Trazy trip to Krabi-Hatyai, Thailand

On 29/3/2018…

My twin sister Damia, texted me that she will fly to KL with her hubby and asked me if i want to join them to Thailand. OMG….last minute trip. Actually diorang plan nak fly direct to Krabi from KL tapi ticket sold out. Huhhh! Kan dah kena…so nak tak nak kena self drive la ke sempadan Malaysia Thailand (Bukit Kayu Hitam) di Kedah. So i on jerrr…diorang belanja semua kecuali bab soping laaa..hehe tq tq.

Trip kali ni bukan yang pertama bagi saya, ke Hatyai ini merupakan kali yang ke-3 dan 1st time ke Krabi. Tu yang semangat tuuu….hehe. Pada 30/3, my sister n family fly ke KL dan sewa keta MPV dari KLIA2 dan drive terus ke Bukit Kayu Hitam malam tu juga. Mereka sampai KLIA2 dalam 1am subuh. Dan turun KL singgah saya kat rumah area Bandar Sri Permaisuri dah dekat 3am (+ sesat sana sini) haha… so dari KL kami start perjalanan ke BKH dalam 3am in the morning, memang letih dan penat tak terkata la diorang. Terutamanya si driver tu… tapi nak enjoy pny pasal memang redah jak la jawabnya. Kaki travel memang macam tu…penat letih belakang kira. Dalam 6 jam juga perjalanan sebab berhenti2 driver kena tidur kat RNR. Kalau tak nanti tak sampai kami ke destinasi dengan selamat. Hmmmm….

Dalam 9am kami sampai kat BKH, kami parking kete dekat public parking, area duty free mall tepi jalan. Sesampainya kami di entrance parking sorang mamat berlari ke arah keta yang kami pandu dan tanya kami nak ke mana. Kami beritahu la ke Krabi. Dia tawarkan private transport direct to Krabi hotel yang kami tempah sebanyak THB7000. Wow! Mahalnyaaaaa! So kami kata tunggu dulu… biar kami bernafas n park keta dlu yerrr encik. Kami park kete nunnnn jauh di belakang mall. Tapi tidak lama Encik tu semangat jemput kita dengan motornya. Nak pancung kitaorang la tu, amik kete dia ke Krabi. Saya dah ingatkan BIL utk cuba menolak Encik tu dengan baik2. Kata jer tak cukup THB. Sebab kita plan nak amik Van ke Krabi. Dengan tambang lebih kurang RM70/head. Tapi tak tau apa jadi perbincangan Encik tu dengan BIL dah jadik pula tawaran tambang persetujuan bersama THB5000. Kira mahal juga la…tapi untuk lepas dari segala kepayahan angkat barang itu ini, cari bus ada lagi ke takde. Tunggu bus penuh… etc dengan tenaga yang hampir lunyai dek takde tido. Hahaha mai la kita amik private transport ke Krabi. Pandai pula mamat thailand tu berbahasa melayu. Dia tolong kitaorang isi form untuk kegunaan imigresen. Sorang kena bagi RM2 yerr utk form tu. Form tu isi siap2 dekat area parking.

Mamat tu bawa kete ambik barang2 kami dalam MPV, wow! Tkejut kite… kete bukan semberangan kete yer kawan2. Keta MPV mewah (lupa pulak amik gambar). Lepas tu dia bawa kita terus ke imigresen. Satu lagi kejutan! Aku tertinjau2 dr dalam kete mana open air imigresen punya tempat tu. Turun dari kete…. depan mata hanya ada 1 bangunan besar yang baru dengan tulisan Imigresen… wah!!!! Dah lama rupanya saya tak ke BKH ni. Dah ada bangunan baru….dlu bersesak2 kita dengan suhu panas sebab tanpa aircond. Cuma ada cover dari panas dan hujan. Tapi sekarang bangunan terseragam indah dengan aircond gituuuu. Walaupun tidaklah besar sangat tapi still jauh lebih baik dari sebelumnya. Kejap jak urusan imigresen. Tak banyak pun orang Q. Seperti sebelumnya kena selit RM1 dekat passport yerrr. Tapi depan kaunter tu ada tulisan bermaksud “Tidak ada apa2 bayaran dikenakan” tapi mereka masih akan mengambil RM tu kalau kita selitkan dalam passport (bagi mereka yang terbiasa dengan cara sebelum ni).  Sedang saya Q, ada perempuan depan saya ni,Malaysian… tanya perlu selit RM ker? Saya kata tak pasti, sebab dah depan tu tulis tak ada apa2 bayaran dikenakan. Tapi saya just selit jer…nanti ada hal pulak. So dia ikut sekali cara saya. Dan yang lain2 pun saya nampak sama. Lepas tu perempuan tu sampai depan kaunter dia bagi passport n bila dia dah settle dia tak jalan terus. Dia tunggu kawan dekat belakang sikit dari petugas kaunter imigresen tu. Petugas imigresen tu saya nampak menoleh sikit ke belakang sebab dia perasan ada orang kat belakang. Tapi dia tak suruh jalan pulak. Lepas kawan dia dan turn saya settle. Saya tanya perempuan tu RM dia diambik ker tak. Dia kata untuk kawan dia tak diambik… sebab mungkin petugas tu tak nak orang belakang nampak staff imigresen ambik RM. Tengok…. petugas2 di situ kena hati2 juga kalau nak ambik RM undertable walaupn hanya RM1. Sebab ia memang salah di sisi undang2. Yang mana melanggar etika kerja mereka yang dah terpampang di setiap kaunter Imigresen. Malu jak laaa….ishhhh macam2!

