Part 3: Trip Switzerland – Jungfraujoch 20/09/2017

Beberapa hari berlalu…maka dengan ini harus menyambung semula apa yang tertinggal. Sebab ada beberapa trip lagi yang saya kena update dalam blog ni. Haduiii…..

Ok….selepas cerita berjaya masuk dalam pertukaran train ke Puncak Europe tu.. maka perjalanan diteruskan dengan pemandangan yang buat mata dan hati semakin tak tentu arah. Kiri kanan bumi, pokok2 hijau diseliputi salji menjadikan seperti pokok christmas putih. Indah yang sangat sukar diungkapkan.

C9B29F8F-EA50-4590-B32D-D4F6A67E60BB

The best moment..

6227BEFC-A1DB-4BC6-A03A-360A06AE6977

Rasa macam mau ambik buat ABC haha

17D87142-DBC8-43E7-B552-40D42BF39C10

Menyaksikan selimut bumi seperti kapas..

Rasa sangat bertuah dihidangkan dengan pemandangan luar dari train yang tengah mendaki ke puncak eropah.

0C8B3A1D-823D-4632-B898-0068A952FD28

The Twin’s in the train to Jungfraujoch

A51D01F2-8F9B-41EE-94B6-F878D7522F9D

Yeayyy…im here at the top of Europe💖

04532994-CA9C-4854-86B3-5B8D3825C2DF

Sekitarnya…frozennnn

B6D5BC6F-C95B-49E6-AB82-B1105B5DC0A8

Selfie itu harus…cehh! Padahal muka sudah mau frozzz haha..

92183FED-B768-4644-912C-3161213BD840

Having fun @ Snow Fun

E8971CAD-ED44-4313-A01D-6E5E015DA939

And we’re here…frost!

E3A34E9B-67DA-492E-8574-20BB3B89E83A

Hehe…mengabadikan kenangan di sini

1F2BE513-6C02-4593-AA1B-817C62D39B48

Kejakunan melanda hahaha….orang kampung berjaya pigang tu ABC. Nasib baik tiada mangkuk n sirap..kalau tidak sudah dengan selambanya buat Sirap Ais 😂

Keadaan pada mulanya agak tidak terkawal bila my twins ni tidak tahan dengan panahan sejuk glacier/snow dengan pantulan matahari ke muka. Memang rasanya sangat perit..sakit, sejuk menampar muka. Macam tamparan sakit-sejuk yang keterlaluan menghempap muka. Hingga rasa pedih yang amat sangat. Ditambah dengan kenipisan udara yang melanda dia atas sana menyebabkan sistem pernafasan agak terganggu dan rasa pening juga kunjung tiba. Tapi saya cuba kawal keadaan. Cuba bagi c Damia kata2 sokongan untuk cuba bertenang, tutup muka dan cuba bernafas perlahan2. Bila keadaan rasa ok…kami pun beraksi untuk mengkatik seberapa banyak gambar untuk mengabadikan  kenangan di puncak salji tersebut. Rakan yang tiga orang Juana, Kamal dan Asmi sudah tidak tidak boleh tahan dengan tahap kesejukan dan kenipisan udara. Masing2 belari ke kawasan dalam bangunan tempat untuk pengunjung untuk berehat dan berlindung dari cuaca melampau di luar. Namun saya masih bertahan di luar menikmati sepuas-puasnya keadaan. Dan…. Damia pun berjaya bertahan dengan saya dan berjaya mengawal diri. Kami akhirnya berjaya merakam banyak detik dan gelagat di puncak europe…haha heaven!!!!

Pengalaman hidung menangis sepanjang kami berjimba di kawasan puncak Jungfraujoch memang antara yang melucukan. Yalah… pengunjung seperti kami dari negara beriklim tropika ni susah sikit menyesuaikan dengan iklim sejuk bersalji. Mesti ada saja kesan sampingan dari kesejukan melampau yang terpaksa dihadapi hahahaha. Lucunya bila merakam video, mengambil picture…air hidung berguguran dengan lajunya. Mau kontrol pun tidak dapat….sampai kami ketawa tak henti2 bila kami berpandangan dengan hidung menangis😅😅😅. Memang keseronokan yang tidak terhingga. Terima kasih Tuhan atas nikmat hidup di dunia yang Kau berikan pada kami…🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻.

Selepas kami puas berjimba di puncak europe dan Snow Fun Place. kami meneruskan perjalanan dengan keadaan yang lemah dan pucat lesi. Ni akibat daya ketahanan badan sudah menurun..haha. Tapi tetap gagahkan diri untuk mengexplore tempat tersebut. Kalau tidak rugi la..bayar mahal2 tapi tidak ambik peluang dengan sebaiknya.

6DEFF3E9-91F4-4E06-86A2-FB304856C869

Amazing view…SoB2!

573C52C0-E008-4E85-BD3C-6B3F6DF7CFE8

Damia yang terus bertiduran di atas glacier..hahaha ya ampun!

9969DC44-C804-4C8B-B402-3EFCBE990736

Meneruskan langkah ke ICE PALACE, Sejuknya menggigit badan..😝

F59A3597-3242-4F5A-ABDE-234EDDF6230E

Nakal! Mau try kalau tu lidah boleh terus melekat d dinding ais tu…hahaha. Nasib tidak melekat lidah tu. Kalau tidak…jawablah macamana mau tanggal lidah tu nanti😂. Palui!

65882A66-66B3-4A40-A675-2D838CB57ACF

ICE PALACE

Selepas sudah penat berjimba dalam Pulau Salji dan Istana Ice… maka kami pun meneruskan langkah untuk kembali ke Lauterbrunen. Dengan menaiki Train Merah ke bawah… dan bertukar ke train hijau menuju Lauterbrunnen. Perasaan agak hiba sebab tidak berapa puas berjimba tapi apakan daya…setiap pertemuan pasti ada perpisahab cewah!! Haha… pun begitu kami sempat shopping sedikit buah tangan d salah sebuah kedai cendera hati di atas sana, yang pasti FM adalah satu kemestian dan sehelai tshirt untuk kenang2an.

AC0D3491-6B51-4267-858A-0B945673792B

Train Merah turun bawah untuk ke Station Train Hijau untuk ke Lauterbrunnen

BE5DB1C2-6CA4-4910-9F86-4F795DBC0ACB

Station pertukaran Train untuk ke Lauterbrunnen

F0A5E7D0-44BD-4631-9C1A-04D005BA292F

Haaaa….ni la train hijau ke Lauterbrunnen. Sempat berkatik di sini hehe…rindu sudah ni tempat eh…

to be continued….

 

 

Advertisements

Part 2: Trip Switzerland -Lauterbrunnen- 19 to 21/09/2017

Awal pagi sudah bangkit dari perbaringan. Rasa liat sangat bangkit dek badan letih sangat ditambah lagi dengan suhu yang sangat Sejuk. Namun apakan daya….kena keluar awal untuk ke train station. Sebab kitaorang belum beli untuk ke Top Of Europe.

