Hanoi Vietnam – 19/05/2018

Hari ni berjaya menemukan email+password laman saya ni. Haduiii…..memang tahap pelupa hakak ni 200%. Hampir tidak boleh diselamatkan lah… tapi nasib baiklah di penghujung rasa putus asa tu muncul juga 2 benda tu. Selamat! Kalau tak….sayu hati ni memikirkan kebanyakan ceritera perjalanan hidup tertulis di sini. Huh! Kali ni terus tulis 2 benda tu atas notebook besar2….🤣

Apapun…selama jangka masa menghilang dari laman ni.. perjalanan hidup macam biasa dengan kesibukan. Antaranya mestilah melancong. Hehe… Pada bulan May yang lepas Saya dan suami ke salah satu negara Indochina yang boleh tahan juga tarikan pelancongannya. Kita pergi sendiri tanpa agen, macam biasa. Tapi….oleh kerana rasa malas nak memikirkan keadaan traffic and review itu ini bila tanya Mr.G maka kita orang menyenangkan hidup dengan mengambil perkhidmatan Ground Tour bagi destinasi yang kami rasa agak mencabar juga.

Saya mulakan dengan trip Hanoi  dahulu. Sebenarnya kami mengambil pakej Hanoi-Halong Bay-Sapa-Fansipan. Harga boleh tahan juga mahalnya. USD570 untuk 2 orang. Mak ai! Tapi memandangkan husband ada masalah kaki sedikit maka kami ambik jak pakej ni. Perkhidmatan mereka amat memuaskan. Mereka memberikan kebebasan pada kami untuk menentukan tempat yang nak pergi dan tak nak pergi. Mereka akan menyusun itinerary mengikut kehendak customer dengan sebaiknya.

Penerbangan dari KLIA2-Saigon mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Lepas tu kita sambung domestic flight dari Saigon Airport ke Hanoi (Kesilapan teknikal booking tiket, sebab mula2 tiada rancangan untuk ke Hanoi. Lagipun husband reedem AA bigpoint beli ticket untuk ke Saigon. Tapi memandangkan masa kami travel ke Saigon agak lama iaitu 9 hari. Maka diputuskan untuk jelajah dari kawasan A-Z) yang memakan masa lagi >< 2 jam. Tiba di Airport Hanoi dalam jam 8pm. Nasib baiklah ada perkhidmatan airport transfer dari pihak Ground Tour. Yeahhh… bila kami sudah dalam kereta MPV menuju ke pusat bandar Hanoi… woww! Jalanraya penuh dengan motor. Kami yang dalam kereta duduk diam pun rasa stress bermula. Dengan lapar ditambah bunyi horn2 (ini adalah kebiasaan di Vietnam yaaa… mereka bukan kurang ajar, tapi mereka menggunakan horn untuk mengingatkan pemandu atau pejalan kaki bahawa mereka ada di situ. Tapi cuba kalau di di tempat kita bunyi2 horn keta or motor. Mesti kena penumbuk atau paling tidak kena jerit and bagi jari F….k U!👻) Nampak gaya motosikal lebih berkuasa dari kereta bila di atas jalanraya. Hayoooo! 😱 Perjalanan ke hotel mengambil masa dalam 45m juga. Jem nya boleh tahan.. Hujan pula menyambut kami sesampainya di Hotel. Hehe…. Malam pertama di bumi Hanoi…lepas checkin dan kemas2 barang dalam bilik. Kita terus keluar mencari makanan. Kelaparan tahap dewa. Ngam2 hari tu ada night market tidak jauh dari Hotel. Happening juga…. untuk memendekkan cerita tengok jak rentetan gambar di bawah…😉

E286F9DD-408C-45FC-84CE-739ABD5FE2D2

Arrived Saigon International Airport

BBD5B961-402F-4088-A14F-6DF608165FF4

Luggage penumpang yang siap dialihkan dari belt. Bestnyaa…

1A13447E-5F66-4698-A124-02860D0679B1

Masa di airport terus beli local simkad. Senang tak payah buang masa cari kedai masa di Hanoi nanti..

F8069420-1C9F-41E8-B390-F2C0E1955882

Way to Domestic Terminal untuk ke Hanoi. Dari gate keluar… belok kiri jalan terus. Teringat pula dengan Gimhae Airport Busan, kedudukan airport domestik dan international sebijik sama. Hehe..

47703AEC-25BA-46ED-BF8E-2B103196AE7E

Dalam domestic terminal

A0EF0CE4-3EF1-4A4E-B43C-301173CAB989

Hehe…kes letih ni

777809F8-F857-488A-BC7F-A9693A8C037D

Dalam balai berlepas…kedudukan tempat menunggu penumpang adalah berpusat untuk semua gate berlepas.

48D48755-6402-42EF-AE83-8417E25E5D97

Sebab lapar…maka melahap Pho Noodle la jawabnya. Menghijau di situ..😅

B8B7E8C3-6050-485D-8040-58DC64CECE1A

Tengah naik aircraft nampak sunset nun di situ haha..

392E035E-D8A0-469D-BB78-92677EBCDFEE

Yeayyy….arrived hanoi around 8pm

43F4A2BA-9814-4FB2-A09A-6A579524E867

1st drink in Hanoi…carrot juice

3784CDF2-0FC2-4FDA-B633-0EFFD1E30DFD

1st Dinner in Hanoi… Grill Chicken Rice (tapi guna nasi putih..)

431F69C2-1743-4C1E-9664-661E3255C3BC

Depan Hotel ada Office menawarkan pakej Ground Tour, company ni kira famous juga di Vietnam

0FBBDCE4-A7AD-422A-A72F-DD050B291222

Ni….di luar pub yg happening di Hanoi street

7DC7B128-59B5-4DCA-B94A-4929E8A4E858

Inilah dinamakan Saturday Night Fever… cute2 pula tempat diaorang duduk lepak sambil minum2 ni.

993F8716-F96A-46F2-B965-3E784A999FD5

Memang happening habis night market…banyak gila orang

Ok….setakat ni update kali ni. Jumpa lagi untuk N3 seterusnya 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s