Halong Bay Part 2

..😍Pagi2 bangun seawal 5.30am untuk menikmati Sunrise pulak. Ni pengalaman yang harus tidak boleh dilepaskan. Dengan keadaan laut tenang, sunyi dari bunyi cruise.. semua orang masih tidur nyenyak kerana kepenatan dan lewat tidur semalam.. maka saya sorang la menguasai View Depot di atas Cruise.

BBB337E0-2567-4136-9168-2B05CB493063

Matahari malu2 memunculkan diri…😍

E88FDB0E-7F29-43A3-B16D-EB4AFAB72DAD

Ni la tempat saya landing semalam menikmati view malam bersama bulan dan bintang…❤️

CC63B455-87DC-405C-A440-E5D6807B0F02

Akhirnya dia muncul menerangi lautan

870A2DEC-DBA8-43FB-B4CD-F3E50FD2D0C0

Pengalaman yang tidak akan dilupakan

Program yang disediakan pagi ni… ada 2 iaitu sama ada kitaorang ikut Senaman pagi iaitu Tai Chi (ada sifu guide…tourist ikut jer). Ataupun enjoy dengan Photo Hunter. Macam biasa saya pilih Photo Hunter…rugi la kalau terlepas view pepagi sambil Kapal belayar perlahan lahan kan.

Ini adalah antara photo yang saya ambik. Banyak lagi dalam simpanan tapi cukup lah yang atas tu sebagai tatapan. Tak larat nak upload banyak2.

54ABABC9-2494-46C8-B137-C6ECB2B5A9EC

Tai Chi…. tengok lalu jak. Aku pilih yang lain…😅

Dalam pukul 8.30am kita menikmati sarapan yang disediakan sebelum checkout dari Cruise.

Atas tu menunjukkan pelbagaj jenis makanan sarapan pagi di atas Cruise pada hari terakhir. Siap ajar cara2 buat fresh spring roll dan fruits deco. Memang best sangat. Lepas kita orang tengok cara2 buat spring roll tu… Kita kena buat sendiri pula untuk kita makan. Memang menarik dan rasa sauce spring roll sangat sedap. Memang pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan.

Selepas sahaja selesai sarapan… kita ada aktviti terakhir sebelum kembali ke Hanoi. Iaitu aktiviti berkayak. Wow! Sepanjang hidup saya ni.. tidak pernah sentuh aktviti ni. Memang neves berabis la. Takut tebalik pula benda tu. Tapi oleh kerana sudah bayar mahal2 pakej ni… harus juga digagahkan diri. Dannn…. saya berjaya. Nasib baik my partner in crime menawarkan diri sorang2 berkayuh. Biarkan saya jalankan tugas sebagai photographer. Huh… bahagia. Tapi…masa nak naik kayak tu memang Tuhan jak yang tahu bagaimana berserabutnya kepala dan hati🤣. Badan payah sangat buat balancing. Tapi nasib baiklah setelah bertenang seketika dapat juga memujuk diri. Dan saya percaya…”walauapapun keadaan, kita harus menenangkan diri untuk mengatasi keadaan” Memang tabik hormat untuk diri sendiri. Yeayyy…..tu la jakun melampau😂. Walau dalam kepanasan yang membakar dan pigmen yang semakin menebal… saya menikmati perasaan berkayak dengan keindahan Halong Bay.

DCIM100GOPROGOPR0792.JPG

Haha…enjoying my lastday @Halong By

DCIM100GOPROGOPR0833.JPG

Indah sungguh

DCIM100GOPROGOPR0843.JPG

My partner in crime…sangat sporting ❤️

Siap berkayak.. Kita kembali ke Cruise untuk checkout dan kembali ke Halong Bay dengan bas yang kami ikut hari sebelumnya. Pengalaman selama 2D1N bersama V’SPIRIT CRUISE akan saya ingat sampai bila2. Memang terbaik. Dan sampai sekarang saya ingat makanan yang mereka sediakan 5🎖. Perjalanan ke Hanoi seperti biasa mengambil masa 4 jam 30 minit, dengan 2 perhentian rehat. Di Hanoi kita kembali menginap di Hotel sama yang disediakan oleh pihak Tour Agency. La Suite Hotel yang terletak betul2 di Old Town Hanoi.

Kita hanya menumpang sekejap sahaja di Hotel ni untuk berehat dan mandi. Sebab malam nanti akan ke Station Train untuk ke Sapa. Overnight train ke Sapa bertolak pada pukul 10pm. Dan mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk ke sana.

Selesai cerita N3 untuk trip Halong Bay… Bertemu kembali di N3 trip SAPA pula yaaa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s