Keluar dari Hostel….laaaaa cuaca tidak menyebelahi perjalanan kami pagi ni. Hujan renyai, sejuk menusuk tulang. Mood pun ikut down… tapi harap2 sebelum sampai puncak nanti cuaca akan ok. Sampai train station terus ke ofis train untuk membeli tiket. Nasib baik ada discount 20% off untuk tourist. Kalau tidak sorang kena bayar lebih kurang RM900 untuk tiket ke sana. Hadussssss! Kalau tidak silap tiket kami beli after disc lebih kurang RM600 sorang. Huhai…..nangesssss! Tapi sudah alang2 kami d Swiss memang tempat ni la yang kami sudah aim awal2.

Ohhh ya….lupa nak mention dalam N3 sebelum ni. Untuk trip ke Swiss ni kami telah menggunakan SwissPass untuk 4 hari harganya memang mahal. Tapi boleh digunakan untuk semua Train,bus,cruise,cable car (hanya yang tersenarai dalam list website SwissPass sahaja ya). Jadi dari airport swiss kami tidak mengeluarkan apa2 kos tambang sebab saya sudah membeli SwissPass secara On9 masa di Malaysia. Dan harganya adalah CHF210 lebih kurang RM980 seorang begitu. Tiada discount untuk SwissPass ni tau….jadi bertabahlah untuk menbayar pass ni.

Ok kita teruskan untuk trip Jungfraujoch, lepas mendapat tiket train kami dilanda kebingungan pula mau cari track n train kami di sebelah mana. Sebab ada d bawah, ada di atas. Orang yang bagi direction pun tidak betul…kami lagi la tidak betul hahahaha. Dengan cuaca hujan dan kesejukan sampai ke sumsum tulang boleh2 pula saya berpeluh. Hahaha….bukan apa.. peluh neves takut ketinggalan train. Turun naik ke depan ke belakang, kiri dan kanan last2 track kami sebenarnya di tempat ketibaaan kami semalam. Dengan train warna hijau kuning….haduiiii senang jak. Kami jak yang mengalutkan keadaan. Banyak juga tourist group pagi ni. Kami tanya dan menberikan tiket kami kepada staff dekat ttarin track tu. Dia kata kami di tempat yang betul…syukur kihaaa…

833B218C-AFDB-4382-BA57-E76A9F8B1DEC

Ni la train yang kami kena naik…haha

CCF0ECCD-0E45-4A60-BBC0-0BE0A7C665BC

Train dari pandangan atas💖

Haaa….atas tu la jenis train yang kena kami ambik dari Lauterbrunen menuju ke Jungfraujoch. Tapi kena tukar train sekali lagi bila sampai station berdekatan Top of Europe ya… kami duduk di kelas dan train yang betul. Selamat. Sepanjang perjalanan mata tidak berkedip ke kiri kekanan mata memantau alam. Sangat indah ciptaan tuhan. Tidak terungkap dengan kata. Kena sendiri mengalaminya. Dengan saiz window cermin yang besar memang tergamam melihat keindahan. Makin lama makin kami dapat merasai salji. Awwwww….terharunya kiri kanan salji putih mengelimuti kawasan pergunungan.

CF7DF0E9-3625-4C12-9EFD-D8BAC9634DFA

Kami berhenti di station ini untuk tukar train ke warna merah untuk terus ke Puncak

EE3632BB-B801-4FB7-BC84-42BF12C63BF9

Pemandangan salji kiri kana

AC0D3491-6B51-4267-858A-0B945673792B

Ini train merah(masa balik amik gbr)

DC99C89F-D12C-4BBE-B6BA-A8E9C65947D3

Ticket ke Jungfraujoch..💖

49A9A257-9B37-49C8-ADC2-46E8597C7B64

Ni kejadian…masa pertukaran train dari Lauterbrunnen. Oleh sebab terlebih excited dan jakun dengan ketibaan disambut salji turun maka kami hanya mengikut langkah orang ramai. Dan lama kelamaan aku kehairanan sebab pandang kiri kanan semua made in China. Aikkk siap ada yang pegang bendera. Aikkk…tak kan anak2 ayam (kami) sesat dikalangan sekelompokan ternakan itik pula. Ada gembala itik pulak tu. Hahhhhh! Kompom salah train ni… lepas tu terdengar staff train “anyone without group tour!!!” Hahahahaha….ni kali la. Apalgi aku memang lari lintang pukang sambil bagi arahan dengan anak2 ayam lain kita salah ikut orang dengan tour group. Mari kita pigi saanaa! Sambil semua belari bertanya dengan staff mana train untuk individual ticket. Huh! Ditunjukkan nuuun di sana. Maka belarian lintang pukang kami semua mcm tanpa arah menyerbu tempat masuk ke dalam train. Nasib baik semua sempat tiba di depan pemeriksaan tiket. Haduiiii….ada2 saja kejadian😝😝😝. Memang lucu sangat bila diingat, mana tidak lari mcm lipas betempiaran, lepas tu sampai jak di depan pintu train hidung pun menangis….mungkin sebab suhu yang melampau sejuk. Dan kekurangan bekalan oksigen yang semakin nipis.😅😅😅. Jadi pengajarannya….bila sampai tempat orang,kena kontrol ke excitedan dan tahap kejakunan yaaaazz😝

Part 1: Italy to Switzerland – Top of Europe 19-21/09/2017

Helloooo…. satu jangka masa yang panjang jemari ku menghilang dari laman ini. Huhaiiii…. terperuk sekian lama. Apakan daya bizi dengan hal2 kehidupan. Bila teringin nak menulis terus kecoh tangan mencari maklumat blog untuk login. Habisssss…..semua sudah hilang dari radar ingatan. Hmmm….sana sini menyelongkar note book, handphone mana tau terselit, tertulis, tersimpan email n password. Sedihnyaaaaaa kalau tidak dijumpai.. banyak coretan kenangan dalam blog “coretancperantau” tu. Dan bila sampai minda dan hati macam mau berputus asa mencari. Tiba2 dalam selakan jari jemari di HP lama… jengjengjeng….nampak la pula maklumat blog untuk login. Yeayyyyyy…. selamat dunia ku. Walaupun seringkali diabaikan…laman ni tetap terpahat jauh nun d lubuk hati. Ceh! Ok sudah2 la melaram kata…

Hari ni 8/4/18… tak nak celoteh panjang jom la kita direct to the point. Hari ni pagi2 dengan kesihatan tidak berapa baik maka terdetik nak sambung N3 Yurup Trip tahun lepas. Dah lebih kurang 6 bulan berlalu. Memori pun kenalah perah untuk mengingat apa2 kejadian. Huh harap2 masih boleh asah otak ni. Haha