Okay….perjalanan ke Krabi mengambil lebih kurang 5 jam dari BKH. Huh! Terasa macam mabuk tuak…. mana tidaknya takde tido 1 hari. Kita sampai Krabi dah dekat 4 petang. Lebih kurang 12 jam k on the road….buntut tak yah cakap, rasa dah bercambah akar duduk sejak subuh sampai ke lewat petang. Driver baik orangnya, dia bagi share hotspot wifinya. Tak lah kami bosan sepanjang 5 jam dengan bontot panas. Yeayyyy…..

Sampai hotel akhirnya….betul2 di Krabi Town. Kita booked Krabi City Hotel. Ambik bilik family suite ngam untuk 4 orang.

0E1D75F6-4E37-4ECE-91FA-E58F7F6F291A

Hotel @ Krabi Town. Sangat strategik dengan tempat makan, shopping mall n night market…

Lepas checkin kita diberikan kunci 1 jer…so setiap kali nak keluar kena tinggalkan kunci di kaunter. Hmmm ok la… Dah plan nak pegi Island keesokan hari… kami booked Longtail boat to 4 islands. THB900 (after disc) actual price THB1200. Hmmm…. besok pagi akan diambil oleh bus untuk ke pier. So malam tu kitaorang amik energy dulu supaya gagah untuk aktiviti laut keesokan harinya.

Bawah ni koleksi gambar masa Krabi Island trip… hehe

428F09A0-9504-4CFF-87E6-3E96332CF00F

“Bus” yang ambik kita dekat hotel untuk trip Krabi Island

3CBE0260-BB8F-4E31-9447-73ED886EA25F

Tunggu untuk depature hehe…pier!

FF359C1B-47D6-4D5C-9FDE-7CA74B69733D

View depan Pier….loved!

99FF242D-F55C-4CBC-AE0C-A71D249DF4DE

1st island (forgot the names)

02B451DF-8111-4AD7-88C0-FBD13CF10D8E

Hayyyy….my twin sister

73FFB3D2-CC9E-4601-96A7-DDE9FB6BC1B8

Beauty…

29A45B19-4299-493B-9387-16515039294A

Trying hahaha…

B30AA936-B3B1-49E2-B0C1-464B6B5BEED5

Among the fishhhh….

B2BEA7B2-8D69-41D4-B91F-67C281ACD403

Mini buffet lunch @ Poda Island…nyum2

24C609B8-CFE7-43EE-93C0-A9452E146D68

Awesome….

7231F2EA-433F-431A-B28A-42CE9E4F8F37

099A5CCA-7A8A-49E3-A25F-B5D84FCE3E90

The Twins @ Poda island…♥️♥️

Best juga trip mesra laut ni…. dan ini adalah 1st time kami bermandi manda dengan ikan2 di laut. And it was amazing and unforgetable. Dannnnnn…..saaaangat panasssss🔥🔥☀️. Hahaha… 1st n last! 😝. Siap menyelam memburu ikan nimo….😋. Kepada sesiapa yang berminat ke Krabi, adalah lebih baik mengambil ground tour untuk menikmati lautan yerr…kalau tak susah sikit nak bermesra dengan lautan. Jangan risau…puashati punya lah..haha. Trip berakhir dalam pukul 3pm. Kita dah kepenatan yang amat sangat… dengan sunburn yang tak payah cakap…habis muka😂. Tapi tak rugi….pengalaman seumur hidup…itu pasti!

