Halong Bay Part 1

 

Ohhh….Wow! Dah 2 bulan lebih tidak mencoret dalam ruangan ni. Hmm…..datang penyakit pemalas haha. Ok…malas nak potpet panjang2. Meh la kita terus ke tujuan sebenar N3 kali ni, iaitu pasal trip Halong Bay hari tu. Nak habiskan cerita2 yang tertunda sebelum sampai year end. Ok… pada 20/5/2018, bus ambik kita orang kat Hotel untuk dibawa ke Halong Bay. Kali ni kita stay 2D1N dekat Halong Bay. Atas Cruise gitu…hehe. Perjalanan bas dari Hanoi ke Halong Bay mengambil masa dalam 4 jam setengah. Dengan 2 perhentian untuk tourist buang air kecik dan mengisi perut kejap. Tidak lari lah untuk menggalakan tourist membeli local produk. Tapi agak mahal la berbanding di City. Saya dan huband tidak membeli apa kecuali melabur air kecik dan membeli setin air manggo buat penghilang dahaga.

25195670-4B1B-4225-B3E2-A8E3FA0834D0

Gambar dalam bas bersama Ground Tour Group memberi penerangan tentang perjalanan kami ke Halong Bay.

9A513B8C-E0B1-441B-8EC9-3FF178B55D13

Tempat persinggahan kami untuk membeli bermacam local produk.

37E7311D-6EEB-487D-8210-0B332F742663

Bus yang kami naik….menunggu di luar bangunan sementara semua tourist diberi 30m untuk  berehat

Selepas beristirehat…. kami meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke Destinasi lebih kurang 12pm. Tapi bukan terus sampai masuk Cruise tau. Kena naik boat kecik dulu untuk ke Cruise penginapan kami yang sebenar.

CEA8779B-8CD5-4530-B533-ED15871CE22A

Kena naik boat ni dulu untuk ke Cruise sebenar.

6D506621-D1A5-4F92-8F98-6F89BA6001CE

Yeahhh…ni la Cruise penginapan kami selama 2D1N. 2 orang kena bayar lebih kurang USD200++

Lepas checkin dalam bilik masing2 dan berehat sekejap. Kami dipanggil untuk menikmati Lunch. Dalam Cruise…. boleh request awal2 untuk makanan yang NO PORK diaorang akan sediakan Seafood dan Vege sahaja. Jangan risau…. makanan dijamin memuaskan dan terbaik.

 

Selepas selesai menikmati Lunch yang sangat memuaskan sedap dan Kenyang… kami ke aktiviti seterusnya iaitu berehat sekejap di atas Cruise Depot paling atas… dan sangat panas masa tu. Pergi sekejap jak… sebab tak tahan dengan bahang panas. Tapi sempat ambik gambar… itu mesti haha..

DCIM100GOPROGOPR0691.JPG

Ni tangga ke atas Depot… cantik kan. Nama Kapal ni, V’Spirit Classic.

Lepas tu kita dibawa ke salah satu Gua yang amat terkenal di Halong Bay dengan menaiki Boat Kecil. Ni pengalaman pertama saya menerokai keadaan Gua Batu Kapur yang sebenar. Dan ia sangat mengagumkan dan cantik di dalam kerana dipasang lampu2 untuk menonjolkan pemandangan dalam Gua tersebut. Sila tengok gambar ya…

 

Destinasi seterusnya adalah mendaki TiToV island… ia merupakan lokasi tertinggi di Halong Bay untuk menikmati View seluruh Halong Bay. Tapi yang tidak bestnya…. kena mendaki lebih dari 400 anak tangga untuk sampai ke puncaknya. Namun pendakian dan kepenatan berbaloi bila melihat pemandangan yang sungguh indah…

33E663A2-8853-47B9-88D5-FDA1DCD9C783

Mendaki ke puncak..

83CF1FDF-CFF2-493E-9A82-7D9C67860911

Akhirnya berjaya setelah beberapa kali berhenti mengumpul tenaga😅

147695C1-4B89-4FD5-92B6-0D3F2223C6D4

Dan ni la View Halong Bay dari Puncak TiTOV Island…❤️

Setelah sejam di kawasan ini. Kami pun dibawa kembali ke Cruise untuk menikmati Sunset dan minum petang. Dengan alunan music dan pemandangan laut serta Limestone di sekeliling Cruise menambahkan lagi keindahan petang tu. Menikmati Tea bersama biscuits and Local Fruits…. terbaikkk.

 

 

Bila Matahari berlabuh sepenuhnya dan malam menjelma…  Ceh Wah! Kitaorang pun balik ke bilik masing2 dan berehat/membersihkan diri masing2. Sebelum menikmati Dinner malam tu. Memang rasa excited untuk Dinner sebab dengan keletihan dari Hanoi dan proses mendaki tadi siang. Kelaparan melampau menguasai diri haha… Jeng! Jeng!

E28C873D-41BD-44F3-9059-D35F63D1C4C8

Orange + Carrot Juice..🤩🤩🤩

B643A154-1B83-474D-8883-2C1864487A1A

Pumpkin Soup

A226BEFA-A263-49A9-96BA-235EAB927E8C

French fries

6272B52B-AACB-4142-95D7-D70887EA9BDC

Papaya Salad

4EC8DF6E-9B03-4B80-9B26-68228DF9C8EF

Steam Prawn Show….

4CC4EC8D-A90D-45CB-902D-5E1E6352F13E

The fresh steam prawn ever….❤️

76EB0DFD-F623-4301-8619-572F06BB936D

Tiram…. saya tak lalu makan. Tak biasa…

43039C63-E2D3-4B06-94CF-68CF9D999CDC

Spring roll….sooo yummizzz

A00DECDC-8DCF-4992-ADAD-71DA2D670B3E

Fish in tomato sauce…

0BCBFAEA-10A6-4DFF-8E79-0A930B8C7E46

Vege…. even nampak kosong tapi sangat Tasty…😍

211B404C-3AE5-426F-977C-E6895D26C26D

Dan akhirnya….dessert. Apple…flower hehe.

Meriah sungguh makanan malam…. sampai tidak dapat habiskan kesemuanya. Memang portion besar dan mengenyangkan. Dan makanan semua freshhhh… Memang puashati melampau. Haha….

Untuk melegakan perut yang sudah amat kenyang… kita orang lepak atas cruise untuk menikmati angin malam dan pemandangan Halong dengan Cruise2 di sekeliling bersama cahaya bulan terang malam tu. Sesuai sangat kalau ambik percutian Honeymoon di sinj. Romantic sangat… 😍

3B6CE318-7E4F-42BB-ABC8-C1E7588D9387

Bila malam berlabuh di Halong Bay….❤️

Ok itu jak untuk part ni. C u again Halong Bay Part 2..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s