Ok….. Sekarang Mau sambung cerita trip…

Switzerland-Lauterbrunen-Jungfraujoch

Selepas trip Venice…. selama 3H2M, kami meneruskan perjalanan ke Switzerland dengan menggunakan penerbangan JetAir ke EuroAirport Basel Mulhouse Freiburg. Kami checkout dari Hotel San Marco seawal 8am, pagi itu kami dihidangkan dengan cuaca hujan renyai2, masih gelap. Sepertinya Venice berat hati melepaskan kami pergi. Haha….emo! Selepas check out terus bergegas ke station Water Taxi untuk cuba nasib ada tak perkhidmatan Taxi seawal pagi tu. Jalan yang dipenuhi dengan burung merpati kini lengang…seakan burung2 pun tidak sanggup melihat kami pergi (lagi….emo😅). Yang sebenarnya burung2 sedang berteduh nunnnn di suatu tempat yang selamat dari hujan dan kesejukan. Sampai saja di pier…terus ada water taxi sedang menunggu pelanggan. Tanya harga ke Marco Polo Airport €120 agak murah berbanding 1st Trip dari Airport-Venice City. Penerbangan ke Swiss adalah pada 1.45am dengan jangka masa lebih kurang 2 jam. Sampai saja d Marco Polo Airport terus bergegas ke tempat penyimpanan bagasi di tingkat atas. Hmmm…..3D2N sorang kena charge dalam €17. Ok la…. banyak masa lagi kena habiskan di airport ni. Duduk bersila sambil memerhati gelagat manusia sekeliling la jawabnya. Kemudahan tempat duduk di sini agak terhad jadi agak sukar untuk golongan veteran. Yang masih kuat fungsi badan ni senang la duduk bersila sambil bersandar dengan tiang dengan selamba. Hehe… janji boleh rehat walaupun macam peminta sedekah. Masa berlalu…..tiba la masa untuk masuk ke balai berlepas….keadaan agak kelam kabut dengan keadaan sesak. Di sini…. jangan cuba2 nak bawa beg lebih saiz untuk ke cabin ya… staff akan memasang mata tajam mereka memerhati setiap beg yang dibawa oleh penumpang. Kalau tertangkap nahhh….matilah kena suruh checkin beg… kalau KG yang sedia ada masih ada ruang ok la. Kalau tiada…pasrahlah untuk membayar setiap KG keberatan yang ada. Sebenarnya….untuk setiap penumpang hanya dibenarkan untuk checkin 1 luggage. Tidak kira lah berapa besar sekalipun saiznya asal tidak melebihi KG yang anda beli. Jadi sekian la…harap maklum haha.

Hujan masih tidak berhenti….rupanya hari tersebut memang hari yang suram. Cuaca sangat sejuk. JetAir ni macam juga AA di Malaysia, Penerbangan tambang murah. Nasib baik ada kalau tiada…menangis nak bayar € untuk bergerak ke tiap negara. Setelah lebih kurang 2 jam di langit suram… mendaratlah kami di bumi swiss, dan Basel Airport ni merupakan Airport yang bersempadan dengan German… jadi di sini mereka/kita masih boleh menggunakan matawang €. Sampai saja kami di bahagian Luggage claim….keadaan lengang. Ingatkan kami yang pertama sampai. Rupanya kami yang terakhir sampai. Begitu cepatnya proses di airport ni. Sampai 1 kejadian bila tunggu punya tunggu saya tidak nampak pun kalibat baggasi saya. Hati sudah cuak… “bagasi hilang!” Hati sudah tidak ketentuan…belari sana sini mencari staff sebagai rujukan tapi tidak kelihatan. Last2 nunnnnn jauh di satu sudut macam nampak kalibat bagasi berdiri sorang2😂. Aku pun berlari ke arahnya…. dannnn yeayyyyyyyyy it’s mine. Syukur…🙏🏻🙏🏻🙏🏻. Kita keluar dari pintu ketibaan dan bastop untuk menunggu bas ada di depan sebelah kanan. Kitaorang tunggu bas bernombor 50 untuk ke SBB Basel Train Station…..walau penat tapi mata tidak mau tertutup. Asyik terlopong menikmati keindahan alam.. daun2 pokok kuning kemerahan. Wahhhh! Rupanya area ni sudah mula autumn season. Patutlah sejuk mendakap badan d luar tadi. Lebih kurang 25 minit sampai la kami d train station. Sekali lagi agak tergamam sebab melihat station yang begitu besar. Huh…..aku masuk dan membiarkan geng yang lain tunggu di pintu masuk. Sementara aku mendapatkan maklumat untuk train ke Lauterbrunnen. Melancong style backpacker ni kena rajin bertanya. Dilayan atau tidak itu belakang kira… cuba n cuba lagi. Sebab akan ada saja local @ tourist lain yang akan begitu murah hati dan sedaya upaya menolong kita. Malu bertanya sesat jalan. Kannnn….Rupanya train track untuk kami ke Lauterbrunnen kena naik tingkat atas dan dan akan turun ke bawah lagi untuk ke track. Sementara menunggu train kami sempat juga kami bersoping di kedai baju sejuk. Uku, yong n asmi dapat habuan juga sehelai sorang baju sejuk. Akuuuu….hmmm bekalan cukup😅..jimat CHF.

setelah lama menunggu dalam kebosanan train pun sampai. Bila sampai kami agak kelam kabut sikit sebab mula2 tersalah pintu masuk di bahagian 1st class. Haha….perasan! Nasib baik ada cukup masa untuk berlarian menuju ke nunnnn di hujung sana untuk 2nd class. Macam2 benda kena hadap bila jalan sendiri ni..😅. Kemudahan ruang untuk meletakkan bagasi agak memuaskan juga. Jadi andai korang ada luggage bersaiz besar tidak payah risau. Tp masalah nya masa nak bawa turun dan naik tu. Kena keluarkan kuasa “hulk” kalau tidak mesti jatuh tergolek ke bawah. Kalau ada lelaki muda perkasa yang sekali dalam trip boleh la minta tolong. Kalau tidak kena keluarkan tenaga lebih😝.  Walaupun kami duduk di bahagian 2nd class tapi dalamnya memang memuaskan. Window pun luas, sangatlah memuaskan untuk melihat keindahan alam di luar. Sepanjang jalan memang mata susah nak berkelip… indahnyalah sangat2. Semakin dekat dengan Lauterbrunen semakin indah…melalui tasik2 yang airnya seperti warna Jed berkilauan. Gunung2 yang semakin kelihatan….OMG susah nak ungkapkan dengan kata2. Perjalanan sudah berlalu lebih kurang 3 jam, kami pun sampai di station …………….? Di sini kami kena tunggu satu lagi train bertentangan untuk ke Lauterbrunnen. Keluar saja dari train…haduiiiki! Muka macam kena sapa dengan tamparan kuat. Sangat sejuk…rasa muka kebas dan pedih dengan tiupan angin kuat dan ditambah renyai hujan. Kesejukan tu makin menguji Ketahanan badan.

