SAPA, Vietnam

N3 kali ni sambungan pada N3 sebelumnya sekembalinya dari Halong Bay. Lepas mandi… Kitaorang dinner di salah satu Restaurant.. Recomended dari Trip Advisor serta pihak Hotel sendiri.

75556E68-8A46-4947-A759-0EAA2C989A6F

Ayam masak dlm bambu

8C520D93-21D1-4289-B22B-E73464F14F4E

Pho Noodles

Wakil dari agency pickul kitaorang untuk ke Station Train pada pukul 8pm. Dan Night Train kami akan bertolak dari Hanoi ke Lao Cai pada pukul 10pm. Mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai ke destinasi di tuju.

Coach tempat kami tidur ada 4 katil (double decker-soft bed type). Saya dan suami dan 2 orang couple Mat Saleh. Katil jangan harap besar ya, dan jangan harap lembut. Sebab “soft” yang dimaksudkan bagi saya masih soooo…keras. Saya rasa ketebalan sponge katil mungkin dalam 1 inci sahaja. Tapi boleh la… sekali sekala..Haha

7DF004C1-9E70-4490-99ED-8297AE6C4108

003F1F57-3FF4-4EEA-8907-41E52D4B661C

Dalam kawasan menunggu station train

544143AA-855E-4216-BE1F-7A36B4938837

Train sedia menunggu..

25B78496-2951-4A1A-AA2F-30901D872750

0DCCCC8E-4B2A-49E2-997F-14028C5AD9D3

Ni nombor bilik

63C78C84-67BA-4738-9D89-F38E4425E0E9

Ni la coach 4 katil…ada 1 meja di bawah untuk letak barang.

E369CFD5-DA8F-4CB3-B66B-12B7D7D84E4B

Ni bahagian katil tempat saya (bawah) & husband. Katil muat untuk sorang jak tau.. Tapi boleh pula 2 ekor Omputih tu p tidur berdua…adoiii. Nak jak saya sound tapi buta kan mata dan telinga jak la. Tak sabar2 sampai bilik hotel diorang ni…Huh!

0D30326A-995E-4438-B491-C4B933FBB181

Kita sampai Lao Cai lebih kurang dalam jam 6.. Mata memang tak payah cakap la, memang bengkak mcm kena tampar. Nasib baiklah takda kalor purple biru. Malam sepanjang perjalanan train tu memang tak leh lelapkan mata…

6BB34505-EBE4-4434-A019-9254BD06BA97

Ni la Station Train utama d tempat ni… Sampai jak sini kitaorang disambut oleh wakil dari pihak hotel untuk dibawa ke SAPA menggunakan mini van…

Selepas menaiki Mini Van…kita bertolak menuju SAPA Town melalui jalan bukit bukau dan jalanraya yang ala2 ular bengkang bengkoknya. Tapi berbaloi dengan panorama sepanjang perjalanan yang sungguh indah. Teres2 bukit penampakan tanaman jagung dan gandum. Bila van lalu lereng yang curam… memang ngeri nampak, takut pula terjatuh golek ke bawah. Mabuk dalam van… memang tidak akan lari kalau jenis pemabuk jalan berliku ditambah dengan cara pemandu bawa van.. memang muntah berbaldi la jawabnya. Tapi nasib baiklah saya ni sudah sediakan senjata awal2.. Apalagi kalau bukan ubat mabuk laut,udara dan darat…🤣. Saya memang tak boleh kalau tanpa pil mabuk tu. Selepas 40 minit, kita pun sampai di SAPA Town. Agak kecil Town nya.. sejuk pun sejuk. Lepas ni, akan checkin hotel, breakfast dan mandi. Sebelum kitaorang dibawa untuk Trekking  perkampungan di Sapa.

Itu sahaja untuk part ni… Jumpa lagi N3 seterusnya..

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s