam meneka dan menang berkali ganda wang taruhan tersebut adalah genk2 sepakat mereka sebenarnya untuk mempengaruhi dan menarik sesiapa sahaja untuk mencuba permainan itu. Yang sah2 akan memberi mereka € yang banyak. Dan corak permainan penipuan mereka sangatttttt licik. Kalau silap langkah kita akan bisa balik sehelai sepinggang ke Hostel. Kalau sorang2 siapa akan halang kita? Nasib ada kawan lain yang ada di situ boleh menarik genk mereka untuk berhenti. Sebab sudahlah € sudah banyak lesap. Bila dipanggil balik macam nak lagi bermain. Permainan itu adalah satu magic ilusi yang boleh buat kita seperti dijampi. Menurut saja apa orang tu nak…. so ini adalah salah satu taktik penipuan licik yang harus dielakkan dari menimpa diri yerrrr..

Paris oh Paris…. Kota Cinta yang cantik dan romantic tapi penuh dengan penipuan yang sangat licik. Dan penipuan bukan dibuat oleh warga tempatan yaa…tapi pendatang….

Setelah melihat depan mata kejadian penipuan licik itu…. ia menurunkan minat saya kepada PARIS… next trip???? Not in my list…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s