Dannn….tanpa kami sedar kami salah turun station. Laaaa….nangis! Sudah la susahnya kepayahan angkat lugagge. Sekarang kena patah balik la pula. Huh apalag nasib. Tapi apakan daya…benda sudah jadi. Palan2 la menapak ke pangkal jalan😂. Nasib baik sampai saja di tempat kami sepatutnya ambik train ke Lauterbrunnen kami tidak ambik masa yang lama untuk menunggu train sudah sampai. Maka selamatlah badan kami dari menanggung sejuk yang melampau. Dalam train ke Lauterbrunnen hati tidak sabar lah pulak untuk sampai…untuk kesana perjalanan train mendaki. Hari semakin gelap….hujan pulak. Tidak lama kami sampai di station yang di tuju. Keluar jak memang sejuk gilakkkk. Cepat2 keluar belarian ke arah penginapan yang sudah kami booked dari booking.com iaitu Valley Hostel. Redah hujan dan sejuk melampau memang ngam betul, silap2 boleh demam. Mendaki sedikit dari Station Train tadi maka sampailah kami ke Hostel. Ia berada di sebelah kiri. Dan ia memang berada di Lauterbrunnen Town. Pekannya kecil jak. Bentuk kedai, hotel dan rumah di sini very the Swiss punya reka bentuk. Sebiji mcm dalam gambar Mr.G. Kami masuk dalam hostel, berurusan dengan empunya Hostel (Lelaki). Seorang yang peramah. Sebelum membawa kami ke bilik masing2 dia menerangkan beberapa peraturan hostel. Tidak boleh pakai selipar dalam hostel, kena guna selipar yang disediakan oleh pihak hostel. Cadar dan blanket kena guna (mesti). Kalau mereka dapati masa kita checkout kita tidak menggunakan cadar dan blanket yang mereka berikan, mereka akan charge kita (x tau berapa). Ohh ya…cadar tilam kita kena pasang sendiri ya… ini macam rumah sendiri. Ok la baik….kita guna dan ikut apa yang diarahkan. Saya dan Uku di tingkat 1 manakala Yong n family di bawah. Bestnyaaa….x payah turun naik..dekat pula dengan dapur. Heaven…😂. Lepas merehatkan diri sebentar…..saya memutuskan untuk keluar meninjau ninjau keadaan sekeliling. Walaupun keadaan luar agak suram tapi saya tidak peduli. Ada juga orang lalu lalang, tengah berjoging. Aku sebenarnya rancang untuk terus ke Mini Supermarket (CooP). Tapi makin jauh makin gelap makin blur2 pulak saya rasa. Fikiran tidak berapa berfungsi, nampak air terjun nu tinggi di atas, nampak lembu2 dengan bunyi lonceng lehernya, nampak puncak gunung diselimuti salji dengan hujan renyai2 aku meneruskan langkah ikut hati. Lama kelamaan rasa macam tiada apa yang boleh dilihat selain lampu2 ditepi jalan, bas dan kereta, rumah2… maka aku ajak diri untuk melangkah kembali ke tempat aku bermula tadi. Lama aku berjalan patah balik berulang kali terasa agak ganjil. Aku memang tidak nampak Hostel yang kami huni. Aku hanya nampak sebuah bangunan tinggi kuning di tepi jalan. Ketakutan menyelubungi diri. Aku cuba abaikan hotel dan teruskan langkah ke mini market untuk membeli kudap2an buat bekalan hari malam ini dan esok ke Puncak Gunung. Namun hampa ia sudah tutup…hmmm apalah nasib. Aku patah balik dengan tujuan mencari hostel tapi sekali lagi menemui kegagalan. Akhirnya….aku berhenti di tepi jalan dan cuba bertenang dan berfikir dengan waras apa yang harus aku lakukan. Akhirnya…. aku terfikir handphone dan cuba menghantar wasap kepada kakak ku. Minta tolong mereka ambik aku. Yang aku tau aku berada di pinggir jalan. Aku berdiri kaku dek kesejukan yang melampau dengan renyai hujan yang makin berkejaran menimpa alam. Hmmm….. beberapa ketika Kakak aku cuba untuk bertanya kedudukan aku yang sebenar dan cuba mengesan keberadaan aku yang sebenar bersama suami. Tidak lama kemudian….aku nampak nunn sayup2 bayang jauh di atas sana.  Yeayyyyyyy! Aku berjaya menjumpai mereka, gembiranya sampai aku berlari sambil melonjak-lonjak ibarat monyet diberi pisang. Bila aku beritahu dengan mereka keadaan aku…. mereka menunjukkan Hostel hanya berada ditepi jalan dengan terangnya suluhan cahaya lampu diluar memang sangat jelas. Tapi kenapa keadaan aku sepertinya mata dikaburi atau dihalang dari melihat Hostel tersebut? Atau aku memang tidak nampak….tapi sebelum itu memang aku amati setiap bangunan di tepi jalan. Dan tidak menemui Valley Hostel. Tapi syukurlah mereka berjaya menemui ku. Mungkin itu satu pengajaran bagi ku….setiap tempat itu ada saja kuasa luarbiasa yang menghuninya. Apalagi kawasan lembah Lauterbrunnen tempat kami menginap buat pertama kalinya. Masuk Hostel aku berkemas dan bersiap untuk mandi. Kakak dan family sudah sibuk memasak di ruangan dapur. Hmmm malam pertama aku hanya memasak maggi untuk dinner dan berehat awal untuk aktiviti keesokan harinya.

6EF9F356-1626-4248-90C1-BC27130DBF8A

Menunggu penerbangan Ke Basel Swiss @ Marco Polo Airport (Italy)

324B48DF-08D7-44D1-8991-1EE5E615E0EC

Selamat sampai Basel Airport Swiss

A21980B8-E609-4134-BE69-94DFA1D91D6F

Basel Train Track to Lauterbrunnen

43114A9C-9F99-4529-A431-26C035D84F65

Kebosanan melanda…

C1746ECF-94AE-480F-BCA7-A7ED7E73E0A1

Yeayy…..time to board

CB042BBC-2D8B-477A-9082-E1B2780EF9AB

Keadaan dalam 2nd class train

85B822D9-222A-4038-9606-41CFFA461B9E

Anjing pun ada adab dalam train.. duduk diam sementara tuannya keluar ke toilet

677940A6-3744-4C3F-8EE3-E2663F2F6223

Sampai di station sebelum Lauterbrunnen, interchange.