Malam tu…kitaorang just round2 krabi town, masuk mall and night market dan makan dekat salah satu seafood restaurant halal di Krabi. Murah dan sedapppp….kalau tak silap nama restaurant tu Pak Nam Restaurant (maaf kalau salah ingatan). Boleh cuba tanya Mr.G yerrr… hehe Beli itu ini untuk buah tangan dan keesokan kita akan ke Hatyai menggunakan bus…

Pepagi kita dah bersiap dan bersarapan di luar. Bus ambik kitaorang dalam jam 11am. Perjalanan ke Hatyai lebih kurang 3 jam. Okaylah…. dia tak hantar kita terus depan hotel. Sot punya driver…..mula2 ok. Tapi takpe la….malas nak bertekak. Tempat orang kan…susah sikit. Dia boleh turunkan kitaorang dekat agent ofis dekat train station Hatyai pula. Dari sana kita ambik pula tuk tuk (aka teksi) ke Diamond Hotel… THB100 ke hotel. Dekattttttt jer kot…tapi kalau jalan kaki dengan banyak nya barang dan panas memang tak berbaloi. Semua orang dah lunyai hahaha. Nasib baik THB100 jak… Sampai hotel, settled urusan checkin terus ke bilik. Wow! Ambik Family Suite Exe… tak sangka bilik dia besar gedabak..siap dengan ruang tamu lagi. Tapi berbaloi lah dengan harga RM400++. Lokasinya sangat dekat dengan Kim Yeong market dan juga Shopping mall (Lee Garden, Central )… hah…ketara sangat lah saya ni minat dengan soping2 mall. Kitaorang ni jenis setiap tempat yang dilawati mesti ke shopping mall. Walau hanya window shopping. Saja nak tau barangan dan style mall di negara orang kannn…. Di Hatyai kita tak banyak sangat jalan memandangkan kami hanya ada masa 2D1N jak di sana. Kami sempat ke Kim Yeong market, Lee garden plaza, central mall dan keesokan pagi ke Central Festival tapi malang masih belum buka dan kami tidak membuang masa dan terus ambik tuk tuk ke 3D Museum/Magic Museum di Hatyai sebelum balik ke Malaysia menerusi BKH pada petang tu. Di bawah beberapa gambar pencuci mata haha…

98AD65F6-91FD-4162-A94D-A586DD1F3F05

Dalam bus dari Krabi ke Hatyai

B1AEE14B-B8FE-440A-A2A0-F75ED57DA399

Bedroom for the twins

F4358302-359D-4012-86A7-FD5AE949DA20

Family exe suite “living room”

4450A9C9-2CCB-40C3-89EA-653190F09705

8B45FE33-846E-445A-95E0-CC506B298207

The Museum

EBEBDDC5-3B26-4E6A-9099-B712D1E6E33B

7BC8A653-2C7B-4656-AEDA-387754C35756

My twins jadi magician assistant

A6948D35-7B40-42C5-98D1-598E129895A4

Haha….u made it my dear😘

52166A76-ADE6-423B-9B02-B81B5957BF5B

In action – 3D museum

48A7A482-45AE-4225-B135-04CC0A8864B2

How dare uuuu….

1E4BAC32-7636-42C5-8DF1-9F7AFC29253E18A6116D-C67B-46B7-B495-95D7517BD0FCA3669431-E3FB-4A65-999C-04650F90D630

067885FF-4D8D-4C40-992D-6D4C2A4B244D

Where is my friend?! 😅

7B55E3D1-58D1-4D83-9CB4-FDB02B3643E3C0786A9F-A53C-4A5A-8F3F-97DD223A0503

D58E116A-6EC3-4E47-93A7-A3EB0893CC1E

Ehemmm

B8E4A3DD-EF11-4724-9B3A-96F335A85E29

Please help me out of here!

AE400013-2734-48A1-828D-8E7E89B1EB5D

The mermaidsssss….haha loved it!

AF7F0AB8-CFE4-487E-8766-5F2272F04539

Andddd…my faceeeee! Someone plzzzz help me!😂😂

 

Okay! My Krabi n Hatyai trip ends here..

C u again…soon!😘😘

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s