09E884ED-7C73-41CD-8E27-271741F71620

Sampai… nampak mini market CooP hehe

7B4E0DC1-172F-4048-897C-1D73BF0D3CAB

Keadaan rumah di Lauterbrunnen Valley… unik dengan kabus tebal

35094D9A-0563-467F-9A36-3FAC13F395AE

Tempat penginapan di Swiss – Lauterbrunnen Valley Hostel💖

 

 

sampai disini untuk part ini… jumpa lagi untuk part Jungfraujoch nanti. C yaaaa…

VENICE, Italy memories…

IMG_3215

Bermanja dengan sang merpati yang super gumuk😅

IMG_3223

Wajib berselfi dengan gondola…. in love💖

IMG_3339

Ok…. rahsia di sebalik Mask. Oleh kerana Venice antara pengeluar Mask di Eropah…maka tidak mau ketinggalan mau buy 1 of dem. Memang niat dah… tapi sebenarnya nda la sampai pakai time jalan2 d city of venice. Namun keadaan memaksa ekoran daripada keadaan kulit muka yang SuperDuper Dry.. n maka dengan itu dengan keadaan makeup yang sangat teruk dengan pondeson yang OMG grup kami jak tau. Jadi untuk mengelakkan jelingan “manja” orang sekeliling maka harus memakai perlindungan ini. Tapi banyak juga orang memandang😂. Dalam hati…. biarlah asal muka ku sedikit terlindung dan kompiden level tu melonjak naik sedikit hahahaha…. wajah di sebalik Mask❤️😝

IMG_3451

View from One of the famous Bridge among tourist… awwww

IMG_3580

Enjoying my Gondola Ride with 4S grup. Tapi dengan hasil tangkapan selfi😂😂

IMG_3671

Sekali lagi….aku dan burung2an😅❤️

IMG_3544IMG_2965IMG_3618

IMG_3527

Beautiful Church, klasik europe

IMG_3480

MyGelato and Gondola….missed tis moment very much!

IMG_3421

Gelato nyam2❤️

IMG_3399

Gondola everywhere… even di celah2 bangunan. Amazing…

IMG_3253

Piazza San Marco with the Clock Tower💗

IMG_3188

My Night photo….omg cant explained how the feeling time tu. Terlajak romantik walaupun tanpa husband d sisi. Huhu… workholic katakan..

IMG_3189

Gondola station nite view….😍😍😍

IMG_3194

The view time… di celah2 bangunan yang cahaya samar..❤️❤️❤️

IMG_2959

Inside Water Taxi….nampak tak mcmana mewahnya dalam taxi ni…haduiii harganya pun jatuh jantung!

IMG_2980

View from Water Taxi

IMG_2992

Small Bridge…beautiful!

IMG_2830

Ohhh ya… snack dalam kapal, pretzel… sa makan sambil minum dengan my fvt Mango and Apple Juice❤️

IMG_2828

Small pack of Pretzel snack…huhu

IMG_2798

Dubai International Airport waiting for departure

IMG_2865

Novotel Hotel CDG Airport, Paris

IMG_2875

Breakfast with my tuwin @ Novotel Hotel

IMG_2876

Hehe…. mata panda sebab X dapat tidur semalaman. Dilanda Jatlag 😅

Alohaaaa….. kembali lagi di laman ini mencoret tentang kisah yang telah berlaku dan berlalu… heheeee. Ingin mengabadikan perjalanan percutian Ke Eropah, Switzerland dan United Kingdom. Happy sangat saya berjaya membawa grup sendiri untuk bercuti. Syukur…..dengan minat yang sangat mendalam  dengan perkataan MELANCONG segala persediaan dan perjalanan itinerary saya boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Cabaran semasa di tempat orang tu memang tidak lepas, lumrah percutian style backpacker. Tapi segala masalah akan selesai kalau kita berfikir tenang dan berbincang dengan ahli grup cara untuk mengatasinya.

Dengan minat melancong luarbiasa yang saya ada ni… maka saya tubuhkan trip melancong saya “SusahSenangSamaSama” or “4S” hehe…. dengan slogan yang mudah difahami maka pemahaman dan kerjasama semua ahli adalah sangat2 diutamakan. Kalau tengah jalan buat hal…. berkeras dengan mood sendiri “sila patah balik ke hotel sendiri atau jalan sendiri. Dengan segala akibat atas perilaku anda itu haruslah ditanggung oleh anda sendiri” Hahahaha…..tegas tak grup leader?

Ok….tak mau celoteh panjang… Direct to the point la. Yeahhhh! Pada 16/09/2017 maka saya dan ahli grup 4S berangkat dari KLIA ke PARIS dengan penerbangan antarabangsa EMIRATES. Wow! Walaupun setakat economic class tapi keselesaan tiptop. Dengan transit d Dubai kejap bolehlah cuci mata jap d balai berlepas DUBAI airport.  KL-Dubai makan masa penerbangan 7 jam dengan menaiki kapal jenis Boeing dan DUBAI-PARIS lagi 7 jam dengan menaiki penerbangan AIRBUS. 14jam di udara dengan aktiviti makan dan tidur2 ayam. Lenguh segala badan tidak payah cakap… buntut punya rasa memang macam pancake jadi nasi himpit😆.

Selepas 7 jam di ruang udara….maka sampailah ke CDG Paris Airport dalam pukul 8.40pm local time. Memang rasa neves tidak tau arah mana mo p NOVOTEL HOTEL. Tapi dengan kunci utama backpacker adalah  “bertanya dan bertanya” sampai dapat jawaban dan sampai destinasi dituju. Maka semuanya settled. Kami sampai di Terminal 3 C dan NOVOTEL berada di Terminal 2 maka kami kena ambik Shuttle Train (free ya encik2 dan puan2). Senang jak ke hotel ni, just follow the Shuttle Train sign and you will be ok. Train station ada di bawah. Kalau tidak silap Terminal 2 adalah selepas 2/3 station kita lalui. Dan keluar jak dari Train Station (main entrance station) NOVOTEL HOTEL berada di sebelah Kanan dan jalan kaki beberapa minit jak. Cuaca sangat sejuk time tu….huh! Bergegar jua seluruh tubuh.

Kenapa menginap di Hotel Airport ni? Sebab keesokan kami akan terus terbang ke Venice, Italy. Jimat masa dan mengelakkan kelamkabut mau cari jalan ke airport. 1 nite stay d airport area CDG memang tindakan paling tepat saya ambik kali ni. Sebab 17/10/2012 flight kami terbang 1.20pm. Harga satu malam untuk 2 bilik (Suite Room + Double Room) lebih kurang RM980. Memang berbaloi dengan hotel 4*.

Keesokan hari 17/09…. awal pagi ambik buffet breakfast E19/ person. Dengan Continental Bfast…. ngalir airmata dengan harga. Tapi sekadar ambik pengalaman first & last di hotel ni tidak salah hehehe. Kitaorang checked out around 10am. Awal kan…. maklumlah memasing excited nak ke Venice. Penerbangan agak delayed dalam 2.20pm baru terbang. Tapi tiapa sebab masa penerbangan hanya lebih kurang 2 jam, dengan EASYJET iaitu penerbangan tambang murah dari Great Britian kalau tidak silap.

Sesampai saja di Marco Polo Airport… maka sampai la part pencarian cara untuk ke CITY of WATER. Kami mengambil keputusn ambik water taxi ke City Of Water VENICE. RM660 (€130). Private taxi…. cara paling bagus ke city. Tapi agak mahal kalau sorang. Kongsi2 ok sikit. Cara lain yang lagi murah ialah ambik Water Bus tapi perjalanan ambik masa dalam 1.30jam kerana berhenti2. Jadi oleh kerana kami mau jimat masa and 1st time di sini maka Water Taxi aka Limosin la jawabnya. Dan perjalanan hanya ambik masa kurang 40m. Dengan pengalaman yang sangat berharga dalam water taxi, mewah dengan leather seat… suka hati ambik berdozen gambar selfi dan boleh berdiri belakang doc boat… wow amazing sangat pengalaman. Kami diturunkan di station terdekat ROYAL SAN MARCO HOTEL iaitu San Marco. Keluar jak dari boat… kami dihidangkan dengan pemandangan yang sangat INDAH dengan perjalanan water yang sangat luarbiasa….OMG tidak menyesal ikut Water Taxi walaupun mahal. Dan paling best kami hanya berbekalkan backpack… berjalan sangat mudah. Segala bagasi kami tinggalkan di Marco Polo Airport dengan sewa €7/1st 24hrs and every 1hr lepas tu kira €0.30. Berbaloi kannn….daripada ada kejadian “terpelaeot” kaki masa melonjak naik ke tebing station… sebab gap dari boat dan tebing station tu agak boleh tahan jua untuk memerlukan anda melonjak. Silap lonjakan ke dalam air lah jawabnya menyelam sambil minum air hahaha…. jadi fikir dengan bijak ok…

Keluar jak dari station Mata dan Minda seakan tidak percaya apa di depan… INDAH dan ROMANTIK. Maka lupa la tujuan utama adalah checkin dulu di Hotel. Nampaknya aktiviti berphoto dan berselfi menguasai keadaan😅. Lepas seketika….bahu sudah terasa nak tercabut dari badan dek kerana impak beban backpack yang sudah lama berada di bahu… maka berjalan la kami terus ke arah Hotel. Dengan bantuan MR GOOGLE maka kami berjaya menjejaki tempat berehat kami selama 3D2N. ROYAL SUN MARCO HOTEL dengan Family Suite yang saya tempah dengan Hotel.Com, receptionist counter yang sangat peramah, boleh buat lelah saya berkurang… tidak sabar sampai bilik. Otw ke bilik ditemani receptionist perempuan… dengan selekoh sana sini, turun naik tangga… perjalanan yang agak serabut, tidak sesuai untuk orang tua. Sebab memerlukan tenaga lebih untuk naik tangga. Maka sampailah kami di bilik kami…. jeng2 punya terkejut dengan Hiasan, katil, rekabentuk, kitchen, bathroom serba serbinya MEWAH…. kalah Sutera Harbour. Klasik dengan rekabentuk dan hiasan klasik, Venezian sangat2…. seperti tempat penginapan raja2 Eropah dulu2. Dan….apa yang saya tidak pernah terikir rekabentuk family suite di hotel ni seperti sebuah rumah yang punya 2 bilik dan besar dengan katil King Size 1, Queen Sz 1 dan Single Sz 2, dengan kos 5k ++ (berdarah hidung) dan semuanya TERBAIKK!

Jari jemari rasa letih… overall…  Building,Gondola, Water Taxi, Pigeon, Sunset, Gelato, Street, Bridge….everything here punya nilai komersial yang sangat tinggi. Tidak heranlah kos melancong disini sangat mahal.

Apapun…. seperti gambar yang saya upload di atas… memang puashati dengan masa percutian di Venice. Walaupun Singkat… tapi dengan usaha sendiri menapak ditempat itu bukan perkara yang mudah. Banyak masa dan RM dikorbankan…. orang kata pengalaman dalam melalui kehidupan itu walau pahit atau manis adalah tunggak utama untuk kita meneruskan kehidupan seterusnya. Kerana ia menjadi panduan atau ikhtibar bagi setiap dari kita. Bukan tunjuan menunjuk….jauh sekali, cuma mengabadikan segalanya untuk rujukan di hari tua…. andai ingatan pada laman ini masih kukuh bertaut di ruang minda. Hopefully….❤️❤️🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻

 

 

 

My 31st Aug’17

As usual…. it has been quite sometime since i visit my page. Dilanda kesibukan yang luarbiasa. Aug berlalu 2 hari lepas… september ni bekerja hanya dalam 9 hari sahaja sebelum start cuti panjang. Banyaknya cuti… walaupun masih baru dalam bidang sekarang. Rasa bertuah betul bigbos approved cuti panjang.

Okay berbalik pada tujuan asal pasal 31Aug, iaitu tarikh keramat kelahiran ku. Haha… so maksud ku birthday la… tidak langsung perasaan mau celebrete birthday ni. Tapi Mr.Hubby pula bagitau mau bawak jalan on 31st suruh pack barang utk outing 2 hari. Tempat pun dirahsiakan…. surprise la sangat ehhhh😅. Papun layan jakk…

Jadi kejadiannya dia bawa aku d Port Dickson pulak @ Avilion Admiral Cove. Hotel ala2 Sutera Harbour d Kota Kinabalu…. banyak marine gitu. Apapun memang suprise sangat…

1st time Mr. Hubby buat birthday saya yang agak “Lanjut” ni terasa sangat memorable pula.  Walaupun saya ni banyak kurang sana sini dari lebih…. tapi dia jua la satu2nya yang boleh bertahan dengan karenah saya (dan…begitu juga sebaliknya kali ahhh😁).

Ok tidak la mau cerita panjang….penat jari jemari ni menekan keypad. Jadi saya upload jak la gambar kenang2an di hari tua nanti heee…IMG_2102IMG_2130IMG_2135IMG_2169DCIM100GOPROGOPR0316.JPGIMG_2329IMG_2346IMG_2361IMG_2370IMG_2445IMG_2451IMG_2469

 

Sambal versi kampung ku

Hari ni tersangatlah kuat perasaan mau makan “sambal” kampung ku…. diketahui ramai bahawa sambal tu sejenis juadah yang dimasak menggunakan bahan utamanya iaitu chili. Tanpa chili tidak akan menjadi sambal. Tapi kebiasaannya sambal ni sama ada untuk bahan cicah atau lauk, contohnya sambal ikan bilis, sambal petai udang dan banyak lagi.

Tapi bagi saya…. sambal merujuk kepada campuran beberapa bahan sayuran kampung dengan beehoon lalu dibubuh dengan sambal kacang. Sambal kacang dibuat menggunakan bahan yang sangat mudah diperoleh dan ringkas.

Bahan2nya: Beehon, pucuk ubi, betik muda, kangkung, timun mentah, kacang panjang, jantung pisang etc pilih jak mana2 gabungan yang rasa mau makan. Dan semuanya di celur dengan air mendidih. Angkat dan toskan dan sedia untuk dihidangkan. Hehe…

Ramuan untuk dikisar:Bawang merah,putih,kunyit hidup,halia (lebih). Semua blend kasar. Perasa: Garam,gula,maggi secukup rasa,pak aji 😍

Memang mudah membuatnya…. maka hari ni selepas lebih kurang 2 bulan tidak makan sambal, maka kerajinan datang pula… puashati menikmatinya sorang diri…bahagia amat hehe… tengok jak la gambar di bawah. Kali ni… saya masak – jantung pisang, buah betik, timun, kcg panjang dan beehoon… yummyyyy😍😍💗

IMG_1541

Terbaik dari dapur ku…hehehe💖💖

Petua Menghilangkan Masalah Kelemumur💖

Pagi yang nyaman dengan tiupan angin sepoi2 ditambah lagi dengan cuaca mendung. Bangkit dari perbaringan 9am memang terbaikkkk. Ok direct to the point…. sejak akhir2 ni saya mengalami masalah kelemumur yang luarbiasa. Kalau dulu2 masalahnya bertompok pada satu kawasan jak. Tapi kali ni hampir seluruh kepala. Gatal….. mak ai, ndak payah cakap memang meremang buli roma dibuatnya di tempat kerja. Yala…. tak kan kena garu2 kepala macam beruk kannn. Segan sangat dibuatnya…. paling sandi kelemumur tu campur2 macam serbuk tepung dan “snow flakes” boleh tahan juga lebarnya kepingan tu. Haduiii… stressssss dibuatnya. Sudah cuba cuci kepala dengan macam2 shampoo merawat kelemumur termasuklah Selsun yang selama. I saya guna untuk mengatasi masalah ni (berjaya). Tapi dengan kepingan kelemumur di kepala ni dia pun angkat tangan menyerah kalah😆.

Puas aku berfikir….cara apalagi saya mau guna. Masuk Saloon buat rawatan dendruff memang beratus RM melayang. Hmmm…. dengan memikirkan trip yang hanya tinggal 2 bulan lagi ni… tak mau laaa.. Lalu…. teringat zaman kanak2 dulu. Sewaktu hidup dengan nenek. Dengan kemiskinan hidup… berbekalkan “shampoo” sabun busa atau mandi. Masalah rambut berkelemumur dan kering memang setiap hari ada. Termasuk la si Kutu 😅😅. Ok…. untuk membuat rambut yang lembut sihat dan bebas kelemumur. Nenek selalu menggunakan Minyak kelapa tua (original) yang diambil dari buah pokok kelapa tua yang sudah keluar benihnya (panjang dalam 1/2 kaki atau 1kaki). Sebab kenapa? Kelapa tersebut punya lapisan minyak atas isi yang agak tebal untuk diambil. Minyak itu akan disapukan di seluruh kepala/rambut n biarkan seketika sebelum mandi.

Lepas tu…. nenek akan mengambil Limau (bunsadan-limau hijau besar). Dibelah dua dan selepas rambut dicuci dengan sabun (kadang tidak payah) atau cuci dengan air sampai bersih dari minyak kelapa tadi. Maka nenek akan sapu/usap belahan limau di setiap selakan rambut dengan focus pada kulit kepala  supaya juice limau tadi betul2 meresap ke akar rambut. Lepas tu boleh urut kepala sampai keseluruhan rambut. Lepas puashati dengan resapan air limau tadi maka boleh la di bilas rambut (dulu mandi sungai…bahagia jak) sebersihnya. Keringkan…. makaaaa resultnya RAMBUT LEMBUT, KULIT KEPALA bersih dan HILANG SEGALA KELEMUMUR juga MASALAH GATAL2.

Maka….berpandukn bekalan ingatan pada memori itu (miss iyai sangat2 masa menulis N3 ni😢) maka hari Khamis tu…. saya beli la limau nipis dan mencubanya (tanpa kelapa). Tonyoh kepala dan kawasan yang gagah sangat kelemumurnya (dekat sejam aku dalam bathroom). Keringkan rambut… rasa ringan sangat… harap2 la menjadi… malam malas mau tengok kulit kepala. Keesokan harinya masa bersiap ke tempat kerja…. Wahhhhhh!!! Happy tidak terkira… berjaya menyingkirkan kepingan2 kelemumur dan masalah kegatalan dengan sekali cucian. 😱😱😱😱…

Syukurr sangat2 kerana memori “limau bunsadan” iyai muncul dalam stress kelemumur😁😁.  Luv n Miss Iyai till the end..

Buli tahan jua huraian N3 aku kali ni…. belum makan ubat, belum bfast…belum kemas rumah.. dannn banyakkkk yang belum. Ok… bawah ni gambar limau versi sa pula.. sebab “d Kehel ni memang nda jumpa limau versi iyai. Tapi yang penting limau…len kali mau try lemon pulak 😆😆. Ingat walaupun nampak kampungan…hasilnya 5* tauuuu… pure vitamin C n Citrus lagi…jan main2 hehe…

Limau Nipis

Pasta Addiction

It’s weekend again….. bestnyaaa…liat mau bangun. Tapi kena jua bangkit dari perbaringan. Macam biasa cleaning time adalah satu kemestian. Anddddd…… acupunture n drip day with my Medic Doc @ Taman Mega. Ngeri pula ingat jejaruman yang cucuk bawah perut (4 batang), ankle (2 belah kaki) n Tangan (drip ubat herba). Ok kenyang jarum sudah tiap minggu begini. Tapi segala “kengerian” dek kerana tusukan jarum buat dono jak. Kalau dfikirkan sangat memang mau tangkis jak tangan doctor tu masa cucuk jarum. Hmmm… apapun lupakan bab jarum. Terus jak ke 7an sebenar N3 kali ni iaitu… “pasta addiction”. Kalau pasal western food… saya memang fallin 💖💖 dengan Pasta, selain soup,  garlic bread, fish & chip, pizza (memilih sikit la kalu ni). Tapi carta paling top dalam list western food semestinya Pasta… Seafood Miranara & Aglio olio heheee…

D KL ni…. saya jumpa satu restaurant baru buka di KL Gateway @ station universiti. Memang sedap…dan teringat ingat sampai sekarang….

IMG_1399

…..Daebak!….  nyummmmmmmm. Rindunya makan ni pasta. Terbaik rasa dia. Harga lebih kurang dengan Rest Delicious…. tapi rasa d rest “TPVISTA” memang terbaik so far yang saya pernah cuba dannnnnn….tengok kandungan sifud dia… no komen😍😍😍💕💕.

Ok tu jak….laporan N3 kali ni..

Note: Selagi saya boleh ingat password laman ni selagi tu saya akan mencoret di sini. Walau kekadang saja. Membaca dan melihat kisah pahit manis masa lalu itu adalah rujukan terbaik andai satu masa daya ingatan kita ditarik balik oleh Nya. Selalunya di usia tua la Kannnn…

sook…..cau cincau. C U again NX tym my world

💖💖💖😎

Haizjaahhh!!!

Masa berlalu….aku kembali lagi dengan N3 title yang ntah apa2. Itu maksudnya….say Hi! Sambil melepaskan rasa bersalah sebab lama sudah tidak berkunjung d laman coret2 ni. Haha… ok seperti biasa alasan lebih kurang sama la ahhh…bizi dengan aktiviti kehidupan. Kadang tiada idea dan masa jari ni mengadap keypad (padahal tiap hari bersama hp). Tapi masalahnya kalau masuk laman ni…kena ada mood (biasalah…perempuan ni ada mood sikit pelik. Opsss! Banyak pelik rasanya😆). Manakan tidak PELIKNYA… perangai bermacam2. Terutamanya masa special day… dengan kehadiran “MS.RED”, kalau yang sudah bersuami tu dia la jadi sasaran…kalau tak pun anak2 (kalau saya ni yang tak dak rezeki anak…maka sorang2 la en.suami mengadap kepelikan). Tapi….. perempuan ni ada juga kepelikan perangainya walau di luar lingkungan kehadiran “Ms.Red” mereka, Sensitif dan mudah terasa, kadang cemburu melihat orang lain lebih. Cemburu, Sensitif…. kalau membawa kepada tindakan +ve takpa la jua… baik untuk hang! Diam2 sudah….. tapi bila sampai PERANGAI PELIK kaw tu menjadikan orang lain jadi PELIK  itu namanya….sesuatu tindakannya membuat kau menjadi Pelik.

Hmmmm…. cuba untuk menyelami perangai PELIK perempuan. Last2 mungkin faktor HORMON TIDAK SEIMBANG macam aku ni (kena mengaku laaa…) penyebabnya. Tu la aku ada cakap awal2 sensitif sangat… Nak salahkan siapa? Salahkan HORMON?! Hahaha…. kesian hormon jadi mangsa. Tapi tak pa la….sekurang2 ada juga objek untuk disalahkan sebagai alasan. Teringat pula masa aku kerja ber’ boskan perempuan… memang level perangainya macam “Tsunami” melanda. Sampai mengalir airmata jua la aku…😅😅. Kelakar pula bila ingat saat tu. Bila difikirkan… kadang perempuan ni selalu tersasar dari pemikiran sudut “logik”. Selalu ikutkan emosi yang macam air laut, pasang surut😄.

Menyentuh pasal hormon…. part ni la yang buat aku malas mau fikir. Pasal benda ni la sejak akhir2 ni tahap kesihatan aku merundum jatuh. Tapi syukur en.suami tidak putus2 mencari ikhtiar untuk merawat masalah dalaman si isteri. 11 tahun…. tanpa rezeki anak. Hidup berdua… sampai tahap melepaskan. Tapi masih bertahan… kadang melepaskan kerana ketidaksempurnaan tu sangat sukar untuk diterima andai kedua2 dalam keterpaksaan demi mencari kesempurnaan. Ya ka tidak?! Masing2 ada pendapat tersendiri…. tapi kalau kita PASRAH dengan ketentuan-Nya maka kita akan boleh melaluinya walaupun ia memakan sedikit masa. Dan saya percaya itu…

Berpatah balik pada kesihatan… (madah berhelah pula atas tu.. emosi la tuuu😅).  Sekarang ni… saya menggunakan rawatan alternative Traditional Medication daripada China. Setiap minggu kena jumpa… aktiviti wajib setiap weekend. Drip herbal dalam badan paling saya tidak suka… sebab kena cucuk jarum. So si Tangan take turn tiap minggu – kiri & kanan, adil kann😘. Kos… sebulan mencecah ribuan… tak mau komen panjang2. Malas…. hanya satu harapan agar rawatan kali ni berjaya menghalau ion2 hormon -ve dalam badan😅.

Kenapa ambil keputusan menggunakan perubatan berunsurkan herb? Emmm…. sebab saya sudah serik dengan kesakitan dari kesan pengambilan “pil hormon”. Sudah muakkk mengadapnya setelah hampir 8 tahun. Bukan pandang rendah pada perubatan moden. Tapi sekadar mempelbagaikan pilihan dan cubaan. Tiada salah mencuba kann….

Dengan mengadap keadaan kesihatan, kerja, perangai pelik manusia ni… baik aku mengadap persediaan Adventure Trip aku yang tinggal lagi 2 bulan 15 hari untuk dikotakan. Iti aku masih dalam status menjeruk. Peram sikit masa lagi…. nanti agak2 sudah cukup takat peramnya aku selongkar. Sorang2 menyediakan iti dari A-Z memang sandi. Urus accomodation,flight,transportation etc…. buat HORMON aku ni betul2 makin INBALANCE… 😁😁😁. Pa pun thumb up 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 mr.husband kerana sentiasa supportive dalam aktiviti “Terbang2” bininya. Kurengnya….. en.somi ni bz melampau sampai tiada masa mau join adventures trip kelolaan bininya😹. Satu sebab dia sorang “workholic” dan kedua dia tidak mampu mengikut tahap penggunaan tenaga belari,berjalan, dan long distance punya flight. Tidak sanggup mengadap katanya…. well c bini ni asal namanya TRAVELING apa pun sanggup diredah. Asal dengan syarat follow my itinerary yang saya sediakan dengan menggunakan perahan otak luarbiasa😜😎😎.

Okayyy…. sekian potpet kali ni. Mau buat house cleaning sebelum berjumpa doctor petang ni.

Hmmmm…. biarkan saja PERANGAI PELIK manusia. Mereka atau kita puncanya itu terpulang masing2. BUT Y??! (Yang tersangatttt….)

….c u again my world…✍🏼️✍🏼️✍🏼️✍🏼️💗…

 

 

Cekodok Pisang D Tengah Malam😅

Malam2 pun still ada tenaga untuk masak. Cekodok pisang pulak tu… memandangkan pisang berangan yg saya beli d pasar tani last week ada 4 batang lagi nda abis dan masak ranum pula tu. Nda ngam sudah d makan gitu jak….maka untuk tidak membazir maka saya buat la kuih goreng2 ni. Rela terpaksa laini…tapi mau makan juga punya pasal kan..

Seperti biasa….saya suka masak menggunakan bahan ringkas. Cekodok pisang ni saya guna 2 bahan jak… Pisang berangan n Tepung Naik sendiri.. laaaa tepung bikin buat kek tu bahh. Heee… senang kan. Nda payah la bubuh bahan2 lain bagai. Mashed banana dan campurkan terus dengan tepung ikut rasa mau byk tepung atau mau banyak kandungan pisang. Biarkan dalam 30m supaya adunan agak kembang. Dan goreng…..

Tadaaaaa siapppp…😍😍

IMG_9881.JPG